Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Arahan: Jawab semua solan dalam Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

BAHAGIAN A
(20 markah)

Soalan 1 hingga 5

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Para __________ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa
gempa bumi dan tsunami.
A. hartawan
B. dermawan
C. bangsawan
D. sukarelawan

2. Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak _______________
tikus.
A. digerit
B. digigit
C. dikesip
D. diketip

3. Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu _______ ruang tamu _______
ruang dapur rumahnya.
A. dari..... ke
B. dari..... kepada
C. daripada....ke
D. daripada....kepada

Soalan 4 hingga 5

Ayat-ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

4. Kemunculan budaya K-Pop menyebabkan adat ketimuran semakin dilupakan oleh

A
setengah-setengah Generasi Y pada masa ini. Tiada kesalahan.
B C D

5. Masyarakat telah melakukan pelbagai cara untuk awet makanan supaya lebih tahan
A B C
lama. Tiada kesalahan
D

1
Soalan 6 hingga 7

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

6. I Puan Salmiah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis
rasmi. .
II Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada hari esok diramal cerah.
III Pelajar berdisiplin mempunyai masa depan yang cerah.
IV Ramai pelajar gemar berkawan dengan Hasan kerana hatinya yang cerah.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

7. I Husin memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana
bekalan air terputus.
II Pihak ibu bapa diseru memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka
dengan sempurna.
III Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh
perpaduan kaum.
IV Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari
Pahlawan.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 8 hingga 9
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak. Tandakan sama ada A, B atau C
jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8. Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda
banjir.
A. akan kami serahkan kepada
B. akan kami serahkan pada
C. kami akan serahkan pada
D. kami akan serahkan kepada

9. Ibu tua itu menunggu kepulangan anaknya yang hilang di laut dari masa ke semasa.
A. dari masa kepada masa
B. daripada masa ke semasa
C. dari semasa ke semasa
D. dari masa ke semasa

2
Soalan 10 hingga 11

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

10. Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan

bahasa Melayu dengan betul.

A. Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran

bahasa dapat dielakkan.
B. Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran
bahasa.
C. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa
semua pihak.
D. Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran
bahasa dapat dielakkan.

11. Lagu kebangsaan berfungsi untuk melambangkan kebangaan dan kedaulatan

sesebuah negara.

A. Bagi melambangkan kedaulatan dan kebanggaan setiap negara mempunyai lagu

kebangsaan masing-masing.
B. Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan tersendiri yang melambangkan
kebanggaan dan kedaulatan negara itu.
C. Kebanggaan dan kedaulatan negara tidak dapat diterjemah tanpa lagu
kebangsaan.
D. Kedaulatan sesebuah negara tiada ertinya jika negara itu tidak mempunyai lagu
kebangsaan yang membanggakan.

Soalan 12 hingga 13

Pilih ayat-ayat yang betul.

12. I Novel Salina karya Sasterawan Negara A. Samad Said telah dibaca oleh saya.
II Pak Abu menceritakan tetang pengalamannya menentang komunis.
III Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon kerana diterbangkan angin.
IV Pekerja baharu kilang itu mempelajari cara pengendalian mesin daripada
ketuanya.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

3
13. I “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul.
II Siti mengambilkan Ishak segelas air.
III Pandai-pandailah menjaga diri apabila berada di negeri orang.
IV Mereka akan melancong ke Pulau Tioman dengan Pulau Langkawi?

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 14 hingga 15

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

14. Ayril benar-benar berazam untuk memenang i pertandingan itu walaupun menyedari bahawa
dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

Peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas ialah

A. ada hati
B. bulat hati
C. besar hati
D. berat hati

15. Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji
pelajarannya.

Peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas ialah

A. melepaskan batuk di tangga

B. mencurah air ke daun keladi
C. alang-alang berdakwat biar hitam
D. pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air

4
Soalan 16 hingga 17 – berdasarkan sajak di bawah.

PADA SEKUNTUM MAWAR

Sehelai kelopakmu gugur

Adalah titis air mata bonda
Yang luruh dalam lipatan usia.

Merenung pada malam yang kematian angin

Pada laut yang kematian ombak
Seperti telah menutup
Pintu kehidupan ini
Menjadi sepi dan lara
Pada kemusnahan yang tak pernah dipinta

Sekuntum mawar
Bukan melontar harum indahmu
Di hujung lembah
Tapi mengangkat seri mahkotamu
Ke puncak iman.

MAHWA MOHAMED

(Dipetik daripada sajak “Pada Sekuntum Mawar”,

antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia)

16. Mengapakah air mata ibu menitis pada rangkap pertama sajak?
A. Kelopak bunganya gugur
B. Dirinya semakin dimamah usia
C. Bunga kesayangannya akan mati
D. Anak gadisnya hilang maruah

17. Apakah pengajaran yang terdapat pada rangkap ketiga sajak?

A. Seorang gadis mestilah menjaga kehormatan diri
B. Seorang gadis mestilah berani menempuh ranjau kehidupan
C. Seorang ibu mestilah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak
D. Seorang anak mestilah diberikan hukuman apabila dia memalukan keluarga

5
Soalan 18 hingga 20

Baca petikan prosa di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Maka Miskin pun sampailah kepada tempatnya. Setelah dilihat oleh bininya akan suaminya datang
membawa buah mempelam setangkai, maka ia pun tertawa seraya disambutnyalah lalu dimakannya.
Setelah sudah itu ada selang tiga hari antarannya maka isterinya pun menangis pula hendak makan
buah nagka yang di dalam taman raja itu juga. Maka pergi pula Miskin itu memohonkan kepada baginda
itu.
Maka sujudlah pula ia kepada baginda. Maka titah baginda, “Apa pula kehendakmu, hai Miskin?”
Maka sahut Si Miskin, “Ya Tuanku, ampun beribu-ribu ampun,” serta ia sujud kepalanya lalu
diletakkannya ke tanah serta ia pun berkata pula. “ Hamba ini orang miskin, hamba minta daun nangka
yang gugur ke bumi barang sehelai.”
Maka titah baginda, “Hai, Miskin, hendak kau buatkan apa daun nangka, baik aku beri buahnya barang
sebiji.”
Maka diberikan kepada Si Miskin itu. Maka ia pun seraya bermohon kembali mendapatkan
isterinya itu. Maka ia pun sampailah. Setelah dilihat oleh isterinya itu suaminya datang itu, maka
disambutnya buah nangka itu lalu dimakan oleh isterinya itu. Demikian telah selama hamil itu segala
makanan, kian baju dan beras padi dan segala perkakass itu pun banyaklah dia diebri orang.

(Dipetik daripada Prosa Tradisional “Bahagia Sesudah Derita ”,

antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia)

18. Berdasarkan petikan prosa di atas, apakah yang diminta oleh isteri Si Miskin?
A. Isteri Si Miskin meminta untuk makan buah mempelam dan buah nangka di
dalam taman raja.
B. Isteri Si Miskin meminta untuk makan buah nangka dan daunnya
C. Isteri Si Miskin meminta untuk makan buah mempelam
D. Si Miskin meminta untuk makan daun nangka

19. Apakah nilai yang terdapat dalam petikan prosa di atas?

A. Nilai kerajinan
B. Nilai rasional
C. Nilai kasih sayang
D. Nilai berdikari

20. Yang berikut ialah faedah berbuat baik sesama manusia, kecuali
A. menghindari persengketaan
B. mudah memberi bantuan
C. mengeratkan silaturahim

6
D. hidup sentiasa dalam rahmat-NYA
BAHAGIAN B
( 25 markah)

Soalan 1 : Sistem Bahasa

Baca ayat-ayat di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti subjek dan predikat dalam
ayat-ayat tersebut. Kemudian tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan.

(i) Pelayan restoran itu muda-muda belaka.

SUBJEK :
________________________________________________________________
PREDIKAT :
_____________________________________________________________

(ii) Teknologi maklumat tidak dapat dipisahkan dalam bidang pendidikan.

SUBJEK :_______________________________________________________________
_
PREDIKAT :
_____________________________________________________________
(iii) Pertumbuhan industri kecil dan sederhana semakin meningkat di negara ini.
SUBJEK :_______________________________________________________________
_
PREDIKAT :
______________________________________________________________

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

i. Kehebatan iklan dalam mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan untuk

membeli prodak atau perkhidmatan memang tidak dapat dinafikan.
________________________________________________________________________

ii. Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat

7
memudahkan capaian apliekasi Internet.
________________________________________________________________________
(5 markah)

Soalan 2 : Pemahaman Petikan

Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1 Petikan 2

Semasa di universiti, Parjo telah diterima masuk Aiman seorang remaja yang
ke fakulti perubatan setelah hampir dua tahun belajar di mengamalkan gaya hidup sihat. Dia juga sangat
sebuah matrikulasi. Semasa di universiti, Parjo menerima berdisiplin dalam pengambilan makanan. Dia
satu projek tapai ubi daripada Profesor Haidar. Hasil pasti akan mengambil makanan berkkhasiat,
kajian Parjo dan rakan sekuliahnya membuktikan bahawa bersat dan seimbang untuk memastikan dirinya
tapai ubi menghasilkan sejenis bakteria yang dapat sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai
mencegah kanser. Parjo gigih melakukan kajian dan hasil penyakit berbahaya. Menurut Aiman,
kajiannya menunjukkan keputusan positif dalam pengambilan makanan seimbang dalam diet
menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Penemuan Parjo seharian dapat membantu mengurangkan risiko
dalam menghasilkan penawar telah mendapat beberapa penyakit termasuk kanser, serangan
pengiktirafan dari dalam negara dan luar negara. Hasil jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi,
kajian Parjo telah dibawa ke peringkat antarabangsa kolesterol tinggi dan osteoporosis. Selain itu,
untuk diperakukan keberkesanannya. Sejak hari itu, Parjo amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran
sering dijadikan tempat rujukan dalam usaha untuk dapat membantu mengurangkan risiko kanser
memajukan kajian kanser. kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Untuk
mengelakkan masalah sembelit dan menurunkan
Dipetik daripada cerpen ‘Legasi Tapai Ubi’ berat badan, Aiman akan mengambil makanan
Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3 serat untuk membantu melancarkan pergerakan
Kementerian Pendidikan Malaysia usus.

8
1. Berdasarkan Petikan 1 dan petikan 2, apakah kebaikan makan tapai ubi dan mengambil

makanan seimbang?

( 3 markah)

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_______________________________________

________________________________________________________________________

____________

2. Nyatakan perwatakan Parjo dan Aiman berdasarkan petikan 1 dan Petikan 2.

(3 markah)
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_______________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_________________________

3. Pada pendapat anda, selain daripada pemakanan yang seimbang apakah perkara lain
yang perlu dilakukan untuk memastikan kesihatan kita terjamin?
(4markah)

9
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_______________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

______

Soalan 3 : Novel

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di tingkatan 3.

Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar

Persoalan merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam hasil
karya mereka bagi tujuan mengajak para pembaca menghayati mesej yang ingin
disampaikan. Persoalan lazimnya dikaitkan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku dan
melibatkan pelbagai unsur sastera yang lain.

PERSOALAN
Ketabahan menghadapai dugaan

10
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, kemukakan tiga persoalan lain yang terdapat
dalam novel tersebut berserta contoh peristiwa yang sesuai.
( 10 markah)

____________________________________________________

BAHAGIAN C
Ringkasan
(15 markah)
Bahagian C terdiri daripada dua soalan, iaitu bahagian C (i) dan Bahagian C (ii). Anda
dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

11
Bahagian C (i)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan media sosial. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Dalam arus modenisasi ini, kecanggihan teknologi maklumat telah mengubah landskap
penyebaran maklumat secara global. Kewujudan media baharu seperti laman sosial Facebook,
Twitter dan Youtube telah memberikan impak positif terhadap masyarakat global. Media sosial
turut mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam setiap aspek kehidupan manusia.
Kewujudan media sosial telah menjadikan proses komunikasi lebih mudah dan cepat.

Seterusnya, rangkaian media sosial telah memberikan akses kepada semua pengguna
Internet untuk berhubung dengan lebih cepat daripada cara tradisional. Mesej penting dapat
dihantar secara dalam talian pada bila-bila masa kerana sifatnya yang mudah diakses dengan
kemudahan Internet. Tindakan seperti ini sekali gus dapat menjimatkan masa dan
mengurangkan kos daripada terpaksa membuat penghantaran melalui pos.

Selain itu, media sosial turut menjadi dasar untuk menjalankan aktiviti perniagaan
secara dalam talian. Peniaga dapat mempromosikan produk-produk melalui media sosial
seperti Wechat dan Facebook. Mereka juga dapat berinteraksi dengan pelangan secara
langsung tanpa batasan masa dan geografi. Natijahnya, pelanggan akan dapat mempromosikan
produk-produk yang dibeli kepada rakan yang lain.

Media sosial juga digunakan sebagai medium hiburan oleh golongan remaja untuk
meredakan tekanan yang dialami oleh mereka. Reka bentuk dan gaya persembahan media
sosial yang interaktif membuatkan pengguna tidak mudah berasa jemu terutama golongan
remaja. Kesimpulannya, media sosial merupakan rangkaian Internet yang dicipta untuk
memudahkan urusan seharian manusia.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Media Sosial Kini”

Oleh Mohd Adam Fazery Jeffry, Dewan Siswa, April 2018)

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

12

______________________________________

13
Bahagian C (ii)

Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

14

_______________________________SOALAN TAMAT
___________________________________

15
Disediakan oleh: Disemak oleh:

........................................ ……………………………………….
Shatirah binti Mehat Nur Hayati binti Abdul Hamid
Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
SMK Langgar SMK Langgar

16

You might also like