Majlis Khatam Alquran 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MAJLIS KHATAM ALQURAN SK TENGKU MARIAM 2023

BIL AGENDA TEKS


Mengumumkan perarakkan masuk peserta khatam al-quran diiringi bersama Cikgu
Norhaiza binti Tahir serta tetamu jemputan.

1 Salutasi Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri

Bismillah hirrahman nirrahim


Assalamualaikum wbt… salam sejahtera dan salam muafakat johor

Yang berusaha, Cikgu Norhaiza binti Tahir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tengku
Mariam

Yang dihormati En Hamri bin Azmi, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam

Yang dihormati En Khairul Izat bin Ariss, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam

Yang dihormati Cikgu Mohd. Faiezie bin Bahrol, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam

Barisan guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam yang berdedikasi

Para ibu bapa serta anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan


izin dan limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Dataran Puteri
pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan ”Majlis Khatam Al-Quran Peringkat
Sekolah serta Majlis Perasmian Penutup Program Ihya Ramadan serta SMART Panel
Month Panitia Pendidikan Islam dan Bahas Arab bagi Tahun 2023.”.

Pihak majlis turut megalu-alukan kehadiran Yang dihormati En Hamri bin Azmi, Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam, Yang
dihormati En Khairul Izat bin Ariss, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam serta ibu bapa untuk hadir bagi sama-sama
memeriahkan majlis kita pada hari.

1
Sayang melukut di tepi gantang
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima.

Untuk pengetahuan Hadirin sekalian...

Program Ihya’ Ramadhan pada tahun ini diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya
tadarus al-quran, Ihya’ Hafazan, Kuiz dalam talian dan Smart Panel Debate Board.
Aktiviti—aktiviti yang dianjurkan ini diharapkan dapat memeberi impak yang positif
dalam membentuk sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

2 Majlis Khatam Warga dewan dirahmati sekelian,

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan majlis khatam al-quran. Justeru


itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustaz Ibrahim bin
Ahmad bagi memimpin bacaan khatam al-quran. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

- Majlis Khatam
- Alunan Selawat

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz


Ibrahim bin Ahmad atas penyempurnaan majlis khatam al-quran secara beramai-
ramai sebentar tadi.

Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka
ia mendapat satu kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda.
Amatlah rugi jika kita tidak merebut peluang yang datang pada bulan ramadhan ini,
insya Allah.
           
3 Ucapan Guru Duduk sekawan si burung unta,
Besar Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu puan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang berusaha Cikgu Norhaiza binti
Tahir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam untuk menyampaikan ucapan
aluan serta menutup rasmi Program Ihya Ramadan dan SMART Panel Month Panitia
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi Tahun 2023.

Dipersilakan puan.

- Ucapan GB

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Norhaiza binti Tahir atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi

2
4 Penyampaian Hadirin yang dikasihi sekalian, majlis akan diteruskan dengan penyampaian hadiah
Cenderamta dan cenderamata

Dengan ini majils dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Norhaiza binti
Tahir diiringi oleh En Hamri bin Azmi dan En Khairul Izat bin Ariss untuk ke pentas
bagi menyempurnakan acara.

Dipersilakan puan.

1. Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata pada pagi ini dimulai dengan
penyampaian cenderamata kepada semua peserta khatam al-quran. Dengan
ini dipersilakan (ikut senarai nama)

2. Sesi bergambar
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En Azrul Sani
bin Ismail diiringi dengan YDP dan NYDP serta barisan GPK untuk naik
kepentas bagi merakamkan gambar bersama peserta khatam al-quran.

3. Seterusnya merupakan penyampaian sumbangan kepada Anak Yatim, Asnaf


dan Mangsa banjir. Untuk pengetahuan semua, pihak sekolah di bawah
kelolaan Panitia Pendidikan Isalam dan Unit Kebajikan Hal Ehwal Muird telah
melancarkan tabung Infaq Ramadan. Sumbangan ikhlas daripada para ibu
bapa yang dermawan ini diharap dapat memberikan kegembiraan dan
meringankan beban serba sedikit bagi menyambut penerima untuk membuat
persiapan menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

4. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang


pertandingan di sepanjang Program Ihya Ramadan kelolaan Panitia
Pendidikan Islam. (ikut senarai nama)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Norhaiza atas kesudian puan
menyempurnakan acara penyampaian hadiah sebentar tadi.

5 Pemberian Duit Guru kelas / pembantu guru kelas di minta untuk mengagihkan duit raya hasil
Raya sumbangan daripada guru-guru serta AKP SK Tengku Mariam.

6 Penyampaian Majlis menjemput Cikgu Norhaiza bt Tahir untuk menyampaiak cenderamata kepada
Cenderamata
kepad YDP n 1. En Hamri bin Azmi, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
NYDP Kebangsaan Tengku Mariam

2. En Khairul Izat bin Ariss, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam.

Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis kita pada pagi ini.

7 Sesi fotografi

3
7 Penutup Hadirin sekalian
Majlis kita pada pagi ini telah pun sampai ke penghujungnya.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
dermawan yang penyumbang pada anak-anak Yatim dan golongan Asnaf pada majlis
ini. Semoga dengan sumbangan kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Ucapan terima kasih juga diucapkan sekali lagi kepada YDP PIBG serta NYDP PIBG
dan ibu bapa kerana sudi meluangkan masa bagi meraikan anak-anak SK Tengku
Mariam.

Kepada warga kerja yang hebat, tahniah dan syabas kerana berjaya menganjurkan
program ini dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua sumbangan kalian.

Akhir kata, marilah kita sama-sama mengimarahkan lagi 10 Malam terakhir Ramadan
dengan amal dan ibadat.

Di kesempatan ini juga pihak sekolah ingin mengucapan Selamat Menyambut Hari
Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin.

Sekian wbt….. semoga bertemu lagi di tahun hadapan.

You might also like