Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN

TAHUNAN 2015

Seksyen Zoonosis dan Kesihatan Haiwan


BAHAGIAN PENGURUSAN BIOSEKURITI DAN SPS
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
LAPORAN TAHUN 2015
UNIT KEBAJIKAN HAIWAN
SEKSYEN ZOONOSIS DAN KESIHATAN AWAM

PENGENALAN

Unit Kebajikan Haiwan ditubuhkan secara pentadbiran pada tahun 2012 di bawah
Seksyen Zoonosis dan Kesihatan Awam, Bahagian Pengurusan Biosekuriti & SPS
bagi menyelaras aktiviti-aktiviti pembangunan perundangan dan mempromosikan
kebajikan haiwan.

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI SEKSYEN ZOONOSIS & KESIHATAN AWAM

KETUA SEKSYEN ZOONOSIS DAN KESIHATAN AWAM

UNIT KESIHATAN UNIT KAWALAN UNIT KEBAJIKAN


AWAM VETERINAR DRUG & BIOLOGIK HAIWAN
VETERINAR VETERINAR

CARTA ORGANISASI UNIT KEBAJIKAN HAIWAN

KETUA UNIT KEBAJIKAN HAIWAN


DR. MARZUNA BT. MD. YUNUS
(Ketua Penolong Pengarah)

PEGAWAI VETERINAR G44 PEN. PEGAWAI VETERINAR G36


DR. GUNALAN A/L SHANMUGAM EN. MUHAMAD HAZMI BIN YAACOB
(Penolong Pengarah Kanan)

AKTIVITI UNIT KEBAJIKAN HAIWAN

1. PEMBANGUNAN RANG UNDANG-UNDANG KEBAJIKAN HAIWAN (RUU


KH)
Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan 2015 telah pun dibentangkan di
Persidangan Parlimen Ke Tiga Belas Penggal Ke 3 Mesyuarat Kedua. Ianya telah
diluluskan di Dewan Rakyat pada 17 Jun 2015 dan di Dewan Negara pada 7 Julai
2015. Rang Undang-Undang ini telah mendapat perkenan Diraja pada 21 Disember
2015 dan tarikh penyiaran dalam Warta adalah pada 29 Disember 2015. Rang
Undang-undang dinamakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

Sidang Media oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani selepas RUU KH 2015
diluluskan di Dewan Rakyat pada 17 Jun 2015

Unit Kebajikan Haiwan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani bagi mengadakan Sesi Perundingan dengan Pihak Berkuasa
Negeri dan Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) sebelum RUU KH ini
dibentangkan di sidang parlimen. Sesi Perundingan Bersama Pihak Berkuasa Negeri
telah diadakan pada 7 Mei 2015 dan Sesi Taklimat bersama BNBBC pula telah
didakan pada 19 Mei 2015.

Sesi Perundingan RUU KH bersama Pihak Sesi Taklimat RUU KH bersama BNBBC pada
Berkuasa Negeri pada 7 Mei 2015 19 Mei 2015

2. PENYEDIAAN PERATURAN-PERATURAN DAN KOD AMALAN KEBAJIKAN


HAIWAN

Unit Kebajikan Haiwan telah menyedia dan mengemukakan lima Regulation


Notification Form (RNF) kepada pihak Malaysian Productivity Corporation (MPC) bagi
lima peraturan yang telah disediakan. Peraturan-peraturan ini adalah Peraturan-
Peraturan Kebajikan Haiwan (Pelesenan), Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan
(Notis Penambahbaikan), Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan ( Kompaun
Kesalahan), Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Pegawai Kebajikan Haiwan)
dan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Pembantu Sukarela Kebajikan Haiwan).
Ini bagi mematuhi keperluan dalam penggubalan mana-mana perundangan dalam
negara pada masa ini.

Dua siri bengkel penyediaan peraturan-oeraturan telah diadakan iaitu pada 24 -25
Jun 2015 dan 24 – 27 November 2015. Sebanyak 12 peraturan dan 12 Kod Amalan
Kebajikan Haiwan KAKH) telah disasarkan untuk disediakan bagi membantu
penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772). Bengkel ini melibatkan
seramai 30 orang pegawai Jabatan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kerja
RUU KH.

Bengkel penyediaan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan di bawah RUU Kebajikan Haiwan

Tiga KAKH telah pun diedarkan akhir tahun 2015 iaitu KAKH Premis Pembiakan
Haiwan Kesayangan, KAKH Premis Kedai Haiwan Kesayangan dan KAKH Premis
Penjagaan Haiwan Kesayangan.

Kod Amalan Kebajikan Haiwan bagi


premis-premis berkaitan haiwan
kesayangan (dari kiri ke kanan)

i. KAKH Premis Penjagaan


Haiwan Kesayangan

ii. KAKH Kedai Haiwan


Kesayangan

iii. KAKH Pembiakbakaan


Haiwan Kesayangan
3. AKTIVITI KESEDARAN KEBAJIKAN HAIWAN

Unit Kebajikan Haiwan telah melibatkan diri dalam mengadakan pameran statik
dalam beberapa program anjuran pihak luar untuk memberi kesedaran berkenaan
kebajikan haiwan kepada orang ramai.

Sebanyak enam (6) aktiviti pameran statik telah diikuti iaitu Karnival MAEPS
Serdang pada 1 Jun 2015, Pet World Fair pada 26 – 28 Jun 2015, Aqua Pet Show
pada 18-20 September 2015, The 2nd 1 Malaysia International CFA Cat Show 2015
pada 12 September 2015, The 6th Animal Awareness Day pada 8 Oktober 2015 dan
World Rabies Day di Sabah pada 8 Oktober 2015.

4. LATIHAN KEBAJIKAN HAIWAN


Aktiviti pameran statik

Training for Trainers

Unit Kebajikan Haiwan telah menyelaraskan sesi Training For Trainers – OIE
Standards and Guidelines (Slaughter & Transport) bersama pihak Universiti Putra
Malaysia (UPM). Sesi latihan ini adalah anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Malaysia (DVS), UPM dan University of Queensland, Australia. Ianya telah
diadakan di Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia pada 2 – 3 April
2015. Seramai 30 orang peserta telah menghadiri latihan berkenaan. Daripada
jumlah tersebut, 10 orang adalah pelatih utama yang terdiri daripada pegawai DVS
yang mewakili dari Zon Timur (Kelantan/Trengganu/Pahang), Zon Utara
(Perlis/P.Pinang/Kedah/Perak), Zon Tengah (Negeri Sembilan/Melaka/Selangor), Zon
Selatan (Johor) serta wakil dari Sabah dan Sarawak. Manakala baki 20 orang
pegawai adalah peserta jemputan yang terdiri dari pegawai DVS termasuk 4 orang
daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Latihan ini menekankan aspek kebajikan haiwan semasa pengendalian haiwan untuk
penyembelihan dan juga pengangkutan haiwan. Lanjutan daripada ini semua pelatih
utama dikehendaki mengadakan sesi latihan kepada pemegang taruh(stakeholders)
mengikut zon masing-masing. Pelatih-pelatih dari Zon diberikan tanggungjawab
untuk untuk melatih 20 orang pemegang taruh dari setiap zon masing-masing.
Sesi ‘Training for Trainers- OIE Standards and Guidelines (Slaughter & Transport)’

4. PEMANTAUAN KEBAJIKAN HAIWAN

Pemantauan kebajikan haiwan juga telah dimulakan pada tahun 2015 untuk menilai
tahap kebajikan haiwan di premis-premis haiwan. In adalah sebagai persediaan untuk
merancang aspek pemantauan premis yang perlu ditekan apabila penguatkuasaan
Akta Kebajikan Haiwan 2015 dilaksanakan. Sebanyak 9 premis telah dilawati yang
meliputi aktiviti ekuestrian, penyembelihan, kedai haiwan kesayangan, pusat
perlindungan haiwan dan penjagaan haiwan kesayangan.

You might also like