Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Budaya di Malaysia: Negara dan Pelbagai Budaya

Berbilang Bangsa
Malaysia merupakan sebuah negara dengan masyarakat berbilang
bangsa dengan majoriti masyarakat Melayu, Cina dan India. Terdapat
pelbagai kaum etnik berbeza di Malaysia dengan identiti budaya mereka
yang unik dan istimewa, dengan beberapa persamaan di antaranya.
Negara ini terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur
dan telah mendapat kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Terdapat juga bangsa Eurasian yang merupakan kacukan keturunan
Eropah dan penduduk Melayu yang tinggal di Malaysia. Komuniti kecil di
Melaka pula merupakan keturunan penjajah Portugis yang mengahwini
wanita-wanita tempatan. Mereka mengamalkan budaya tempatan,
namun bertutur dalam bahasa ibunda dan beragama Kristian. Setiap
kumpulan etnik memiliki ciri-ciri budaya sendiri yang berbeza berbanding
yang lainnya, dan mereka mengecap tahap integrasi yang berbeza.
Bangsa Cina telah mengintegrasikan budaya Melayu di beberapa lokasi,
termasuklah di daerah-daerah di Terengganu, dan mereka turut
membentuk kelompok seperti kaum Baba Nyonya di Melaka dan Cina-
Kadazan di Sabah. Penjajahan oleh British telah menyemai satu identiti
sepunya di antara kumpulan-kumpulan etnik dengan pemikiran dan ciri-
ciri yang diadapatasi dari pihak Inggeris menyatukan mereka. Budaya
Malaysia ini dilihat sebagai simbiosis budaya-budaya yang diamalkan
penduduknya.

Cuti Umum dan Perayaan


Rakyat Malaysia menikmati pelbagai cuti umum dan perayaan
sepanjang tahun, samada di peringkat kebangsaan dan negeri.
Terdapat juga perayaan yang disambut segolongan etnik atau kumpulan
agama tertentu, tetapi tidak ditetapkan sebagai cuti umum. Perayaan-
perayaan utama bagi setiap agama utama merupakan cuti umum. Cuti
umum yang disambut di seluruh negara tentunya “Hari Merdeka” yang
jatuh pada 31 Ogos bagi menandakan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu. Hari Buruh, Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan
Agong, serta lain-lain perayaan merupakan cuti umum di peringkat
kebangsaan. Hari Wilayah disambut di tiga Wilayah Persekutuan. Hari
Malaysia yang disambut pada 16 September pula meraikan
pembentukan Malaysia melalui penyatuan Malaya, Singapura, Sabah,
dan Sarawak, walaupun ia diraikan terutamanya di Malaysia Timur.
Tahun Baru, Tahun Baru Cina dan Maal Hijrah juga merupakan cuti
umum. Perayaan penganut Islam juga paling kerap disambut di
Malaysia, dengan yang utama merupakan Hari Raya Puasa yang juga
disambut umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya
Ramadan, atau bulan puasa. Umat Islam di Malaysia turut meraikan
Hari Raya Haji, Awal Muharram serta Maulidur Rasul. Bangsa Cina di
Malaysia tentu sekali meraikan perayaan yang turut disambut
masyarakat Cina di seluruh dunia. Tahun Baharu Cina disambut meriah
dan berlarutan selama 15 hari. Masyarakat Hindu pula merayakan
Deepavali, atau pesta cahaya manakala Thaipusam pula disambut
penganut Hindu di seluruh negara dengan berkunjung ke Batu Caves.
Wesak yang merupakan hari kelahiran Buddha juga merupakan hari cuti
umum. Komuniti Kristian di Malaysia pula menyambut perayaan yang
diraikan penganut agama Kristian di seluruh dunia, terutamanya
Krismas dan Easter. Namun Good Friday hanya diisytiharkan cuti umum
di Sabah and Sarawak. Hari Gawai di Sarawak serta Kaamatan di
Sabah juga merupakan perayaan yang penting bagi penduduk di kedua-
dua negeri Malaysia Timur ini.

Adat resam dan pengaruh


Kesenian dan muzik telah lama bertapak di Malaysia, dengan seni
Melayu mula berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu. Seni
tradisional berpusat pada bidang seperti ukiran, barangan perak dan
tenunan. Hasil seni yang menggambarkan manusia terbatas
sehinggalah pada pertengahan kurun ke-20 akibat pengaruh Islam. Seni
persembahan dan wayang kulit amat popular dan sering memaparkan
pengaruh India. Pelbagai pengaruh dapat dilihat dalam seni bina,
daripada budaya individu di Malaysia serta daripada negara-negara lain.
Sajian makanan sering terbahagi mengikut garis etnik tetapi beberapa
hidangan wujud dengan adunan dari pelbagai kumpulan etnik. Sukan
popular di Malaysia termasuk badminton, boling, bolasepak, skuash,
and hoki. Malaysia turut memiliki sukan tradisi. Antaranya ialah Wau
yang merupakan permainan layang-layang dengan rekabentuk halus.
Pantai di Malaysia pula popular dengan selam skuba, kapal layar dan
lain-lain aktiviti sukan air. Aktiviti berakit di jeram dan trekking juga
dilakukan. Dari aspek kebebasan bersuara, kebanyakan media Malaysia
terikat dengan parti pemerintah Umno, dengan akhbar-akhbar utama di
Malaysia dimiliki kerajaan dan parti-parti politik pemerintah. Selain
akhbar Bahasa Melayu, terdapat juga akhbar Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil yang diedarkan secara meluas.

You might also like