Punca Kenaikan Harga Barangan Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Punca Kenaikan Harga Barangan di Malaysia

in Bahasa Melayu, Pengajian Am

Contoh Karangan Punca-punca Kenaikan Harga Barangan di Malaysia

Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Rakyat Malaysia
sangat mengambil berat terhadap isu kenaikan barangan kerana hal ini akan menjejaskan kehidupan
oleh setiap golongan rakyat. Isu kenaikan harga barangan biasanya berlaku disebabkan oleh peningkatan
taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang lain turut
menyebabkan kenaikan harga barang ini.

Kenaikan harga minyak

Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga
barangan. Harga minyak yang meningkat secara mendadak di pasaran antarabangsa telah memberi
kesan kepada setiap produk yang dikeluarkan kerana melibatkan kos perkhidmatan penghantaran.
Petroleum juga merupakan bahan keperluan di kilang untuk mengerakkan jentera. Kos untuk
mengeluarkan barangan akan meningkat dan peniaga akan memindahkan kenaikan kos kepada pembeli
untuk mengekalkan margin keuntungan. Tambahan pula, masalah ini akan lebih serius pada barangan
yang diimport kerana melibatkan lebih banyak kos pengangkutan.

Peniaga yang mengambil kesempatan

Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan.
Mereka menaikkan harga barangan apabila permintaan meningkat terutamanya pada musim perayaan.
Sikap tamak peniaga yang ingin mengekalkan keuntungan dengan menaikkan harga apabila kos
pengeluaran meningkat. Terdapat juga peniaga yang bersikap tamak akan menyimpan stok barangan
dan pengeluaran untuk menaikkan harga barangan. Hal ini berlaku kerana kurangnya pantauan yang
dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat serta gedung-gedung perniagaan baik yang besar
mahupun perniagaan kecil di sesebuah negara tersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi
penguatkuasaan tersebut, tidak mustahil seseorang peniaga itu menaikan harga barangan di kedainya
untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Pengurangan subsidi

Subsidi boleh ditakrifkan sebagai bantuan berupa wang yang selalunya diberi kepada pihak tertentu.
Kerajaan sentiasa memberi subsidi terhadap barangan tertentu bagimengurangkan beban kos sara
hidup rakyat Malaysia. Sebagai contoh, kerajaan memberi subsidi terhadap barang keperluan asas
seperti gula, tepung dan minyak masak telah menstabilkan harga barangan tersebut. Kerajaan telah
mengurangkan pemberian subsidi terhadap minyak bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan kerana
negara kita sedang mengalami masalah kewangan. Tindakan ini telah menyebabkan harga minyak
meningkat dan seterusnya harga barangan meningkat. Selain itu, langkah mengurangkan subsidi harga
sesuatu produk seperti gula adalah disebabkan kerajaan mahu rakyat menyedari bahawa penggunaan
barang ini memberi kesan negative kepada kesihatan rakyat. Walau bagaimanapun, setiap tindakan yang
berkaitan dengan penambahan atau peningkatan subsidi akan memberi punca terhadap harga
barangan.

Punca Bencana Alam

Kenaikan harga barangan biasanya berlaku apabila permintaan melebihi penawaran. Apabila
permintaan terhadap sesuatu produk melebihi keluaran oleh pengeluar, pengguna terpaksa berbelanja
lebih untuk membeli barangan tersebut. Salah satu punca yang menyebabkan masalah ini ialah bencana
alam. Negara kita bergantung kepada sumber import dari luar negara terutamanya bahan makanan
seperti sayur dan buah buahan. Harga barangan import akan menaik apabila berlakunya bencana alam
seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya di negara tersebut kerana pengeluaran barang
tersebut akan terjejas. Sebagai contoh, apabila negara India dilanda banjir kilat, harga bawang melonjak
naik kerana pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kenaikan harga barang akan membebankan rakyat terutamanya golongan miskin.
Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk membendung kenaikan harga barangan. Walaupun banyak
perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut, namun hal ini masih boleh diatasi dengan
adanya penguatkuasaan undang-undang yang ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi. Sebagai
contoh, peniaga yang meletakkan harga yang melebihi daripada harga kawalan haruslah dikenakan
denda. Tambahan pula, pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada golongan rakyat yang
miskin. Dengan kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta, masalahkenaikan harga barangan yang
berlaku pada hari ini dapat diatasi.

You might also like