Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

TAHAP KEMURUNGAN DALAM KALANGAN ANGGOTA POLIS DI IBU PEJABAT

POLIS KONTINJEN SARAWAK


Pengenalan

Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih
yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti
harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu (American Psychiatric
Association, 2013). Ia memberi kesan kepada cara pemakanan, tidur, dan cara pemikiran seseorang
individu memikirkan sesuatu perkara. Tahap kemurungan boleh dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu minor, major dan manic depresi (World Federation for Mental Health, 2010). Namun begitu,
simptom kemurungan boleh datang dalam pelbagai bentuk, gejala, dan juga pengalaman mengikut
individu yang telah disahkan kemurungan. Berdasarkan kajian lepas, masalah kemurungan ini
akan menjejaskan individu di semua peringkat tanpa mengira lokasi geografi, demografi mahupun
kedudukan sosial individu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Kemurungan merupakan
satu gangguan yang berlaku pada otak individu (World Federation for Mental Health, 2010). Oleh
itu, penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun pekerjaan
individu tersebut.
Cabaran dan tekanan yang terlalu tinggi akan menyebabkan anggota polis mengalami stres
yang melampau dan ia akan mengundang kepada berlakunya masalah kemurungan dalam diri polis
tersebut. Tugas yang dilakukan oleh polis merupakan satu pekerjaan yang mencabar dari segi
fizikal dan mental.

Latar Belakang Kajian

Kajian telah menunjukkan bahawa tugas-tugas kepolisan merupakan pekerjaan yang


mempunyai kadar tekanan yang sangat tinggi, terutamanya kerana pendedahan yang tinggi
terhadap kejadian traumatik (Violanti, Charles, McCanlies, Hartley, Baughman & Andrew, 2017).
Walaupun begitu, peristiwa traumatik bukanlah merupakan satu-satunya simptom utama kepada
masalah kemurungan. Hakikatnya, beberapa kajian telah membuktikan bahawa faktor-faktor lain
seperti bebanan kerja yang melampau, tempoh masa bekerja yang panjang, rutin pekerjaan dan
konflik antara individu atau organisasi merupakan punca-punca kepada penyakit ini (Collins &
Gibbs, 2003). Namun, Buker dan Wiecko (2007) mendedahkan bahawa pendedahan kepada
peristiwa traumatik dan tekanan kerja yang melampau boleh menyebabkan simptom untuk
seseorang itu mengalami kemurungan lebih tinggi. Pegawai polis berkemungkinan besar lebih
terdedah dalam mengalami kemurungan dan gangguan stres pascatrauma (Posttraumatic stress
disorder) kerana sifat kerja tersebut (Darensburg, Andrew, Hartley, Burchfiel, Fekedulegn &
Violanti, 2006). Daripada perspektif yang berbeza, Deschênes et al. (2018) mendedahkan bahawa
budaya dan gaya kepimpinan dalam kepolisan memiliki pengaruh yang lebih besar dalam
menentukan kesihatan mental seorang pegawai.
Statistik Jabatan Siasatan Jenayah PDRM (2014) menunjukkan terdapat empat kes cubaan
bunuh diri di negeri Selangor manakala tiga kes bunuh diri yang dilaporkan melibatkan anggota
polis sepanjang tempoh 2009 hingga 2014 (Erny Yusnida, Haslinda & Zatul, 2017). Walaupun
jumlah kes yang dilaporkan sedikit, namun masalah ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana
kegagalan untuk mengawal tekanan kerja akan menyebabkan kemurungan dan kemurungan pada
tahap rendah amat sukar untuk dikesan kecuali jika ia sudah mencapai tahap yang kritikal (Wright,
Powell & Ridge, 2006).
Terdapat sedikit kajian tentang masalah kemurungan di kalangan pegawai polis dijalankan
di Malaysia. Tambahan pula, kebanyakan kajian tentang kemurungan ini hanya dilakukan di
sekolah atau universiti. Kajian yang paling umum dijalankan dalam kalangan pegawai polis ialah
tekanan kerja (stres) dan kebanyakan kajian ini menghubungkaitkan tekanan kerja dengan konflik
keluarga, kepuasan kerja, ideasi bunuh diri dan minat kerja (Odedokun, 2015).
Husain dan Faize (2018) menjalankan satu kajian tentang kemurungan dalam kalangan
pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah di Pakistan. Hasil kajian telah mendapati bahawa
pegawai di jabatan tersebut mempunyai tahap kemurungan yang sangat tinggi. Pegawai polis di
jabatan tersebut bertanggungjawab untuk menyiasat jenayah yang merangkumi rogol, serangan
seksual, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, penculikan, pelacuran dan
pemerdagangan manusia.
Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap kemurungan dalam
kalangan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.
Metodologi Kajian

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang kaedah dan tatacara kajian demi
melicinkan dan melancarkan proses pengumpulan dan pemprosesan data. Perancangan
yang teratur dan teliti amat diperlukan terutamanya di dalam mendapatkan kerjasama
daripada responden.

● Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan
maklumat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kemurungan dalam kalangan pegawai
polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak. Dapatan kajian ini diperolehi melalui soal selidik
yang diedarkan kepada responden. Manakala maklumat yang diterima akan dianalisis secara
kualitatif. Data jenis kualitatif adalah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan,
angka dan skor. Ini adalah kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang
menggunakan instrumen soal selidik dan ujian untuk mendapatkan maklumat kajian (Mohamad
Najib, 1999).

● Instrumen Kajian

Dalam bahagian ini, penyelidik menggunakan soal selidik Pusat untuk Kajian Epidemiologi Skala
Kemurungan (CES-D) yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu sebagai instrumen kajian
yang merangkumi 20 item untuk mengukur simptom kemurungan dalam populasi umum. CES-D
menanyakan tentang pelbagai gejala kemurungan seperti yang telah terjadi pada minggu lalu dan
kebanyakan item memfokuskan pada komponen afektif kemurungan (Radloff, 1977). Skor pada
CES-D berkisar antara 0 hingga 60, di mana skor tersebut dibahagi kepada tiga tahap iaitu skor 0-
15 adalah normal, skor 16-23 adalah sederhana manakala skor 24 dan lebih tinggi adalah teruk.
Skor 15 atau lebih tinggi ditafsirkan untuk menunjukkan risiko kemurungan. Walau
bagaimanapun, pemeriksaan untuk kemurungan adalah proses yang kompleks dan skor 15 atau
lebih tinggi pada CES-D harus diikuti dengan penilaian lebih lanjut.
Soal selidik yang disediakan oleh pengkaji terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Bahagian A ialah mengenai demografi responden. Skala likert pula digunakan pada
bahagian B di mana responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu
kenyataan.

Bahagian A - Maklumat latar belakang responden

Sila isi dan tandakan (/) pada yang berkenaan.

1. Pangkat & No. Badan

____________________

2. Umur

____________________

3. Jantina

Lelaki Perempuan

4. No. Telefon Peribadi

____________________

5. Tempoh Perkhidmatan

____________________

6. Jabatan dan Cawangan (Cth: Jabatan Pengurusan, Cawangan Kebajikan)

_____________________
Bahagian B - Soalan Kajian

Malay-translated version of the CES-D: Pusat untuk Kajian Epidemiologi Skala


Kemurungan

Arahan: Di bawah adalah senarai sebahagian perkara yang anda mungkin rasa atau
lakukan. Tandakan
(√) pada kenyataan yang paling tepat dengan diri anda.

Jarang Kadang- Kerapkali Pada


/ tiada kadang (3 – 4 hari) setiap
(1 – 2 masa
hari) (5 – 7
Sepanjang minggu lepas… hari)

Fikiran saya diganggu oleh hal


yang selalunya tidak
menggangu saya

Saya tiada selera untuk makan

Saya rasa saya tidak dapat


menghapuskan perasaan
tertekan walaupun dengan
bantuan kawan-kawan saya

Saya rasa saya sebaik orang


lain

Saya mempunyai masalah


untuk menumpukan
perhatian kepada kerja
yang saya lakukan

Saya rasa tertekan

Saya rasa semua yang saya


lakukan adalah satu usaha
Saya rasa mempunyai
harapan yang baik untuk
masa depan saya

Saya fikir hidup saya telah


mengalami kegagalan

Saya merasa sangat takut

Tidur saya terganggu

Saya gembira

Saya bercakap kurang


berbanding kebiasaannya

Saya berasa kesunyian

Orang di sekeliling saya tidak


mesra

Saya menikmati hidup saya

Saya memaki-hamun /
menyumpah

Saya berasa sedih

Saya rasa orang lain tidak


sukakan saya

Saya tidak dapat meneruskan


hidup
Dapatan Kajian dan Perbincangan

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah
dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah dimasukkan
diproses bagi mendapatkan statistik seprerti nilai peratusan dan taburan kekerapan.

● DEMOGRAFI RESPONDEN

A. Jantina

JANTINA NILAI (orang) PERATUS (%)

LELAKI 62 55.4

PEREMPUAN 50 44.6

Berdasarkan hasil kajian, daripada 112 orang responden yang disoal selidik, seramai 62 orang
(55.8%) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 50 orang (44.2%)
adalah responden perempuan.

B. Umur

UMUR (tahun) NILAI (orang) PERATUS (%)

20-30 10 9.0

31-40 36 32.1

41-50 51 45.5

51-60 15 13.4

Berdasarkan hasil kajian, daripada 112 orang responden yang disoal selidik, seramai 10 orang
(9.0%) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 20 hingga 30
tahun. Manakala responden yang berumur 31 hingga 40 tahun adalah terdiri daripada 36 orang
(32.1%). Diikuti dengan yang berumur 41 hingga 50 tahun adalah 51 orang (45.5%) dan selebihnya
berumur 51 hingga 60 tahun iaitu 15 orang (13.4%). Majoriti umur responden yang disoal selidik
adalah daripada golongan umur 41 hingga 50 tahun.

● TAHAP KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PEGAWAI POLIS DI IBU


PEJABAT POLIS KONTINJEN SARAWAK

Pengkaji telah mengkategorikan data mengikut setiap jabatan yang terlibat dalam kajian ini.
Terdapat 10 jabatan di IPK Sarawak yang terlibat iaitu (1) jabatan pengurusan, (2) jabatan siasatan
jenayah, (3) cawangan khas, (4) jabatan pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti, (5)
jabatan siasatan jenayah narkotik, (6) jabatan siasatan jenayah komersil, (7) jabatan keselamatan
dalam negeri dan ketenteraman awam, (8) jabatan siasatan dan penguatkuasaan trafik, (9) jabatan
integriti dan pematuhan standard dan (10) jabatan logistik dan teknologi.

A. JABATAN PENGURUSAN

Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran IPK


Sarawak. Jabatan ini mempunyai empat bahagian iaitu (1) Unit Latihan/Sukan, (2) Unit
Pentadbiran, (3) Unit Perkhidmatan/Perjawatan dan (4) Bahagian Dasar Sumber Manusia. Unit
latihan merangkumi pengendalian-pengendalian kursus-kursus. Unit pentadbiran pula
merangkumi pentadbiran am manakala unit perkhidmatan/perjawatan merangkumi pengambilan,
rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji / elaun dan persaraan.
Graf di atas menunjukkan tahap kemurungan untuk pegawai polis di Jabatan Pengurusan IPK
Sarawak. Berdasarkan hasil analisis data, daripada 18 orang responden, seramai 13 responden
(72.2%) mempunyai skor yang normal dimana ia menunjukkan mereka tidak mempunyai risiko
kemurungan. Manakala terdapat 3 responden (16.7%) yang skornya adalah sederhana iaitu yang
mendapat skor 16 hingga 23. Diikuti dengan yang mendapat skor teruk 24 dan lebih tinggi adalah
2 orang (11.1%).

B. JABATAN SIASATAN JENAYAH

Jabatan Siasatan Jenayah terlibat dalam penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-
jenayah keganasan yang melibatkan manusia seperti pembunuhan, samun menggunakan sengaja
api, rogol, serta kecurian atau pecah rumah.
Berdasarkan graf di atas, 14 orang responden (70%) mendapat skor yang normal, 3 responden
(30%) berada pada tahap kemurungan yang sederhana dan pada tahap kemurungan yang teruk.

C. CAWANGAN KHAS

Cawangan Khas atau lebih dikenali dalam bahasa inggeris sebagai Special Branch merupakan
agensi perisikan yang bertanggungjawab dalam mengumpul maklumat risikan keselamatan
berkaitan dengan ancaman sama ada dari luar atau dalam negara, aktiviti-aktiviti subversif atau
sabotaj oleh sesebuah kumpulan/individu yang boleh membawa ancaman kepada kestabilan
negara. Tambahan pula, cawangan khas juga diberi kuasa untuk melakukan pengintipan.
Daripada 15 jumlah orang responden, 14 orang daripada responden (93.3%) berada pada tahap
normal, manakala 1 responden (6.7%) berada pada tahap kemurungan yang sederhana.

D. JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI

Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bertanggungjawab mencegah


jenayah dengan menghapuskan peluang melakukan jenayah, mengesan dan menangkap untuk
mengekang dari perlakuan jenayah. Jabatan ini juga berperanan untuk mendidik serta
membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah.
Manakala untuk JPJKK, 13 orang responden (86.7%) mempunyai tahap kemurungan yang normal,
dan 2 orang responden berapa pada tahap yang sederhana dengan (13.3%).

E. JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK

Jabatan ini berfungsi dalam memerangi dadah dengan menguatkuasakan undang-undang untuk
menyekat serta mengurangkan permintaan dan bekalan dadah yang berbahaya di negara.

4 orang responden (66.7%) daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mempunyai skor normal,
manakala 2 orang responden (33.3%) berada pada tahap kemurungan yang sederhana.

F. JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bertanggungjawab menangkap, menjalankan penyiasatan dan


mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah,
pemalsuan jenayah siber dan lain-lain sama ada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang
perseorangan mahupun secara bersindiket.
Daripada 6 orang jumlah responden, 3 daripada responden (50%) berada pada tahap normal, 2
orang pada tahap sederhana, dan 1 orang responden mempunyai tahap kemurungan yang teruk.

G. JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM

Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam berperanan untuk memastikan
keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagian besar
daripada operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat.
Keputusan dari Jabatan KDNKA menunjukkan 4 orang responden (57.1%) mempunyai skor yang
normal, 2 orang (28.6%) mempunyai tahap kemurungan yang sederhana, dan 1 orang (14.3%)
pada tahap yang teruk.

H. JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik pula merangkumi siasatan dan perundangan,
pengawalan lalu-lintas, penguatkuasaan dan pengurusan saman. Jabatan ini berperanan dalam
menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan mendidik segenap peringkat masyarakat supaya
mematuhi peraturan lalu lintas.

Daripada 5 orang jumlah responden, 4 daripada responden (80%) berada pada tahap normal,
manakala 1 orang (20%) pada tahap kemurungan sederhana.

I. JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard adalah jabatan yang diberikan kuasa untuk mengambil
tindakan terhadap kakitangan yang didapati cuai atau malas dalam tugas-tugas mereka. Jabatan ini
juga mempunyai kuasa untuk membuat serbuan terhadap balai polis dan menjalankan ujian secara
rawak untuk menangkap anggota polis yang tidak jujur dalam tugas dan yang terlibat dengan
jenayah.

Berdasarkan graf di atas, kesemua 5 orang responden (100%) daripada JIPS berada pada tahap
yang normal.

J. JABATAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI


Jabatan Logistik dan Teknologi bertanggungjawab dalam mengendalikan belanjawan, mengurus
dan pembangunan IPK Sarawak. Selain itu, jabatan ini juga berperanan dalam merancang,
mengurus, mengendali dan menyenggara semua aspek komunikasi, teknologi maklumat,
pengangkutan dan persenjataan.
12 orang responden (80%) berada pada tahap kemurungan yang normal, manakala 3 orang
responden (20%) berada pada tahap sederhana.

Graf di atas menunjukkan keputusan untuk jumlah keseluruhan tahap kemurungan


daripada 10 jabatan. Berdasarkan graf ini, sebanyak 86 orang responden (76.1%) berada pada
tahap kemurungan yang normal, 19 orang (16.9%) pada tahap sederhana, 7 orang (7%) sahaja
berada pada tahap kemurungan yang teruk.
Walaupun secara keseluruhannya keputusan kajian ini tidak sepenuhnya mewakili populasi
anggota polis di IPK Sarawak, namun keputusan ini menunjukkan kebanyakan responden berada
pada tahap kemurungan yang normal. Jabatan yang banyak mempunyai tahap kemurungan paling
teruk ialah Jabatan Siasatan Jenayah. Hal ini berlaku mungkin kerana anggota polis berada pada
tahap yang berisiko tinggi untuk mengalami gejala kemurungan kerana tekanan bekerja yang
melibatkan ancaman dari segi fizikal dan psikologi (contohnya kecederaan yang tidak
disengajakan atau disengajakan di tempat kerja) dan cabaran organisasi (contohnya polisi dan
prosedur jabatan, tidak mendapat sokongan yang mencukupi dari penyelia atau bebanan kerja yang
melampau). Ini boleh dibuktikan dengan kajian daripada Allison et al., (2019) tentang tekanan
polis dan gejala kemurungan. Situasi seperti kemalangan, penembakan, atau melihat mayat boleh
dikaitkan dengan perasaan tekanan atau kemurungan post traumatik (Allison et al., 2019). Selain
daripada itu juga mungkin kerana tekanan daripada pentadbiran yang merangkumi faktor-faktor
seperti gaji yang rendah, sikap tidak ambil peduli daripada masyarakat, atau kurang pengiktirafan
daripada penyelia. Semua faktor ini dapat mengurangkan kepercayaan mereka terhadap pihak
organisasi (Violanti, 2014).
Sesi perkongsian tentang kemurungan telah diadakan pada 21 April 2021 bersama ahli
jawatankuasa AKRAB. Dengan adanya sesi perkongsian ini, diharapkan ahli-ahli AKRAB boleh
membimbing dan membantu responden-responden yang berada pada tahap kemurungan
sederhana. Manakala bagi responden yang berada pada tahap yang teruk pula akan diserahkan
kepada Miss Tyng untuk diambil tindakan yang sewajarnya.
Kesimpulannya, kerjaya polis terdedah kepada peristiwa traumatik dan akibatnya, mereka
menghadapi pelbagai situasi berbahaya dan tertekan dalam barisan tugas, yang secara tidak
langsung nya boleh membawa kepada kemurungan. Berdasarkan dapatan kajian ini, pegawai polis
di IPK Sarawak secara keseluruhannya tidak berisiko tinggi untuk mengalami gejala kemurungan.
Walau bagaimanapun, ia masih menjadi kebimbangan dalam kalangan pegawai polis yang tidak
boleh dihiraukan. Mereka adalah orang yang melindungi negara daripada pelbagai ancaman,
justeru, kesihatan mental mereka tidak boleh dipandang enteng. Walaupun masih terdapat stigma
negatif yang dikaitkan dengan kesihatan mental dalam masyarakat Malaysia, namun ini tidak
bermaksud kita terus berhenti menyebarkan maklumat mengenai kepentingan kesihatan mental.
Rujukan

Allison, P., Mnatsakanova, A., McCanlies, E., Fekedulegn, D., Hartley, T. A., Andrew, M. E., &
Violanti, J. M. (2019). Police stress and depressive symptoms: role of coping and hardiness.
Policing: An International Journal.

American Psychiatric Association. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-
5), Fifth edition. 2013.

Buker, H., & Wiecko, F. (2007). Are causes of police stress global? Testing the effects of common
police stressors on the Turkish National Police. Policing: An International Journal of Police
Strategies and Management, 30(2), 291-309.

Collins, P. A., & Gibbs, A. C. C. (2003). Stress in police officers: a study of the origins, prevalence
and severity of stress‐related symptoms within a county police force. Occupational medicine,
53(4), 256-264.

Darensburg, T., Andrew, M. E., Hartley, T. A., Burchfiel, C. M., Fekedulegn, D., & Violanti, J.
M. (2006). Gender and age differences in posttraumatic stress disorder and depression among
Buffalo police officers. Traumatology, 12(3), 220-228.

Deschênes, A.-A., Desjardins, C., & Dussault, M. (2018). Psychosocial factors linked to the
occupational psychological health of police officers: preliminary study. Cogent Psychology, 5(1),
1426271.

Erny Yusnida, C. Y., Haslinda, A., & Zatul Himmah, A. (2017). Hubungan kepuasan kerja dengan
kecerdasan emosi dalam kalangan warga polis diraja Malaysia. Geografia-Malaysia Journal of
Society and Space, 13(1), 22-37.

Husain, W & Faize, F. (2018). Depression, Anxiety and Stress of Police Officers in Sensitive and
Insensitive Police Stations. 1. 26-31.
Odedokun, S. A. (2015). Differential influence of demographic factors on job burnout among
police officers in Ibadan, Oyo state. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(3 S1), 520.

Police Department, B. U. (2017). Sensitive Crimes. Sensitive Crimes | Police Department.


https://www.bu.edu/police/sensitive-crimes/.

Radloff, L. S. (1977). The CES-D Scale: A Self-Report Depression Scale for Research in the
General Population. Applied Psychological Measurement, 1(3), 385–401.

Violanti, J. M. (2014). Police resiliency: an integration of individual and organization.


International journal of emergency mental health, 16(2), 270-271.

Violanti, J. M., Charles, L. E., McCanlies, E., Hartley, T. A., Baughman, P., Andrew, M. E., ... &
Burchfiel, C. M. (2017). Police stressors and health: a state-of-the-art review. Policing: An
International Journal of Police Strategies & Management.

World Federation for Mental Health. (2010). Depression: What you know can help you -
International perspectives on depression for people living with depression and their families. USA:
World Federation for Mental Health.

Wright, R., Powell, M. B., & Ridge, D. (2006). Child abuse investigation. Policing: an
international journal of police strategies & management.

You might also like