PROPOSAL-Program "ROAD TO A+ SCIENCE SPM 2022"

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

TAJUK: ROAD TO A+ SCIENCE SPM 2022

PENGENALAN
Program “ROAD TO A+ SCIENCE SPM 2022” adalah satu bengkel teknik menjawab yang
dijalankan untuk calon SPM 2022 yang akan menduduki peperiksaan penting tahun ini.
Pelbagai aktiviti yang melibatkan peningkatan akademik disusun dari awal tahun lagi hingga
menjelang pepeiksaan SPM. Program ini melibatkan aktiviti teknik menjawab soalan SPM
bagi subjek Sains. Oleh itu, strategi mengadakan bengkel teknik menjawab soalan dengan
menjemput guru yang berpengalaman dalam subjek Sains diharapkan dapat membantu murid.
Murid –murid juga berpeluang mempelajari teknik pembelajaran dan gaya pembelajaran
dengan guru yang lain pula dan meluaskan pemahaman murid.

RASIONAL

Isu pelajar sering membuat kesilapan dan kecuaian dalam menjawab soalan peperiksaan yang
menyebabkan mereka kehilangan untuk memperolehi markah penuh. Oleh itu, bengkel
“ROAD TO A+ SCIENCE SPM 2022” dijalankan untuk meningkatkan tahap penguasaan dan
kefahaman dalam subjek sains. Mereka juga akan lebih yakin untuk menjawab soalan
peperiksaan SPM yang sebenar kelak.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kefahaman murid mengenai teknik menjawab soalan SPM dalam


subjek sains.
2. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang tips-tips daripada penceramah tentang
soalan-soalan yang mungkin keluar dalam peperiksaan SPM.
3. Menigkatkan peratus lulus bagi kertas peperiksaan Sains.
4. Menigkatkan bilangan murid yang berpotensi mendapat A bagi subjek Sains.

RANCANGAN PERLAKSANAAN
⮚ Pautan (link) google form akan diberi kepada calon SPM tiga hari sebelum
program hala tuju lepasan SPM diadakan.
⮚ Program “ROAD TO A+ SCIENCE SPM 2022” akan dilaksanakan melalui aplikasi
Google Meet.
Masa Aktiviti
8.30 malam ● Ucapan alu-aluan dan Selamat Datang kepada calon SPM 2022.
● Bacaan doa
8.45 malam ● Sesi perkenalan diri dari penceramah yang dijemput.
9.00 malam ● Perkongsian teknik menjawab yang betul bagi subjek Sains SPM.
● Membincangkan jangkaan soalan sains bagi SPM 2022.
9.45malam ● Majlis bersurai.

PERINCIAN PESERTA

Terbuka kepada calon-calon SPM tahun 2022 dari sekolah menengah di seluruh Malaysia.

IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada transaksi kewangan berlaku kerana program dijalankan secara atas talian.

SENARAI NAMA DAN BIDANG YANG TERLIBAT.

AHLI BIDANG TUGAS


JAWATAN
KUASA
Siti Nur Hidayah Binti Rusli
Ditugasakns sebagai moderator untuk memastikan
program“ROAD TO A+ SCIENCE SPM 2022”
berjalan dengan lancar dan teratur.
Siti Nur Anis Afiqa Binti Razi
Ditugaskan untuk menyediakan poster untuk
diedarkan dan diwar-warkan kepada calon SPM
2022 untuk menyertai Program “ROAD TO A+
SCIENCE SPM 2022”
Nadia Najeebah Binti Zulkifli Ditugaskan untuk menyediakan E-Sijil untuk
calon SPM sebagai penghargaan.
Noramira Binti Mohd Noor Ditugaskan sebagai individu yang bertanggungjawab
untuk menjadi orang tengah dalam berurusan
dengan penceramah.
Nur Nadirah Binti Mohd Nasir
Ditugaskan untuk menguruskan pendaftaran
peserta untuk menyertai Program “ROAD TO
A+ SCIENCE SPM 2022”
PENUTUP
Diharapkan dengan penganjuran Program “ROAD TO A+ SCIENCE SPM 2022”, murid-
murid yang merupakan calon SPM pada tahun ini akan dapat mencapai
kecemerlangan seperti yang diharapkan dan beroleh manfaat daripada bengkel tersebut.

You might also like