Kerja Lapangan Sejarah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

SMK ST.

FRANCIS CONVENT
KERJA KURSUS
SEJARAH
TINGKATAN 2

NAMA CALON : RIEKA RYANA


NO. KAD PENGENALAN : 080410-12-0666
TINGKATAN: 2 DINAMIK
TARIKH : 28/10/2022
NAMA GURU : PUAN NAIMAH OSDAM
TAJUK FOLIO : KESULTANAN MELAYU MELAKA

PERKARA WAJARAN MARKAH


1.0 PERANCANGAN AWAL 2
2.0 MENGUMPUL MAKLUMAT 2
3.0 PELAPORAN 14
4.0 PENILAIAN UMUM 2

JUMLAH 20
BI PERKARA MUKA
L SURAT
1 PENDAHULUAN 1
2 OBJEKTIF KAJIAN 2
3 KAEDAH KAJIAN 2
4 HASIL DAPATAN
3-4
 FAKTOR KEGEMILANGAN PADA
5
ABAD KE-15
5
 KEMUDAHAN PELABUHAN
KERAJAAN MELAKA
 PERANAN PEMERINTAHAN
DALAM MENARIK PEDAGANG
LUAR UNTUK BERDAGANG DI
MELAKA
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 6
6 LAMPIRAN 7-15
7 RUJUKAN 16
1.0 PENDAHULUAN
Kesultanan Melavu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400. Kerajaan
Melayu Melaka merupakan kelangsungan kepada kerajaan masyhur di Alam Melayu.
Parameswara telah memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaannya. Hal ini telah
menyebabkan Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu.
Kerajaan ini telah dibentuk di muara Sungai Bernam yang dikenali scbagai Sungai Melaka.
Pada asalnya, tempat ini merupakan sebuah perkampungan nelayan, tempat berjual-beli
dan tempat pertukaran barang dagangan.
Antara sebab Parameswara memilih Melaka untuk mendirikan kerajaannya ialah kedudukan
Melaka yang terletak di laluan perdagangan antara timur dengan barat yang
membolehkannya untuk mengawal laluan kapal dagang.
Selain itu, bentuk muka buminya yang berbukit-bukau sesuai dijadikan benteng pertahanan
dan menjadi panduan kapal dagang.
Seterusnya, pokok bakau dan pokok api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikan
Melaka sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh
musuh.
Akhir sekali, Melaka yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.
Hal ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di Pelabuhan Melaka dengan
selamat.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

 Menyatakan factor kegemilangan Melaka pada abad ke-15.


 Menyenaraikan kemudahan-kemudahan yang disediakan di pelabuhan Kerajaan
Melaka.
 Menerangkan peranan pemerintah dalam menarik pedagang luar untuk berdagan di
Melaka.

3.0 KAEDAH KAJIAN


Saya telah menggunakan dua kaedah untuk mencari maklumat berkaitan dengan tajuk
tugasan saya. Salah satu kaedah yang saya gunakan ialah kaedah media massa. Saya telah
merujuk beberapa video di YouTube berkaitan cara membuat kerja kursus ini dan beberapa
laman web tentang Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, saya juga telah menggunakan
kaedah menganalisis dokumen. Saya telah mencari dan menganalisis maklumat tentang
Kesultanan Melayu Melaka daripada buku teks Sejarah Tingkatan 2.
4.0 HASIL DAPATAN

 FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA PADA ABAD KE-15


Sultan berada di puncak sistem pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan melantik pembesar untuk membantunya dalam pentadbiran. Hal ini menyebabkan
Kesultanan Melayu Melaka gemilang dengan sistem pentadbiran yang tersusun dan
berkesan.
Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem
ini bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik oleh
pemerintah bagi membantu melicinkan pentadbiran. Sultan dibantu oleh pembesar
berempat, pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua yang
merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat, jajahan, daerah, mukim dan kampung.
Tugas utama pembesar ialah mewujudkan sistem pentadbiran yang berkesan seperti
menjaga keamanan kawasan, mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah,
membekalkan tenaga tentera ketika perang serta menyediakan tenaga buruh melalui sistem
kerah.
Pembesar berempat merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka juga dikenali sebagai Orang Kaya
Berempat.
Selain itu, Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan sistem perundangan yang
mantap. Hal ini telah menelonjakkkan Kesultanan Melayu Melaka kearah kegemilangan.
Hukum Kanun Melaka mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan disusun
semula secara teratur pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Shah serta mengandungi
44 fasal yang berkaitan dengan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar.
Hukum Islam juga terdapat dalam undang-undang ini yang berkaitandengan jenayah, urusan
jual beli dan kekeluargaan. Dengan adanya Hukum Kanun Melaka, Melaka dapat
mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat serta jenayah dalam negeri
Melaka juga dapat diatasi dengan baik dan terurus.
Undang-Undang Laut Melaka ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan
menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan serta mengandungi 25 fasal
menerangkan peraturan di laut, tertib berniaga dantatacara jual beli. Kandungannya juga
berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar. Dengan adanya
undang-undang ini, aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar dan adil serta memberikan
keyakinan kepada para pedagang.
Kesultanan Melayu Melaka juga menggunakan undang-undang adat dalam sistem
pemerintahannya yang dikenali sebagai Adat Temenggung dan diasaskan oleh Datuk
Ketemenggungan. Adat Temenggung ini adalah berkaitan dengan sistem pemerintahan,
pewarisan takhta, perkahwinan, perwarisan harta dan perundangan serta sistem
penggantian sultan, iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang sulung. Melaka
masih mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan kuasa tertinggi terletak di tangan
sultan atau raja. Adat Temenggung ini membolehkan system pewarisan takhta berlaku
secara teratur.
 KEMUDAHAN PELABUHAN KERAJAAN MELAKA
Pelabuhan di Melaka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menarik minat pedagang
seperti gudang tempat menyimpan barang, kemudahan pengangkutan, kemudahan
bekalanan makanan danminuman, khidmat membaiki kapal, tempat penginapan,
syahbandar yang menjaga kebajikan pedagang dan kemudahan tempat beribadat.

 PERANAN PEMERINTAHAN DALAM MENARIK PEDAGANG LUARUNTUK BERDAGANG


DI MELAKA
Pemerintah mempunyai peranan penting untuk menarik pedagang luar. Antaranya ialah
membantu para pedagang dalam hal memberikan pemahaman yang Kerajaan Melaka
penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang dalam urusan komunikasi dan perdagangan.
Pelabuhan diuruskan dengan teratur dan cekap oleh pegawai yang mahir dan
berpengalaman. Urusan perdagangan dikendalikan oleh syahbandar yang memainkan
peranan penting dalam menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot. Tugasnya ialah
mengurus pasar dan gudang, menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang. Syahbandar
juga bertanggungjawab memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang, menjadi hakim di
pelabuhan, mengurus cukai dan menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
Selain itu, orang laut memberikan taat setia kepada raja dan memainkan peranan yang
penting dalam mengekalkan kestabilan kerajaan, khasnya dalam memastikan urusan
perdagangan dapat dijalankan dengan lancar. Mereka merupakan pelayar dan penunjuk
arah yang cekap kepada pedagang yang berdagang di Melaka. Orang laut juga
bertanggungjawab sebagai tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan
Melaka.
5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka berakhir pada 24Ogos 1511. Legasi
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka diwarisi dan diteruskan pula oleh Kesultanan
Johor Riau. Kekalahan Kesultanan Melayu Melaka perlu dijadikan iktibar kepada kita tentang
kepentingan memelihara perpanduan. Hal ini bagi mengelakkan perpecahan yang boleh
mengancam perpaduan keamanan negara.
Selain itu, kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan ialah kejayaan kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka menguasai perdagangan ada suatu masa dahulu perlu dicontohi
oleh semua negara.
6.0 RUJUKAN

 BUKU
Suffian bin Mansor, Mardiana binti Nordin Ahmad Salehee bin Abdul Ishakbin Saidoo. 2021.
Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 INTERNET
https://youtu.be/lvCZrdcU2Rw
https://anyflip.com/yvxvf/qfro/basic
https://pintar.otakatik.live/featured-https-brainly.co.id/tugas/51543043
https://cikguhidayah02.blogspot.com/2019/10/kajian-kes-tingkatan-2-egemilangan.html

You might also like