Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

BILAL BIN RABAH R.A.

NAMA: BILAL BIN RABAH (sahabat terkenal Nabi Muhammad dan pelaung azan pertama Islam
yang dipilih oleh rasullallah)(Bilal dibesarkan di Mekah sebagai seorang hamba yatim Bani Jumah
yang berada bawah di bawah jagaan Umaiyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah SAW menjadi Nabi
dengan membawa risalah Agama Islam, Bilal menjadi antara orang-orang yang paling awal
memeluk Agama Islam.) 

TAHUN LAHIR: pada 5 Mac 580M, bersamaan dengan 1 Jamadil Awal 44 SH. 
ASAL: HABSYAH

KUNIAH/GELARAN: ABU ABDULLAH

SEBELUM PENGISLAMAN: Dengan dilahirkan sebagai hamba, beliau terpaksa bekerja untuk tuan
beliau, Umaiyah bin Khalaf. Dengan kerja kerasnya, Bilal diiktiraf sebagai hamba yang bagus
dan diberi tanggungjawab memegang kunci kepada berhala Arab. Namun, sifat perkauman dan
peraturan adat Arab menghalan beliau daripada mendapat jawatan yang tinggi.

PENGISLAMAN: Ketika Nabi Muhammad bermula berdakwah, ahli pembesar Quraisy merancang


apa yang patut dibuat dengan Baginda. Bilal yang ketika itu mengikut tuan beliau, Umaiyah,
terdengar tentang Muhammad dan ajarannya tentang Tuhan yang Esa. Beliau terpesona dengan
Islam dan menjadi antara sembilan orang yang pertama masuk Islam.

NAMA IBU: HAMAMAH (BERASAL DARI HABSYAH ATAU Ethiopia)

NAMA AYAH: RABAH (SEORANG HAMBA ARAB DARI BANI JUMAH)

RUPA PARAS: Dalam buku Bilal ibn Rabah oleh Muhammad Abdul Rauf, beliau menyatakan Bilal
"mempunyai ketinggian yang segak dan menawan, berkulit perang gelap dengan mata yang
berkilauan, hidung yang halus dan kulit yang berseri. Beliau dikurniakan dengan suara yang
garau, merdu dan bergema. Beliau mempunyai janggut yang halus pada kedua-dua pipinya.
Beliau turut dianugerahkan dengan kebijaksaan, bermaruah dan bernilai diri.

 Dalam buku The Life of Muhammad oleh Willian Muir, Bilal "tinggi, gelap, dengan ciri-ciri orang
Afrika dan rambut tebal."[9]Muir juga menyatakan bahawa ahli pembesar Quraisy benci Bilal dan
memanggil beliau "Ibnu Saudah" (anak perempuan hitam). [9]

SIRAH DISIKSA OLEH ABU JAHAL:

You might also like