Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ISTILAH SASTERA

SINOPSIS
Sinopsis ialah suatu ringkasan keseluruhan cerita yang dibuat untuk mendapatkan gambaran umum
tentang sesuatu cerita atau perkara dalam  sesebuah cerpen, drama, dan novel.

TEMA
Idea utama atau isu paling penting yang mahu disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

PERSOALAN
Idea-idea atau isu-isu yang hendak disampaikan oleh pengarang. Isu-isu ini akan membentuk tema
sesebuah cerita.

PLOT
Jalan cerita atau rentetan peristiwa yang berlaku berdasarkan sebab dan akibat.
Plot kronologi disampaikan mengikut urutan masa.
Plot tidak kronologi disampaikan tidak mengikut urutan masa.
Peringkat plot ialah:-
 Permulaaan/pengenalan/eksposisi
 Perkembangan
 Klimaks
 Peleraian

WATAK dan PERWATAKAN

 Watak ialah pelakon


 Perwatakan pula ialah sifat dari segi luaran dan dalamam pelakon
 Antara jenis watak:-
 Protagonis atau watak utama
 Antagonis penentang kepada watak utama (jahat)
 Watak sampingan

LATAR
Menjelaskan masa, era, tempat, ruang, masyarakat dan budaya dalam cerita
Terbahagi kepada 3 iaitu:-
 Latar masa
 Latar tempat
 Latar masyarakat

GAYA BAHASA
Gaya bahasa ialah cara pengarang menggunakan bahasa untuk menulis sesebuah cerita.
Pengarang karya kreatif lebih cenderung menggunakan bahasa yang indah, berkesan dan puitis.
Antara gaya bahasa tersebut ialah:-

1. Diksi - pemilihan atau penggunaan kata oleh pengarang


2. Metafora - unsur perbandingan yang terdiri daripada 2 patah kata ( lautan darah )
3. Personifikasi – pemakaian kata-kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada
yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan kata konkrit dan abstrak
4. Hiperbola - membandingkan sesuatu secara berlebihan ( tajam pisau membelah
bulan )
5. Simile - kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada
persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak
digunakan dalam ayat jenis ini
6. Paradoks - Penyataan yang bertentanga dengan fakta ( itik mati kehausan di kolam )
7. Repitisi - Kata yang diulang dalam baris yang sama 
8. Anafora - Pengulangan kata pada awal baris
9. Epifora - Pengulangan kata terakhir dalam baris 
10. Responsif - Pengulangan kata di tengah-tengah
11. Simplok - Pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama ( Sayang seribu
kali sayang )
12. Imejan - Penggunaan unsur alam semula jadi ( sungai, air, bukit, tasik )
13. Alusi - Bahasa perbandingan ( Kalau kau bunga, aku jadi kumbangnya )
14. Ironi - Kata-kata yang bermaksud lain daripada yang sebenar atau kesan sebalik
( Walaupun nada suaranya lembut namun kata-katanya cukup keras )
15. Sinkope - pemendekan sesuatu kata

UNSUR BUNYI

Asonansi - pengulangan huruf vokal dalam satu baris

Aliterasi - pengulangan huruf konsonan dalam satu baris

Rima - bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam rangkap

Jeda - hentian di tengah-tengah baris apabila melafazkan puisi

Inversi – pembalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim( ke sungai aku pergi )

 NILAI MURNI
1. Nilai murni ialah suatu perlakuan atau tingkah laku positif seseorang yang dapat memberikan
kesan baik dan teladan kepada orang lain.
2. Setiap nilai murni dalam cerita dapat memberikan kesan terhadap pemikiran, perasaan,
tingkah laku, dan perhatian kepada seseorang untuk memperoleh ciri-ciri nilai murni dalam
kehidupannya.

 PENGAJARAN
 Pengajaran ialah suatu perutusan, amanat, peringatan, dan pedoman yang hendak diberitahu
oleh pengarang kepada seseorang.
 Pengajaran juga merupakan unsur teladan yang diterapkan oleh penulis dalam sesebuah karya
sastera.
 Pengajaran lazimnya disampaikan secara tersirat dalam sesebuah novel, cerpen, sajak, dan
sebagainya.
  Kebiasaannya, pengajaran dimulakan dengan awalan ayat seperti di bawah:
(a)   Kita seharusnya
(b)  Kita mestilah
(c)   Kita perlulah
(d)  Kita janganlah

NADA
Nada ialah alunan lembut atau keras, tinggi atau rendah bunyi yang terhasil daripada pengucapan
sajak
Jenis-jenis nada:-

 Patriotik - pengucapan puisi yang bersemangat


 Melankolik - gambaran kesedihan, hiba dalam puisi
 Romantk - gambaran perasaan tenang, gembira, ceria dalam puisi
 Sinis - gambaran perasaan tidak suka, tidak senang dan sindiran
 Protes - gambaran perasaan marah, pemberontakan dan tidak puas hati
dalam puisi

You might also like