Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK SOOK KENINGAU 2023

ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN


Ucapan aluan Assalamualaikum dan selamat pagi. Teima kasih kepada pengerusi
majlis.

Yang Berusaha,
Encik Pancratius Primus
Pengetua SMK Sook

Yang dihormati
Encik Sahibin Bin Warimin
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik

Encik Nicholas Maniah


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Suhailin Bin Sharip@Sahamid


Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Ardin Bin Lakunsim


Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Sook

Encik Jimoty Biujin@Timothy


Penolong Kanan PPKI

Ketua-ketua Bidang

Ketua-ketua Panitia

Barisan guru-guru dan para pelajar sekalian.

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana pada pagi ini dapat bersama-
sama berkumpul bagi menyaksikan Majlis Penyampaian Watikah dan
Pelantikan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya bagi tahun 2023.

PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN SESI 2023


TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK SOOK KENINGAU 2023

Kata Aluan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah
Penyampaian dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia
Watikah berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan
sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

Jadi pada pagi ini, seramai 40 orang Pembimbing Rakan Sebaya


akan menerima watikah pelantikan. Majlis hari ini diharapkan dapat
menyuntik semangat dan menjadi pendorong kepada rakan-rakan
yang lain.

Watikah Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pelantikan


Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya. Dengan ini, majlis menjemput Encik
Pancratius Primus, pengetua SMK Sook diiringi Encik Nicholas Bin
Maniah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi penyerahan watikah
pelantikan. Dipersilakan.

Sijil Watikah dan Pelantikan diberikan kepada…..

(Senarai nama PRS)

Kata akhir Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Pancratius
Primus selaku pengetua SMK Sook atas penyerahahan watikah
pelantikan sebentar tadi.

Bacaan Ikrar Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar yang akan disampaikan
oleh Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya saudari Ellyiana Binti
Joimon sebagai tanda kesungguhan mereka bagi melaksa dan
memikul amanah yang duberukan dalam membantu sekolah kelak.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengerusi Pembimbing


Rakan Sebaya, saudari Ellyiana Binti Joimon atas bacaan ikrar
sebentar tadi.

Sebelum majlis bersurai, disini saya ingin memaklumkan kepada


semua tentang Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sook. Bagi
pelajar yang terdapat masalah dan ingin berkongsi cerita, kami guru
kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya mengalu-alukan
kehadiran semua ke Bilik Kaunseling. Selain bimbingan dan
kaunseling, beberapa ujian juga boleh dilakukan seperti ujian
personaliti bagi mengetahui personaliti diri masing-masing, ujian
minat kerjaya bagi mengetahui cabang kerjaya yang bakal ditempuh,
ujian saringan minda sihat bagi mengtahui tahap stress, keresahan,
depresi dan ujian gaya bercinta bagi mengetahui sifat diri dalam
TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK SOOK KENINGAU 2023

perhubungan cinta. Para guru juga dialukan bagi melaksanakan ujian


tersebut dan mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling.

Bersurai Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi, makan berakhirlah majlis
penyerahan Watikah dan Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya
pada tahun 2023. Semoga pelantikan ini akan dapat memotivasikan
para pemimpin pelajar untuk melaksanakan tugas yang
diamanahkan.

Majlis mengucapkan jutaan trima kasih kepada tuan pengetua, guru-


guru penolong kanan, guru-guru dan para murid sekalian atas
kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah


Wassalamualaikumu warahmatullahi wabarakaatuh.

MAJLIS BERSURAI

You might also like