Minit - Mesyuarat - Unit - Penempatan - Ke - Sekolah - Menengah - SK - Jelapang Kali Keempat 2021

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Sekolah Kebangsaan Jelapang

Taman Meru, Ipoh


ABA 2045 No. Tel: 05-5265553
Email : aba2045@moe.edu.my
__________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT UNIT PENEMPATAN KE TINGKATAN 1

BILANGAN : KEEMPAT

TARIKH : 10 FEBRUARI 2022 (KHAMIS)

MASA : 12.40 TENGAH HARI

TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN : 10/10

HADIR:

1. PUAN FUZIAH BINTI YA’ACOB (PK HAL EHWAL MURID)


2. AZLINA BINTI MOHD ALI (SETIAUSAHA)
3. SARAH BINTI SOFIAN BORDIE (NAIB SETIAUSAHA)
4. NORAIN BIN ISMAIL
5. HAMIZA BINTI SULAIMAN
6. MUNZIR BIN OTHMAN
7. MARDIAH BINTI SAMELAN
8. SALIMAH BINTI MOHD YUNOS
9. SITI AMIRAH BINTI MOHAMMAD NOOR
10. J. SUBHASHINI A/P JANATHANAM

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Terima kasih di atas kehadiran semua guru kelas dan AJK. Mesyuarat dimulai dengan
bacaan surah Al-fatihah.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru kelas dan AJK.
1.3 Terima kasih di atas segala komitmen yang diberikan sepanjang proses penempatan ke
sekolah menengah.
2.0 UCAPAN PK HEM – Puan Fuziah binti Ya’acob

2.1 Puan Fuziah mengucapkan terima kasih kepada semua guru terutamanya guru-
guru kelas Tahun 6 yang telah mengemaskini sistem APDM dan menyiapkan
E- Daftar Menengah.

2.2 Guru- guru kelas perlu melengkapkan fail peribadi murid untuk diserahkan
kepada sekolah menengah dengan kadar yang segera.

2.3 Guru perlu maklumtentang takwim terbaru E- Daftar Menengah dan


Pengurusan Pertukaran Murid Sesi 2022 yang akan diterangkan oleh Puan
Azlina.

Makluman: semua guru Kelas dan AJK

3.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

3.1 Disahkan oleh Puan Sarah, disokong oleh Puan Salimah.

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada

5.0 PENGURUSAN E-DAFTAR MENENGAH

5.1 Hasil daripada Taklimat Pengurusan E- Daftar Menengah dan Pengurusan


Pertukaran Murid Sesi 2022 yang berlangsung pada 9 Februari 2022 secara
Goggle Meet oleh Puan Zuhira binti Ghazali, Penolong PPD Menengah dan
Tingkatan Enam, Puan Azlina menerangkan tentang takwim terbaru E- Daftar
Menengah.

5.2 Tarikh tutup bagi pendaftaran lewat bagi E-Menengah akan ditutup pada 11
Februari 2022.

5.3 Guru- guru kelas boleh mula mencetak surat penempatan ke sekolah menengah
bermula pada 21 Februari 2022. Mohon guru kelas untuk mengedarkan surat
penempatan tersebut bersama- sama dengan Borang Pengesanan yang perlu
dikumpul semula selewat- lewatnya pada 23 Februari 2022.
5.4 Borang Pengesanan adalah untuk mendapatkan maklum balas dari ibu bapa
untuk menerima penempatan sekolah menengah yang telah ditetapkan oleh
pihak PPD atau ingin membuat rayuan ke sekolah yang lain.

5.5 Bagi murid yang telah mendapat tawaran awal dari sekolah- sekolah yang
dipohon seperti Sekolah Tahfiz atau Sekolah Menengah Agama Negeri, perlu
maklumkan di dalam borang pengesanan.

5.6 Seterusnya, penyelaras Penempatan Murid ke Tingkatan 1, akan menghantar


borang pengesan dan dokumen pertukaran yang telah lengkap ke sekolah
menengah pada 28 Februari 2022 (Isnin).

5.7 Pihak sekolah boleh mencetak surat penempatan rayuan pada 10 Mac 2022 dan
maklumkan kepada ibu bapa

6.0 PENGURUSAN PERTUKARAN MURID


6.1 Bagi ibu bapa yang ingin membuat rayuan, perlu mengikuti prosedur
permohonan pertukaran murid dalam daerah seperti yang berikut:

LANGKAH 1

o Lengkapkan borang permohonan P.U (A) 275/ ASBS (3 Salinan)


o Sediakan dokumen- dokumen sokongan seperti berikut:
 1 salinan kad pengenalan/ MY KID pelajar
 1 salinan sijil kelahiran pelajar
 1 salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
 1 salinan sijil nikah/ cerai/ hak jagaan ibu bapa
 1 salinan bil elektrik/ air (alamat terkini)
 1 salinan keputusan PBD untuk rayuan ke sekolah kawalan
 1 salinan surat penempatan ke Tingkatan 1
LANGKAH 2
 Isi permohonan ke dalam sistem E- Transfer untuk semakan
kelulusan dan kemudahan mencetak borang kelulusan.
 Sistem boleh diakses melalui Portal JPN PERAK
o Pergi ke Website Portal JPN Perak
o Pilih E- Perkhidmatan
o Plih E- Transfer
o Dapatkan nombor permohonan dari sistem dan tulis nombor
tersebut di sebelah kanan borang PUA 275/ASBS

6.2 Bagi murid yang tidak hadir dan tidak dapat dihubungi sehingga tarikh akhir
penghantaran borang pengesanan ke sekolah menengah, guru kelas perlu
menganggap murid tersebut bersetuju dengan penempatan yang diberi oleh
pihak PPD untuk mengelakkan murid cicir.
.

Tindakan: Guru kelas tahun 6

7.0 HAL- HAL LAIN


7.1 Fail Peribadi Murid yang telah menerima penempatan di sekolah menengah
melalui borang pengesanan, akan diserahkan pada 28 Februari di mengikut
penempatan sekolah feeder masing- masing.

7.2 Murid yang masih membuat rayuan dan menerima tawaran dari sekolah-
sekolah selain sekolah feeder, fail peribadi akan diserahkan kepada murid
sendiri. Sediakan surat pengesahan sebagai bukti penerimaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.10 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

_____________________ ______________________
(AZLINA BINTI MOHD ALI) (FUZIAH BINTI YA’ACOB)
Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Unit Penempatan Ke Tingkatan 1 Sekolah Kebangsaan Jelapang
Sekolah Kebangsaan Jelapang

You might also like