Professional Documents
Culture Documents
SK PERWIRA (AMALAN TERBAIK PDPDR PEMULIHAN KHAS)
SK PERWIRA (AMALAN TERBAIK PDPDR PEMULIHAN KHAS)
FASA 2
1. Membina hubungan dengan ibu bapa murid Pemulihan Khas SK
Perwira supaya Program Training Of Trainers yang dijalankan lebih
telus agar penglibatan dua hala antara guru Pemulihan
dan ibu bapa dapat diwujudkan.
(Gunakan teknik CAR: Client Always Right)
2. Menerangkan tentang kelas pemulihan, murid pemulihan, masalah
murid lembam, hala tuju murid pemulihan, kaedah pengajaran yang
sesuai untuk murid Pemulihan dan sebagainya.
3. Menjalankan perbincangan secara dua hala dengan ibu bapa murid
Pemulihan Khas SK Perwira. Perbincangan meliputi aspek:
i. Masalah pembelajaran murid di sekolah (kelemahan murid dalam
setiap kemahiran)
ii. Masalah murid di rumah
iii. Cara mengatasi masalah murid
4. Perbincangan bersama ibu bapa hanya dijalankan melalui aplikasi
whatsapp dan telefon memandangkan kebanyakan ibu bapa murid
bekerja.
FASA 3
1. Menghantar pelaporan kepada ibu bapa berkaitan tahap
penguasaan anak masing-masing.
2. Mengadakan sesi perbincangan “heart to heart” tentang masalah
yang dihadapi oleh murid Pemulihan Khas atau ibu bapa yang
mempunyai masalah.
3. Berkongsi pendapat atau idea untuk membantu murid-murid
Pemulihan Khas.
FASA 4
1. Memberi ganjaran sebagai penghargaan kepada murid Pemulihan
yang menyelesaikan tugasan semasa PDPR.
2. Hadiah berbentuk diy art dari Shopee dan buku latihan.
FASA 5
1. Mempromosikan kelas Pemulihan Khas dalam setiap group
whatsapp kelas di SK Perwira pada hujung minggu untuk memberi
kesedaran kepada ibu bapa tentang lembam, buta huruf, autisme
dan disleksia.
2. Guru Pemulihan diberi peluang dan ruang oleh pihak pentadbir
untuk berkongsi dengan ibu bapa tentang Pemulihan Khas melalui
Program Dialong Prestasi PBD & PBS yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.