Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEJARAH PENGGAL 2

BIOGRAFI

Al-Mas’udi atau Abu Hassan Ali Bin Hussain bin Ali Al-Mas’udi dilahirkan pada tahun 895 Masihi
di Baghdad. Beliau berbangsa Arab dari keturunan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Abdullah
bin Masud.

Al-Mas’udi merupakan seorang pengembara dan ahli pelayaran yang banyak berjasa dan beliau
banyak memberikan sumbangan dalam bidang sejarah, geografi, muzik, ilmu fizik, pelayaran dan
lain-lain. Beliau telah mengembara hampir ke seluruh dunia. Pada tahun 915 Masihi,

Al-Mas’udi memulakan pengembaraan ke Parsi, kemudiannya ke India, Sri Lanka, Indo China dan
China. Dalam perjalanan pulang dari negara-negara berkenaan, beliau telah singgah di Pulau
Madagaskar, Zanzibar dan Oman.
Sumbangan Al-Mas’udi Terhadap
Perkembangan Tamadun Manusia

Bidang Geografi

Beliau telah menghasilkan karya agung – Muruj al – Dhahab Wa – Maadin al – Jawahar yang boleh
dianggap sebagai sebuah ensikopedia geografi. Buku ini merupakan gabungan geografi fizikal
dengan geografi kemanusiaan.

Beliau telah menggabungkan ilmu geografi dengan ilmu sejarah agar karyanya itu dapat
dimanafaatkan oleh orang ramai.

Karya beliau menjadi rujukan penting di kalangan penuntut-penuntut akademi di Eropah.


Pandangannya mengenai iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat
dengan sikap manusia.

Pandangan al-Masudi ini adalah mengukuhkan teorinya iaitu teori Determinisme Alam Sekitar. Al-
Masudi berpendapat, iklim pertama dipengaruhi oleh Venus (Status), iklim kedua dipengaruhi oleh
Zuhal dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh Bulan. Jesteru itu, matahari dan bulan dikatakan
menentukan nasib orang.

Orang sebelah utara mempunyai bakat dalam peperangan manakala orang di bahagian selatan pula
bersifat lebih tafakur kerana aman damai.

Al-Masudi juga membahagikan bumi kepada dua garisan iaitu garisan bujur dan garisan lintang.

Penentuan garis-garis tersebut menentukan waktu, sifat iklim dan kedudukan. Ilmu ini menjadi asas
kepada ilmu pelayaran.

Beliau juga cuba mengaitkan di antara fenomena alam semula jadi dengan kehidupan manusia.
Misalnya beliau mengatakan perwatakan serta gaya hidup orang-orang Arab Badwi adalah berkait
dengan kualiti alam sekitarnya yang tulen. Al-Masudi juga berpendapat bahawa iklim turut
mempengaruhi keadaan fizikal sesuatu kaum. Contohnya, kulit orang Turki yang tinggal di Utara
India.

Beliau membincangkan dan menganalisis budaya masyarakat setempat secara sosiologikal dan
antropoligikal. Dengan ini beliau turut menyumbang kepada asas ilmu sosiologi dan antropologi.
Ilmu Pelayaran

Al-Masudi juga turut memberikan sumbangan dalam bidang Ilmu pelayaran. Misalnya beliau
menyelesaikan masalah yang dialami oleh pelaut serta ahli pelayaran mengenai nama-nama laut
yang ditemui ketika mereka belayar. Dalam hal ini, beliau telah memberi gambaran dan fakta
sebenar mengenai lautan dari Teluk Parsi ke Laut China. Beliau juga membetulkan kefahaman
pelaut-pelaut yang beranggapan bahawa setiap laut adalah terpisah dan berasingan. Al-Masudi
menegaskan bahawa lautan adalah bersambungan antara satu sama lain seperti Lautan Hindi, Laut
China, Laut Parsi, Laut Rom dan Laut Syria adalah bersambungan antara satu sama lain.

Seterusnya al-Masudi berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dengan negara China adalah
setengah lingkungan bumi. Pendapat beliau diterima. Menggabungkan ilmu sejarah dan geografi
sebagai disiplin ilmu. Membuat penekaan kepada geografi tempatan khasnya di India mengenai
kehidupan masyarakat dan tumbuh-tumbuhan.

KESIMPULAN

Al-Mas’udi merupakan tokoh yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang geografi dan
pelayaran. Dalam bidang sejarah, beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai Herodotus dan
Plinius kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.

Al-Mas’udi bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai
sejarawan, ahli geografi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai
mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain.

Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan
terutamanya kedudukan laut.

Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyumbang beberapa pendapat dan pandangan
yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor
persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut.

You might also like