Minit Mesyuarat - Pengurusan KAPA Bil.02 - 2013

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT PENGURUSAN KADET PERTAHANAN AWAM


BIL. 02/2013

Tarikh : 10 Disember 2013 ( Selasa )


Masa : 09:00 Pagi
Bilik Mesyuarat,
Tempat : PDPA Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.
HADIR :

1. PPj. (PA) Roslan Bin Wahab - Pengerusi


Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA

2. Encik Nazar Bin Mamat


Unit Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Kol. (PA) Md. Anuar Bin Jasmin


Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang

4. Lt. Kol. (PA) Mulliadi Al-Hamdi Bin Ladin


Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sabah

5. Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin


Penolong Pengarah, JPN Pulau Pinang

6. Mej. (PA) Mohd. Izaimi Bin Daud


Timbalan Komandan PULAPAU, Baling

7. Mej. (PA) Zairil Anuar Bin Zulmuji


Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pulai Pinang

8. Mej. (PA) Rohaizat Bin Hadli


Penolong Pengarah BPA, Ibu Pejabat Pertahanan Awam

9. Mej. (PA) Lokman Hakim Bin Abdul Rahman


Penolong Pengarah BPL, Ibu Pejabat Pertahanan Awam

10. Kapt. (PA) Za’abar Bin Mohd. Said


Pegawai Teknikal Kebangsaan

11. Kapt. (PA) Samsuddin Bin Samion


Pegawai Khas, Teknikal KAPA

12. Lt. (PA) Zainal Bin Ariffin


Pegawai Teknikal Negeri Pulau Pinang

13. Lt. (PA) Khairul Azwam Bin Kamaruzaman


Pegawai Teknikal Negeri WP Kuala Lumpur

1|Page Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU
14. Lt. (PA) Hasan Bin Mohd. Nor
Pegawai Teknikal Negeri Melaka

15. Lt. (PA) Yaacobharmi Bin Mohd. Yusof


Pegawai Teknikal Negeri Kelantan

16. Lt. (PA) Norjamalullail Bin Mohd. Noor


Pegawai Teknikal Negeri Terengganu

17. Lt. (PA) Shah Ridha Bin Abdul Jalil


Pegawai Teknikal Negeri Johor

18. Lt. (PA) Wan Ahmad Zamri Bin Wan Akib


Pegawai Teknikal Negeri Perlis

19. Lt. M. (PA) Mohd. Hafizi Bin Zakaria


Pusat Latihan Pertahanan Awam PULAPAT, Jengka

20. Lt. M. (PA) Azman Bin Zulkifli


Pegawai Teknikal Negeri Pahang

21. Lt. M. (PA) Badrol Hisham Bin Majid


Pegawai Teknikal Negeri Sarawak

22. Lt. M. (PA) Hisyamudin Bin Md. Sani


Pegawai Teknikal Negeri WP Labuan

23. Lt.M (PA) Mohd. Rusdi Bin Sharuddin


Pegawai Penyelaras KAPA SMK Palong II

24. Lt. M (PA) Sahar Bin Jalldin


Pegawai Penyelaras KAPA WP Kuala Lumpur

25. ST (PA) Nasihah Binti Nizar


Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)

26. SK (PA) Kamarudin Bin Saad


PNPA Negeri Sembilan

27. SK (PA) Riduan Bin Nordin


Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)

28. SM. (PA) Rosidi Bin Shaari


PNPA Perlis

29. SM. (PA) Nalzatul Ashikin Binti Nordin


PNPA Kedah

30. SM. (PA) Mohd. Hafiz Bin Abdullah


PNPA Perak

2|Page Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU
31. SM. (PA) Mohd. Habibullah Bin Jafar
PNPA Wilayah Persekutuan

32. SM. (PA) Mohd. Rafee Bin Ramli


PNPA Negeri Sembilan

33. SM. (PA) Muhammad Zul Izzi Bin Zulkifli


PNPA Pulau Pinang

34. SM. (PA) Ilmahani Binti Mohd. Yusof


PNPA Selangor

35. SM. (PA) Mohd. Azhari Bin Mahmud


PUPA Kepala Batas, Pulau Pinang

36. SM. (PA) Hasli Bin Hashim


PUPA Kepala Batas, Pulau Pinang

37. SM. (PA) Muhamad Azley Bin Shafei


PDPA Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

38. SM. (PA) Mohd. Khairul Izhar Bin Ismail


PDPA Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

39. SM. (PA) Samril A/L Selaseh


PNPA Pulau Pinang

40. SM. (PA) Hasdiee Bin Abdullah


PDPA Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

41. SM. (PA) Noor Azizan Bin Zakaria


PDPA Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

42. SM. (PA) Mohd. Hafiz Bin Rahim


PNPA Johor

43. SM. (PA) Normawati Binti Soh


PNPA Terengganu

44. SM. (PA) Mohammad Badal Bin Maddail


PNPA Sabah

45. SM. (PA) Rabuan Bin Zulkeflee


PNPA Sarawak

46. SM. (PA) Rahmat Bin Sjafei


Ibu Pejabat Pertahanan Awam

47. Lt. M (PA) Rohaya Binti Riduan - Pencatat


Minit
Ibu Pejabat Pertahanan Awam

3|Page Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU
TIDAK HADIR DENGAN SEBAB :-

1. Lt. (PA) Peh Kim Hock


Pegawai Teknikal Negeri Perak

2. Lt. (PA) Noor Azam Bin Aziz


Pegawai Teknikal Negeri Kedah.

3. Lt. (PA) Nueh Kimon


Pegawai Teknikal Negeri Sabah

4. SM. (PA) Ariwan Bambang Bin Ariadi


PNPA Pahang

5. SK. (PA) Muhammad Shafie Bin Rosslee


PNPA Kelantan

MESYUARAT PENGURUSAN KADET PERTAHANAN AWAM BIL.02/2013

1.0 PENDAHULUAN

1.1 ALUAN PENGERUSI

1.1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.


Beliau mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan
mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli mesyuarat.

1.1.2 Pengerusi juga menyentuh operasi terkini yang melibatkan tugas-


tugas JPAM semasa banjir yang melanda negeri Johor, Pahang,
Terengganu dan Kelantan.

1.1.3 Pengerusi bagi pihak jabatan turut mengucapkan tahniah dan


terima kasih kepada JPAM Pulau Pinang dan JPN Pulau Pinang
kerana telah berjaya menganjurkan Perkhemahan KAPA Kali Ke-
12 Tahun 2013 di Pusat kokurikulum, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang dari 10 hingga 15 Jun 2013 yang lalu.

Makluman

2.0 POST-MORTEM PERKHEMAHAN KEBANGSAAN KADET


PERTAHANAN AWAM KALI KE-12 TAHUN 2013

2.1 PENGURUSAN PERKHEMAHAN

2.1.1 Kehadiran peserta tidak memenuhi kuota yang telah ditetapkan.


Masalah ini berlaku apabila terdapat peserta yang menarik diri
pada saat akhir sehingga menyukarkan pasukan tersebut untuk
mencari pengganti.

4|Page Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU
Makluman
2.1.2 Setiap kontinjen dilarang mengubah/menukar maklumat pada
borang-borang yang telah ditandatangani oleh pegawai yang
berkenaan.

Makluman

2.1.3 Pegawai Teknikal Kebangsaan mencadangkan supaya


permainan bagi jawatankuasa terlibat diperbanyak semasa
perkhemahan yang akan datang. Pengerusi mencadangkan
supaya pihak pengurusan perkhemahan yang akan datang
supaya menambah satu lagi permainan bagi menghargai tugas
semua jawatankuasa terlibat.

Tindakan : JPN Sabah & JPAM Sabah

2.1.4 Pegawai-pegawai Teknikal Kebangsaan / Negeri memaklumkan


bahawa surat arahan bertugas daripada KPM lewat diterima oleh
Pegawai-pegawai Teknikal Kebangsaan / Negeri pada
perkhemahan yang lalu.

Tindakan : KPM

2.1.5 Pelaksanaan sistem dimerit perkhemahan masih tidak dapat


dilaksanakan kerana perincian kaedah pelaksanaan serta
implikasi perlaksaan masih tidak jelas. Ahli mesyuarat minta
supaya perkara ini dibangkitkan semula dalam mesyuarat yang
akan datang supaya dapat dinyatakan dengan jelas dalam SOP
Perkhemahan.

Tindakan : CPS

2.1.6 Penyediaan makanan bagi setiap aktiviti dimulakan dengan


penyediaan minum petang.

2.1.7 Sekurang-kurangnya dua set/salinan borang yang diserahkan


kepada Jawatankuasa Pendaftaran perlu diagihkan kepada
jawatankuasa berkenaan. Hal ini kerana penyerahan 4 salinan
borang semasa pendaftaran dilihat sebagai suatu pembaziran
dan tidak relevan.

Makluman

2.2 TARIKH DAN LOKASI

2.2.1 KPM mencadangkan tarikh 17 hingga 22 Jun 2014 sebagai tarikh


bagi Perkhemahan Integrasi Kebangsaan Kadet Pertahanan
Awam Kali Ke-13 Tahun 2014.

2.2.2 JPAM Sabah mencadangkan Pusat latihan RELA Negeri Sabah


sebagai lokasi Perkhemahan Integrasi Kebangsaan Kali Ke-13
Tahun 2014.

5|Page Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU
Makluman
2.3 TAKLIMAT PERTANDINGAN

2.3.1 Taklimat pertandingan dilihat sebagai satu solusi terbaik dalam


mengatasi masalah berhubung syarat-syarat pertandingan.

Makluman

2.3.2 Kapt. (PA) Shamsuddin Bin Samion mencadangkan supaya


urusetia menjemput semua Pegawai Teknikal untuk menghadiri
taklimat pertandingan kemahiran yang akan datang.

Tindakan : CPS

2.4 SYARAT-SYARAT PERKHEMAHAN

2.4.1 Pemilihan peserta pada perkhemahan/pertandingan yang akan


datang dibuat berdasarkan kelas/tingkatan kadet tersebut.
Sehubungan dengan itu, usia (tarikh/tahun kelahiran) tidak lagi
diletak sebagai prioriti pemilihan peserta. Oleh itu, pelajar yang
layak mengikuti perkhemahan kebangsaan adalah pelajar
tingkatan 2 hingga tingkatan 5. Syarat baru ini perlu dimasukkan
dalam kertas kerja dan diperincikan dalam syarat pertandingan.

2.4.2 Kaji semula syarat mewajibkan penggabungan sekolah dalam


perkhemahan / pertandingan.

Tindakan : CPS

2.4.3 Peserta perkhemahan dilarang menggunakan telefon bimbit


semasa perkhemahan. Semua telefon bimbit yang dibawa perlu
diserahkan kepada guru pengiring dan disimpan di tempat yang
selamat. Penyerahan semula telefon bimbit akan dibuat semasa
aktiviti integrasi bermula.

Makluman

2.4.4 Masalah histeria seringkali mengganggu perjalanan


perkhemahan. Kertas kerja bagi mengenalpasti punca masalah
akan dibentang pada mesyuarat yang akan datang.

Tindakan : En. Nazar & Mej. (PA) Zairil Anuar

2.4.5 JPAM Sabah bersama JPN Sabah diminta untuk menyediakan


perancangan yang lebih teliti berhubung perkhidmatan
pengangkutan yang akan digunakan sepanjang perkhemahan
yang akan berlangsung pada bulan Jun 2014.

Tindakan : JPN Sabah dan JPAM Sabah

6|Page Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU
2.5 PELAKSANAAN PISPA DI SEKOLAH

2.5.1 Pengerusi minta agar BPA/CPS mengadakan satu mesyuarat


khas bersama KPM bagi membincangkan perkara-perkara
berkaitan perlaksanaan PISPA di sekolah. Antara yang perlu
disentuh adalah :-

a) Pengesahan status permohonan perlaksanaan PISPA


seperti yang telah dimajukan kepada KPM
b) Pekeliling KPM yang tidak membenarkan penubuhan
pasukan lain di sekolah selain pertubuhan tingkatan 6.

c) Menambah syarat kelayakan anggota KAPA sehingga


berumur 19 tahun. Tindakan ini bagi membolehkan
pelajar tingkatan 6 mengikuti kokourikulum KAPA
sekaligus dapat meningkatkan markah penilaian
kokurikulum mereka semasa di semester 3.

d) Menganugerahkan pangkat yang sepatutnya kepada


kadet-kadet dari pasukan beruniform yang lain melalui
penilaian ujian kelayakan kerana pemakaian pangkat
dalam kadet adalah terhad mengikut bilangan skuad
yang ditubuhkan.

Tindakan : KPM & CPS

2.6 POST MORTEM PERTANDINGAN KEMAHIRAN

2.6.1 ALPHA (Kawad Kaki dan Menyelamat)

a) Masalah berkaitan kekurangan peralatan tidak timbul


sepanjang perkhemahan berlangsung.

b) Pegawai Teknikal juga membantu proses pendaftaran


pertandingan.

c) Tiada kecederaan dilaporkan sepanjang pertandingan


berlangsung.

d) Para peserta tidak melakukan banyak kesalahan semasa


melalui cabaran / tugasan / halangan sehingga
memudahkan pengadil membuat pemarkahan.

Makluman

e) Pegawai Teknikal Negeri Sarawak mencadangkan


supaya Jawatankuasa Pertandingan menyediakan video
simulasi.

Tindakan : ALPHA / PULAPAU & PULAPAT

7|Page Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU
2.6.2 PULAPAU (Perawatan Awal)
a) Para peserta dapat melakukan proses rawatan dengan
betul.
b) Terdapat peserta yang tidak menggunakan PPE
(Personal Protection Equiptment) dengan lengkap.
Antaranya :-
 Kasut tidak sesuai
 Ukuran baju seragam yang terlalu besar
 Tidak menggunakan face mask dengan betul
 Menggunakan sarung tangan yang koyak
 Rambut tidak disanggul dengan kemas bagi peserta
perempuan yang tidak bertudung.
c) PULAPAU juga diberi mandat untuk mengendalikan slot
ikhtiar hidup.

Makluman

2.6.3 PULAPAT (Melawan Kebakaran)

a) Jawatankuasa Pertandingan Melawan Kebakaran telah


mengambil inisiatif menukar penggunaan minyak petrol
kepada bebola api bagi mengurangkan risiko kecederaan
kepada peserta. Selain itu, mereka turut meletakkan
garisan 1.5m dari takungan api bagi mengelakkan
peserta berada terlalu dekat dengan api.

b) Penyertaan yang dibatalkan kerana melakukan


kesalahan yang akan membahayakan keselamatan
peserta. Antaranya :-
 Tidak memakai visor helmet semasa memadam
kebakaran.
 Kesalahan semasa menggunakan teknik fire blanket
 Kesalahan penggunaan pakaian yang tidak
bersesuaian seperti menyingsing lengan baju No.4.

c) Antara penyertaan yang dibatalkan adalah :-


 Kategori Lelaki adalah Melaka, Johor, Kedah, WP
Putrajaya dan Selangor.
 Kategori Perempuan adalah WP Kuala Lumpur,
Sarawak, WP Putrajaya dan Selangor.

Makluman

2.7 KURSUS

2.7.1 ALPHA, PULAPAU dan PULAPAT akan menganjurkan kursus-


kursus kepada Guru Penyelaras KAPA serta anggota kadet.
Antaranya Kursus Asas dan Bakal Pegawai, Kursus Lanjutan
(Kemahiran) dan Kursus Ketua Platun.

Tindakan : ALPHA, PULAPAU & PULAPAT

8|Page Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU
2.7.2 KPM mencadangkan agar JPAM memilih tarikh yang sama pada
2013 bagi pelaksanaan kursus pada 2014.

Tindakan : ALPHA, PULAPAU & PULAPAT

2.7.3 Permohonan penglibatan guru-guru ke kursus-kursus yang


dilaksanakan perlu dihantar ke JPN melalui KPM.

Tindakan : Semua PNPA / CPS

2.7.4 KPM memaklumkan bahawa pemakaian uniform disekolah adalah


pada hari Rabu kecuali negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Johor pula adalah pada hari Selasa. Oleh itu, KPM mohon agar
pembekalan uniform kepada anggota KAPA dan Guru-guru
Penyelaras KAPA diperbanyak pada tahun akan datang.

Tindakan : PTK / PTN / Guru Penyelaras KAPA

2.7.5 Bentangkan data KAPA yang berdaftar di bawah KPM sahaja.

Makluman

2.7.6 Ahli mesyuarat mencadangkan agar JPAM menambah kursus


kepada Pegawai Teknikal. Antara kursus yang dicadangkan
adalah Kursus Pegawai Teknikal. Pelaksanaan dan pengisian
kursus ini dicadangkan untuk dibincang semula dalam mesyuarat
yang akan datang.

Tindakan : CPS, ALPHA, PULAPAU & PULAPAT

2.7.7 Pengerusi memutuskan bahawa setiap Kursus Pegawai Waran


akan diuruskan oleh ALPHA, PULAPAU dan PULAPAT. Kursus di
Sabah dan Sarawak pula dibawah seliaan PULAPAU.

Tindakan : ALPHA, PULAPAU & PULAPAT

2.7.8 CPS akan keluarkan Arahan Tetap Ketua Pengarah berhubung:-


a) Kursus Kenaikan pangkat KAPA

Tindakan : CPS

2.8 MESYUARAT PENGURUSAN KAPA BIL.01/2014, PEMURNIAN SOP


PERKHEMAHAN & BENGKEL MEMBINA BANK SOALAN KENAIKAN
PANGKAT KAPA

2.8.1 Pegawai Teknikal Kebangsaan mencadangkan agar SOP


Perkhemahan disahkan dan diguna pakai.

Tindakan : CPS

9|Page Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU
2.8.2 Bengkel membina bank soalan kenaikan pangkat KAPA perlu
dianjurkan. Pengagihan penyediaan contoh-contoh soalan adalah
seperti berikut :-

a) Pbt ke L.Koperal = PULAPAU


b) L.Koperal ke Koperal = PULAPAT
c) Koperal ke Sarjan = ALPHA
d) Sarjan ke Pegawai Waran = CPS / BPL

Tindakan : CPS, ALPHA, PULAPAU & PULAPAT

2.8.3 Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.01/2014 dan Bengkel


Pemurnian SOP Perkhemahan KAPA akan diadakan pada bulan
Februari di KPKPS (Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah).
Pengisian program termasuk bengkel pembinaan bank soalan
kenaikan pangkat KAPA dan lawatan ke tapak perkhemahan.

Tindakan : KPM, CPS, JPN Sabah & JPAM Sabah

2.9 HAL-HAL LAIN

2.9.1 Permohonan kenaikan pangkat Guru Penyelaras KAPA akan


dirujuk semula ke Cawangan Lantikan & Kenaikan Pangkat

Tindakan : CLK

2.9.2 Pengerusi mencadangkan majlis penganugerahan pingat kepada


Guru Penyelaras KAPA disampaikan pada Hari Ulang Tahun
Pertahanan Awam atau Perkhemahan KAPA

Tindakan : CPS & CLK

2.9.3 Pegawai Teknikal dijemput menghadiri Bengkel Kebangsaan Kor


SISPA akan di UniKL MIAT pada 20 hingga 22 Disember yang
akan datang. CPS akan menghantar surat jemputan ke KPM bagi
tujuan tersebut.

2.9.4 Guru Penyelaras KAPA, Cikgu Sahar mencadangkan agar


anggota KAPA dianugerahkan lencana pencapaian. Ini bertujuan
menggalakkan anggota KAPA bersaing untuk menambahkan ilmu
Pertahanan Awam mereka dari semasa ke semasa. Selain itu,
kemahiran para anggota KAPA dapat dikenalpasti melalui
lencana tersebut. Perkara ini akan dikaji terlebih dahulu dan akan
diputuskan oleh Pengurusan Jabatan.

Tindakan : CPS

2.9.5 Lt. (PA) Khairul Azwam Bin Kamaruzaman mencadangkan


supaya anggota KAPA diberi peluang membuat lawatan ke
Singapore Civil Defence. Pengerusi minta CPS menyediakan
kertas kerja dengan bantuan KPM.

10 | P a g e Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU


Tindakan : KPM & CPS

2.9.6 Pegawai Unit Kokurikulum JPN Pulau Pinang (En. Haji Zulkafli
Bin Kamaruddin) akan berpindah ke unit lain.

2.9.7 KPM minta agar Pegawai Teknikal Negeri dilantik sebagai ketua
kontinjen bagi mengurangkan kos perlaksanaan perkhemahan
Integrasi Kebangsaan KAPA di Sabah.

2.9.8 Arahan Tetap Ketua Pengarah berhubung pembayaran elaun


Guru Penyelaras KAPA perlu disediakan.

Tindakan : CPS

2.9.9 Mesyuarat perkhemahan dan Bengkel Pemurnian SOP


Perkhemahan KAPA di Sabah akan turut menjemput Pegawai
Meja Unit Beruniform dari setiap JPN.

Tindakan : CPS, JPAM / KPM

3.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli mesyuarat pada kali
ini. Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.01/2014 akan diadakan di Sabah pada
bulan Februari. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian. Mesyuarat ini
seterusnya ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(Mej. (PA) Fazlisyah Bin Muslim)


(Lt.M (PA) Rohaya Binti Riduan) Penolong Pengarah
Cawangan Pasukan Sokongan Cawangan Pasukan Sokongan
Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh :

(PPj. (PA) Roslan Bin Wahab)


Pengarah
Bahagian Pengurusan Angkatan
Tarikh :

11 | P a g e Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU


12 | P a g e Minit Mesyuarat Pengurusan KAPA Bil.02/2013 10 Disember 2013 PDPA SPU

You might also like