Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

RENCANA ‘FAEDAH-FAEDAH BERIADAH DI TAMAN REKREASI KEPADA KELUARGA’

Standard Pembelajaran
3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan membuat pertimbangan yang relevan dalam pelbagai bahan.

Hujung minggu atau cuti umum, lazimnya ramai mengambil kesempatan melakukan aktiviti sihat secara santai di pusat
rekreasi atau taman. Anda boleh menyelami kehijauan alam ketika berjoging di taman kerana terdapat pelbagai jenis flora
dan fauna. Di samping meredah hutan atau sekadar berjoging di sini, anda pasti rasa kecamuk minda dan stres akibat terlalu
penat bekerja akan hilang seketika apabila dapat melihat pokok pelbagai jenis daripada spesies hutan hujan. Selain
beriadah, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama untuk bersenam pada waktu petang.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Bukan sekadar taman biasa
Oleh Jami’ah Sokri,
Berita Harian Online, 8 Mac 2020

Petikan di atas menjelaskan aktiviti riadah yang boleh dilakukan di pusat rekreasi atau taman. Dengan melakukan aktiviti
riadah, masyarakat memperoleh pelbagai faedah. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana untuk dimuatkan
dalam akhbar. Tajuk rencana itu ialah ‘Faedah-faedah Beriadah di Taman Rekreasi kepada Keluarga’.
Tulis rencana anda selengkapnya.

Analisis Soalan (IsTuDiF)


1. Isu : _
2. Tugasan : _
3. Dimensi : _
4. Format : _

Taman Rekreasi di Malaysia

Taman Tasik Titiwangsa Taman Sukan Lasak Shah Alam Taman Tasik Taiping
KUALA LUMPUR SELANGOR PERAK
Berjoging dan berbasikal Papan selaju dan panjat dinding Berkelah dan mendaki Bukit Larut

Taman Botani Negara Shah Alam Hutan Lipur Sekayu Taman Negara Johor Pulau Kukup
SELANGOR TERENGGANU JOHOR
Mengenali tumbuhan herba Berkelah dan mandi-manda Menghayati hutan paya bakau

1
Cadangan Isi Penting
1. Keluarga dapat menyihatkan tubuh dan minda.
2. Keluarga dapat mengeratkan hubungan.
3. Keluarga dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
4. Keluarga dapat memupuk nilai-nilai murni.

2
……………………………………………[tajuk rencana]…………………………………………
Oleh : …………………………[nama penulis] …………………………

Lautan diredah anak kelasi,


Merantau ke Segamat dan Batu Pahat;
Mari beriadah di taman rekreasi,
Sambil berehat tubuh pun sihat.

Serangkap pantun yang merupakan warisan nenek moyang di atas menyeru masyarakat untuk beriadah di taman
rekreasi. Hakikatnya, masyarakat kini kurang melakukan aktiviti riadah. Hal ini dikatakan demikian kerana....[mengapakah
anda berkata demikian? – terlalu sibuk bekerja hingga lewat malam dan hujung minggu]…… . Tambahan pula.....[mengapakah
anda berkata demikian? – perkembangan teknologi moden seperti televisyen, komputer, telefon bimbit dan tablet]………… .
Contohnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa hanya 40 peratus rakyat Malaysia yang mengamalkan
gaya hidup aktif. Persoalannya, apakah …………[tugasan soalan]…........?

Satu daripada …………[tugasan soalan]………… ialah [apakah faedah beriadah di taman rekreasi kepada keluarga?
– menyihatkan tubuh dan minda]…………… . Hal ini dikatakan demikian kerana …………[mengapakah anda berkata demikian? –
beriadah melibatkan pergerakan fizikal sekali gus menguatkan daya pengepaman jantung]…… . Sebagai contoh,
[bagaimanakah anda dapat membuktikannya? – aktiviti senaman seperti berjoging dan berjalan kaki di Taman Tasik Taiping
dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan otak dan membakar kalori sambil menghirup udara segar dan
melihat panorama menghijau]………… . Implikasinya, …………[apakah kesan daripadanya? – mengelakkan masalah obesiti dan
penyakit kronik – mencegah lebih baik daripada mengubati]…………… . Bukan itu sahaja, [apakah kesan daripadanya? –
mengelakkan stres dan kemurungan]……………. Jelaslah bahawa……..[isi]…..merupakan salah satu……[tugasan soalan]……. .

Selain itu, …………[tugasan soalan]……… ialah ………[apakah faedah beriadah di taman rekreasi kepada keluarga? –
mengeratkan hubungan]……… . Hal ini dikatakan demikian kerana……… [mengapakah anda berkata demikian? – aktiviti
riadah menjadi medan untuk ahli keluarga berkumpul bersama-sama]………… . Misalnya, [bagaimanakah anda dapat
membuktikannya? – ahli keluarga boleh meluangkan masa hujung minggu untuk berkelah atau bermandi-manda di hutan lipur
seperti di Hutan Lipur Sekayu Terengganu]………… . Impaknya,. [apakah kesan daripadanya? – melupakan dan menjernihkan
perselisihan faham – buang yang keruh, ambil yang jernih]…………… . Tambahan pula, …………[apakah kesan daripadanya? –
mewujudkan keluarga bahagia yang terhindar daripada perpecahan]…………… . Tegasnya, ……..[isi]….. merupakan salah satu ……
[tugasan soalan]……. .

Seterusnya, …………[tugasan soalan]………… ialah [apakah faedah beriadah di taman rekreasi kepada keluarga? –
menambahkan ilmu pengetahuan]…………… . Hal ini d ikatakan d em ikian kerana……… [mengapakah anda berkata demikian?
– terdapat taman rekreasi yang menawarkan pembelajaran dan pendidikan tentang tumbuh-tumbuhan]… Umpamanya,
………………[bagaimanakah anda dapat membuktikannya? – ibu bapa boleh membawa anak-anak ke Taman Negara Johor Pulau
Kukup untuk mempelajari hutan paya bakau dan spesies hidupan di situ]………………… . Natijahnya, …………[apakah kesan
daripadanya? – menjadikan ilmu yang dicedok sebagai pedoman dalam kehidupan – ilmu itu pelita hati]….........Bukan itu
sahaja,
…………[apakah kesan daripadanya? – anak-anak dapat menggunakannya dalam pembelajaran di sekolah]………… . Oleh itu, jelaslah
bahawa……..[isi]…..merupakan salah satu……[tugasan soalan]……. .

Kesimpulannya, terdapat seribu satu …………[tugasan soalan]…………. Sehubungan dengan itu,.......[apakah cadangan
anda tentang isu ini? – semua pihak perlulah berganding bahu untuk menggalakkan masyarakat beriadah – berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing]…………… . Oleh itu,..........[siapakah yang berperanan? – ibu bapa perlulah mendidik anak-anak tentang
kepentingan beriadah sejak kecil– melentur buluh biarlah dari rebungnya]………………… . Di samping itu,.........[siapakah yang
berperanan? – kerajaan sewajarnya menyediakan lebih banyak taman dan pusat rekreasi di seluruh negara]….................Semoga
dengan usaha yang bukanlah melepaskan batuk di tangga ini,.........[apakah harapan anda terhadap isu ini? – negara kita
dapat mewujudkan rakyat yang bukan sahaja sihat dari segi fizikal tetapi juga mental – badan sihat, otak cerdas]………………… .

3
JAWAPAN

Analisis Soalan (IsTuDiF)


1. Isu : beriadah di taman rekreasi
2. Tugasan : faedah-faedah beriadah di taman rekreasi kepada keluarga
3. Dimensi : keluarga [ahli keluarga, ibu bapa, anak-anak, adik-beradik]
4. Format : rencana [tajuk rencana dan nama penulis]

Faedah-faedah Beriadah di Taman Rekreasi kepada Keluarga


Oleh : Amar Fattah bin Mohd Sofi

Lautan diredah anak


kelasi,
Merantau ke Segamat dan Batu Pahat;
Mari beriadah di taman rekreasi,
Sambil berehat tubuh pun sihat.

Serangkap pantun yang merupakan warisan nenek moyang di atas menyeru masyarakat untuk beriadah di taman
rekreasi. Hakikatnya, masyarakat kini kurang melakukan aktiviti riadah. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat
terlalu sibuk bekerja hingga lewat malam dan hujung minggu menyebabkan waktu untuk beriadah terhad. Tambahan
pula perkembangan teknologi moden seperti televisyen, komputer, telefon bimbit dan tablet menjadikan riadah bukan
aktiviti pilihan. Contohnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa hanya 40 peratus rakyat Malaysia
yang mengamalkan gaya hidup aktif. Persoalannya, apakah faedah-faedah beriadah di taman rekreasi kepada keluarga ?

Satu daripada faedah beriadah di taman rekreasi kepada keluarga ialah keluarga dapat menyihatkan tubuh
dan minda. Hal ini disebabkan oleh beriadah melibatkan pergerakan fizikal sekali gus menguatkan daya pengepaman
jantung. Sebagai contoh, aktiviti senaman seperti berjoging dan berjalan kaki di Taman Tasik Taiping dapat
melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan otak dan membakar kalori sambil menghirup udara segar dan
melihat panorama menghijau. Implikasinya, ahli keluarga dapat mengelakkan masalah obesiti dan penyakit kronik
kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Bukan itu sahaja, ahli keluarga juga dapat mengelakkan stres dan
kemurungan yang bakal menjadi penyakit nombor satu mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain itu, faedah beriadah di taman rekreasi kepada keluarga ialah keluarga dapat mengeratkan hubungan
sesama mereka. Umum mengetahui bahawa aktiviti riadah menjadi medan untuk ahli keluarga berkumpul bersama-sama
setelah masing-masing sibuk dengan aktiviti harian seperti bekerja dan belajar. Misalnya, ahli keluarga boleh
meluangkan masa hujung minggu untuk berkelah atau bermandi-manda di hutan lipur seperti di Hutan Lipur Sekayu
Terengganu sambil makan angin. Impaknya, ahli keluarga dapat melupakan dan menjernihkan perselisihan faham yang
ada kerana peribahasa Melayu ada menyebut bahawa buang yang keruh, ambil yang jernih. Tambahan pula, aktiviti
riadah dapat mewujudkan keluarga bahagia yang terhindar daripada perpecahan.

Seterusnya, faedah beriadah di taman rekreasi kepada keluarga ialah keluarga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dalam dada. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat taman rekreasi yang didirikan oleh kerajaan
menawarkan pembelajaran dan pendidikan tentang tumbuh-tumbuhan. Umpamanya, ibu bapa boleh membawa anak-anak
ke Taman Negara Johor Pulau Kukup untuk mempelajari hutan paya bakau dan spesies hidupan di situ seperti ketam,
burung bangau dan ikan belacak]. Natijahnya, ahli keluarga boleh menjadikan ilmu yang dicedok sebagai pedoman
dalam kehidupan persis peribahasa ilmu itu pelita hati. Bukan itu sahaja, anak-anak dapat menggunakannya dalam
pembelajaran di sekolah melalui penulisan karangan mahupun pertandingan yang disertai.

Kesimpulannya, terdapat seribu satu faedah beriadah di taman rekreasi kepada keluarga. Sehubungan dengan
itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk menggalakkan masyarakat beriadah kerana berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak tentang kepentingan beriadah sejak kecil kerana orang
tua-tua ada berpesan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di samping itu, kerajaan sewajarnya
menyediakan lebih banyak taman dan pusat rekreasi di seluruh negara bukan sahaja di bandar tetapi juga di kawasan
pedalaman. Semoga dengan usaha yang bukanlah melepaskan batuk di tangga ini, negara kita dapat mewujudkan rakyat
yang bukan sahaja sihat dari segi fizikal tetapi juga mental – badan sihat, otak cerdas.

You might also like