Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN-INTERNSHIP 2022 PISMP BM (SK)2 JUN 2018

Nama Pelajar NUR AFIFAH AINA BT BENZ AZRAAI

No Kad Pengenalan
  Program PISMP AMBILAN JUN 2018

  Pengkhususan / Opsyen BAHASA MELAYU (SK)

  Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN RAKYAT

  Minggu Internship 1

  Tarikh 22-04-2022

  Tajuk PEMATUHAN SOP NORMA BAHARU

  Kategori PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

  Pensyarah Penyelia Dr. ZAINAL ABIDDIN BIN MASLEH

  Guru Pembimbing ENCIK YUSRI HJ AHAP

 
1. Isu Yang Difokuskan :
Sejak kedatangan wabak Corona Virus ke Malaysia, segalanya sudah berubah dan semua
rakyat telah mengamalkan norma baharu dalam kehidupan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :


Guru penolong kanan dan guru besar telah memberi taklimat kepada saya dan rakan lain
mengenai SOP yang patut dipatuhi dalam keadaan norma baharu sekarang. Untuk memberi
pengalaman kepada kami juga, pihak pengurusan meminta kami membuat jadual penggiliran
untuk membantu guru membuat pemantauan pergerakan murid pada awal pagdan mencatat
nama murid dihadapan pagar sekolah. Kami juga diminta membantu mengawas pergerakan
murid ketika pulang. Murid akan pulang secara bergilir mengikut kelas dan kami diminta
mengawal pergerakan murid agar mereka sentiasa menjaga jarak dan menggunakan pelitup
muka.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Menurut laporan Normawati (2020), Dr Mohd Radzi Mohd Jidin berkata “hari ini saya baru
sahaja melawat ke tiga sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak Selatan,
SMK Slim River dan Kolej Vokasional Slim dan alhamdulillah kita lihat pematuhan itu sudah
menjadi satu kebiasaan. Beliau berkata, kementerian mempunyai garis panduan yang lengkap
berkaitan SOP pencegahan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar dan setakat ini, semua
JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN-INTERNSHIP 2022 PISMP BM (SK)2 JUN 2018

sekolah mematuhi garis panduan itu.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Pesanan SOP yang dimaklumkan kepada kami:
1. Memastikan penjarakan sosial 1 meter dalam semua aktiviti.
2. Mengambil dan merekod suhu badan guru, murid dan warga sekolah serta semua pekerja
tidak bersimptom.
3. Guru memantau murid di dalam kelas supaya tidak bermain atau bersentuhan antara satu
sama lain.
4. Pastikan murid duduk di kerusi dahulu jika tiada penjaga atau ibu bapa yang hadir untuk
menjemput pelajar.
5. Pemakaian Pelitup Muka: Murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang
rendah sentiasa memakai pelitup muka.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


4 minggu (sepanjang tempoh internship)

6. Tindakan Susulan :
Sebagai guru pelatih saya hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan
menjalankan tugas yang diberikan oleh sekolah dalam masa yang sama mengambil
pengalaman. Hal ini kerana perkara ini adalah salah satu tugas ketika di lapangan kelak.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :


18 April – 20 Mei 2022

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Saya telah melakukan semua langkah yang dicadangkan dengan baik. Kami bergilir
menjalankan tugas mengikut jadual. Sekarang saya telah biasa dengan norma baharu di
sekolah dan di mana-mana sahaja.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


Kesimpulannya, guru harus bersedia menghadapi segala cabaran pada masa hadapan dan
saya juga hendaklah mengamalkan norma baharu ini di mana sahaja untuk kepentingan
kesihatan diri dan orang lain.
JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN-INTERNSHIP 2022 PISMP BM (SK)2 JUN 2018

Rujukan :
Normawati Adnan (2020). Pematuhan SOP di sekolah sudah menjadi kebiasaan. Retrieved
from: https://www.sinarharian.com.my/article/98550/BERITA/Nasional/Pematuhan-SOP-sudah-
jadi-kebiasaan-di-sekolah

Disediakan oleh, Disahkan oleh guru pembimbing,


Tandatangan : Tandatangan :

Nama : NUR AFIFAH AINA BT BENZ AZRAAI Nama : ENCIK AYUP HJ AHAP

Tarikh : Tarikh :

Disemak oleh,
Tandatangan :

Nama : Dr. ZAINAL ABIDDIN BIN MASLEH


Tarikh :

You might also like