Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

1.

0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan untuk menganalisis tentang pengenalan Kerajaan Melayu Awal sekitar

abad ke 5 masihi. Kerajaan merujuk kepada kewujudan pentadbiran sesebuah kampung atau

dikenali sebagai wilayah yang kecil yang memerlukan seorang ketua. Hal ini dikatakan demikian

kerana peranan ketua dalam sesebuah kampung atau negeri dapat mentadbir secara sistematik

serta menjaga keselamatan penduduknya daripada diancam oleh musuh luar. Bahkan, tugas

seorang pemimpin bukan sekadar memberi nasihat namun ia dapat berubah kepada satu kuasa

yang berwibawa ke atas setiap pengikut dan wilayah yang dipimpinnya. Oleh itu, muncullah

masyarakat yang semakin hari semakin berkembang dan membentuk satu struktur politik

piramid yang jelas dan teratur agar dapat menuju ke arah pembentukan sebuah negeri atau

negara.

Perkataan melayu pula merujuk kepada masyarakat yang beradab dan telah mendiami negeri

Tanah Melayu kira-kira 1500 tahun dahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat bukti

yang kukuh mengenai melayu yang bermula dari zaman neolitik, Semenanjung Tanah Melayu

dan kepuluan di Asia Tenggara yang telah didiami oleh rumpun melayu. Rumpun melayu ini

telah berhijrah dari daerah Yunan dan digelar sebagai Melayu-Proto atau lebih spesifik iaitu

Melayu Tua atau Melayu Purba.

Antara Kerajaan Melayu Awal temasuklah Kedah Tua, Chih Tu, Temasik, Beruas,

Santubong dan Gangga Negara. Kedah Tua merupakan sebuah kota yang bergiat aktif dalam

aktiviti pelabuhan dan terletak di Lembah Bujang. Zaman ini dikatakan wujud sebuah

penempatan dan pelabuhan perdagangan di daerah Lembah Bujang dan pesisir Selat Melaka

sejak kurun ke-2 Masihi lagi. Kedah tua yang mempunyai keluasan lebih kurang 369 kilometer

persegi mampu mewujudkan perkembangan yang pesat dari segi politik, ekonomi dan juga
sosial. Selain itu, Kerajaan Kedah Tua juga menyumbang kepada aktiviti pelabuhan entrepot

kerana mempunyai lokasi yang strategik iaitu berada di kawasan Lembah Sungai Muda di

Selatan sehingga ke Sungai Sala di Utara.

Di samping itu, Kerajaan Chih Tu pula merupakan sebuah kawasan yang terletak di negeri

Kelantan suatu ketika dahulu. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Chih Tu juga dikenali sebagai

Red Earth Land dan para sarjana perpendapat bahawa Kerajaan Chih Tu terletak di Semenanjung

Tanah Melayu iaitu Tanah Merah, Kelantan.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

(a) Mengkaji perkembangan sejarah di Kedah Tua

(b) Mengenalpasti a
3.0 METODOLOGI KAJJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan (2013), metodologi bermaksud sistem

yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Metodologi juga

bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu

untuk mencapai tujuan tertentu. Kajian pula bermaksud kegiatan (usaha, proses, mengkaji).

Ringkasnya metodologi kajian menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan

kajian. Tujuan metodologi dijalankan adalah untuk membantu pengkaji memahami dengan lebih

luas atau lebih terperinci tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses

kajian yang digunakan.

3.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidikan ketika

menjalankan sesuatu penyelidikan. Istrumen kajian digunakan sebagai asas bagi data seperti

mana yang dikehendaki oleh penyelidikan untuk mencapai objektif kajian. Kaedah yang

digunakan oleh pengkaji ialah kaedah soal selidik, kaedah kepustakaan dan temu bual. Seramai 5

orang responden yang akan dipilih secara awak terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang

digunakan untuk memperoleh data terbagi kepada dua iaitu kualitatif.

3.2.1 Temu bual

Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual dengan menemu bual beberapa orang

penduduk berkaitan kronologi yang diketahui oleh penduduk setempat berkaitan kewujudan
Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang. Sehubungan dengan itu, pengkaji mendapati terdapat

beberapa orang individu yang ditemu bual merupakan salah seorang generasi yang pernah

mendengar kisah kewujudan Kedah Tua daripada nenek moyang mereka. Oleh itu, dengan

melakukan temubual ini, pengkaji dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kronologi

perkembangan Kerajaan Kedah Tua.

3.2.2 Kepustakaan

Kepustakaan merupkan usaha yang dilakukan oleh pengkaji untuk menghimpunkan

segala maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan masalah akan datang atau sedang dikaji.

Segala maklumat ini dapat diperoleh daripada buku-buku ilmiah, hasil penyelidikan, laporan

penyelidikan, ensilokpedia serta sumber-sumber bertulis atau elektronik. Kajian kepustakaan ini

dilakukan bagi mendapatkan maklumat yang relevan dan bersesuaian dengan permasalahan yang

dikaji.

3.2 3 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk

mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam

mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain temu bual. Melalui pemerhatian, penyelidik

dapat mengamati sesuatu serta dapat mengetahui sesuatu peristiwa yang dilalui oleh masyarakat

Melayu suatu ketika dahulu. Peranan penyelidik adalah sebagai pemerhati terhadap perubahan-

perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku sama ada dari dekat atau dari

jauh.
3.3 CARA MENDAPATKAN DATA

Pengkaji memperoleh data dan maklumat kajian ini dengan menggunakan pelbagai kaedah

seperti soal selidik, temu bual, dan kepustakaan.

4.4.1 Temu Bual

Pengkaji telah menemubual 5 orang penduduk di Kampung . Pengkaji juga telah

mengajukan beberapa soalan temu bual secara langsung atau tidak langsung. Tujuan utama temu

bual ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti peerkembangan Kerajaan Kedah Tua dari aspek

politik, sosial dan ekonomi. Sehubungan dengan itu, pengkaji juga mengajukan soalan berkaitan

keistimewaan Kedah Tua sehingga berkembang menjadi kerajaan yang hebat suatu ketika

dahulu. Pengkaji mengadakan sesi temu bual bersama penduduk kampung dengan berkunjung ke

rumah mereka dan mengajukan soalan secara rawak.

4.4.2 Pemerhatian

Pengkaji telah meluangkan masa dengan mengunjungi kediaman beberapa orang

penduduk yang mengetahui maklumat berkaitan Kerajaan Kedah Tua yang wujud suatu ketika

dahulu. Sehubungan dengan itu, pengkaji juga banyak mengajukan soalan berkaitan pengalaman

atau keadaan yang dialami oleh mereka.

4.4.2 Kepustakaan
Kajian ini dimulakan dengan mengadakan kajian terhadap bahan-bahan ilmiah yang telah

diterbitkan. Selain itu, pengkaji turut melayari laman sesawang yang berkaitan dengan kajian

untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang di kaji.

3.4 Cara analisis data

Menurut Sidek Mohd Noah (2002), kajian deskriptif adalah bertujuan untuk memberi

penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang

diminati secara fakta dan tepat.

Pada peringkat akhir kajian ini, pengkaji telah melakukan analisis secara deskriptif untuk

menganalisis data daripada temu bual dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian yang

dijalankan. Data yang diperoleh daripada analisis ini menggunakan kekerapan bersoal jawab.

Pada peringkat awal, soalan-soalan telah dikumpulkan dan ditulis serta disediakan dalam bentuk

point (isi-isi). Seterusnya, pada peringkat kedua, pengkaji telah menulis fakta fakta berkaitan isi-

isi yang ditulis. Pada peringkat ketiga, pengkaji akan menghuraikan dapatan-dapatan kajian

berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh dan esei mini yang telah disediakan secara terperinci.

Selain itu, data pemerhatian turut disediakan sebagai penyokong dapatan kajian melalui temu

bual yang dilakukan. Melalui semua proses tersebut, pengkaji dapat menyediakan satu kajian

berkenaan kronologi serta perkembangan politik, ekonomi dan sosial Kerajaan Kedah Tua.
5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincang dan menerangkan kaedah data diperolehi melalui kaedah-kaedah

seperti analisis berdasarkan tindak balas responden terhadap temubual yang telah dijalankan

berkaitan dengan Pengenalan Kerajaan Melayu Awal. Kaedah pemerhatian dan kaedah

perpustakaan juga turut digunakan untuk mendapatkan analisis data secara diskriptif dan

penghuraian secara terperinci melalui penggunaan etik dan emik.

(a) Mengkaji perkembangan sejarah Kerajaan Kedah Tua

Kedah dikenali sebagai salah sebuah pusat tamadun yang maju dan terawal di

Semenanjung Malaysia. Nama Kedah juga mempunyai asal usul yang berbeza-beza berunsurkan

perkataan Arab, Parsi, Sanskrit, China malah ada asal usul nama Kedah juga terdiri daripada

penemuan kajian dan rekod pengembaraan. Jika dilihat perkataan Kedah dari sudut Arab, nama

Kedah berasal dari perkataan “Kheddah” yang membawa makna perangkap gajah seperti yang

dinyatakan oleh Wilkinson. Malah, ada yang berpendapat bahawa Kedah juga mempunyai

maksud gelas berkaki. Hal ini dikatakan demikian kerana pada ketika itu, sebahagian pedagang

Arab yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual gelas berkaki dan menyebut

perkataan Kedah untuk menarik perhatian masyarakat lain terhadap barang yang dijual. Selain

itu, sumber Arab yang lain turut menyebut Kedah sebagai “Kalah” kerana pada ketika itu, ramai

pelarian asing termasuk masyarakat Arab dan India menjadikan Kedah sebagai tempat untuk

pelarian untuk menetap. Hal ini dikatakan demikian kerana pelarian dari Arab dan India
melarikan diri serta mencari tempat perlindungan di Kalah dan disitulah lahirnya masyarakat

Kalah yang berbilang bangsa dan agama seperti Hindu, Parsi dan juga Islam.

Perkataan Kedah juga mempunyai unsur dari Parsi. Menurut bahasa Parsi, Kedah disebut

sebegai “Kala” yang membawa makna Kota. Hal ini dikatakan demikian kerana menurut sumber

yang diriwayatkan dikatakan Raja Kedah yang kedua telah membina sebuah kota di sebuah

tempat yang dikenali sebagai Serokam. Serokom pula dikaitkan dengan perkataan Hindustan

iaitu “Sara” yang beerti bangunan dan “Kami” iaitu “urusan”. Unsur yang terdiri daripada Arab

dan Parsi ini telah mewujudkan satu lagi perkataan yang menggambarkan Kedah iaitu “Kilah”,

“Kalah” dan juga “Qalha”. Qalha dapat dipecahkan pula kepada empat buah daerah seperti Kuala

Qilah, Kuala Bahang, Kuala Merpah dan Kuala Bara.

Selain itu, Kedah juga terdiri daripada perkataan Sanskrit iaitu “Kadaram” yang telah

disebut dalam puisi tamil yang bertajuk Pattinappalai. Sehubungan dengan itu, “Kadaram” juga

membawa maksud kuali besar malah ada juga yang menyebut Kedah sebagai “Kalagam” yang

bermaksud berwarna hitam serta pelabuhan yang menjalankan perniagaan eksport. Sumber

Sanskrit pada ketika zaman Gupta pula, Kedah dikenali sebagai “Kataka” dan juga “Kidara”

yang membawa maksud tanaman padi.

Di samping itu, asal usul nama Kedah juga terdiri daripada perkataan China. Pada ketika

itu, orang Cina menyebut Kedah sebagai “Kie-tc’a” malah ada juga orang Cina menyebutnya

sebagai “Cie-c’a”. Beralih kepada zaman pemerintahan Dinasti Liang pula, Kedah dikenali

sebagai “Langgasu” atau “Langa” yang turut dikenali sebagai Langkasuka. Namun, hal ini masih

menjadi tanda tanya tentang lokasi sebenarnya Kerajaan Langkasuka ini terletak. Selain itu, pada

zaman pemerintahan Dinasti Tang pula, Kedah dikenali sebagai “Kola”. Nama-nama Kedah
yang lain turut dikenali sebagai “Chiah-Chin” , “Kie Ta’a” dan juga “Kietaha” yang tercatat

dalam penulisan I-Chin pada kurun yang ke-17.

Nama Kedah juga mempunyai makna yang berlainan dari sudut penemuan kajian.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Roland Braddell iaitu juga dikenali sebagai penulis artikel

The Study Of Ancient Times In The Malay Peninsula and Straits Malacca telah menyatakan

bahawa Kedah dikenali sebagai “Gedda” yang berasal daripada perkataan Hindustan iaitu

“Khadar” yang turut dikenali sebagai tanaman padi. Selain itu, seorang penulis yang bernama

Quaritch Wales sering menjalankan kajian arkeologi di Kedah. Sehubungan dengan itu, beliau

turut menjumpai tapak kota di Serokam. Manakala asal usul nama Kedah dari rekod

pengembaraan juga membawa pelbagai maksud yang berbeza-beza. Sebagai tamsilnya, antara

rekod yang telah dikenalpasti termasuklah rekod pengembaraan Ibnu Khurdadhbih yang

merupakan penulis buku al Masalik wal Mamalik. Rekod tersebut telah menyatakan mengenai

sebuah pulau yang bernama “Kilah” disebabkan mempunyai banyak bijih dan juga hutan buluh.

Selain itu, seorang lagi pengembara Arab yang dikenali sebagai Sulaiman turut menyatakan

penulisannya dengan menyebut tentang kawasan yang dikenali sebagai “Kalahbar” iaitu sebuah

tempat yang bernaung di bawah Zabaj iaitu Empayar Srivijaya di Palembang. Kemudian, Ibnu

Muhalhal juga menyatakan dalam penulisannya mengenai “Kalah” sebagai suatu tempat di mana

tempat terakhirnya sebuah kapal berlabuh di sebelah Timur. Kalah turut dikenali sebagai sebuah

bandar besar yang dikelilingi tembok-tembok yang tinggi dan penuh dengan taman, alur,

lombong dan kelian bijih alur yang sukar malah mustahil untuk didapati di mana-mana.

Sejarah Kedah Tua juga dapat dilihat dari segi lokasi yang mempunyai sejarah luar biasa,

Kedah Tua juga dikenali sebagai kawasan Lembah Bujang yang meliputi kawasan Lembah

Sungai Muda di bahagian Selatan sehingga ke Lembah Sungai Sala di bahagian Utara. Hal ini
dikatakan demikian kerana segelintir pengkaji telah menemukan arkeologi, arca agama dan

seramik yang telah dijumpai di sepanjang Lembah Bujang. Sehubungan dengan itu,

perkembangan sejarah di Kerajaan Kedah Tua menjadi lebih maju. Hal ini dikatakan demikian

kerana Kedah Tua berhampiran dengan laut, selat dan serta kuala yang merupakan salah kawasan

yang strategik bagi laluan kapal-kapal dan juga tempat persinggahan kapal dagang.Kawasan ini

turut dilabel stategik kerana kedudukannya yang terlindung dariada angina Monsun Timur Laut

dan Monsun Barat.Kedudukan Kedah Tua juga terletak di Selat Melaka yang menjadi

penghubung di antara China dan India. Bagi pedagang dari Teluk Benggala, India pelabuhan

Kedah Tua menjadi tempat persinggahan yang pertama dan tempat singgahan terakhir pedagan

dari timur yang menghala ke India.Ini membuktikan lokasi Kedah Tua terletak di pertengahan

timur dan barat.Aktiviti yang yang dijalankan disini termasuklah jual beli makanan dan air

bersih,pembaikan kapal dan aktiviti yang utama, pertukaran barang dagangan. Pelabuhan Kedah

Tua turut dipercayai merupakan jalan pintas pedagang ke pelabuhan kerajaan Srivijaya dan

Langkasuka. Kedah Tua muncul sebagai pelabuhan intreport kerana kedudukanya yang

mempunyai beberapa buah kuala dan sungai yang menhubungkan kawasan pendalaman dan

pesisir pantai di sampingkeistimewaan bentuk muka buminya yang berselat.Pelabuhan Sungai

Mas yang teletak di laut lepas menjadi tarikan para pedagang untuk singgah berehat sebelum

menyambung pelayaran ke destinasi mereka.Pelabuhan Sungai Mas turut dipercyai merupakan

pelabuahn entreport Kedah Tua yang terawal.Perkembangan pelabuhan Kedah Tua juga

dipengaruhi bentuk muka buminya yang begunung dan berbukit. Kewujudan Gunung Jerai yang

bekertinggian 1300 meter merupakan bahagian tertinggi di Kedah Tua.Kedudukan yang tinggi

menjadikanya tempat strategik untuk memantau keseluruhan Lembah Bujang.Ini dibuktikan


tinggalan kubu dan rumah api sebagai panduan kapal dagang di Bukit Penjara dan Bukit Batu

Lintang.

(b) Mengenalpasti perkembangan agama Hindu-Budha di Kerajaan Kedah Tua

Hasil penemuan ahli arkeologi seperti penemuan Candi Lembah Bujang telah

membuktikan bahawa agama Hindu-Budha mula berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-14

Masihi di sekitar Kerajaan Kedah Tua. Sehubungan dengan itu, penemuan arca-arca yang

menggambarkan agama Hindu-Budha telah mengukuhkan lagi teori kewujudan agama tersebut

yang telah diamalkan oleh masyarakat ketika itu. Arca yang ditemui di Lembang Bujang

menujukkan spiritualisme ketuhanan serta dewa-dewi yang menjadi simbolik kepada peganut

agama Hindu-Budha. Antara arca-arca yang telah ditemui ialah :

1) Archa Durga MahiSasura Mardhini

Arca ini juga dikenali sebagai Arca Durga mengalahkan MahiSasura berdasarkan kepada

gambaran peristiwa dewa Durga yang telah mengalahkan Mahisasura yang merupakan raksasa

yang berupa kerbau. Arca ini diukir menggunakan batu granite dan ketinggian arca ini ialah 67

cm. Rupa bentuk arca ini memberi gambaran bahawa Dewi Durga telah membunuh Mahisasura

berdasarkan ukiran yang terdapat pada arca tersebut menunjukkan kedua-dua tangannya dapat

dilihat dan sebelah tangan tersebut memegang sabit serta kakinya yang memijak kepala seekor

kerbau.

2) Arca Ganesa
Dewa Ganesa merupakan anak kepada Dewi Parvati dan Dewa Siva dalam mazhab Saivisme.

Arca Ganesa ini merupakan dewa yang paling banyak disembah oleh pengganut dalam agama

Hindu kerana menganggap dewa Ganesa sebagai dewa penghapus segala penghalang. Arca ini

diperbuat daripada tanah liat dan berketinggian sebanyak 50 cm. Arca ini telah ditemui di

Pengkalan Bujang dan Kampung Sungai Bujang. Namun begitu, penemuan arca ini adalah di

dalam keadaan yang tidak lengkap kerana kerana pecah, ketiadaan bahagian kepala, dan

bahagian hujung disebelah tangan dan tiga tangan yang lainnya juga turut hilang. Arca Ganesa

ini turut memakai rantai mutiara di bahagian leher dan gelang.

3) Arca Kepala Buddha Kampung Sungai Mas

Arca kepala Buddha ini telah dijumpai secara tidak sengaja oleh ahli arkeologi ketika melakukan

penggalian perigi di Kampung Sungai Mas. Walaubagaimanapun, arca tersebut berada dalam

keadaan yang rosak dibahagian muka arca tersebut. Saiz kepala Buddha ini sebesar saiz manusia

sebenar dan diperbuat menggunakan batu jenis syis.

4) Arca Buddha berdiri

Arca ini ditemui di Kampung Pendiat oleh ahli arkeologi Barat pada awal tahun 1940-an. Arca

ini diperbuat daripada gangsa dan ketinggian sebanyak 21.6 cm. Tangan arca Buddha berdiri ini

menghala ke posisi Varadamudra iaitu posisi dimana tangan arca yang melambangkan

pemberian restu oleh Buddha kepada pengikut-pengikutnya. Namun, posisi arca yang menghala

ke posisi Uttarasanga, dan tangan kiri arca itu memegang hujung Uttarasanga yang berada di

bahagian bahu. Uttarasanga yang merupakan sejenis jubah dipakai oleh para sami bagi menutup

lapisan jubah Antaravasaka. Penemuan arca ini berkait dengan penemuan tembikar tanah dan
runtuhan candi leterit. Arca Buddha berdiri ini kini berada di simpanan Raffles Museum

Singapore.

5) Arca Terracota

Arca ini ditemukan di tapak ekskavasi kawasan Pengkalan Bujang I dan II. Arca Terracota yang

ditemui di tapak Pengkalan Bujang I ini dipercayai merupakan stupa agama Buddha serta

memiliki ciri-ciri kesenian Cola. Arca itu memakai Sanghati pada bahu kiri dan merupakan

lapisan ketiga jubah setelah pemakaian Uttarasanga. Tangan kanan arca ini berada di posisi 369

Bhumisparsamudra dimana gaya ini menunjukkan arah tangan yang menyentuh bahagian bumi.

Manakala, tangan kiri berada diatas riba arca tersebut. Arca tersebut dilihat duduk dalam

keadaan bersila di atas Padmasana iaitu tahta yang mempunyi bentuk seperti bunga teratai.

Bagi Arca Terracota yang ditemui di Pengkalan Bujang II pula berada pada posisi duduk seperti

cara India selatan dengan kaki kanan yang dilipat keatas kaki kiri, dan kemudian duduk di atas

takhta. Muka kedua-dua Arca Teracotta yang ditemui ini berbeza tetapi memiliki sifat yang sama

iaitu berbentuk bulat.

6) Arca Boddhisattva

Arca Boddhisttva ini juga sama seperti Arca Terracotta iaitu ditemui di tapak Pengkalan Bujang I

dan II. Arca ini diperbuat dengan menggunakan tanah liat yang kemudian dikeringkan dengan

cahaya matahari. Arca ini berketinggian 4 cm dan berada pada posisi duduk lalitasana di atas

padmasana. Tangan arca ini di posisi dharmacakramudra. Gambaran pada arca ini juga

menunjukkan beberapa kuntum bunga teratai yang belum berkembang.


7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Kerajaan Melayu Awal bermula sejak abad ke-5 dan ke-6 Masihi

lagi. Walaupun kesahihanya sukar untuk dibuktikan namun ianya telah menjadi elemen penting

dalam sejarah melayu. Tidak dinafikan bahawa Kerajaan Melayu Awal banyak memberi

sumbangan berkaitan pengenalan kepada permulaan sesebuah kerajaan yang akhirnya

membentuk suatu tamadun yang hebat dan hangat diperkatakan sehingga kini. Selain itu, bukti

pensejarahan yang dijumpai oleh sejarawan mampu menghasilkan satu nilai yang berharga untuk

tatapan generasi akan datang.

Di samping itu, dengan adanya bukti yang kukuh berkaitan kewujudan kerajaan Melayu

Awal seperti penemuan artifak dan tinggalan purba di Lembah Bujang telah menarik minat para

sejarawan yang terkenal untuk menjalankan penyelidikan bagi mengukuhkan lagi bukti-bukti

yang sedia ada. Selain itu, ramai penyelidik berkeinginan untuk menjadikan sejarah awal

Pengenalan Kerajaan Melayu sebagai tesis atau bahan kajian. Justeru itu, pengkaji juga

berpendapat bahawa masyarakat turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan bukti
sejarah dengan bertindak menjaga, mengawal dan memelihara warisan ini supaya tidak

diceroboh oleh orang luar.

Akhir sekali, peristiwa-peristiwa sejarah haruslah dikekalkan dan tidak dipandang remeh

oleh setiap lapisan masyarakat kini mahupun yang akan datang. Hal ini dikatakan demikian

kerana, setiap peristiwa sejarah yang berlaku mampu memberi iktibar dan pengajaran untuk

melahirkan negara bangsa yang bertamadun dan Berjaya mencapai perpaduan yang sering

diimpikan.

8.0 BIBLIOGRAFI
9.0 LAMPIRAN

You might also like