Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 55

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.

KANDUNGAN

Prakata Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Kesilapan Penggandaan Kata Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah Kesilapan Penggunaan di, dalam dan di dalam Kesilapan Penggunaan di antara dan antara Kesilapan Penggunaan di dan ke

v 1 10

15

Bahagian 4

18

Bahagian 5 Bahagian 6

26 Kesilapan Penggunaan dari dan daripada Kesilapan Penggunaan untuk atau bagi 37 Bahagian 8 Bahagian 9 Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk 39 Kesilapan Penggunaan sekali, sungguh, paling, dan teRKesilapan Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak 42 31

Bahagian 7

Bahagian 10

48

iii

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

PRAKATA

Penerbitan itu dibuat memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan dan memberangsangkan daripada pengguna bahasa Melayu, terutamanya pelanggan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang terdiri daripada kalangan pelajar, guru mahupun kakitangan sektor awam, swasta dan individu yang mempunyai kesedaran dan keyakinan terhadap penggunaan bahasa Melayu dengan tatabahasanya yang baku dan selaras. Justeru, kami berasa bahawa satu usaha pendokumentasian dalam bentuk penyusunan semula terbitan sebelum ini dengan yang terbaharu perlu diusahakan untuk mengelakkan usaha penggalakan amalan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan berkesan tidak hilang dan lebur begitu sahaja. Dengan yang demikian, bagi siri koleksi pedoman pengenalan ini, kami cuba menggabungkan siri risalah yang diterbitkan dari tahun 1990 hingga 1999 dan bertajuk seperti yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. semua tugas-tugas atau semua tugas? adalah atau ialah? di, dalam dan di dalam Apakah perbezaan antara di antara dengan antara di, ke, dari dan daripada k atau kk? dirumah atau di rumah dan di catat atau dicatat

ejak mula diperkenalkan pada bulan April 1990, risalah siri Ke Arah Bahasa Melayu yang Berkesan yang membincangkan topik semua tugas-tugas atau semua tugas?, beberapa siri baru pedoman penggunaan bahasa telah dihasilkan.

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

8.

Terpandai sekali? Amat pandai sekali? Sungguh pandai sekali? Paling pandai sekali?

9. 10. 11. 12.

bukan atau tidak? daripada atau dari? untuk atau bagi Kekeliruan Frasa Jamak

Dalam koleksi ini, mana-mana topik yang sama dalam risalah tersebut di atas telah digabungkan. Oleh itu, koleksi ini hanya mengandungi sepuluh tajuk atau bahagian sahaja. Kami berharap koleksi ini dapat memudahkan dan membantu pengguna bahasa Melayu menerapkan panduan dan contoh yang kami berikan dalam risalah ini. Kami juga berharap usaha menerbitkan koleksi siri risalah yang diterbitkan pada tahun 2000 hingga 2003 dapat kami teruskan.

Sekian.

BAHASA JIWA BANGSA CINTAILAH BAHASA KITA

HAJAH ZAITON BINTI A. RAHMAN Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, Jabatan Bahasa.

vi

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 1
Kesilapan Penggandaan Kata

erkataan seperti lima, sepuluh, seratus, lima ribu, semua, segala, sejumlah, beberapa, sekalian, seluruh, sebilangan, sepertiga, berabad-abad, berkotak-kotak, masing-

masing, setiap, setengah-setengah dan sebagainya tergolong dalam kata bilangan yang menunjukkan jamak atau banyak. Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa bahasa Melayu. Kesilapan yang sering kita lakukan dalam penggunaan kata bilangan adalah seperti contoh yang berikut:

i)

Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti kata bilangan: SALAH Banyak organisasi-organisasi Banyak perkara-perkara Beberapa orang peminat-peminat Empat unsur-unsur yang berikut BETUL Banyak organisasi Banyak perkara Beberapa orang peminat Empat unsur yang berikut

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

Kebanyakan pekerja-pekerja Keseluruhan peserta-peserta Kesemua agenda-agenda Lima peratus (5%) daripada pembelipembeli Penambahan jumlah anak-anak Ramai pengguna-pengguna Segala maklumat-maklumat Sebahagian daripada penerokapeneroka Semua surat-surat Semua ilmu-ilmu dan panduan-panduan Semua kerja-kerja pembinaan Sesetengah daripada golongangolongan pensyarah Setiap masalah-masalah Tiga orang daripada penjenayahpenjenayah

Kebanyakan pekerja Keseluruhan peserta Kesemua agenda Lima peratus (5%) daripada pembeli

Penambahan jumlah anak Ramai pengguna Segala maklumat Sebahagian daripada peneroka

Semua surat Semua ilmu dan panduan Semua kerja pembinaan Sesetengah golongan pensyarah

Setiap masalah Tiga orang daripada penjenayah

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

ii)

Kesilapan dalam membentuk kata bilangan

SALAH

BETUL

Antara kedua tugas Berbagai bidang Berbagai isu-isu Di kedua buah negara Merangkumi berbagai kegiatan Para-para petugas Setengah koperasi

Antara kedua-dua tugas Berbagai-bagai bidang Berbagai-bagai isu Di kedua-dua buah negara Merangkumi berbagai-bagai kegiatan Para petugas Sesetengah koperasi/Setengahsetengah koperasi

Setiap satu tugas/Tiap satu tugas Tiap usaha

Setiap tugas/Tiap-tiap tugas Setiap usaha/Tiap-tiap usaha

iii)

Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang bermaksud

kumpulan Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu seperti antara, antologi, banjaran, barisan, daftar, deretan, gabungan, gerombolan, gugusan, jemaah, kalangan, kawan, kumpulan, mesyuarat, pelbagai, perhimpunan, persatuan, persekutuan, pertemuan, rangkaian, rentetan, rombongan dan senarai yang bermakna kumpulan atau banyak, iaitu yang melibatkan orang, benda, unsur, perkara dan sebagainya yang lebih daripada satu. Oleh itu kita tidak perlu menggandakan perkataan yang mengikutnya. Contohnya:

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

Antara maklumat-maklumat Antologi cerpen-cerpen Barisan pemain-pemain Daftar pengundi-pengundi Deretan kedai-kedai Di kalangan tokoh-tokoh Gabungan persatuan-persatuan Gerombolan pengganas-pengganas Golongan pelajar-pelajar Gugusan pulau-pulau Himpunan cerpen-cerpen Jemaah menteri-menteri Kebanyakan pekerja-pekerja Kelompok industri-industri Koleksi lagu-lagu Kesatuan pengusaha-pengusaha industri Kumpulan pelabur-pelabur Longgokan kayu-kayu Mesyuarat ketua-ketua bahagian Pelbagai kuih-muih Pelbagai rancangan-rancangan

Antara maklumat Antologi cerpen Barisan pemain Daftar pengundi Deretan kedai Di kalangan tokoh Gabungan persatuan Gerombolan pengganas Golongan pelajar Gugusan pulau Himpunan cerpen Jemaah menteri Kebanyakan pekerja Kelompok industri Koleksi lagu Kesatuan pengusaha industri

Kumpulan pelabur Longgokan kayu Mesyuarat ketua bahagian Pelbagai kuih/Kuih-muih Pelbagai rancangan

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

Perhimpunan pekerja-pekerja Persatuan bekas-bekas perajurit Persekutuan syarikat-syarikat Pertemuan penulis-penulis Ramai pelajar-pelajar Rangkaian syarikat-syarikat Rentetan peristiwa-peristiwa Rombongan penduduk-penduduk Segala bukti-bukti Senarai nama-nama Sususnan fail-fail Timbunan karung-karung beras

Perhimpunan pekerja Persatuan bekas perajurit Persekutuan syarikat Pertemuan penulis Ramai pelajar Rangkaian syarikat Rentetan peristiwa Rombongan penduduk Segala bukti Senarai nama Susunan fail Timbunan karung beras

iv)

Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang

berimbuhan se- atau berkata bilangan satu yang bermaksud kumpulan Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang berawalan se- (yang bermakna satu) atau perkataan yang berangkai dengan kata bilangan satu yang mengandungi makna kumpulan atau mengandungi unit lebih daripada satu di dalamnya. Oleh itu, kata yang mengikutinya tidak perlu digandakan. Contohnya:

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

Sebahagian daripada penerokapeneroka Sebaris rumah-rumah/ satu baris rumah-rumah Sebanyak pelajar-pelajar di sekolah itu Sebilangan ahli-ahli Sedikit sahaja daripada ulasan-ulasan Segelintir daripada pemohon-pemohon Segerombolan pengganas-pengganas/ satu gerombolan pengganaspengganas Sejambak bunga-bungaan Sejumlah besar daripada pemajupemaju Sekandang lembu-lembu Sekawan burung-burung Sekumpulan pelajar-pelajar/ satu kumpulan pelajar-pelajar Seramai lima orang pekerja-pekerja ladang

Sebahagian daripada peneroka

Sebaris rumah/satu baris rumah

Sebanyak pelajar di sekolah itu Sebilangan daripada ahli Sedikit sahaja daripada ulasan Segelintir pemohon Segerombolan pengganas/satu gerombolan pengganas

Sejambak bunga Sejumlah besar daripada pemaju

Sekandang lembu/ satu kandang lembu Sekawan burung/ satu kawan burung Sekumpulan pelajar/ satu kumpulan pelajar Seramai lima orang pekerja ladang

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

Seramai penilai-penilai yang ditetapkan Serangkai manik-manik/ satu rangkai manik-manik Serombongan pelawat-pelawat/ satu rombongan pelawat-pelawat Sesetengah daripada golongangolongan pensyarah Setiap masalah-masalah Setimbun buku-buku

Seramai penilai yang ditetapkan Serangkai manik/ satu rangkai manik

Serombongan pelawat/ satu rombongan pelawat Sesetengah golongan pensyarah

Setiap masalah Setimbun buku

v)

Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti perkataan ada yang

bermaksud telah tersedia atau telah terkumpul

SALAH

BETUL

Ada pekerja-pekerja yang didapati melanggar peraturan pejabat.

Ada pekerja yang didapati melanggar peraturan pejabat.

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 vi) Kesilapan kerana menggandakan kata nama sebelum kata kerja berapitan

ber--an yang menunjukkan jamak Kata kerja yang berimbuhan apitan ber--an seperti bergantungan, berguguran, berkejaran, berkibaran, pertaburan, berterbangan dan sebagainya membawa maksud perkataan yang menunjukkan jumlah yang banyak atau berulang-ulang dengan banyaknya. Oleh itu kata nama yang hadir sebelumnya tidak perlu digandakan lagi. Contohnya:

SALAH

BETUL

Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang jalan. Bintang-bintang berkerdipan di langit. Burung-burung berterbangan di angkasa. Daun-daun kering berguguran. Lampu-lampu merah bergantungan di dinding.

Bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang jalan. Bintang berkerdipan di langit. Burung berterbangan di angkasa.

Daun kering berguguran. Lampu merah bergantungan di dinding.

vii)

Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang sudah mendukung

maksud banyak

SALAH Ibu bapa-ibu bapa diseru/Ibu-ibu bapa diseru

BETUL Ibu bapa diseru

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

Mereka-mereka yang mengambi bahagian Rakyat-rakyat negara ini

Mereka yang mengambil bahagian

Rakyat negara ini

viii)

Kesilapan kerana menggandakan keseluruhan gabungan kata atau sahaja yang

kata perlu

majmuk yang sepatutnya hanya perkataan yang pertama digandakan

SALAH

BETUL

Duta besar-duta besar kertas kerja-kertas kerja Ketua Menteri-Ketua Menteri Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan

Duta-Duta Besar kertas-kertas kerja Ketua-Ketua Menteri Ketua-Ketua Setiausaha pihak-pihak berkuasa tempatan

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 2
Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah

K
i)

ata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif

dan frasa sendi nama. Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperti yang berikut:

Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah

SALAH

BETUL

Anak adalah anugerah Allah. Beliau adalah orang yang pertama membiakkan Kaum wanita adalah elemen Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya adalah orang-orang yang berpendidikan Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan pendapat yang bernas.

Anak ialah anugerah Allah. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan Kaum wanita ialah elemen Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya ialah orang yang berpendidikan Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas.

10

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

Matlamat NURY adalah pembinaan masyarakat cemerlang. Memandangkan T.Y.T. Tun adalah bekas Pengerusi Lembaga Perkara ini adalah masalah yang tidak mudah diatasi. Sepak takraw adalah sukan yang elok dipertandingkan

Matlamat NURY ialah pembinaan masyarakat cemerlang. Memandangkan T.Y.T. Tun ialah bekas Pengerusi Lembaga Perkara ini ialah masalah yang tidak mudah diatasi. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan

ii)

Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah

SALAH

BETUL

Kursus ini ialah untuk Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada Baju itu ialah baik.

Kursus ini adalah untuk Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada Baju itu adalah baik.

11

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja

SALAH

BETUL

Matlamat utama unit ini adalah membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan. Satu usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat.

Matlamat utama unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan. Satu usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat.

iv)

Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat

SALAH

BETUL

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa... Adalah diharapkan dengan pemilihan ini... Adalah dimaklumkan bahawa ... Adalah diumumkan bahawa...

Dengan ini dimaklumkan bahawa ...

Dengan pemilihan ini diharapkan ...

Dengan ini dimaklumkan bahawa .. Dengan ini diumumkan bahawa ...

12

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 Selain itu, pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan ungkapan adalah + kata kerja seperti yang berikut: adalah berasaskan adalah berdasarkan adalah dibuat adalah digalakkan adalah dinasihati adalah diperakui adalah melambangkan adalah menjadi adalah merupakan adalah tertakluk Contohnya: SALAH BETUL

Institut Irshad adalah merupakan sebuah institut persendirian Para pelajar adalah dipelawa memohon Keputusan ini diambil adalah berdasarkan Warna merah pada bendera Malaysia adalah melambangkan Perjanjian ini adalah tertakluk kepada

Institut Irshad merupakan sebuah institut persendirian Para pelajar dipelawa memohon

Keputusan ini diambil berdasarkan

Warna merah pada bendera Malaysia melambangkan Perjanjian ini tertakluk kepada

13

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 Ayat atau frasa di atas dikategorikan sebagai frasa yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. Kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau yang seumpama dengannya.

Kesimpulannya: a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif

yang bersifat huraian sahaja. b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang

bersifat persamaan sahaja.

14

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 3
Kesilapan Penggunaan di, dalam dan di dalam

D
i)

alam penggunaan bahasa Melayu kini, kita kadang-kadang tersilap meletakkan kata sendi nama di pada tempat dalam, dan frasa sendi nama di dalam pada tempat

kata sendi dalam. Kesilapan ini berlaku kerana kekeliruan tentang fungsi kata sendi nama dan frasa sendi nama tersebut.

Kesilapan penggunaan kata sendi nama di pada tempat dalam

SALAH

BETUL

Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang pengurusan perniagaan. Di masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang sihat. Kanak-kanak bergembira di suasana hari raya yang mulia ini.

Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan. Dalam masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang sihat. Kanak-kanak bergembira dalam suasana hari raya yang mulia ini.

15

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya: 1. 2. 3. 4. 5. Majlis itu akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Mereka menunggu ketibaan tetamu kehormat itu di lapangan terbang. Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Pendidikan. Pelajar itu menelaah pelajarannya di perpustakaan. Penderma darah mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.

ii)

Kesilapan penggunaan kata sendi nama di dalam pada tempat dalam

SALAH Di dalam pelbagai bidang kehidupan... Beliau sering dijemput membentangkan kertas kerja di dalam beberapa seminar. Malaysia pernah terperangkap di

BETUL Dalam pelbagai bidang kehidupan... Beliau sering dijemput untuk

membentangkan kertas kerja dalam beberapa seminar. Malaysia pernah terperangkap dalam kegawatan ekonomi. Sememangnya dia sudah lama terdidik dalam bahasa Melayu. Terdapat bahagian yang terlibat dalam penggunaan istilah.

dalam kegawatan ekonomi. Sememangnya dia sudah lama terdidik di dalam bahasa Melayu. Terdapat bahagian yang terlibat di dalam penggunaan istilah.

16

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Contohnya: 1. 2. Dalam hal ini, kita semua setuju. Dalam keheningan malam, dia duduk berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk. 3. 4. 5. Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu. Persoalan itu bermain-main dalam fikirannya. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu. Penggunaan frasa sendi nama di dalam yang betul adalah seperti contoh yang berikut:

1. 2. 3. 4. 5.

Pengembara itu sesat di dalam hutan. Penumpang tidak dibenarkan merokok di dalam kabin kapal terbang. Semua peserta berkumpul di dalam dewan. Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak. Tulislah jawapan anda di dalam ruangan yang disediakan.

Kata dalam dalam lima contoh ayat di atas tergolong dalam kata nama arah. Justeru, penggunaan kata sendi nama di di hadapan kata dalam tidak salah kerana kata dalam ini berfungsi sebagai kata nama arah.

17

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 4
Kesilapan Penggunaan di antara dan antara

ata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan di hadapan frasa nama untuk menghasilkan

frasa sendi nama. Kata arah pula ialah kata yang menunjukkan arah atau kedudukan. Kata arah seperti atas, bawah, tengah, depan, belakang, luar, dalam, antara dan sebagainya biasanya digunakan dalam frasa sendi, yakni mengikuti kata sendi nama. Hanya kata sendi nama di dan ke sahaja dapat membentuk frasa sendi dengan kata arah. Yang berikut ialah senarai contoh penggunaan kata sendi nama dan kata arah:

KATA SENDI NAMA

KATA SENDI NAMA ARAH

... akan anaknya akan kelakuan anaknya antara adik-beradik antara dua negara antara mereka antara persoalan penting antara sekolah

di atas meja di bawah rumah ... di tengah padang di depan bangunan di belakang pintu di luar pejabat di dalam ruangan

18

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

KATA SENDI NAMA

KATA SENDI NAMA ARAH

antara sektor awam

di antara Johor Bahru dengan Kuala Lumpur

antara wilayah bagai pinang dibelah dua bagi tahun hadapan dalam bahasa kebangsaan dari kiri dari pukul tujuh pagi dari sudut ekonomi daripada buluh daripada persatuan demi kepentingan bersama dengan majikan hingga dinihari kepada pihak polis oleh polis oleh senjatanya sendiri pada papan kenyataan pada pukul tujuh petang

di antara tiang elektrik di antara dua bangunan itu di sepanjang jalan di puncak gunung di hujung jalan di Kota Tinggi di kampung ke atas bukit ke bawah meja ke tengah jalan ke belakang dewan ke depan bangunan ke luar kamar ke dalam bahasa Inggeris ke dalam tong ke sekolah ke Tanjung Tuan

19

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama Tempat/Arah

sejak kematian ibunya semenjak subuh lagi seperti batu tentang kesejahteraan rakyat tentang masalah negara terhadap anak buahnya umpama kilat untuk kegunaan

ke puncak gunung ke arah selatan ke dewan pameran ke tepi laut ke hulu sungai ke muka pengadilan ke seluruh dunia ke sisi rumah

Kata arah antara hanya dapat berganding dengan kata sendi nama di dan ke dalam pembentukan frasa sendi nama, di antara, yang menunjukkan tempat. Sering terdapat kekeliruan dalam penggunaan antara kata sendi nama antara dengan frasa sendi di antara, yang merupakan gabungan antara kata sendi nama di dengan kata nama antara. Contohnya:

SALAH

BETUL

Di Australia, bahasa Melayu adalah di antara mata pelajaran yang paling digemari penuntut.

Di Australia, bahasa Melayu ialah antara mata pelajaran yang paling digemari penuntut.

20

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

Inilah di antara hal yang mesti Inilah antara hal yang mesti difahami difahami dalam bidang pembentukan dalam bidang pembentukan kata. kata. Masalah disiplin yang merupakan dibincangkan antara dalam

Masalah disiplin merupakan di antara perkara perkara yang dibincangkan

dalam mesyuarat itu.

mesyuarat itu. Kebolehan anda mendapatkan orang Kebolehan anda mendapatkan orang

bercakap kepada anda membezakan di bercakap kepada anda membezakan antara antara pemberitaan yang kurang baik pemberitaan yang kurang baik dengan dengan Kini ramai di antara mereka ini telah Kini ramai antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu. mempelajari bahasa Melayu.

Kita melihat pertentangan di antara Kita melihat pertentangan antara sektor sektor awam dengan sektor swasta awam dengan sektor swasta timbul secara timbul secara mendadak. mendadak.

Masakan anda lupa akan tulisan anda Masakan anda lupa akan tulisan anda sendiri yang mencatatkan bahawa sendiri yang mencatatkan bahawa awalan

awalan me- adalah di antara me- adalah antara pembentuk kata pembentuk kata kerja yang penting. kerja yang penting.

21

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Kesimpulan: i) Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata

nama. Justeru, frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. 2. 3. Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya. Hasnah duduk mencelah di antara Fatimah dengan Rahmah. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat tiga dengan tingkat empat. 4. 5. ii) Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang

menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. 2. 3. Antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. Antara tingkat tiga dengan tingkat empat, tingkat empat lebih baik hiasannya. 4. 5. iii) Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. Antara yang dibincangkan termasuklah soal disiplin.

Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu

diulang. Contohnya:

SALAH

BETUL

adalah di antara sumber-sumber tidak rasmi

adalah antara sumber tidak rasmi

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1


22

SALAH

BETUL

Antara lagu-lagu persembahannya ialah... Di antara nama-nama yang disebut ialah Di antara peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ialah Pertandingan Bahas di antara SekolahSekolah Menengah Berasrama Penuh

Antara lagu persembahannya ialah

Antara nama yang disebut ialah

Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah Pertandingan Bahas antara Sekolah Menengah Berasrama Penuh

Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: 1. 2. Mereka berbincang antara adik-beradik. Perhubungan antara kedua-dua negara itu telah lama terjalin.

iv)

Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga,

sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, keenam-enam, beratus-ratus, berjuta-juta dan sebagainya. Kata bilangan tingkat seperti kedua, ketiga, kesepuluh dan sebagainya tidak pernah digunakan seiring dengan kata sendi nama antara. Kesilapan yang sering dilakukan ialah penggunaan kata bilangan tingkat pada tempat yang sepatutnya kata bilangan himpunan.

23

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 a) Contoh penggunaan kata sendi nama antara dengan kata bilangan tentu dan kata bilangan tidak tentu: 1. 2. 3. perbualan itu antara satu dengan satu Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. Kamsiah adalah antara peserta wanita yang mengambil bahagian dalam sukan itu. b) Contoh penggunaan antara dengan kata bilangan himpunan: SALAH BETUL

dalam mempertimbangkan untung rugi antara keduanya. perhubungan antara kedua negara

dalam mempertimbangkan untung rugi antara kedua-duanya. perhubungan antara kedua-dua negara

Di antara ketiga patukan ini, patukan ketiga

Antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga

v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan nya. Contohnya: 1. Antara kita, jauh berbeza. 2. Antara mereka, banyak persamaannya. 3. Antaranya, kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan 4. Malah ramai antara mereka yang terkenal sebagai pengkritik sosial vi) Kata sendi nama antara dan frasa sendi nama di antara boleh membentuk frasa

sendi nama berpasangan. Kata yang menjadi pasangannya ialah kata sendi nama dengan bukan kata hubung dan. Contohnya:
24

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH di antara calon dan penemu duga di antara Muar dan Batu Pahat. menghasilkan manfaat yang bersalingan antara perkembangan teknologi bahasa dan kemantapan

BETUL antara calon dengan penemu duga di antara Muar dengan Batu Pahat. menghasilkan manfaat yang

bersalingan antara perkembangan teknologi bahasa dengan kemantapan

Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti oleh lebih daripada dua frasa. Contohnya: 1. 2. 3. antara Hasnah, Rabitah dan Mariah antara irama, lagu dan mutu persembahan pertemuan khas antara Jabatan Bahasa, Pusat Dokumentasi dan Jabatan Penerbitan. viii) Kata sendi nama antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama hingga

untuk menunjukkan lingkungan (tentang jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya). Contohnya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. antara 10 kilometer hingga 15 kilometer. antara 20% hingga 50%. antara 8 kilogram hingga 10 kilogram. antara akhir tahun tersebut hingga tarikh laporan ini. antara pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. antara lain .... antara satu dengan yang lain antara satu sama lain

25

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 5
Kesilapan penggunaan di dan ke

P
i)

engguna sering terkeliru antara penggunaan di dan ke sebagai kata sendi dengan di dan ke sebagai imbuhan. Kedua-dua bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan

ejaannya. Perbezaan itu dapat kita lihat dengan penjelasan yang berikut: Kata sendi nama di

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya: SALAH BETUL

diangkasa diantara diatas dibarat dibawah didalam diJohor diMalaysia dilaut dimana dinegeri

di angkasa di antara di atas di barat di bawah di dalam di Johor di Malaysia di laut di mana di negeri

26

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

dipantai diruang dirumah disana disini ditanah ditangga ditengah ditepi diudara

di pantai di ruang di rumah di sana di sini di tanah di tangga di tengah di tepi di udara

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya:

SALAH

BETUL

di abad ke-20 di hari cuti di saat ini di suatu masa di tahun ini di waktu itu di zaman ini

pada abad ke-20 pada hari cuti pada saat ini pada suatu masa pada tahun ini pada waktu itu pada zaman ini

27

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

ii)

Kata sendi nama ke

Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah daripada frasa nama atau kata nama yang mengikutinya. Contohnya: a) Menunjukkan tempat atau arah 1. 2. 3. 4. 5. b) Dia melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan. Mereka pergi ke Kuala Kedah. Pelajar itu pergi ke sekolah beramai-ramai. Pengembara itu meneruskan perjalanannya ke arah timur. Penyelam itu terjun ke dalam sungai.

Menunjukkan waktu atau masa 1. 2. 3. Anak kecil itu menunggu ayahnya di hadapan pintu hingga ke petang. Dia asyik termenung dari sehari ke sehari. Pengurus syarikat itu sentiasa menilai prestasi pekerjanya dari semasa ke semasa. 4. 5. Perempuan itu berada di sisi suaminya hingga ke saat terakhir. Tradisi itu masih kekal hingga ke zaman sekarang.

iii.

Imbuhan Awalan di- dan keSeperti imbuhan yang lain, awalan di- dan ke- hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. a) Awalan di-

Awalan di- membentuk kata kerja, iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya:

28

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

di basahi di bukukan di campak di catat di apit di curi di catu di hukum di isi di laporkan di patuhi di peralat di peristeri di perluas di peroleh di persembahkan di pertingkatkan di rakam di sapu di tapis di yakini

dibasahi dibukukan dicampak dicatat diapit dicuri dicatu dihukum diisi dilaporkan dipatuhi diperalat diperisteri diperluas diperoleh dipersembahkan dipertingkatkan dirakam disapu ditapis diyakini

29

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 b) Awalan ke-

Awalan ke- bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan tertentu. Contohnya: SALAH BETUL

ke hendak ke luar pintu ke rangka ke semua masalah ke tua kampung ke kasih

kehendak keluar pintu kerangka kesemua masalah ketua kampung kekasih

Awalan ke- apabila diimbuhkan pada kata bilangan dan dieja sepenuhnya hendaklah diserangkaikan pada kata yang mengikutinya dan, jika melebihi satu perkataan, pada kata yang pertama mengikutinya, tetapi apabila diimbuhkan pada angka Arab hendaklah disisipi dengan tanda sempang manakala, jika diimbuhkan pada angka Roman, tinggal lafaznya sahaja. Contohnya:

SALAH

BETUL

ke tiga ke sepuluh ke dua puluh ke lima puluh dua ke 4/ke4 ke 13/ke13 ke IV/keIV ke XV/keXV

ketiga kesepuluh kedua puluh kelima puluh dua ke-4 ke-13 IV XV

30

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 6
Kesilapan penggunaan dari dan daripada

P
i)

engguna sering beranggapan bahawa dari dan daripada sebagai sama dan boleh bersaling ganti penggunaannya. Kata sendi nama dari dan daripada mempunyai

pengertian yang berbeza dan penggunaannya adalah seperti yang berikut: Kata sendi nama dari

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. a) Contoh yang menyatakan tempat atau arah: 1. 2. 3. 4. 5. b) Awak datang dari mana? Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi. Lori itu datang dari arah kiri. Mereka baru sampai dari Kuching. Saya datang dari kampung.

Contoh yang menyatakan waktu atau masa: 1. 2. 3. 4. 5. Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari. Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18. Perangainya masih tidak berubah-ubah dari dahulu hingga sekarang. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi. Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa.

Yang berikut merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama dari:

31

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

bermula daripada bulan Mac bermula daripada tarikh itu daripada bandar ke desa daripada hadapan daripada kiri ke kanan daripada pukul tiga petang daripada saat ini daripada sawah turun ke kali daripada sebulan ke sebulan daripada waktu subuh datang daripada mana? datang daripada pejabat tanah datang daripada utara diadakan daripada pukul lapan dibuat daripada segi ekonomi dikuis daripada penjuru padang merantau daripada Pahang

bermula dari bulan Mac bermula dari tarikh itu dari bandar ke desa dari hadapan dari kiri ke kanan dari pukul tiga petang dari saat ini dari sawah turun ke kali dari sebulan ke sebulan dari waktu subuh datang dari mana? datang dari pejabat tanah datang dari utara diadakan dari pukul lapan dibuat dari segi ekonomi dikuis dari penjuru padang merantau dari Pahang

32

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

sejak daripada kurun ke-17 sejak daripada zaman dahulu

sejak dari kurun ke-17 sejak dari zaman dahulu

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa naam yang menyatakan perkara berikut: Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak); Sumber atau asal kejadian sesuatu benda; Perbezaan atau perbandingan; dan Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan. a) Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan benda dan unsur mujarad 1. 2. 3. 4. 5. b) Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya. Cadangan daripada persatuan telah kami terima. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. Encik Karim baru sahaja menerima arahan daripada ketuanya. Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada pihak kerajaan.

Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda 1. 2. 3. 4. Ahli persatuan itu terdiri daripada pelajar sekolah. Air terdiri daripada gabungan hidrogen dan nitrogen. Benang berasal daripada kapas. Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya.

33

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

5.

Saya bersedia untuk meminta maaf sekiranya kesilapan itu berpunca daripada saya.

c)

Menyatakan sebahagian daripada semua 1. 2. 3. 4. Enam orang daripada mereka mati disambar petir. Kami tiba lewat daripada mereka. Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing. Sebilangan besar daripada pekerja tidak bersetuju dengan peraturan baru syarikat. 5. Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap.

d)

Menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan 1. 2. 3. 4. Ali lebih tinggi daripada Ahmad. Kami tiba lewat daripada mereka. Membaca buku ilmiah lebih baik daripada membaca majalah hiburan. Pendapat yang dikemukakannya jauh lebih matang daripada usianya yang sebenar. 5. Perangainya lain daripada yang lain.

Yang berikut merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama daripada:

SALAH berbeza dari buku itu berlainan dari abangnya dari anaknya dari cempedak baiklah nangka

BETUL berbeza daripada buku itu berlainan daripada abangnya daripada anaknya daripada cempedak baiklah nangka

34

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

dari dara baiklah janda dari kakak lebih baik adiknya dari ketuanya dari lemak lembu dari lembu kita mendapat susu dari madu lebah dari orang itu dari teruna baiklah duda diperbuat dari kapas hasil dari ketekunannya ilham dari lukisan itu kata putus darinya lebih baik dari orang ini lebih lembut dari kain itu naik dari RM9.00 kepada RM10.00 teladan dari kisah yang lalu

daripada dara baiklah janda daripada kakak lebih baik adiknya daripada ketuanya daripada lemak lembu daripada lembu kita mendapat susu daripada madu lebah daripada orang itu daripada teruna baiklah duda diperbuat daripada kapas hasil daripada ketekunannya ilham daripada lukisan itu kata putus daripadanya lebih baik daripada orang ini lebih lembut daripada kain itu naik daripada RM9.00 kepada RM10.00 teladan daripada kisah yang lalu

Nota: Kata sendi nama daripada hanya boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif apabila digunakan untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan. Contohnya:

35

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

a) b)

Lebih baik menjawab salah daripada tidak menjawab langsung. Aku lebih sanggup menentang sikap Zali daripada meninggalkan Norlina seorang di sini.

c)

Daripada duduk sahaja di rumah lebih baiklah beramal ibadat, membersihkan kawasan masjid dan lain-lain.

d)

Apakah yang lebih baik daripada bijaksana dan sabar? Kinto bercakap dengan kuat seperti ditujukan kepada seseorang.

36

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 7
Kesilapan Penggunaan untuk atau bagi
Kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya:

SALAH

BETUL

Bagi siapakah hadiah ini? Bagi siapakah makanan ini? Bagi siapakah pinggan mangkuk ini? Bagi siapakah televisyen ini? Cincin ini bagimu. Dia membeli buah tangan bagi Jenny. Dia membeli kasut bagi Norida. Dia membeli rantai emas bagi Salma. Jam ini bagi Azian. Kain sutera ini bagi ibu.

Untuk siapakah hadiah ini? Untuk siapakah makanan ini? Untuk siapakah pinggan mangkuk ini? Untuk siapakah televisyen ini? Cincin ini untukmu. Dia membeli buah tangan untuk Jenny. Dia membeli kasut untuk Norida. Dia membeli rantai emas untuk Salma. Jam ini untuk Azian. Kain sutera ini untuk ibu.

37

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

Kereta besar itu bagi Zariha. Komputer peribadi ini bagi Fairuz. Novel ini bagi Aini. Pemain cakera ini bagi Sahariah. Periuk nasi ini bagi Kim Lee. Rumah banglo dua tingkat itu bagi ibu.

Kereta besar itu untuk Zariha. Komputer peribadi ini untuk Fairuz. Novel ini untuk Aini. Pemain cakera ini untuk Sahariah. Periuk nasi ini untuk Kim Lee. Rumah banglo dua tingakt itu untuk ibu.

Sawah padi itu bagi anak-anaknya. Tanah kebun yang luas itu bagi kami.

Sawah padi itu untuk anak-anaknya. Tanah kebun yang luas itu untuk kami.

Kata sendi nama untuk boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya:

1. 2.

Dewan makan untuk/bagi mahasiswa universiti itu sedang dibina. Perancangan aktiviti untuk/bagi tahun hadapan bagi/untuk kelab itu sedang dibincangkan.

3.

Kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.

38

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 8
Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk

esilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan antara imbuhan kan dan meN kan dengan imbuhan an, peN an dan ke--an akibat pengaruh

sebutan. Imbuhan kan dan an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k.

i) Contoh kesilapan mengeja kata dengan dua k/(kk) pada kata yang sepatutnya dengan satu k/(k) SALAH BETUL

kebanyakkan keburukkan kecantikkan kedudukkan kemasukkan kemudahbaikkan kenaikkan kependekkan kependudukkan kerancakkan keretakkan

kebanyakan keburukan kecantikan kedudukan kemasukan kemudahbaikan kenaikan kependekan kependudukan kerancakan keretakan

39

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

kerosakkan ketidakmasukkan peletakkan pembaikkan pengelompokkan percetakkan pergolakkan pertunjukkan peruntukkan

kerosakan ketidakmasukan peletakan pembaikan pengelompokan percetakan pengolakan pertunjukan peruntukan

ii)

Contoh kesilapan mengeja kata dengan satu k/(k) pada kata yang sepatutnya

dengan dua k/(kk)

SALAH

BETUL

meletakan memasukan membalikan membanyakan membelokan membotakan memburukan memendekan memperuntukan

meletakkan memasukkan membalikkan membanyakkan membelokkan membotakkan memburukkan memendekkan memperuntukkan

40

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

menaikan menampakan mencampakan mencantikan menggalakan menggerakan mengoyakan menunjukan menyesakan meretakan merosakan

menaikkan menampakkan mencampakkan mencantikkan menggalakkan menggerakkan mengoyakkan menunjukkan menyesakkan meretakkan merosakkan

41

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 9
Kesilapan Penggunaan sekali, sungguh, paling dan teR-

P
i)

erbandingan dapat dinyatakan dengan kata adjektif dan terbahagi kepada tiga, iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan. Darjah biasa 1. 2. 3. 4. 5. Hidup keluarga itu sederhana sahaja. Laut tenang ketika waktu pagi. Malam ini bulan terang. Perangai pemuda itu baik. Tubuh budak itu kurus.

ii)

Darjah bandingan Darjah bandingan digunakan dalam dua bentuk sama ada darjah bandingan yang sama atau darjah bandingan yang berbeza. a) Darjah bandingan yang sama Darjah bandingan ini menggunakan kata adjektif dengan awalan se-. Contohnya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Air sirap itu semanis gula. Anak saya tidak setinggi anaknya. Fatimah tidak sepandai kakaknya. Gadis itu secantik puteri raja. Masakannya tidak sesedap masakan ibu saya. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.

Nota: Awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan kata sama.
42

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 Contohnya: sebesar secantik semanis sepandai sesedap setinggi = = = = = = sama besar sama cantik sama manis sama pandai sama sedap sama tinggi

b) Darjah bandingan yang berbeza Darjah bandingan ini menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang berfungsi sebagai bandingan. Contohnya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. iii) Anaknya lebih gemuk daripada anak jirannya. Bunga ini lebih harum daripada bunga itu. Gadis itu kurang cantik daripada kawannya. Kami kalah kerana kami kurang cekap daripada pasukan lawan. Kedai itu kurang maju daripada kedai di sebelahnya. Rambut saya lebih panjang daripada rambutnya.

Darjah penghabisan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan dengan cara yang berikut: a) se + kata adjektif + gandaan + kata nama 1. 2. Dialah sebaik-baik sahabat yang pernah kukenali. Secantik-cantik bunga segar, jika tidak disiram, layu juga akhirnya. 3. 4. 5. Sekeras-keras batu, tidak sekeras hatinya yang degil itu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi impian saya.

43

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

b)

ter + kata adjektif

1. 2. 3. 4. 5.

Antara kami berempat, dia yang tertinggi. Dialah pelajar yang terpandai di sekolah kami. Gadis itu antara yang tercantik di kampungya. Inilah pemandangan yang terindah yang sempat saya rakam. Markah peperiksaan kali ini adalah yang terbaik yang pernah saya peroleh.

6. c)

Tokoh termasyhur itu meninggal dunia semalam.

paling + kata adjektif 1. 2. 3. 4. Antara adik-beradiknya, dialah yang paling cerdik. Bagi saya, masakan ibulah yang paling lazat. Dialah yang paling pandai dalam mata pelajaran matematik. Kita mesti mencari cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah tersebut. 5. 6. Menara itu paling tinggi di negara tersebut. Pokok yang paling besar itu telah tumbang semalam.

d)

kata adjektif + sekali 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ahmad pandai sekali. Besar sekali rumah di atas bukit itu. Cerdik sekali adik awak yang kecil itu. Guru bahasa Melayu saya baik sekali. Lazat sekali makanan yang saya makan tadi. Pemain bola keranjang itu tinggi sekali.

44

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 e) ter + amat, sangat + kata adjektif 1. 2. 3. 4. 5. 6. Bangunan itu tersangat tinggi. Di dalam kelas, dialah yang teramat pandai. Dia tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya. Inilah makanan yang tersangat lazat yang pernah saya makan. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur. Puteri raja itu teramat cantik.

f) amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mereka amat cergas sekali Dia amat pandai sekali Bangunan itu amat tinggi sekali Salmah sangat baik sekali Suaranya sangat merdu sekali Rupanya sungguh cantik sekali Ramu sungguh cergas sekali

ii) Kata penguat seperti amat, sungguh dan sangat terbahagi kepada tiga, iaitu kata penguat bebas, kata penguat hadapan dan kata penguat belakang. a) Kata penguat bebas Kata penguat ini boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contohnya: 1a. 1b. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.

45

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 2a. 2b. 3a. 3b. b) Pemandangan di tepi pantai itu sangat indah. Pemandangan di tepi pantai itu indah sangat. Tiupan angin pada waktu petang sungguh nyaman. Tiupan angin pada waktu petang nyaman sungguh. Kata penguat hadapan. Kata penguat ini terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya: 1. 2. 3. c) Harga batu permata itu paling mahal. Pokok di belakang rumah saya terlalu tinggi. Sungai itu agak dalam.

Kata penguat belakang 1. 2. 3. Indah nian puteri bunian. Keputusan peperiksaannya kali ini baik sekali. Lambat benar bas itu sampai.

iii.

Kesilapan penggunaan teR-, sekali dan paling

Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya. Contohnya:

46

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

paling terbaik sekali paling terbaik paling tercantik sekali paling tercantik paling termasyhur paling masyhur sekali paling terpandai sekali terindah sekali terpandai sekali tertinggi sekali terendah sekali

baik sekali paling baik cantik sekali paling cantik paling masyhur masyhur sekali pandai sekali terindah terpandai tertinggi terendah

47

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

Bahagian 10
Kesilapan Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak
i) Kesilapan penggunaan kata nafi tidak

Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya: SALAH BETUL

bukan berjaya bukan bertunang bukan berusaha bukan besar bukan hidup bukan kaya bukan kecil bukan manis bukan mati bukan melanggar bukan membawa bukan menangkap bukan mengantuk bukan miskin

tidak berjaya tidak bertunang tidak berusaha tidak besar tidak hidup tidak kaya tidak kecil tidak manis tidak mati tidak melanggar tidak membawa tidak menangkap tidak mengantuk tidak miskin

48

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

bukan muda bukan pandai bukan pergi bukan rendah bukan tinggal bukan tinggi bukan tua

tidak muda tidak pandai tidak pergi tidak rendah tidak tinggal tidak tinggi tidak tua

ii)

Kesilapan penggunaan kata nafi bukan

Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama. Contohnya: SALAH BETUL

tidak dari Kuantan tidak di desa tidak di Subang tidak doktor tidak emak mertua tidak gas tidak kakak tidak Kassim tidak ke Ipoh

bukan dari Kuantan bukan di desa bukan di Subang bukan doktor bukan emak mertua bukan gas bukan kakak bukan Kassim bukan ke Ipoh

49

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

SALAH

BETUL

tidak kerajaan tidak ketua kampung tidak lembu tidak mahasiswa tidak oleh ibu tidak pelajar tidak tangan tidak tentang masakan tidak tentang Perdana Menteri tidak untuk kekasih tidak untuk wanita

bukan kerajaan bukan ketua kampung bukan lembu bukan mahasiswa bukan oleh ibu bukan pelajar bukan tangan bukan tentang masakan bukan tentang Perdana Menteri bukan untuk kekasih bukan untuk wanita

Nota: Kata nafi bukan hanya boleh digunakan di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif apabila digunakan untuk mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya: 1. Ulasannya bukan bertujuan untuk menghina penulis berkenaan, tetapi sekadar memberi pandangan peribadi. (frasa kerja) 2. 3. 4. Dia bukan hendak bekerja tetapi hendak bermain sahaja. (frasa kerja) Dia bukan sahaja cantik, malah pintar juga. (frasa adjektif) Program latih tubi bukan bertujuan untuk mendera peserta tetapi untuk menerapkan disiplin dan ilmu yang dipelajari. (frasa adjektif)

50

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 KETUA PENGARAH DATO HAJI A. AZIZ BIN DERAMAN PENGARAH JABATAN BAHASA DR. HAJI AWANG BIN SARIYAN KETUA BAHAGIAN PENGEMBANGAN BAHASA SEKTOR AWAM HAJAH ZAITON BINTI AB. RAHMAN PENYUSUN ABDULLAH BIN MARJUNID AZIZAH BINTI AHMAD AHMAD FAZLY BIN SAHAR Khidmat Nasihat Bahasa boleh dihubungi melalui: Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03 - 21481960, 21485887 atau 21481011 Faks.: 03 21422029 atau 21445727

Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03 21485905 atau 21481011 Faks.: 03 21422029

Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Beg Berkunci 149, 88999 Kota Kinabalu, Sabah. Tel.: 088 439314 atau 439316 Faks.: 088 439732

51

Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1 Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Peti Surat 1390, 93728 Kuching, Sarawak. Tel.: 082 444711 atau 444712 Faks.: 082 444707

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, No. 1 & 3, Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor. Tel.: 07 7475656 atau 7472020 Faks.: 07 - 2358686

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Lot PT 107 109, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel.: 09 7475656 atau 7472020 Faks.: 09 7475252

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, No. 31, Lorong P.S.2, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel.: 04 6211011 atau 6211012 Faks.: 04 - 6211013

52

You might also like