Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

JALAN COLLEGE, 93200 KUCHING SARAWAK

KURSUS :
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP 3073
TUGASAN 1 :
LAPORAN TEMUBUAL

NAMA PELAJAR : Slyvia Usun Musit


ANGKA GILIRAN : 2018042340077
NO KAD PENGENALAN : 971222-13-5018
KUMPULAN : PISMP BM (SK) 1 AMBILAN JUN 2018
SEMESTER : SEMESTER 2 TAHUN 2
TARIKH SERAHAN : 5 MAC 2020
PENSYARAH PENYELIA : DING ANAK GIRI
Tugasan 1

Penyampaian guru dalam pengajaran akan lancar dan efektif sekiranya beliau
mampu membina keseronokkan dan persekitaran pembelajaran yang mesra. Dalam
persekitaran pembelajaran begini semua murid mempunyai peluang dan merasa
keselesaan untuk melibatkan diri serta menyumbang idea.

Buat satu temubual terhadap dua orang guru berkaitan dengan konsep
kepelbagaian etnik dan kumpulan budaya di dalam bilik darjah dan bagaimana
mereka menghadapai kepelbagaian ini dalam pengajaran dan pembelajaran harian
mereka.

Tuliskan laporan dalam 600 patah perkataan berdasarkan respon daripada


responden semasa temubual tersebut.
1.0 Pengenalan.
Satu temubual terhadap dua orang guru berkaitan dengan konsep
kepelbagaian etnik dan kumpulan budaya di dalam bilik darjah dan bagaimana
mereka menghadapi kepelbagaian ini dalam pengajaran dan pembelajaran
harian mereka.
2.0 Prosedur menjalankan temu bual
Bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan, saya menggunakan kaedah
kualitatif iatu teknik temu bual dimana melibatkan interaksi bersemuka antara
penemu bual dengan informan atau orang yang ditemu bual. Terdapat tiga
pendekatan dalam temu bual iatu temu bual formal, temu bual tidak formal dan
temu bual terbuka.
Semasa tugasan ini dilakukan, temu bual dilakukan secara berkumpulan.
Dalam temu bual ini, saya sendiri terdiri daripada pelajar sem 4 PISMP Ambilan
Jun 2018, selain itu, Semasa ingin membuat temubual, saya hanya sempat
menemubual seorang guru, ini kerana keadaan di sekolah long jekitan
kekurangan guru dan banyak guru keluar masuk tanpa henti untuk mengantikan
gelas guru yang tiada pada masa itu. Jadi saya sempat menemubual seorang
guru sahaja.
3.0 Set soalan temubual.
a) Apakah aspek utama yang menjadi medium untuk menyokong pengurusan
bilik darjah mesra budaya?
b) Bagaimana ia memberi kesan kepada murid untuk mewujudkan perpaduan
apabila berada di dalam kelas?
c) Apakah implikasi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah ini terhadap
pengurusan bilik darjah mesra budaya?
4.0 Transkrip temubual.

Saya      : selamat pagi cikgu. Cikgu ni guru kelas tahun4 ini kan?
Cikgu 1  : selamat pagi. Ya saya.
Saya      : Jadi bagaimana keadaan cikgu pada hari ini?
Cikgu 1  : sihat-sihat saja, terima kasih.
Saya      : Muka cikgu nampak gembira harini. Adakah cikgu rasa seronok datang
ke sekolah?
Cikgu 1  : Mestilah seronok dapat lihat muka murid-murid walaupun cabaran
untuk mengajar mereka sedikit sukar
Saya      : Apakah yang cikgu rasakan aspek utama yang menjadi medium dalam
menyokong pengurusan bilik darjah mesra budaya?
Cikgu 1  : Saya rasa Bahasa. Sebab kita menggunakan Bahasa yang sama jadi
ia memudahkan kita berkomunikasi serta memberi arahan jelas yang
mudah diikuti oleh murid.
Saya      :  Jadi cikgu bagaimana ia memberi kesan untuk mewujudkan
perpaduan di dalam kelas?
Cikgu 1  : Oleh kerana kita menggunakan hanya satu Bahasa di sekolah ini iaitu
Bahasa Melayu, ia memudahkan untuk murid sama-sama mereka untuk
bergaul. Jadi wujud satu persefahaman antara mereka melalui Bahasa.
Guru juga menggunakan Bahasa yang sama seperti murid, jadi setiap kali
arahan diberi, murid dapat ikuti tanpa sebarang permasalahan.
Saya      : Soalan terakhir saya, apakah implikasi kepelbagaian sosiobudaya
sekolah ini terhadap pengurusan bilik darjah mesra budaya?
Cikgu 1  : Jika di dalam kawasan sekolah, Bahasa boleh digunakan sebagai
medium untuk perpaduan dan untuk mengatasi masalah yang timbul
kerana kita menggunakan Bahasa yang sama. Namun, mungkin berlainan
jika murid perlu mendengar Bahasa lain yang tidak difahami atau perlu
menyelesaikan masalah dengan menggunakan Bahasa yang tidak
difahami oleh mereka. Jadi Bahasa menjadi aspek yang efektif untuk
menuju kepada pengurusan bilik darjah mesra budaya jika Bahasa yang
digunakan itu difahami oleh semua murid.
Saya      : Jadi cikgu kata yang Bahasa hanya berkesan jika semua murid
memahami walaupun berada di luar kawasan sekolah?
Cikgu 1  : Ya.
Saya      : Baiklah cikgu. Itu sahaja. Gembira dapat berjumpa cikgu. Terima kasih.
Cikgu 1  : Sama-sama.

5.0 Analisis temubual


Responden memberitahu Bahasa sebagai aspek utama kerana beliau
merasakan melalui Bahasa mereka dapat berkomunikasi dan mempunyai
persefahaman antara mereka. Dimana ia membawa kepada kelancaran
pengurusan bilik darjah dan menyokong bilik darjah yang mesra budaya. Menurut
Lev Vigotsky, kanak-kanak menggunakan perbualan bukan setakat untuk
komunikasi sosial, tetapi juga membantu mereka menyelesaikan masalah. Ini
sama seperti yang diperkatakan oleh beliau dimana murid menggunakan Bahasa
untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah antara mereka. Namun
menjadi kerisauan beliau ialah sejauh mana murid dapat berkomunikasi atau
menyelesaikan suatu masalah jika menggunakan Bahasa yang tidak difahami
oleh mereka. Murid yang hanya menguasai dialek atau Bahasa ibunda semata-
mata berkemungkinan menghadapi permasalahan dalam pembelajaran. Oleh
yang demikian, untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya
murid perlu menggunakan satu Bahasa untuk komunikasi atau murid perlu
menguasai dua atau lebih Bahasa untuk berkomunikasi.

6.0 Kesimpulan
Pembelajaran dan pengurusan bilik darjah berkesan mudah berlaku sekiranya
guru dapat menyesuaikan pengajaran dan pembelajaran dengan budaya murid agar
murid berasa mereka diterima, lantas mereka menjadi lebih bermotivasi untuk
belajar. Oleh itu, peranan saya sebagai guru kelak harus mengambil faedah ke atas
penggunaan Bahasa serta lain-lain aspek secara positif bagi mewujudkan bilik
darjah mesra budaya dengan mengintegrasikan lima elemen kepelbagaian
sosiobudaya dalam pengajaran saya iatu pedagogi berpusatkan murid, kurikulum
pelbagai budaya, penggunaan bahan sumber pengajaran berasaskan budaya dan
iklim serta bilik darjah yang menyokong budaya. Jadi pelbagai persediaan rapi perlu
saya lakukan bagi meyokong pengurusan bilik darjah mesra budaya selain
menerapkan budaya pembelajaran abad ke-21.
7.0 Rujukan

Janenetty Karek (May 10, 2016), Kepelbagaian Budaya di Sekolah, diakses pada

29/3/2020 melalui

https://www.scribd.com/doc/312148547/Kepelbagaian-budaya-di-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia

2013-2025.

Noriati A. Rashid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.


Bhd.

Santrok J. W. (2008). Educational Psychology (third edition). New York: Mcgraw-Hill.

Woolfolk A. H. (2008). Educational Psychology (tenth edition). Boston: Allyn &


Bacon
lampiran

TEMUBUAL BERSAMA GURU KELAS TAHUN 4


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
JALAN COLLEGE, 93200 KUCHING SARAWAK

KURSUS :
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP 3073
TUGASAN 1 :
PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : Slyvia Usun Musit


ANGKA GILIRAN : 2018042340077
NO KAD PENGENALAN : 971222-13-5018
KUMPULAN : PISMP BM (SK) 1 AMBILAN JUN 2018
SEMESTER : SEMESTER 2 TAHUN 2
TARIKH SERAHAN : 13 MAC 2020
PENSYARAH PENYELIA : DING ANAK GIRI
Tugasan 2

Idea utama : budaya bilik darjah

Soalan utama: bagaimanakah guru mengurus bilik darjah untuk menghasilkan


persekitaran pembelajaran yang mesra budaya dan kondusif untuk semua murid dari
pelbagai sosiobudaya.

Kepelbagaian sosiobudaya di dalam komuniti sekolah mempengaruhi kejayaan


sesebuah sekolah. Oleh itu, perancangan guru dalam pengurusan bilik darjah
adalah penting untuk mencorakkan persekiran pembelajaran yang membina
motivasi dan kondusif kepada semua murid.

Hasilkan satu penulisan akademik dalam aspek merancang langkah-langkah


pengurusan bilik darjah mesra budaya.
1.0 Pengenalan

Pengurusan bilik darjah merupakan satu elemen penting yang perlu diberi
perhatian dalam usaha kita untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Secara
umumnya pengurusan bilik darjah melibatkan pembinaan suasana pembelajaran
yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi murid dan dapat
memperkembangkan sikap tanggungjawab murid terhadap semua aspek. Manakala
pengurusan bilik darjah mesra budaya bermaksud bagaimana guru dan pelajar
bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina
dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi pengajaran guru
sahaja. Ia turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan serta mesra budaya dapat menggalakkan
aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di
samping menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Ia
adalah pakatan diantara guru dan murid bagi mengurus segala aspek yang terdapat
dalam bilik darjah yangmelibatkan pengurusan fizikal, emosi, sosial serta
sosiolinguistik yang dilaksanakan agar satualam belajar yang kondusif untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan.

2.0 Langkah-langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya


Yang berikut merupakan langkah-langkah pengurusan bilik darjah mesra
budaya yang telah saya cari dan beberapa ulasan tentang langkah-langkah yang
boleh diambil oleh guru dalam proses pdp dalam kelas.
2.1 Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Konsep pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dari aspek fizikal adalah
amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan
lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik.
Pengurusan fizikal harus mengambil kira semua aspek bukan hanya dari aspek
kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan
persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang
kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang
budaya dan sosial.
2.2 Aspek Fizikal

Meja dan kerusi yang sesuai untuk murid-murid serta boleh diubah suai
mengikut keperluan aktiviti. Apabila membentuk meja kumpulan, terdiri daripada
etknik yang berbeza dan tidak hanya satu kumpulan etknik dikelompokkan dalam
satu kumpulan. Begitu juga, apabila terdapat perbincangan kumpulan atau aktiviti,
ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaumdan etknik. Secara tidak langsung
kepelbagaian kumpulan etknik dalam satu kumpulan akan dapat diwujudkan serta
dapat memupuk suasana mesra budaya dalam kalangan murid dan guru.

2.3 Sudut Pembelajaran

Di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran yang dapat


membantu perkembangan intelek murid seperti komunikasi, perkembangan fizikal
dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri dan lain-lain. Di samping, terdapat
sudut-sudut bacaan seperti buku cerita, majalah dan surat khabar. Sudut-sudut ini
mampu meningkatkan interaksisesama murid serta dapat memupuk nilai saling
memahami dan tolerasi di antara murid kerana sudut-sudut ini dihasilkan oleh murid
itu sendiri dengan bantuan guru. Secara tidak langsung dapat mewujudkan
persekitaran mesra budaya.

3.0 Aspek Pengurusan Sosio-Emosi

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi.
Segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan
kemasyarakatan. Manakala emosi didefiniskan sebagai tindak balas atau
kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan murid-murif ditakrifkan sebagai satu


proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Persekitaran Sosio-
Emosi yang baik di dalam kelas dapat menjadi perangsang bagi membangkitkan dan
mengekalkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan
sosio emosi kanak-kanak khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk
berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau
keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak- kanak. Sekiranya sosio emosi
seorang murid di dalam kelas adalah positif, maka secara tidak langsung akan
menjadi perangsang untuk membangkitkan semangat murid untuk melibatkan diri
dalam aktiviti PdP.

3.1 Peranan Guru dalam Pengurusan Sosio-Emosi

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru bagi memastikan


persekitaran sosioemosi yang baik dan dapat mewujudkan persekitaran mesra
budaya ialah semasa melaksanakan aktiviti PdP, guru perlulah memberi galakan
ataupun pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan betul latihan
ataupun soalan yang diberikan. Hal ini secara tidak langsung boleh memberi
semangat dan motivasi kepada murid-murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik
darjah. Selain itu, hubungan yang baik antara guru dan murid juga harus dibina
terlebih dahulu yang mana guru perlu mengamalkan kepemimpinan demokraksi dan
tidak terlalu mengongkong murid-murid mereka serta guru perlu menunjukkan
contoh yang baik kepada murid-murid. Menerusi buku Budaya dan Pembelajaran
Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh melalui
peniruan. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang
diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu.

Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah


dipelajarinya. Guru juga perlu membina hubungan yang positif dengan rakan
sekelas. Murid perludibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua kaum tanpa
mengira kelas sosial danbudaya. Mereka perlu diberi pendedahan tentang adat
resam dan amalan budaya setiapkaum di Malaysia. Dengan cara ini, guru dapat
mengurangkan sikap perkauman di antara murid. kepentingan hubungan sosial
dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. selain daripada itu, personaliti
seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.
Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis
perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

4.0 Aspek Sosiolinguistik

Secara umumnya sosiolinguistik adalah satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri
dan fungsi variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu
bahasa yang digunakan. Bahasa merupakan satu alat perhubungan dan
perantaraan sesuatu budaya.Sosio pula merupakan interaksi antara masyarakat.
Salah satu cara untuk membina bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui
pertuturan. Seperti yang telah diketahui, Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai
bahasa serta budaya dan ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam
membina rakyat bersatu padu.

4.1 Peranan Guru dalam Aspek Sosiolinguistik

Guru memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri murid yang
mengcikgu 1 bahasa rasmi dan budaya di samping menerap nilai-nilai meghormati
perbezaan bahasa dan budaya semua etnik.

Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan aktiviti bahasa,
sasteradan budaya dalam kalangan murid-murid. Selain itu, aktiviti yang
memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dijalankan di dalam bilik darjah atau di
luar bilik darjah. Tambahan, aktiviti kokurikulum merupakan saluran terbaik dalam
memertabatkan Bahasa Kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang
kreatif, menyeronokkan dan bermanfaat. Guru juga boleh menyelitkan unsur-unsur
etnik lain dalam proses pdp. Sebagai contoh, menggunakan cerita etnik Iban dalam
pengajaran Bahasa Malaysia, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pdp
Muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani dan sebagainya.
Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik dapat digunakan dalam
pendekatan belajar sambil bermain. Penggunaan sumber pdp dengan menggunakan
pelbagai unsur budaya dapat memupuk kesefahaman dalam kalangan murid yang
terdiri daripada pelbagai etnik, malahan cara ini dapat mendorong murid memahami
dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka. Sekiranya guru
meneruskan pdp dengan berkesan, setiap etnik tidak akan tersisih sebaliknya dapat
mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya dan menjadikan Malaysia kaya
dengan variasi bahasa dan budaya.

5.0 Pedagogi Releven Budaya

Pedagogi ialah prinsip dan kaedah pengajaran. Ia meliputi pelbagai aspek yang
berkait dengan penyampaian ilmu kepada murid. Selain itu, Pedagogi yang relevan
menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan
pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan kepada murid-murid
semasa proses pdp. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan,
kemahiran asas serta memupuk nilai-nilai murni bagi menggalakkan perkembangan
yang menyeluruh dari aspek kepelbagaian kebolehan murid. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu mengambil kira aspek kepelbagaian
budaya supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran serta
mereka dapat terlibat secara aktif di samping bilik darjah mesra budaya dapat
diwujudkan.

5.1 Tindakan Guru dalam Melaksanakan Pedagogi Releven Budaya

Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh guru ialah merancang pengajaran
dan pembelajaran secara penemuan. Dengan mengunakan karekter yang
berpelbagai kaum untuk membantu murid-murid untuk membina pengalaman baru.
Selain itu juga, Strategi merentas budaya mengkehendaki murid meneroka dan
membina pengetahuan serta pengalaman supaya murid faham akan budaya orang
lain.

Seterusnya, guru perlu menggunakan strategi pemusatan murid. Ini kerana


strategi ini dapat mengalakkan murid berbincang bersama ahli-ahli kumpulan
pelbagai budaya. Contohnya, di dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri
daripada pelbagai bangsa oleh itu, Guru perlu menggalakkan interaksi dan
kerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Di samping, guru perlu memudah
cara letusan idea ahli kumpulan dan memberi penghargaan jika ahli kumpulan
menunjukkan keharmonian kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif
perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapatkan persekitaran
pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan pelbagai budaya dalam kelas.
Selain itu, guru boleh menggunakan kaedah projek. Di mana kaedah ini memerlukan
pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid kepelbagaian kaum dan budaya.
Topik yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya ialah ‘Perayaan Dan
Adat Resam Setiap Kaum’.

Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa yang berbeza supaya mereka boleh
berkongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Secara
tidak langsung murid akan mendapat pengetahuan terus daripada kaum yang
mengamalkan budaya yang berbeza. Oleh itu, jika guru menggunakan strategi ini,
bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan dan mengurangkan isu
perkauman yang timbul atau sebaliknya membantu merapatkan hubungan antara
pelbagai kaum.

6.0 Penguatkuasaan Peraturan Di Dalam Bilik Darjah

Peraturan di dalam bilik darjah merupakan suatu aspek yang sangat penting
untuk memastikan tingkah laku murid-murid di dalam kelas senantiasa terkawal.
Oleh itu, peraturan bilik darjah merupakan satu garis panduanyang disediakan oleh
guru bersesuaian dengan kelompok pelajar dalam sesuatu bilik darjah dengan
harapan mampu mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang positif.Prosedur
menetapkan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis panduan kepada
tingkah laku murid di bilik darjah yang diharapkan oleh seseorang guru. Oleh itu,
seseorang guru perlulah menetapkan peraturan di bilik darjah dan peraturan
tersebut perlulah dipersetujui bersama oleh murid-murid sebagai satu kontrak yang
dapat mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh peraturan yang perlu
diwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh murid
ketika guru mengambil kedatangan murid, prosedur menjawab pertanyaan guru dan
juga peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Sekiranya peraturan-
peraturan seperti itu diwujudkan di dalam bilik darjah, maka suasana bilik darjah
yang mesra budaya mampu diwujudkan dan murid akan menjadi lebih aktif untuk
mengikuti PdP.

7.0 Penutup

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara
yang terbaik untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP serta mewujudkan bilik darjah yang
mesra budaya. Sebagai seorang guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik,
malah kita juga berperanan sebagai pemudah cara, pembimbing dan perancang
untuk memastikan murid-murid mampu mencapai kecemerlangan secara holistik
dalam semua bidang. Suasana bilik darjah yang mesra budaya sememangnya
merupakan suatu medium yang terbaik yang perlu disediakan kepada murid-murid
agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru
perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai
dan seterusnya mampu melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan dan juga
dapat menimba pengalaman baru.

Rujukan

Fhatihah sobri (sept 19, 2017), Penulisan Akademik, diakses pada 29/3/2020 melalui

https://www.slideshare.net/fhatihahsobri/penulisan-akademik-79590661

Mohd Hasani Dali (tiada tarikh), Chapter – Pengurusan Bilik Darjah, Universiti Utara

Malaysia, Kedah. Diakses pada 29/3/2020 melalui

http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

Persekitaran Bilik Darjah Mesra Budaya Dari Aspek Fizikal dan Sosiobudaya
diakses

pada 29/3/2020 melalui

https://vdocuments.mx/persekitaran-bilik-darjah-mesra-budaya-dari-aspek-fizikal-
dan-sosiodocx.html

Janenetty Karek (May 10, 2016), Kepelbagaian Budaya di Sekolah, diakses pada

29/3/2020 melalui

https://www.scribd.com/doc/312148547/Kepelbagaian-budaya-di-sekolah

You might also like