Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 63

MODUL KOKURIKULUM

MURID BERKEPERLUAN KHAS


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN MODUL
MODUL KOKURIKULUM MBK ADA LIMA BAHAGIAN

BAHAGIAN 1:
PELAKSANAAN KOKURIKULUM

BAHAGIAN 2:
MODUL KELAB/PERSATUAN
q MODUL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
q MODUL KESELAMATAN JALAN RAYA

BAHAGIAN 3
MODUL BADAN BERUNIFORM
q PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS
ISI KANDUNGAN MODUL
BAHAGIAN 4:

MODUL SUKAN/PERMAINAN
q MODUL OLAHRAGA
q MODUL GOALBALL
q MODUL BOLA JARING
q MODUL BADMINTON
q MODUL PETANQUE
q MODUL BLIND FOOTBALL

BAHAGIAN 5
q PENILAIAN
q PENTAKSIRAN
q PEMANTAUAN
SASARAN

qSEKOLAH PENDIDIKAN KHAS


qPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
qPROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
PENGGUNA MODUL KOKURIKULUM
MBK

GURU PENASIHAT KOKURIKULUM BAGI TIGA


BIDANG IAITU:

qKELAB/PERSATUAN
qBADAN BERUNIFORM
qSUKAN/PERMAINAN
BAHAGIAN 1

PELAKSANAAN KOKURIKULUM MBK


BAHAGIAN 1
PENGENALAN

Kegiatan kokurikulum merangkumi tiga bidang utama, iaitu Kelab/


Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan.
Penyertaan dalam ketiga-tiga bidang ini merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah
seperti yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta
Pendidikan 1996-Seksyen 18 dan 30). Kepentingan aktiviti ini juga
setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya
sebagai penyumbang dan pelengkap kepada PdPc murid serta
pembentukan modal insan secara menyeluruh yang meliputi aspek
kognitif, afektif dan psikomotor.
BAHAGIAN 1

TUJUAN

q Modul Kokurikulum Murid Berkeperluan Khas (MBK) dihasilkan adalah sebagai panduan
dan penjelasan tentang tatacara pelaksanaan kokurikulum bagi MBK yang terdiri daripada
dalam kalangan murid kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, masalah
pembelajaran, kurang upaya pertuturan, kurang upaya fizikal dan kombinasi beberapa
ketidakupayaan. Kegiatan kokurikulum MBK dijalankan mengikut dasar sedia ada namun
perlu dibuat modifikasi di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI).
BAHAGIAN 1

MATLAMAT

q Matlamat Modul Kokurikulum MBK adalah untuk


memperkasakan aktiviti kokurikulum MBK dengan
pelibatan dan penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan MBK seterusnya menyokong kepada program
pendidikan inklusif MBK. Selain itu, modul ini dapat
memberi panduan serta kefahaman kepada guru
penasihat kokurikulum dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum.
BAHAGIAN 1

OBJEKTIF MODUL KOKURIKULUM MBK


q Menjadi rujukan dan panduan kepada guru penasihat kokurikulum dan
individu yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum MBK;
q Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam
pelaksanaan kokurikulum dalam kalangan MBK; dan
q Melaksanakan aktiviti kokurikulum secara sistematik dan berfokus.
q Peningkatan dan penyertaan MBK melalui program inklusif separa.
BAHAGIAN 1
KONSEP
Konsep Modul Kokurikulum MBK ini adalah selaras dengan (Subperaturan
3 (1) (Peraturan-Peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan 1997) yang
diterbitkan sebagai PU(A) 531/97):
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.”
BAHAGIAN 1

PUNCA KUASA PELAKSANAAN


KOKURIKULUM

Berdasarkan kepada:
q Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM
qPeraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
qKod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas
BAHAGIAN 1

OBJEKTIF AKTIVITI KOKURIKULUM

q Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan


rohani, jasmani dan emosi murid;
q Membina dan meningkatkan disiplin murid;
q Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang
diceburi;
q Mewujudkan sekolah berwatak;
q Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid dalam
sekolah dan di antara sekolah; dan
q Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua
hala antara sekolah dan masyarakat.
BAHAGIAN 1
Peruntukan Masa
Kokurikulum

SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAH


TINGKATAN MASA TAHUN MASA
1 HINGGA 3 180 MINIT 4 60 MINIT
5 DAN 6 120 MINIT
4 DAN 5 180 MINIT
6 180 MINIT
BAHAGIAN 1

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM

Terdapat tiga carta organisasi kokurikulum :


q Di Sekolah Pendidikan Khas (sekolah rendah dan
menengah
q Di Program Pendidikan Khas Integerasi Menengah (ada
PPKI dan tanpa PPKI)
q Di Program Pendidikan Khas Integrasi Rendah (ada
PPKI dan tanpa PPKI)
BAHAGIAN 1

PANDUAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM


Merujuk kepada Surat Pekeliling yang berkaitan

q Penyertaan murid dan guru


q Pelibatan kakitangan sekolah
q Pelibatan agensi kerajaan /badan bukan kerajaan
q Penggunaan pakaian
BAHAGIAN 1

Keselamatan Murid
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000; pada perkara 4.2 ; Guru Kokurikulum dan
Sukan:

PARA PERNYATAAN
4.2.1 qGuru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap
keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan;

4.2.2 qGuru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada


dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.
BAHAGIAN 2

MODUL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN


BAHAGIAN 2
PENGENALAN
Modul Kelab Kesenian dan Kebudayaan MBK ini
mengandungi empat elemen kesenian, iaitu nyanyian,
seni tari, seni visual dan permainan tradisional. Setiap
elemen tersebut disertakan dengan contoh aktiviti pada
waktu perjumpaan kokurikulum. Aktiviti yang disediakan
boleh diubah suai mengikut keupayaan dan kebolehan
MBK. Aktiviti kesenian dan kebudayaan dijadikan sebagai
salah satu wahana dalam pembentukan sahsiah dan jati
diri MBK.
BAHAGIAN 2

MATLAMAT

Memupuk bakat dan potensi MBK melalui aktiviti


kesenian dan kebudayaan dan menyemai nilai-nilai
budaya masyarakat Malaysia.
BAHAGIAN 2
OBJEKTIF

q Menyemai dan menyemarakkan seni dan budaya


dalam kalangan MBK;
q Membentuk sahsiah dan jati diri MBK;
q Mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan kaum; dan
q Menyemai sifat hormat menghormati pelbagai budaya
dan kaum
BAHAGIAN 2

KEMAHIRAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN


qNyanyian - Negaraku, lagu patriotik, lagu rakyat dan
nasyid
qSeni tari - tarian endang
qSeni visual - menggambar, corak dan rekaan, kraf
tradisional dan membentuk binaan
qPermainan tradisional - congkak dan teng teng
BAHAGIAN 2
MODUL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
• Disediakan contoh Modul 1 hingga Modul 12
mengikut kemahiran yang dipilih dan minggu
perjumpaan.
• S et i a p m o d u l a k a n m e n j e l a s k a n l a n g k a h -
langkah aktiviti mengikut minggu perjumpaan.
• Tempoh setiap perjumpaan adalah selama 3 jam .
• Perlu dibuat 12 kali perjumpaan setahun.
BAHAGIAN 2

MODUL KESELAMATAN JALAN RAYA


BAHAGIAN 2
PENGENALAN
• Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR) salah satu
kelab di bawah kegiatan kokurikulum oleh KPM
dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan
Malaysia. Kelab ini bertujuan untuk membentuk
nilai-nilai baik dan selamat yang patut diamalkan
oleh MBK khususnya ahli kelab semasa berada di
jalan raya demi keselamatan diri dan pengguna
jalan raya yang lain.
BAHAGIAN 2

MATLAMAT
• Matlamat modul ini disediakan adalah untuk
membentuk pengguna jalan raya termasuk MBK
supaya berhemah dan bertimbang rasa. Selain itu,
modul ini dapat mewujudkan budaya
mengutamakan keselamatan (safety first) dalam
kalangan MBK semasa berada di jalan raya dan
dipersekitarannya.
BAHAGIAN 2
OBJEKTIF
q Memberi panduan kepada guru pembimbing semasa mengadakan
perjumpaan Kelab Keselamatan Jalan Raya MBK;
q Memberi panduan dan cara melintas jalan raya dengan cara yang betul
dan melintas di tempat yang selamat;
q Mengenal tanda-tanda isyarat jalan raya yang penting bagi mengelakkan
sebarang tindakan yang tidak wajar yang berbahaya;
q Mengetahui kekurangan/kelemahan diri dan mengambil langkah
pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan
jalan raya; dan
q Memahami kegunaan dan kepentingan alat keselamatan (topi keledar,
tali pinggang keledar, pemantul cahaya dan lain-lain).
q
BAHAGIAN 2
AKTIVITI –AKTIVITI KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA
q Pengurusan dan pentadbiran kelab

q Penggunaan pengguna jalan raya berhemah:


§ Pengguna basikal
§ Pejalan kaki
§ Pengguna pengangkutan awam
§ Pengguna motosikal dan pembonceng motosikal
§ Pemandu dan penumpang kereta
q Pertandingan Kelab Keselamatan Jalan Raya
q Projek Kelab Keselamatan Jalan Raya

BAHAGIAN 2
MODUL KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA

• Disediakan contoh Modul 1 hingga Modul 12 mengikut


kemahiran yang dipilih dan minggu perjumpaan.
• Setiap modul akan menjelaskan langkah-langkah
aktiviti mengikut minggu perjumpaan.
• Tempoh setiap perjumpaan adalah selama 3 jam .
• Perlu dibuat 12 kali perjumpaan setahun.

BAHAGIAN 3

MODUL PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS


BAHAGIAN 3
PENGENALAN
Pengakap merupakan salah satu badan beruniform yang digalakkan untuk
ditubuhkan di sekolah dan disertai oleh MBK pada waktu kokurikulum. Modul
pengakap MBK diubah suai berasaskan Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas.
Pelaksanaan aktiviti pengakap MBK boleh dibuat modifikasi berdasarkan
keupayaan MBK. Pelibatan MBK dalam aktiviti kepengakapan akan dapat
menyemai ciri-ciri kepimpinan, sikap kerjasama, tolong menolong, berdisiplin,
sedia berkhidmat, berdikari dan pengurusan diri sekaligus memberi sumbangan
dalam kalangan ahli serta masyarakat.
BAHAGIAN 3

SKIM LATIHAN PENGAKAP


PENDIDIKAN KHAS
Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas (PK) ini telah diubah suai
untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap PK mengikuti aktiviti-aktiviti
kepengakapan dan dapat mengekalkan minat dalam berpengakap.
Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas dibahagikan kepada tiga
(3) tahap, iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.
.
BAHAGIAN 3
MODUL PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS

• Disediakan contoh Modul 1 hingga Modul 12


mengikut kemahiran yang dipilih dan minggu
perjumpaan.
• Setiap modul akan menjelaskan langkah-langkah
aktiviti mengikut minggu perjumpaan.
• Tempoh setiap perjumpaan adalah selama 3 jam .
• Perlu dibuat 12 kali perjumpaan setahun.

BAHAGIAN 4

MODUL SUKAN/ PERMAINAN


BAHAGIAN 4
PENGENALAN
Modul sukan dan permainan ini mengandungi beberapa jenis sukan yang
dipilih iaitu olahraga, badminton, goalball, bola jaring, petanque dan blind
football. Sukan ini merupakan sukan yang mampu disertai oleh MBK dari
peringkat sekolah hingga ke peringkat antarabangsa. Melalui bidang sukan,
bakat dan potensi minat MBK boleh dicungkil dan digilap secara konsisten
mengikut kemampuan dan keupayaan MBK. Jenis- jenis sukan yang dipilih
di dalam modul ini merupakan sukan yang dominan untuk dimainkan oleh
MBK masalah pembelajaran, kurang upaya pendengaran dan kurang upaya
penglihatan. Secara asasnya MBK akan bermain mengikut peraturan yang
sama seperti murid arus perdana, namun bagi MBK kurang upaya
penglihatan dan kurang upaya pendengaan memerlukan sedikit modifikasi
dan bantuan sokongan semasa permainan berlangsung.

BAHAGIAN 4
MATLAMAT

Penyediaan modul sukan/permainan ini adalah untuk


membangunkan modal insan melalui penyertaan yang
menyeluruh dalam kalangan MBK bagi kegiatan sukan
sepanjang tahun selaras dengan Dasar 1M1S untuk
memupuk budaya bersukan. Dalam jangka masa panjang,
MBK dapat mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan
berdaya saing tinggi melalui aktiviti sukan.

BAHAGIAN 4
OBJEKTIF
q Menjadi panduan dan rujukan kepada jurulatih sukan dan permainan
dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.
q Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
q Memupuk perpaduan di antara kaum.
q Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani.
q Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan
fizikal.
q Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
BAHAGIAN 4
MODUL OLAHRAGA
q Jenis sukan yang dominan/utama dalam setiap kejohanan sukan.
q Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi
beberapa acara berlainan yang berasaskan pergerakan semula jadi
seperti berlari, melompat dan membaling. Bentuk awal olahraga yang
dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal
terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Olahraga telah bermula dari Sukan
Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan
IAAF (Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa) dalam tahun 1912.
Sejak itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan dikembangkan.
BAHAGIAN 4

Modul Olahraga
Senarai acara-acara olahraga:
qMurid arus perdana
qMurid berkeperluan khas
BAHAGIAN 3

MODUL OLAHRAGA
qJenis-jenis kawasan pertandingan
mengikut acara balapan dan padang
yang standard.
BAHAGIAN 4

Modul olahraga
Teknik-teknik mengikut jenis acara balapan dan padang
yang dipertandingan, contoh:

q Acara lari pecut


q Acara lari berganti-ganti
q Acara lompat jauh
q Acara lompat tinggi
q Acara lontar peluru
q Acara merejeam lembing
BAHAGIAN 3

Modul olahraga
q Disediakan contoh Modul 1 hingga Modul 12 mengikut
kemahiran yang dipilih dan minggu perjumpaan.
q Setiap modul akan menjelaskan langkah-langkah
aktiviti mengikut minggu perjumpaan.
q Tempoh setiap perjumpaan adalah selama 3 jam.
q Perlu dibuat 12 kali perjumpaan setahun.
BAHAGIAN 3
Modul Goalball
Goalball merupakan salah satu permainan yang dimainkan
oleh pemain yang menghadapi masalah penglihatan.
Permainan ini juga memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
Selain itu, ia juga memerlukan daya pendengaran yang tajam.
Bola yang digunakan mengandungi tiga biji loceng di
dalamnya. Berat bola kira-kira 1.25 kilogram. Permainan ini
dimainkan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri
daripada enam orang pemain. Daripada enam orang pemain,
hanya tiga pemain utama dalam permainan ini. Selebihnya
hanyalah sebagai pemain simpanan sahaja. Setiap pemain
mempunyai peranannya sendiri.
BAHAGIAN 4

Modul Goalball mengandungi:


q Cara permainan goalball
q Keperluan permainan goalball
q Peralatan permainan goalball
q Undang-undang dan peraturan goalball
q Teknik-teknik permainan goalball
q Pengelolaan pertandingan goalball
BAHAGIAN 4

Modul Goalball
q Disediakan contoh Modul 1 hingga Modul 12 mengikut
kemahiran yang dipilih dan minggu perjumpaan.
q Setiap modul akan menjelaskan langkah-langkah
aktiviti mengikut minggu perjumpaan.
q Tempoh setiap perjumpaan adalah selama 3 jam .
q Perlu dibuat 12 kali perjumpaan setahun.
BAHAGIAN 4

Modul Goalball
q Disediakan contoh Modul 1 hingga Modul 12 mengikut
kemahiran yang dipilih dan minggu perjumpaan.
q Setiap modul akan menjelaskan langkah-langkah
aktiviti mengikut minggu perjumpaan.
q Tempoh setiap perjumpaan adalah selama 3 jam .
q Perlu dibuat 12 kali perjumpaan setahun.
BAHAGIAN 4
Modul Bola Jaring
Bola jaring merupakan permainan yang dimainkan oleh dua
pasukan dalam kalangan wanita. Permainan ini melibatkan
kemahiran asas seperti menghantar dan menerima bola,
pergerakan, mengelak, menghadang dan menjaring. Bola
jaring ialah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal
daripada Amerika Syarikat. Permainan ini dicipta pada 1895
oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan
wanita. Bola jaring kini dimainkan dengan cemerlang sebagai
sebuah pasukan sukan wanita.
BAHAGIAN 4

Modul Bola Jaring


qUndang-undang dan peraturan permainan
bola jaring
qPosisi dan peranan pemain
qPeralatan permainan bola jaring
qGelanggang bola jaring
qKemahiran asas permainan bola jaring
BAHAGIAN 4

Modul Bola Jaring


q Disediakan contoh Modul 1 hingga Modul 12 mengikut
kemahiran yang dipilih dan minggu perjumpaan.
q Setiap modul akan menjelaskan langkah-langkah
aktiviti mengikut minggu perjumpaan.
q Tempoh setiap perjumpaan adalah selama 3 jam .
q Perlu dibuat 12 kali perjumpaan setahun.
BAHAGIAN 4
Modul Badminton
Badminton ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bulu
tangkis yang dimainkan secara perseorangan atau bergu. Permainan ini
akan dikira mata jika bulu tangkis melepasi jaring dan jatuh di kawasan
pihak lawan. Asal usul permianan ini bermula pada tahun 1893 yang mana
Persatuan Badminton England telah ditubuhkan dan pada tahun 1899
Pertandingan Kebangsaan Inggeris pertama telah diadakan. Kejohanan ini
merupakan kejohanan pertama di dunia untuk permainan badminton.
Selepas Perang Dunia Pertama tentera asing yang mendapat pendedahan
dengan permainan badminton semasa bertugas di England telah membawa
permainan ini balik ke negeri mereka.Beberapa buah negara telah
menubuhkan Persatuan Badminton Kebangsaan seperti Kanada (1921)
dan Amerika (1936). Pada tahun yang 1934 Persatuan Badminton Malaysia
telah ditubuhkan. Sukan badminton telah berkembang pada tahun 1992
dan menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik.
BAHAGIAN 4

Modul Badminton
qU n d a n g - u n d a n g d a n p e r a t u r a n
permainan badminton
qPeralatan permainan badminton
qK e m a h i r a n a s a s d a n a k t i v i t i
permainan badminton
BAHAGIAN 4

Modul Badminton
q Disediakan contoh Modul 1 hingga Modul 12 mengikut
kemahiran yang dipilih dan minggu perjumpaan.
q Setiap modul akan menjelaskan langkah-langkah
aktiviti mengikut minggu perjumpaan.
q Tempoh setiap perjumpaan adalah selama 3 jam .
q Perlu dibuat 12 kali perjumpaan setahun.
BAHAGIAN 4
Modul Petanque

Petanque merupakan sejenis sukan yang dimainkan di tempat yang lapang


menggunakan boule yang diperbuat daripada logam dan dimainkan
mengikut peraturan-peraturan tertentu. Boule akan dibaling mengikut teknik
acundali untuk menghampiri jack yang berupa sebiji bola kayu, saiznya
lebih besar daripada guli bagi membolehkan pemain mendapat mata
permainan. Objektif permainan petanque adalah untuk menguasai
kedudukan dengan meletakkan boule milik pasukan sendiri terdekat
dengan sasarannya, iaitu jack. Pertandingan ini adalah rebutan antara dua
pasukan bagi menguasai kedudukan tersebut. Mata penamat bagi
permainan petanque ini ialah 13 mata.
BAHAGIAN 4

Modul Petanque

qU n d a n g - u n d a n g d a n p e r a t u r a n
permainan petanque
qGelanggang petanque
qPeralatan permainan petanque
qTeknik asas permainan petanque
BAHAGIAN 4

Modul Petanque
q Disediakan contoh Modul 1 hingga Modul 12 mengikut
kemahiran yang dipilih dan minggu perjumpaan.
q Setiap modul akan menjelaskan langkah-langkah
aktiviti mengikut minggu perjumpaan.
q Tempoh setiap perjumpaan adalah selama 3 jam .
q Perlu dibuat 12 kali perjumpaan setahun.
BAHAGIAN 4
Modul Blind Football

Permainan blind football adalah untuk MBK ketidakupayaan penglihatan


kategori B1(buta) sahaja. Empat orang pemain, terdiri daripada mereka
yang mengalami buta tahap B1 (ketajaman penglihatan yang sangat rendah
atau tidak langsung menampakkan cahaya). Manakala bagi penjaga gol
pula, setiap pasukan bertanding dibenarkan untuk menggunakan penjaga
gol yang normal atau mempunyai masalah penglihatan mata yang kurang
(tahap B2 dan B3). Kesemua mata pemain kecuali mata penjaga gol perlu
ditutup dengan menggunakan penutup mata yang dikhaskan oleh pihak
penganjur.
BAHAGIAN 4

Modul Blind Football

qCara permainan blind football


qGelanggang permainan blind football
qPeralatan permaianan blind football
qKemahiran asas permainan blind football
BAHAGIAN 4

Modul Blind Football

q Disediakan contoh Modul 1 hingga Modul 12 mengikut


kemahiran yang dipilih dan minggu perjumpaan.
q Setiap modul akan menjelaskan langkah-langkah
aktiviti mengikut minggu perjumpaan.
q Tempoh setiap perjumpaan adalah selama 3 jam .
q Perlu dibuat 12 kali perjumpaan setahun.
BAHAGIAN 5
Penilaian Kokurikulum

Penilaian merupakan proses memberi nilai kepada sesuatu pencapaian


MBK. Penilaian dilaksanakan bagi mendapatkan prestasi sebenar dan
membolehkan keputusan tentang tindakan seterusnya yang perlu diambil
terhadap kelemahan dan kekuatan MBK. Guru penasihat kokurikulum juga
perlu menilai dan membuat laporan akitiviti yang telah dilaksanakan.
Penilaian pelaksanaan aktiviti kokurikulum boleh dibuat menggunakan
borang penyertaan dan pencapaian.
BAHAGIAN 5

Penilaian Kokurikulum
Bil Aspek Peratus
1. Kehadiran 50
2. Jawatan disandang 10
3. Pelibatan 20
4. Pencapaian 20
Jumlah 100
BAHAGIAN 5
Pentaksiran Kokurikulum

Pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat yang


bertujuan mengukur tahap pelibatandan pencapaian MBK dalam aktiviti
kokurikulum. Medium pentaksiran yang digunakan ialah Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang dibangunkan oleh
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pentaksiran kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama, iaitu
penglibatan, penyertaan dan prestasi. Pencapaian murid dinilai melalui
sistem PAJSK mengikut tatacara yang standard mengikut tempoh yang
telah ditetapkan. Pengisian PAJSK boleh diakses melalui sistem PSP-
APDM PAJSK. Rujuk pada Garis Panduan PAJSK sekolah rendah dan
menengah).
BAHAGIAN 5
Pemantauan
Sistem pemantauan merupakan satu proses penting untuk memantau dan
menjamin setiap peraturan dan perancangan aktiviti kokurikulum yang telah
ditetapkan dan dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Jawatankuasa pemantauan kokurikulum terdiri daripada:

i) Pengetua/ Guru Besar


ii) Penolong Kanan Kokurikulum
iii) Setiausaha Kokurikulum
iv) Setiausaha Sukan
v) Penolong Kanan/ Penyelaras Pendidikan Khas
vi) Guru Penyelaras Badan Beruniform
vii) Guru Penyelaras Sukan dan Permainan
Sekian, terima kasih.

You might also like