Kajian Tempatan Geografi Saidirfan Tingkatan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KAJIAN TEMPATAN GEOGRAFI

TAJUK : ALAT TELEKOMUNIKASI DI CENDRAWASIH 2,


BANDAR ENSTEK

NAMA : SAID MUHAMMAD IRFAN BIN ABDUL SYAHID


TINGKATAN : 2 UH
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bertanggungjawab dalam membimbing saya
dalam sebuah projek dan laporan yang telah diberi dari cikgu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada guru saya yang telah membimbing saya sewaktu projek ini berlangsung iaitu Cikgu Norliza Binti
Jantan.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Said Samsudin Bin
Kamari dan Puan Suzana Binti Zaihat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kerja lapangan ini.

Akhir sekali, di sini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang bekerjasama
serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan kerja lapangan untuk mengumpul dan merekod maklumat.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya adalah merangkumi perkara berikut:

- Menerangkan dengan jelas konsep dan takrifan alat telekomunikasi.


- Menjelaskan jenis-jenis alat telekomunikasi yang digunakan di kawasan kajian.
- Mengenal pasti faktor masyarakat menggunakan alat telekomunikasi tersebut.
- Menghuraikan kesan positif dan negatif penggunaan alat telekomunikasi di kawasan tersebut.
- Memberi cadangan cara penggunaan alat telekomunikasi secara beretika dan berhemah.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian ini menggunakan kaedah berikut:

PEMERHATIAN

Saya telah melakukan pemerhatian di sekitar Cendrawasih 2, Bandar Enstek untuk mengenal pasti jenis-jenis
alat telekomunikasi yang digunakan oleh penduduk di kawasan Cendrawasih 2, Bandar Enstek.

SOAL SELIDIK

Saya telah membuat borang soal selidik dengan menggunakan google form untuk diedarkan kepada 10 orang
responden.

RUJUKAN

Saya membuat rujukan melalui orang persekitaran rumah saya untuk mencari maklumat yang berkaitan.
HASIL KAJIAN

 KONSEP DAN TAKRIFAN ALAT TELEKOMUNIKASI

Menurut buku teks geografi tingkatan 2,perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. ’Tele’
bermaksud “sangat jauh” manakala komunikasi bermaksud proses untuk menghantar informasi yang
melibatkan masyarakat.Oleh itu,telekomunikasi bermaksud suatu interaksi yang melibatkan jarak yang jauh
antara penyampai dengan penerima.

 JENIS-JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI YANG DIGUNAKAN DI KAWASAN


KAJIAN

1. TELEFON PINTAR:

Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan
ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa.Telefon pintar digunakan untuk mencari
maklumat secara pantas di laman sesawang dan boleh menghubungi saudara yang jauh.

2. KOMPUTAR:

Penggunaan komputer amat penting pada masa kini. Komputer membolehkan kita melakukan
pelbagai perkara seperti belajar, berhibur, berkomunikasi, bekerja dan sebagainya lagi. Justeru, ramai
orang ingin memiliki komputer untuk kegunaan mereka semasa di rumah atau di mana-mana sahaja.
Komputar dapat memudahkan perkerjaan seperti kerani dan komputer juga dapat menjadi alat hiburan
seperti bermain game dan menonton filem.

3. MESIN PENCETAK:
Mesin pencetak dapat mencetak maklumat untuk kegunaan kerja dan sekolah ia juga dapat
menjimatkan masa.

 FAKTOR MASYARAKAT MENGGUNAKAN ALAT TELEKOMUNIKASI


TERSEBUT

Alat telekomunikasi ini mempunyai banyak kepentingan,antaranya ialah meningkatkan integrasi dan
perpaduan negara,mengeratkan silaturrahim, dapat memudahkan urusan pembelian barang sekali
gus menjimatkan masa dan kos pengurusan dan pentadbiran negara lebih sistematik dan teratur.
RUMUSAN

Kajian yang telah dijalankan di Cendrawasih 2 di Bandar Enstek ini telah memberi impak yang besar
serta juga memberi pengalaman membuat kaji selidik bersama penduduk di kawasan kajian tempatan. Kajian
ini dapat membuka ruang untuk saya mencuba benda yang baharu. Kajian ini juga membolehkan saya
mengenal pasti jenis alat telekomunikasi yang digunakan di kawasan Cendrawasih 2.

Seterusnya,setelah seminggu bekerja keras dalam kajian ini saya dapat mengenal pasti kebaikan dan
keburukan alat telekomunikasi di Cendrawasih 2.

Selain itu,setelah mengumpulkan segala maklumat yang telah diterima oleh penduduk Cendrawasih 2, saya
dapat memberitahu beberapa kebaikan dan kepentingan alat telekomunikasi. Sebagai contoh,alat
telekomunikasi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim yang jauh mahupun yang dekat,dapat menerima
berita terkini tanpa keluar dari tempat masing-masing. Akhir sekali,alat ini dapat membahagiakan seseorang
itu dengan adanya permainan secara online.

Alat ini dapat memudahkan semua manusia di atas muka bumi dengan bermacam-macam cara. Sebagai
contoh,dapat mengenai ahli keluarga yang jauh seperti di Ireland tanpa berjumpa secara fizikal. Setelah siap
kajian ini saya juga dapat belajar nilai bersyukur. Saya berharap kemajuan teknologi ini akan terus maju di
Malaysia dan dapat meluaskan daya pemikiran manusia pada generasi yang akan datang.
SUMBER RUJUKAN

Saya telah melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian dan membuat rujukan
berdasarkan buku teks.
JADUAL KERJA

TARIKH PERKARA CATATAN

Mendengarkan taklimat Guru mata pelajaran


17 NOVEMBER tentang kerja lapangan
geografi di dewan

Mengetahui cara untuk Guru mata pelajaran


20 DISEMBER membuat soalan objektif

Mengetahui cara untuk Di rumah


25&29 DISEMBER membuat soalan google
form yang telah diajarkan
oleh cikgu lizah

Menulis penghargaan serta Di rumah


30&31 DISEMBER jadual kerja dan isi
kandungannya

You might also like