Kajian Tindakan (Format Baru) Nurul Shafiah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGELAS BAGI TOPIK “PEMBAHAGIAN SEL”

DENGAN MENGGUNAKAN
ALAT BANTU MENGAJAR “I-MOM FC”.

NURUL SHAFIAH BINTI MUSTAFA KAMAL


SMK Perempuan Perak
Nurulshafiah@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) saya dalam
pengajaran di bawah tajuk genetik dengan menggunakan kaedah alat bantu mengajar yang direka sendiri oleh
saya yang dinamakan “i-MOM FC” singkatan kepada “Interaktif Mitosis or Meiosis Flashcard”. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 12
orang murid kelas Tingkatan 4 di SMK Perempuan Perak, Ipoh pada tahun 2022. Murid didapati menghadapi
masalah membezakan gambar rajah dalam setiap fasa mitosis dan meiosis. Berdasarkan masalah tersebut,
maka wujudlah inovasi kad imbas “i-MOM FC” dimana ianya dalam bentuk kad imbas yang bersaiz kad
nama, mempunyai grafik gambar setiap fasa dalam proses pembahagian sel seterusnya mempunyai
penerangan yang ringkas untuk fasa tersebut. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah
pemerhatian, rakaman video, semakan dokumen, markah ujian diagnostik serta maklum balas murid. Ujian
diagnostik digunakan untuk mengukur prestasi dan tahap penguasaan murid terhadap topik pembahagian sel.
Dapatan menunjukkan 8 daripada 12 orang murid menunjukkan peningkatan markah selepas intervensi
dijalankan. Konklusi daripada data yang diperoleh, kajian telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan “i-
MOM FC” ini dapat membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran pembahagian sel (P&P)
Sains.

Kata Kunci: Kajian Tindakan, Genetik, Interaktif Mitosis or Meiosis Flashcard (i-MOM FC), Sains,Tingkatan 4

PENDAHULUAN

SMK Perempuan Perak merupakan sebuah sekolah bandar yang terletak di Ipoh, Perak.
Tahap pencapaian sains di sekolah ini adalah pada tahap sederhana. Mata pelajaran Sains
seringkali dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar di kalangan murid sekolah ini.
Oleh yang demikian, guru perlu lebih kreatif dalam membangunkan intervensi yang
bersesuaian dengan potensi murid dalam mempelajari Sains dalam usaha meningkatkan tahap
profesionalisme secara berterusan. Berdasarkan pemerhatian, murid lebih cenderung kepada
PdP secara tidak langsung iaitu lebih dikenali sebagai bermain sambil belajar. Ini disokong
oleh Kamisah & Aini, 2013 iaitu kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak berkembang
baik apabila terlibat dengan aktiviti bermain yang dikongsi dengan rakan dan disokong
oleh orang dewasa. Maka, tercetuslah idea untuk menhasilkan inovasi alat bantu mengajar “i-
MOM FC” bertujuan menarik minat dan membantu murid menguasai subtopik pembahagian
sel di bawah tajuk Genetik Sains Tingkatan 4.
1.1 Latar belakang

Hasil tinjauan guru, murid didapati menghadapi kesukaran dalam memahami dan mengingat
proses yang berlaku dalam mitosis dan meiosis kerana gambar rajah yang digunakan hampir
sama dan murid selalu keliru dan tertukar antara mitosis dan meiosis. Bagi tujuan
meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran sains, pelaksanaan kajian tindakan
adalah penting untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran guru dalam
bilik darjah.

1.2 Pernyataan Masalah

Tajuk genetik bagi topik pembahagian sel memerlukan murid menghafal dan mengingat
setiap fasa yang terlibat dalam proses pembahagian sel melibatkan mitois dan meiosis. Saya
dapati murid menghadapi masalah dan kurang mahir untuk membanding dan membezakan
antara proses mitosis dan meiosis terutamanya yang melibatkan ciri-ciri perlakuan
kromosom. Murid juga menunjukkan sikap kurang bermotivasi semasa belajar sains di mana
mereka tidak melibatkan diri secara aktif semasa proses PdPc berlangsung. Ada juga dalam
kalangan murid yang tidak fokus serta tidak memberi tumpuan dan banyak berbual semasa
pengajaran guru.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, saya akan menghadapi kesukaran untuk mengajar topik
seterusnya seperti topik variasi dan mutasi sel. Murid juga akan menghadapi kesukaran untuk
mengikuti pembelajaran bagi topik lain yang memerlukan pemahaman tentang konsep asas
pembahagian sel. Gambar di bawah adalah sebahagian dari maklum balas murid.

Gambar merujuk kepada maklumbalas murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
topik pembahagian sel Mitosis dan Meiosis.
1.3 Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan kepada isu yang dihadapi saya melaksanakan kajian tindakan berdasarkan model
Kemmis & McTaggart (1988). Menurut model ini, kajian tindakan bergerak satu kitaran atau
gelung yang melibatkan empat peringkat iaitu:

peringkat I : mereflek
peringkat II : merancang
peringkat III : bertindak
peringkat IV : memerhati

Rajah 1: Model Kajian Tindakan (adaptasi Kemmis & McTaggart 1988)

1.4 Tujuan

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran sains
tingkatan 4 bagi topik pembahagian sel iaitu Mitosis dan Meiosis.

1.5 Objektif

Objektif kajian ini adalah:

1.5.1 Mengenal pasti kaedah yang dapat meningkatkan kemahiran murid membanding dan
membezakan antara mitosis dan meiosis.
1.5.2 Meningkatkan kemahiran mengelas iaitu membanding dan membezakan proses
pembahagian sel Mitosis dan Meiosis.

1.6 Persoalan kajian

1.6.1 Adakah guru dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mengelas bagi topik
pembahagian sel menggunakan kaedah “i-MOM FC”?

1.6.1 Adakah murid dapat menguasai kemahiran mengelas (membanding dan membezakan)
dalam topik pembahagian sel dengan baik?
1.7 Batasan Kajian

1.7.1 Kajian ini tertumpu kepada aspek pengolahan dan keberkesanan dalam penggunaan
kad imbasan dalam kalangan murid dengan prestasi lemah. Kajian ini tidak boleh
digeneralisasi.
1.7.2 Semua data yang diperoleh adalah berdasarkan kepada amalan dalam bilik darjah
sendiri sahaja iaitu di SMK Perempuan Perak, Ipoh.
1.7.3 Semua responden kajian adalah murid sendiri/ personel yang berada di bawah sediaan
diri sendiri sahaja.

1.8 Definisi Operasional

1.8.1 Definisi Mitosis dan Meiosis

Pengertian Mitosis dan Meiosis Menurut Campbell (2010), mitosis adalah proses pembelahan
dari satu sel menjadi dua anak sel yang identik. Sedangkan meiosis adalah proses di mana
satu sel membelah diri sebanyak dua kali untuk menghasilkan empat sel yang mengandung
setengah jumlah informasi genetik dari sel gamet iaitu sperma dan sel telur.

TINJAUAN LITERATUR

Berdasarkan kepada isu yang diperhatikan dalam bilik darjah, saya telah merujuk kepada
kepentingan kemahiran mengelas dalam pendidikan sains dan aplikasi kaedah/intervensi
menggunakan alat bantuan mengajar untuk membantu murid menguasai kemahiran
membanding beza antara proses mitosis dan meiosis. Dalam kajian Razunari (n.d), yang
bertajuk “Mengaplikasikan teknik 5M untuk meningkatkan penguasaan topik “Cell
Division” dalam Biologi”, beliau telah membuktikan bahawa teknik 5M mampu
meningkatkan prestasi pelajar dalam topik tersebut. Maka dengan itu, dalam kajian ini,
beberapa teknik dalam Teknik 5M telah digunapakai seperti melabel, membina hubungkait,
mengingat dan mengulang. Ini adalah kerana kajian telah disesuaikan dengan keadaan
responden dan tahap pencapaian responden.

Kemahiran Mengelas dalam Sains

Kemahiran Mengelas ialah mengasing dan mengumpul sesuatu kepada kumpulan tertentu.
Sesuatu kumpulan dapat ditentukan berdasarkan ciri-ciri yang dipunyai sesuatu objek.
Manakala ciri-ciri objek dapat dinyatakan dengan melihat persamaan dan perbezaan (Zikri
Husaini, 2019). Kemahiran mengelas merupakan salah satu kemahiran proses sains di
bawah kemahiran saintifik yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia (DSKP Sains 2018).
Kemahiran Proses Sains (KPS) ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan
kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu
proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kreatif, analitis dan sistematik.
Kemahiran Proses Sains mengelaskan ialah kemahiran melalui pemerhatian, mengumpulkan
objek atau fenomena berdasarkan persamaan dan perbezaan (DSKP Sains 2018).
Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pendidikan Sains

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan berlaku sekiranya guru berjaya membuat
murid memahami konsep abstrak menggunakan bahan yang nyata (Skarky 2020), iaitu
dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar boleh membantu murid
memahami pembelajaran dengan lebih mudah (Ririn et al. 2018). Penggunaan bahan bantu
mengajar akan merangsang pemikiran dan menambah baik persekiratan pembelajaran dalam
bilik darjah di mana penggunakan bahan tersebut akan menggantikan persekitaran bilik
darjah yang monotonus. Dalam situasi sedemikian, murid akan dilatih untuk mengembangkan
dan meningkatkan kefahaman kendiri dalam bidang yang dipelajari dan mereka akan lebih
berjaya dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan (Ririn et.al 2018).
Persekitaran pembelajaran yang aktif adalah penting. Pelaksanaan persekitaran pembelajaran
aktif akan berlaku dengan mambahagikan murid dalam kumpulan kecil dan murid dapat
berinteraksi serta belajar secara harmonis di samping mewujudkan iklim pembelajaran , iaitu
perkongsian idea /maklumat (Amin 2017).

Penggunaan alat bantu mengajar menyebabkan murid terlibat secara aktif semasa
pembelajaran berlangsung (Adamson & Lewis, 2017). Menurut kajian yang dilakukan oleh
Noraini Ishak et al, (2009) mendapati bahawa penggunaan objek yang menarik seperti kad
imbasan dan kaedah pengajaran yang sesuai dapat memudahkan kanak-kanak mengingat
pelajaran yang mereka pelajari. Menurut Zuraidi Komari (2022), secara umumnya terdapat
tiga strategi pembelajaran iaitu pendengaran, penglihatan dan kinestetik. Menurut beliau,
penggunaan gambar, diagram, carta dan ilustrasi akan lebih membantu murid.Kaedah
pembelajaran begini boleh digunakan dengan menggunakan pen pelbagai warna, kertas atau
kad imbasan (Zuraidi K, 2022).. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan menggunakan kad
imbasan. Ianya boleh membahagikan aktiviti yang ingin dijalankan mengikut fungsi aktiviti
itu sama ada untuk melatih memori, latih tubi atau mengenal pasti objek (Diana, 2011).
Berdasarkan kepada literatur ini, saya menggunakan kad imbas yang saya namakan “i-MOM
FC” bagi mengukuhkan pembelajaran murid dalam topik pembahagian sel

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu: pemerhatian
(isu), refleksi, perancangan, tindakan, pemerhatian semula dan refleksi semula. Kajian ini
melibatkan urutan langkah berikut:
a) Mengenalpasti isu
b) Membuat pemerhatian (I)
c) Refleksi berdasarkan inkuiri kendiri (I)
d) Membuat perancangan
i. Intervensi: Menggunakan Kad Imbas “i-MOM FC”
ii. Indikator /petunjuk kejayaan intervensi:
- Penilaian prestasi melalui ujian diagnostik dan ujian topikal.
- Analisis ujian diagnostik.
e) Melaksanakan tindakan
- Dilaksanakan dalam bilik darjah mengikut normal baharu (penjarakan sosial)
selama 2 waktu mengajar.
f) Membuat pemerhatian semula (II)
g) Membuat refleksi semula (II)
3.1 Kaedah kajian

kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu: pemerhatian,
refleksi, perancangan dan tindakan. Teknik, dapatan, dan analisis kajian yang dijalankan
adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.

Intervensi Ujian
Ujian
Pemerhatian Temubual menggunakan Diagnostik Refleksi
Diagnostik
MOM FC Ulangan

Rajah 2: Aliran prosedur kajian


3.2 Kumpulan sasaran
Melibatkan 12 orang murid Tingkatan 4 2022 yang secara umumnya mempamerkan
pencapaian yang lemah. Mereka ini terdiri daripada 12 orang murid perempuan di SMK
Perempuan Perak, Ipoh.
3.3 Mengenalpasti isu/ pernyataan masalah
Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah dan refleksi murid selepas mengajar topik
pembahagian sel, saya dapati bahawa murid sukar mengingat terma-terma yang digunakan
untuk menerangkan tentang proses yang terlibat semasa pembahagian sel. Murid juga keliru
antara Mitosis dan Meiosis.
3.3.1 Pemerhatian
Guru memberi tugasan kepada murid dengan meminta murid melukiskan
gambarajah kromosom di dalam peringkat-peringkat pembahagian sel tanpa
merujuk buku. Semasa aktiviti dijalankan dapat diperhatikan bahawa terdapat
ramai murid yang tidak berkebolehan untuk melukis perlakuan kromosom
dengan tepat apabila disuruh melakukannya di hadapan kelas. Kajian
diteruskan dengan membuat soal selidik terhadap pelajar.

3.3.2 Soal selidik


Guru bertanya murid masalah yang murid hadapi untuk menguasai tajuk
pembahagian sel. Murid diminta menulis pendapat peribadi masing-masing di
atas kertas. Guru mengumpul jawapan dan refleksi murid-murid untuk
dianalisis. Dapatan menunjukkan bahawa mereka tidak mampu menyusun
rajah mitosis dan meiosis dengan tepat dan seringkali terkeliru anatara rajah
pembahagian sel mitosis dan meiosis. Secara keseluruhannya dapat
dirumuskan murid menghadapi masalah dari aspek:

(a) sukar membezakan fasa-fasa dalam pembahagian sel antara mitosis dan
meiosis kerana gambar rajah kelihatan sama pada pandangan murid.
(b) sukar menghafal dan mengingati terma-terma yang digunakan dalam
proses pembahagian sel.

3.3.3 Refleksi Berdasarkan Ujian diagnostik

Ujian diagnostik dilakukan untuk mengesan dan mengenalpasti kelemahan utama


murid dalam tajuk pembahagian sel iaitu membanding dan membezakan antara
mitosis dan meiosis. Analisis keputusan ujian diagnostik ditunjukkan seperti Jadual
1 di bawah.
Bil. Julat markah (%) Bilangan murid
1 0-20 1
2 21-40 10
3 41-60 1
4 61-80 0
5 81-100 0
JUMLAH 0
Jadual 1 : Analisis keputusan ujian diagnostik (Awal)

3.3.4 Membuat perancangan

Berdasarkan reffleksi, saya membuat perancangan untuk meningkatkan tahap pengusaan


murid. Saya memperkenalkan kaedah “i-MOM FC” iaitu alat bantu mengajar berbentuk kad
imbas tetapi diubahsuai untuk disesuaikan dengan tahap murid. Alat bantu mengajar yang
dinamakan sebagai “Interactive-Mitosis Or Meiosis Flash Card” ini mengandungi dua set
iaitu SET A dan SET B. untuk membantu murid-murid meningkatkan penguasaan kemahiran
mengelas secara bermain sambil belajar. Alat bantu mengajar “i-MOM FC” ini dibina dengan
menggabungkan terma-terma penting semasa perlakuan kromosom dalam peringkat-
peringkat tertentu pembahagian sel dan juga gambar rajah fasa-fasaa dalam mitosis dan
meiois

Rajah 3: Set A mengandungi gambar rajah fasa-fasa dalam pembagian sel mitosis dan
meiosis.

Rajah 4: Set B mengandungi penerangan / perlakuan kromosom fasa-fasa dalam


pembahagian sel mitosis dan meiosis.
Tindakan (Penggunaan i-MOM FC)

Tindakan seterusnya selepas ujian diagnostik ialah Penggunaan Interaktif “Mitosis or Meiosis
Flash Card”. Aktiviti intervensi ini dijalankan selepas tamat waktu persekolahan. Di bawah
adalah langkah-langkah intervensi yang dijalankan dengan menggunakan i-MOM FC.

Langkah 1: Penerangan
Guru memberi penerangan tujuan melaksanakan intervensi bagi tajuk pembahagian sel
;mengenalpasti dan membezakan antara Mitosis dan Meiosis sebagai aktiviti pemulihan
kepada murid. Guru memaklumkan dan memberi penerangan ringkas tentang penggunaan i-
MOM FC kepada murid
Langkah 2: Membentuk kumpulan
Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan kecil (1 kumpulan 4 orang murid). Guru
mengedarkan satu set i-MOM FC kepada setiap kumpulan.

Aktiviti 1: Melabel
Guru kemudiannya meminta murid menyusun flashcard (SET A) secara rawak di atas meja
dan meminta murid mengenalpasti jenis (fasa) pembahagian sel bagi setiap kad gambar
tersebut (Mitosis atau Meiosis). Murid boleh merujuk buku teks semasa aktiviti dijalankan.
Seterusnya murid diminta menulis jawapan fasa dalam mitosis dan meiosis di atas kertas dan
memasukkan jawapan ke dalam sisipan i-MOM FC. Guru menyemak jawapan murid dan
meminta murid membuat pembetulan setelah menerangkan apakah kesilapan yang telah
murid lakukan.
Aktiviti 2: Menganalisis
Murid kemudian diberikan kad imbas (SET B) dan murid perlu memadankan jawapan dengan
informasi yang dinyatakan diatas kad imbas. Setelah itu, guru menyemak jawapan murid dan
murid diminta membuat padanan semula sekiranya melakukan kesilapan. Murid boleh
merujuk buku teks semasa aktiviti ini.

Informasi di atas kad imbas adalah berkaitan dengan perlakuan kromosom dalam setiap fasa
mitosis dan meiosis. Penekanan diberi kepada perkara berikut:
(i) Pemisahan dan pengutuban kromatid/kromosom
(ii) Fungsi gelendong dan sentromer
(iii) Pembentukan sel baharu
(iv) Kepentingan proses mitosis dan meiosis
Aktiviti 3: Pengukuhan (SET A dan SET B)
Langkah yang seterusnya ialah murid dikehendaki bekerjasama secara berpasangan. 2
pasangan yang berbeza akan bergilir bertanyakan soalan (flash the card) dengan
menggunakan i-MOM FC dan pasangan lain perlu memberi jawapan yang tepat. Murid tidak
dibenarkan merujuk buku teks semasa aktiviti ini dijalankan.
Cara belajar dengan i-MOM FC
1. Murid (Pasangan A) duduk dengan selesa menghadap rakan murid
yang lain (Pasangan B).
2. Murid memilih kad secara rawak dan memegang kad pertama supaya
pasangan lain dapat melihat bahagian hadapan dengan jelas. Bahagian
belakang tidak boleh dipamerkan (jawapan).
3. Sekiranya perlu, baca depan kad imbas. Masa 5 saat diberikan untuk
mempertimbangkan soalan pada kad imbas dan memikirkan
jawapannya.
4. Jika jawapan yang diberikan adalah betul, letakkan kad imbas di
sebelah kanan.
5. Sekiranya jawapan tidak tepat atau tiada respons, murid perlu
memberitahu jawapan yang betul dan letakkan kad-kad imbas di dalam
timbunan di sebelah kiri murid.
6. Setelah selesai semua kad imbas tersebut, murid perlu mengulang sesi
pengajaran dengan kad imbas yang tidak dijawab dengan betul (di
sebelah kiri).
7. Setelah selesai, murid bertukar peranan dan aktiviti diulang bagi
pasangan yang lain pula meneka.
3.3.5 Pemerhatian Semula
Semasa guru menjalankan intervensi, peserta kajian menunjukkan perubahan ketara dari segi
minat dan fokus terhadap topik pembahagian sel. Jadual di bawah menunjukkan pemerhatian
semula oleh guru semasa intervensi dijalankan. Peserta kajian juga menunjukkan peningkatan
dari segi membanding dan membezakan antara mitosis dan meiosis.

Aktiviti Huraian Pemerhatian


SET A Peserta kajian perlu melabel Murid dapat mengenalpasti
dan mengenalpasti fasa-fasa fasa-fasa dalam mitosis di
antara mitosis dan meiosis akhir aktiviti tanpa merujuk
melalui gambar rajah. buku.
Kad imbas boleh Murid boleh menyusun fasa-
dipelbagaikan kegunaannya fasa dalam mitosis dan
mengikut kesesuaian. meiosis dengan susunan yang
betul tanpa melihat buku.
SET B
Peserta kajian perlu Murid dapat memadankan
memadankan jawapan pernyataan yang betul
dengan informasi yang walaupun sering keliru.
dinyatakan diatas kad imbas. Murid bekerjasama dalam
menyelesaikan aktivti dan
murid menunjukkan
semangat dan fokus yang
tinggi.
Pengukuhan Peserta kajian bergilir Murid seronok dan teruja
bertanyakan soalan (flash the semasa melaksanakan
(SET A dan SET B) card) dengan menggunakan i- aktiviti. Aktiviti ini mencabar
MOM FC dan pasangan lain murid untuk memberi fokus
perlu memberi jawapan yang yang tinggi dan memberi
tepat. Murid perlu kebebasan kepada murid
mengulang semula untuk kad untuk meneka tanpa merasa
yang diteka salah. malu jika melakukan
kesilapan.

DAPATAN KAJIAN
4.1 Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik ulangan pula dijalankan selepas intervensi dijalankan. Soalan-soalan
di dalam ujian hanya mengambil soalan topik “Pembahagian Sel” yang terdapat dalam
Modul Kertas 1 dan Kertas 2 Modul SPM (PTRS 2021). Jadual di bawah
mempamerkan analisis perbezaan bagi ujian diagnostik (awal dan ulangan) yang
dikira berdasarkan peratusan.
Jadual 2: Analisis perbezaan keputusan ujian diagnostik

Bil. Peserta Kajian Markah Ujian Diagnostik Perbezaan


Pra (%) Pos (%) (%)
1 P1 45 45 -
2 P2 35 65 +30
3 P3 40 45 +5
4 P4 30 50 +20
5 P5 30 30 -
6 P6 25 55 +30
7 P7 40 50 +10
8 P8 40 40 -
9 P9 30 75 +45
10 P10 30 30 -
11 P11 10 20 +10
12 P12 40 50 +10

Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan di dalam ujian diagnostik ulangan selepas


intervensi menggunakan i-MOM FC dijalankan. Terdapat seorang murid yang menunjukkan
peningkatan ketara iaitu peningkatan kepada 75%, 2 orang murid yang masing-masing
mendapat markah 65% dan 55% menunjukkan peningkatan sebanyak 30%, 5 orang murid
menunjukkan peningkatan sederhana manakala 4 orang murid tiada perubahan markah.
Perbezaan markah dalam ujian diagnostik dapat dirumuskan seperti di dalam Jadual dan rajah
di bawah.

Bil. Julat markah (%) Bilangan murid

Ujian Diagnostik Ujian Diagnostik


Pra Pos

1 0-20 1 1

2 21-40 10 3

3 41-60 1 7

4 61-80 0 1

5 81-100 0 0

Jumlah 12

Jadual 4

Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Peserta Kajian (%)


80
75
65
60 50 55 50 50
45 45 40 45 40 40 40 40
40
35 30 30 30 25 30 30 30
20
20 10
0
P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 P11 P12

Ujian Pra Ujian Pos


Rajah 4: Perbezaan markah dalam ujian diagnostik

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Berikut adalah rumusan dan perbincangan mengenai dapatan kajian berdasarkan kepada
objektif kajian.

Objektif 1: Mengenal pasti kaedah yang dapat meningkatkan kemahiran murid


membanding dan membezakan antara mitosis dan meiosis.

Saya dapati bahawa penggunaan alat bantu mengajar “i-MOM FC” ini membolehkan murid
menguasai kemahiran mengelas, membanding beza, meningkatkan pemahaman murid serta
banyak lagi aktiviti pengukuhan kemahiran asas yang boleh dijalankan melalui alat bantu
mengajar “i-MOM FC”.
alat bantu mengajar “i-MOM FC” dapat membantu menarik minat murid terhadap
sains dan meningkatkan kemahiran asas membanding beza di samping menghilangkan rasa
bosan terhadap teknik latihan ulangan yang diperlukan untuk murid-murid menguasai
kemahiran dan konsep dalam topik pembahagian sel. Dalam situasi bilik darjah sedemikian,
pembelajaran adalah lebih menyeronokkan (Ririn et. al. 2018) dan akan meningkatkan
kefahaman dalam bidang yang dipelajari.
Aktiviti melalui alat bantu mengajar “i-MOM FC” ini juga dapat meningkatkan
motivasi dan keyakinan diri murid apabila mereka sendiri yang membina dan menyelesaikan
masalah atau Berjaya mendapat jawapan secara individu atau berkumpulan menjadikan
proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan mencabar. Dapatan ini adalah selari dengan
kajian Adamson & Lewis (2017) yang menyatakan bahawa penggunaan alat bantu mengajar
akan menyebabkan murid terlibat secara aktif semasa pembelajaran berlangsung.
Saya juga mengamalkan pelaksanaan langkah-langkah intervensi konsep pengajaran
dari mudah ke sukar. Murid-murid didedahkan dengan kemahiran asas mengenal dan
mengenalpasti fasa-fasa serta perlakuan kromosom dalam setiap fasa supaya murid lebih
faham dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan kefahaman dan ingatan bagi menguasai
kemahiran membanding beza.
Murid kelihatan teruja untuk belajar sambil bermain menggunakan alat bantu
mengajar “i-MOM FC”. Melalui pendekatan ini, murid-murid menunjukkan perubahan
positif terutamanya semasa sesi PdPc.

Objektif 2: Meningkatkan kemahiran mengelas iaitu membanding dan membezakan


proses pembahagian sel Mitosis dan Meiosis.

Dalam pelaksanaan kajian tindakan, saya telah menjalankan sekurang-kurangnya tiga aktiviti
menggunakan alat bantu mengajar “i-MOM FC” mengikut tahap kebolehan murid. Aktiviti
ini telah membantu murid saya memahami konsep asas dan sebelum melaksanakan
kemahiran-kemahiran asas sains yang lain seperti mengelas, menganalisis dan meramal.
Berdasarkan kepada kajian tindakan yang telah dilaksanakan, saya mendapati
penguasaan dan kemahiran membanding beza proses mitosis dan meiosis peserta kajian pada
peringkat awal telah berubah berbanding sebelumnya. Prestasi yang memberangsangkan yang
ditunjukkan oleh responden adalah di luar jangkaan saya. Murid-murid berupaya menyusun
fasa-fasa mengikut tertib yang betul serta dapat meneka dengan betul perkataan
menggunakan kad imbas dengan baik. Ini menunjukkan mereka sudah mahir dan
berkeyakinan serta memahami konsep pembahagian sel.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti melabel fasa-fasa dalam mitosis dan
meiosis serta memadankan perlakuan kromosom dengan pernyataan tertentu di dalam
peringkat-peringkat “Cell Division” secara sendiri tanpa merujuk buku akan membolehkan
pelajar tersebut mengingati fakta gambarajah dalam topik yang dikaji. Seterusnya, kaedah
mengulang dan meneka di kad-kad kecil secara berterusan boleh meneguhkan lagi ingatan
pelajar – selaras dengan konsep Teori Peneguhan Skinner. Proses mengulang tidak menjadi
sesuatu yang berat bagi kumpulan pelajar yang hendak dikaji kerana Susana bermain sambal
belajar memberi ruang kepada murid mencuba dan berusaha menguasai kemahiran pada
tahap masing-masing.
KESIMPULAN
Penggunaan i-MOM FC buat pertama kali menunjukkan peningkatan yang baik bagi
sesetengah murid. Kaedah ini perlu diteruskan kerana ia dapat membantu murid dalam
membandingbeza antara mitosis dan meiosis dan seterusnya menjawab soalan berbentuk
analisis. Ianya dapat mengatasi kelemahan mereka, sedikit sebanyak dapat menambahbaik
lagi keputusan mereka. Diharapkan kajian ini dapat dimurnikan atau ditambah baik oleh
pengkaji yang lain dimasa akan datang, mungkin dengan cara mengkaji rekabentuk dan
teknik mengulang menjadi lebih mudah.
Adalah juga dicadangkan Teknik kad imbas dalam pembelajaran boleh juga
digunapakai dalam kajian akan datang boleh dilakukan bagi topik-topik yang memerlukan
murid mengingat dan membantu murid fokus semasa sesi pembelajaran. Antara cadangan
penambah baikan yang boleh dibuat juga ialah dengan menjalankan aktiviti menggunakan i-
MOM FC secara nisbah 1:1 dan bukan 2:2 supaya murid dapat melibatkan diri secara 100%
dan tidak bergantung kepada rakan sepasukan sahaja.
Berdasarkan borang maklum balas murid, 10 daripada 12 orang murid bersetuju
bahawa penggunaan kad imbas "Interaktif Mitosis or Meiosis Flash Card" atau i–MOM FC
ini meningkatkan pemahaman mereka dalam tajuk pembahagian sel dengan lebih baik. 10
daripada 12 murid bersetuju i-MOM FC membantu mereka kekal fokus semasa sesi
pembelajaran.
Secara keseluruhannya, kajian tindakan memang berkeupayaan menyelesaikan atau
menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) saya dalam pengajaran di
bawah tajuk genetik. Hasil kajian ini mendapati bahawa pembelajaran menggunakan
kaedah “i-MOM FC” ini mampu memberikan kefahaman dan penguasaan lebih baik
kepada murid lemah. Murid yang sebelum ini memberikan tanggapan bahawa topik ini
sukar, mereka telah berjaya menunjukkan kesan positif dan menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan.
Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Huraian sukatan pelajaran Sains Tingkatan


4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku manual kajian tindakan. (Edisi ke-3).
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1998). Action research planner, 3 rd ed. Victoria: Deakin
Univeristy Press.

Nurriswin Jumadi. (2011). Keberkesanan Kad Imbas Terabest Dalam Meningkatkan


Pemahaman Pelajar Bagi Subjek Ukur Terabas Di Kolej Komuniti Jelebu. Kolej Komuniti
Jelebu, Jalan Seperi, 71600 Kuala Klawang, NEGERI SEMBILAN

Razunari Rodzali. (n.d). Mengaplikasikan teknik 5M untuk meningkatkan penguasaan


topik `Cell Division` dalam Biologi. Dicapai pada Jun 6, 2013, daripada
http://norkhatimah.smkbt.com/pluginfile.php/170/mod_page/content/1/KT_BIOLOGI.p df

Kamisah, O., & Aini, N. (2013). B.: Teachers and students as game designers:
designing games for classroom integration. New Pedagogical Approaches in Game
Enhanced Learning: Curriculum Integration, 102-113.

PROPROFSFLASHCARDS. "MEIOSIS/MITOSIS” Retrieved 20 Jun 2022.Meiosis/ Mitosis Flashcards


by ProProfs (proprofsflashcards.com)
Lampiran
Tahap kesetujuan:
1- Sangat Tidak Setuju 2- Tidak Setuju 3- Tidak Pasti 4- Setuju 5- Sangat Setuju

Kos Kajian
Kos perbelanjaan sepanjang kajian adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.
Jadual 4: Kos perbelanjaan kajian
Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos
Card holder 4 X RM 5.00 RM 20.00
Kad laminate 5 X RM 2.00 RM 10.00
Fotostat bahan & laporan kajian RM 5.00 RM 5.00
JUMLAH RM 35.00
Lampiran

Jadual Pelaksanaan

Jadual 4: Jadual pelaksanaan kajian

Perkara Tarikh

Merancang kertas kerja 10 Jun 2022

Tinjauan awal 16 Jun 2022

Menghasilkan soalan ujian diagnostik 18 Jun 2022

Menjalankan ujian diagnostik 20 Jun 2022

Menganalisis data ujian & menghasilkan 21 Jun 2022

data dalam bentuk Jadual

Merancang dan membina alat bantu 22-25 Jun 2022


mengajar i-MOM FC

Menyusun aktiviti (tindakan)

i- Memperkenalkan i-MOM FC

ii- Menjalankan sesi intervensi 26 Jun 2022

bersama murid sasaran menggunakan


ABM i-MOM FC yang dihasilkan.

iii- Menjalankan ujian diagnostik ulangan

Menganalisis data ujian ulangan & 27 Jun 2022


menghasilkan

data analisis dalam bentuk jadual dan graf

Membuat refleksi 28 Jun 2022

Menghasilkan laporan 29 Jun 2022


‘ Lampiran

Borang soal selidik yang dijawab oleh pelajar (Google form)


Lampiran
Soalan ujian diagnostik
Lampiran

Gambar semasa aktiviti intervensi menggunakan alat bantu mengajar “i-MOM FC”
dijalankan.
Lampiran

Gambar semasa aktiviti intervensi menggunakan alat bantu mengajar “i-MOM FC”
dijalankan.
Lampiran

Interaktif “Mitosis or Meiosis Flash Card” atau “i-MOM FC”

You might also like