Esei Pendek

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SREE GOWRI A/P RAMESH

000810-08-1210
c. Tatakelakuan dan Tatatertib dalam Perkhidmatan Awam
Secara umumnya, perkhidmatan awam merupakan tulang belakang sesebuah
negara dan berpengaruh secara langsung dalam kehidupan rakyat. Menurut Institut
Tadbiran Awam Negara (2021), perkhidmatan awam ditakrifkan sebagai badan
eksekutif yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab
melaksanakan dasar-dasar kerajaan serta bertindak sebagai jentera kerajaan untuk
menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dan sentiasa menjaga kepentingan
awam serta memelihara kedaulatan negara. Oleh itu, penjawat awam perlu
kompeten, komited, berintegriti dan mematuhi segala peraturan tatakelakuan dan
tatatertib dalam perkhidmatan awam.
Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, kawalan tatatertib
merupakan satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang
cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian
matlamat dan objektif sesebuah jabatan. Oleh itu, kawalan tatakelakuan dan
tatatertib perlu diketahui dan didalami oleh setiap penjawat perkhidmatan awam.
Terdapat beberapa peraturan tatakelakuan dan tatatertib dalam penjawat
awam. Peraturan-peraturan tersebut diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 bagi kakitangan perkhidmatan
awam. Justeru, peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam peraturan adalah
peraturan-peraturan mengenai tatakelakuan dan larangan atau kesalahan khusus,
tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib, prosedur dan
tatacara tindakan tatatertib, hukuman tatatertib serta peruntukan pelbagai yang
berkaitan. Secara keseluruhannya, dua peraturan yang terlibat dalam perkara ini
adalah peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang
dibuat di bawah Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan serta peraturan-
peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 dibuat di bawah Perkara
144(5B) Perlembagaan Persekutuan.
Tatakelakuan yang pertama adalah seseorang pegawai hendaklah pada
setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan
Kerajaan. Hal ini bermaksud penjawat awam perlu sentiasa menjaga, memelihara,
memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan
patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Pada
masa yang sama, penjawat awam tidak boleh melaksanakan pelanggaran seperti
bersubahat dengan musuh negara, membocorkan rahsia kerajaan, menganggotai
pertubuhan yang mengancam keselamatan negara serta memburuk-burukkan serta
memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan kerajaan seperti mengecam kerajaan
dalam sosial media. Semua perlakuan tersebut haruslah dielakkan dalam mematuhi
tatakelakuan dan tatatertib dalam Perkhidmatan Awam.
Seterusnya, seseorang pegawai awam tidak boleh membelakangkan tugas
awamnya demi kepentingan peribadinya. Misalnya, penjawat awam tidak boleh
menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau keluarga dalam waktu pejabat
SREE GOWRI A/P RAMESH
000810-08-1210
dan tugas rasmi serta menyebelahi saudara-mara atau rakan-rakan dalam
menimbangkan sesuatu permohonan. Pegawai juga tidak boleh berkelakuan dengan
sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah
dengan tugas awamnya seperti menguruskan tender atau sebutharga sedangkan
pegawai mengetahui ada di antara mereka yang mengemukakan tender atau
sebutharga terdiri daripada saudara-maranya. Penjawat awam juga dilarang untuk
berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya seperti menyalahgunakan hak
istimewa sebagai seorang diplomat seperti terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Tambahan pula, seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara
yang boleh memburukkan atau mencemar nama baik perkhidmatan awam.
Contohnya, penjawat awam tidak boleh melarang tatakelakuan ini dengan terlibat
dalam penyalahgunaan dadah, disabitkan kesalahan jenayah atau mahkamah
syariah, dan kesusahan berat kerana hutang. Seseorang pegawai juga tidak boleh
melakukan gangguan seksual terhadap orang lain di mana tidak boleh membuat
cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual
daripada orang. Berdasarkan sebutan dalam subperaturan (1) tentang sesuatu
perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain, seseorang penjawat awam tidak
boleh mengeluarkan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada atau di
hadapan orang lain secara lisan, bertulis atau apa-apa sekalipun. Seseorang
pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha seperti gagal menguruskan
penyata bank dan buku tunai dengan teratur dan sistematik.
Dengan ini, kewajipan seseorang pegawai adalah mematuhi peruntukan
peraturan-peraturan ini dan pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh
dikenakan tindakan tatatertib. Seseorang pegawai dianggap telah melanggar
peruntukan peraturan-peraturan ini jika didapati telah melakukan apa-apa perbuatan
atau salah satu laku yang bertentangan atau disifatkan sebagai bertentangan
dengan mana-mana peraturan tatakelakuan berkenaan. Kegagalan seseorang
pegawai memberi aku janji sebagaimana dikehendaki atau gagal mematuhi terma-
terma aku janji juga merupakan pelanggaran tatatertib. Tiap-tiap pegawai adalah
bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas
pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa
segera. Kegagalan menjalankan tanggungjawab ini hendaklah disifatkan sebagai
cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
Secara kesimpulannya, semua pegawai perkhidmatan awam haruslah
mematuhi segala peraturan yang terdapat di bawah tatakelakuan dan tatatertib
dalam perkhidmatan awam supaya dapat melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, kawalan tatakelakuan dan
tatatertib perlu diketahui dan didalami oleh setiap penjawat perkhidmatan awam
(Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, 2022). Berdasarkan ini, Malaysia dapat
dijadikan sebagai negara yang berkualiti dan minda kelas pertama dalam dunia.
SREE GOWRI A/P RAMESH
000810-08-1210
Rujukan

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (2021). Etika Perkhidmatan Awam. Kuala
Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2022). Tatakelakuan dan Pengurusan
Tatatertib Pegawai Awam. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia.

You might also like