Buku Ladap 2022

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK Pusing Kod Sekolah: AEA2059

Zatul Itri Binti Muzafar


1. Nama Guru

2. Judul Buli 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan mengenai punca-punca berlakunya perbuatan buli di kalangan murid-
murid di sekolah. Pelajar ialah harapan bangsa dan pemimpin neagara pada masa akan
datang.Mereka bakal diberikan tanggungjawab untuk memimpin dan menerajui kepimpinan
onegara pada masa akan datang.Bagi merealisasikan dan mencapai hasrat dan aspirasi
ini,institusi sekolah diharapakan mampu menjadi pusat untuk membentuk jati diri dan pengisian
ilmu anak bangsa.
Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh murid sekolah,misalnya kes
rogol,seks bebas,kumpulan samseng,buli dan bunuh telah menimbulkan kebimbangan segenap
lapisan masyarakat di seluruh negara.Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya
perlakuan buli dalam kalangan murid sekolah iaitu individu,keluarga,rakan sebaya,sekolah,media
dan kendiri.
Oleh itu,pihak sekolah perlu mempunyai program intervensi dan pemulihan bagi mencegah
perlakuan buli dalam kalangan murid sekolah.Beberapa program intervensi yang boleh digunakan
oleh pihak sekolah ialah Kempen Suasana Persekitaran yang Positif,Pelan Pengurusan Bilik
Darjah dan Program Wira Sekolah.Namun,perbuatan buli ini dapat dibanteras jika mendapat
sokongan serta kerjasama daripada semua pihak seperti sekolah,kerajaan,masyarakat serta
badan bukan kerajaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini membuktikan bahawa kanak-kanak atau remaja yang terlibat dengan tingkah
laku agresif dan delinkuen adalah berpunca daripada sikap yang mudah terpengaruh dengan
budaya sosial. Zaman perkembangan kanak-kanak dan remaja merupakan zaman yang perlu
diberikan perhatian dan tumpuan oleh ibu bapa,terutamanya tentang aspek emosi.
Jika gangguan tertentu yang dialami pada peringkat perkembangan remaja tidak
dijaga,tingkah laku antisosial mudah mempengaruhinya.Keadaaan persekitaran,budaya dan
sosial saling mempengaruhi dalam fenomena gengsterisme yang kian merosakkan nilai-nilai
ketimuran anak bangsa.
Justeru,institusi kekeluargaan memainkan peranan yang amat penting untuk
membendung gejala yang tidak sihat di kalangan genersai muda yang merupakan pewaris
bangsa. Ibu bapa sewajarnya menitikberatkan perkembangan emosi,rohani,jasmani,intelek dan
didikan agama terhadap anak-anak supaya secara tidak langsung mampu memberikan impak
yang positif kepada institusi sosial negara.
Selain itu,pihak sekolah termasuk pengetua dan guru perlu memberikan tumpuan
kepada proses pembentukan jati diri dan sahsiah positif pelajar di samping pencapaian akademik
yang cemerlang.
Di samping itu,fokus yang seimbang antara akademik dengan pembentukan sahsiah
pelajar mampu mencegah daripada berlakunya aktiviti gengesterisme.
  

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

.    Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
menangani masalah buli di sekolah. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak
menimbulkan karenah. Namun,sebagai seorang guru,kita mestilah mengenal pasti dahalu punca-
punca atau faktor perubahan sikap pelajar di sekolah. Seseorang itu boleh menjadi pembuli
disebabkan faktor keluarga,rakan sebaya,ekolah,media dan kwalan kendiri.
Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada
guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani
dengan berkhemah serta bijaksana antaranya program pencegahan perlakuan buli Olweus dan
Rigby.
Intervensi ini seharusnya melibatkan seluruh warga sekolah sama ada di dalam bilik darjah
mahupun individu. Ia merupakan pendekatan yang menyepadukan semula pelajar yang telah
melakukan kesalahan kembali ke pangkuan komuniti supaya menjadi pelajar yang mempunyai
daya tahan,patuh dan berpegang kepada undang-undang dan nilai.
Keberkesanan dan kejayaan program intervensi dan pemulihan perlakuan buli yang dijalankan
oleh pihak sekolah banyak bergantung kepada kesungguhan dan kesanggupan pelajar yang
terlibat untuk berubah,selain mendapat kerjasama sepenuhnya daripada warga sekolah iaitu
pentadbir,guru dan pelajar,para ibu bapa dan masyarakat di sekitar sekolah.
 

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................... ........................................................
( ZATUL ITRI BT MUZAFAR ) ( )

You might also like