Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

(EED1123)

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

TAJUK:

TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL

NAMA NO. MATRIK


NUR FARHANA ASYIKIN BINTI ZULKEFLI 3231000761

NAMA PENSYARAH:

EN. MOHAMAD ARIF ZAKI BIN ALI

TARIKH SERAHAN:

19/5/2023
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................3

2.0 TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL................................................................5

3.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK – KANAK......................................................7

3.1 Peringkat Pertama (0 Hingga 1 Tahun)...........................................................................7

3.2 Peringkat Kedua (1 Hingga 2 Tahun)..............................................................................8

3.3 Peringkat Ketiga (2 Hingga 3 Tahun)..............................................................................8

3.4 Peringkat Keempat (3 Hingga 4 Tahun)..........................................................................8

3.5 Peringkat Kelima (4 Hingga 5 Tahun).............................................................................9

4.0 PRINSIP PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL............................................................10

4.1 Principle of Develomental Direction (Prinsip Arah Perkembangan)............................10

4.2 Principle of Reciprocal Interweaving (Prinsip Penggabungjalinan Dua hala).............11

4.3 Principle of Functional Asymmetry (Prinsip Fungsi Tidak Bersimetri).......................12

4.4 Principle of Individuating Maturation (Prinsip Kematangan Individu).......................12

4.5 Principle of Self-Regulatory Fluctuation (Prinsip Kendiri)..........................................13

5.0 MODEL PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL............................................................14

6.0 KESIMPULAN......................................................................................................................15

RUJUKAN.........................................................................................................................................16

2
1.0 PENGENALAN

Arnold Gesell atau nama sebenarnya ialah Arnold Lucius Gesell. Beliau telah dilahirkan pada
21 Jun 1880, Di Alma, Wisconsin. Arnold Gesell merupakan ahli psikologi dan doktor yang
mempengaruhi pemikiran rakyat Amerika serta seorang pakar kanak - kanak yang merintis
kajian mengenai proses perkembangan manusia semenjak beliau lahir sehingga beliau
meningkat remaja. Gesell memfokuskan kajiannya secara saintifik berkaitan dalam bidang
perkembangan kanak - kanak. Pada awalnya Gesell membuat keputusan untuk menjadi
seorang guru. Beliau yang berkelulusan dari University of Wisconsin pada tahun 1903 dan
kemudiannya menjadi pengetua dan guru di sekolah tinggi sebelum beliau memasuki Clark
University dimana Gesell telah menerima Phd pada tahun 1906 di universiti tersebut.

Arnold Gesell percaya bahawa dalam usaha untuk membuat kajian dalam
perkembangan kanak - kanak, beliau perlu mengetahui serta mahir dalam bidang perubatan.
Oleh itu, Gesell telah menyambung pendidikannya dalam bidang perubatan di Yale dan
menerima M.D pada tahun 1915. Setelah menamatkan pengajiannya, beliau memulakan
kerjayanya dengan mengajar psikologi dan kebersihan kanak - kanak di Los Angeles State
Normal School. Gesell telah menyertai salah sebuah fakulti yang terdapat di Yale dan beliau
menjadi penolong professor pendidikan pada tahun 1911 dan pada tahun yang sama juga,
Gesell telah menubuhkan sebuah klinik di tempat yang sama iaitu Clinic Of Child
Development sehingga pada tahun 1948. Bukan itu sahaja, Gesell telah diiktiraf sebagai
pengarah kepada Gesell Institute Of Child Development di New Haven, Connecticut iaitu
merupakan sebuah institut yang mengkaji perkembangan kanak-kanak sehingga hayatnya.

Secara ringkasnya, tujuan Gesell adalah untuk membangunkan satu teori


perkembangan manusia terutamanya kanak - kanak dimana beliau menekankan kepentingan
kedewasaan dan faktor genetik dalam membentuk tingkah laku. Beliau turut menjalankan
satu kajian yang meluas mengenai pertumbuhan serta perkembangan bayi dan
membangunkan satu kaedah yang baru untuk mengkaji dan mengukur tingkah laku setiap
kanak - kanak. Daripada pemerhatiannya, Gesell membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak

3
mesti mencapai peringkat yang tertentu sebelum pembelajaran dapat mempengaruhi tingkah
laku mereka dan mencadangkan jadual perkembangan berdasarkan teorinya.

Walaupun Jadualnya mendapat tentangan dari pihak lain, namun jadual tersebut masih
digunakan secara meluas sekaligus dapat menyumbang kepada pemahaman kita tentang
perkembembangan manusia. Oleh itu, Gesell juga percaya bahawa bimbingan yang berkesan
adalah satu pendekatan yang terbaik dalam membesarkan kanak-kanak. Dan tidak dapat
dinafikan bahawa Gesell telah banyak menyumbang dalam bidang perkembangan kanak-
kanak ini dimana beliau telah membuat pemerhatian dengan bersungguh – sungguh serta
telah berkhidmat sebagai ahli psikolgi yang berjaya.

Antara sumbangan yang telah diberikan oleh Arnold Gesell adalah beliau telah
menghasilkan pelbagai karya buku berkaitan perkembangan kanak – kanak iaitu “The
Preschool Child from The Standpoint Of Public Hygiene And Education” (1923), “The
Mental Growth Of The Preschool Child” (1925), “An Atlas Of Infant Behavior” (1934),
“Infant and Child in Culture Of Today” (1943), “The First Five Years” (1940), “Children
From 5 – 10 years old” (1946) dan “Adolescents” (1956). Dan pada 29 Mei 1961, Gesell
telah meninggal dunia.

4
2.0 TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL

Teori yang dikemukakan oleh Arnold Gesell adalah berupa teori kematangan biologi. Arnold
Gesell (1880-1961) yang mengatakan bahawa tingkah laku setiap individu berkembang
mengikut jadual masa yang tetap. Dalam erti kata lain, proses perkembangan manusia pasti
berlaku apabila sudah sampai waktunya. Beliau turut menekankan bahawa kematangan
merupakan faktor yang utama dan menentukan proses pembelajaran. Perkembangan bagi
kelakuan pertumbuhan tisu dan organ serta fungsi - fungsi lain berkembang mengikut pola
dan urutan yang terkawal. Oleh yang demikian, perlakuan kanak-kanak dapat diramal kerana
Gesell percaya bahawa kematangan menjadi faktor yang utama dalam proses pembelajaran.

Dalam teori kematangan ini, Arnold Gesell turut memfokuskan kepada kematangan
individu dimana di dalam proses kematangan ini turut dipengaruhi oleh dua faktor utama
iaitu faktor baka (genetik) yang dikatakan sebagai penggerak utama kepada pertumbuhan dan
perkembangan bagi kanak-kanak. Faktor baka atau dikenali sebagai gen akan diwarisi oleh
kanak-kanak semenjak dari pembentukan mereka di dalam rahim iaitu semasa proses
persenyawaan sehingga proses kelahiran. Mereka akan mewarisi segala personaliti yang
dimiliki oleh ibu bapa mereka dari segi sifat, perwatakan, kebolehan dan kematangan dari
mereka kecil hingga meningkat usia remaja.

Proses kematangan ini tidak akan lengkap jika tiada faktor persekitaran kerana faktor
tersebut memainkan peranan untuk membantu proses tersebut. Faktor persekitaran juga turut
dipengaruhi terhadap persekitaran bayi di dalam rahim ibu dimana pengambilan makanan
yang diambil oleh ibu, tahap kesihatan serta bekalan oksigen yang mencukupi kepada bayi di
dalam rahim sangat penting kerana ia amat mempengaruhi proses pertumbuhan dan
perkembangan mereka. Namun Gesell menghormati hak dan individualiti kanak - kanak dan
beliau percaya pendidikan bebas bagi kanak - kanak. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak -
kanak berhak untuk berkembang mengikut kadar perkembangan mereka yang tersendiri.

5
Menurut beliau lagi, proses kematangan ini tidak boleh dipaksa oleh mana - mana
pihak kerana Gesell mendapati kanak-kanak akan mencapai satu titik kebolehan mereka pada
waktu yang tepat memandangkan proses kematangan kanak-kanak ini mempunyai pola dan
urutan yang tersendiri. Proses kematangan ini diibaratkan seperti kelajuan iaitu sistem saraf
akan berkembang dimana semakin kompleks ianya dilakukan, semakin banyak fikirannya
akan berkembang serta perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak - kanak lebih
jelas dan banyak. Secara ringkasnya, kanak - kanak tidak boleh dipaksa selagi sistem saraf
dan kematangan fizikal kanak-kanak belum bersedia untuk melakukan sesuatu kemahiran.

Bagi Gesell, beliau lebih mementingkan keupayaan untuk mengajar kanak-kanak akan
perkara yang terdahulu daripada jadual. Kanak - kanak akan bermula dari segi duduk,
berjalan serta bercakap apabila mereka sudah bersedia jika sistem saraf sudah matang dengan
sepenuhnya. Pada masa yang sesuai, mereka akan mula menguasai sesuatu tugasan yang
datang dari keinginan diri sendiri. Sehingga pada masa itu, pengajaran tidak memberi makna
mungkin menimbulkan ketegangan antara pengasuh dan kanak-kanak.

Secara dasarnya kajian yang dilakukan telah menggambarkan kematangan dengan


tingkah laku motor awal dimana ia merupakan fokus utama dalam kajian saintifik Gesell.
Walau bagaimanapun Gesell percaya bahawa kematangan mengawal pertumbuhan
keseluruhan personaliti. Beliau berkata, misalnya “The child’s nervous system matures by
stage and natural sequences. He sits before he stands; he babbles before he talks; he
fabricates before he tells the truth; he draws a circle before he draws a square; he is selfish
before he is altruistic; he is dependent on other before he achieves dependence on self. All his
capabilities, including jis moral, are subject to the law of growth” (Gesell ang llg. 1943).

6
3.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK – KANAK

Dalam kajian tersebut, Gesell telah membahagikan kepada lima peringkat terhadap
perkembangan kanak – kanak.

3.1 Peringkat Pertama (0 Hingga 1 Tahun).

Pada peringkat pertama iaitu pada usia lahir hingga satu tahun, ciri – ciri
perkembangan tingkah laku yang dihasilkan pada usia satu bulan menurut Gesell
(1925) ialah bayi dapat menghasilkan tangisan yang berbeza – beza untuk
menyatakan kehendak yang berlainan seperti tangisan lapar adalah berbeza daripada
tangisan ketika lampinnya basah. Selain itu, pada usia empat bulan pula, koordinasi
fizikal berlaku pada bayi iaitu mata bayi boleh mengikut objek yang bergerak. Mereka
dapat memberhentikan matanya dan melihat “at will” kerana satu bentuk perkaitan
baru telah terbentuk antara dedenyut saraf dalam otak dan otot – otot kecil yang
menggerakkan mata. Misalnya, bayi dapat melihat kapal terbang mainan yang
berpusing.

Seterusnya, pada usia enam bulan, bayi sudah dapat menggenggam sesuatu
objek seperti bola, kubus, kayu, kerincing, kiub dan sebagainya kerana sistem saraf
sudah bertumbuh dengan secukupnya. Pada usia tujuh bulan pula, bayi sudah mula
pandai duduk dan merangkak dengan sendirinya tanpa bantuan daripada orang lain
kerana pada masa itu otot, leher, tangan, kaki dan pinggul bayi sudah semakin kuat
dan membolehkan bayi duduk dan merangkak dengan cepat. Akhir sekali, pada usia
12 bulan, dimana bayi sudah pandai dan mahir untuk melangkahkan kakinya dengan
berpaut pada kerusi dan meja untuk mengimbangkan berat badannya.

7
3.2 Peringkat Kedua (1 Hingga 2 Tahun).

Pada peringkat kedua iaitu pada usia satu hingga dua tahun, kematangan fizikal dan
mental mula meningkat iaitu bayi sudah pandai jalan bertatih oleh pengasuhnya. Pada
tahap ini juga, bayi sudah mula faham istilah ‘Jangan’ dan pada usia dua tahun, bayi
sudah mahir untuk berjalan tanpa bantuan daripada pengasuhnya kerana bayi sudah
memperolehi keseimbangan badan yang sempurna kerana otot kaki mereka telah
kukuh. Dalam waktu ini juga, bayi sudah mula menguasai Bahasa namun
percakapannya masih tidak jelas atau dipanggil sebagai pelat.

3.3 Peringkat Ketiga (2 Hingga 3 Tahun)

Pada peringkat ini iaitu peringkat ketiga dimana bayi berusia dua hingga 3 tahun,
koordinasi mata, kaki dan tangan mereka mula terbentuk. Sebagai contoh, mereka
dapat mengurus diri mereka sendiri seperti memakai kasut dengan sendiri serta
makan. Bayi juga sudah boleh bercakap sedikit dengan menggunakan bahasa atau
ayat yang mudah.

3.4 Peringkat Keempat (3 Hingga 4 Tahun)

Pada peringkat keempat iaitu bayi sudah berusia tiga hingga 4 tahun, bayi sudah mula
mencapai tahap koordinasi dan kematangan fizikal yang semakin kukuh. Misalnya,
mereka boleh menunggang basikal beroda tiga dan mereka juga sudah faham untuk
menuruti arahan yang mudah oleh ibu bapa.

8
3.5 Peringkat Kelima (4 Hingga 5 Tahun)

Pada peringkat kelima iaitu usia empat hingga lima tahun, proses interaksi kanak –
kanak mula terbentuk kerana pada tahap ini kanak – kanak mula bersosialisasi dan
bergaul dengan rakan – rakan seusia dengannya dimana pada masa ini kanak – kanak
sudah bersedia untuk memasuki alam persekolahan iaitu kelas pra sekolah. Pada
peringkat ini juga, kanak – kanak suka untuk mengemukakan soalan kepada
penjaganya sama ada ibu, ayah, guru dan sebagainya untuk mengetahui sesuatu
perkara kerana mereka pada usia sebegini mula mempunyai tahap sifat ingin tahu
yang tinggi berdasarkan pemerhatian mereka terhadap persekitaran sekeliling.

9
4.0 PRINSIP PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL

Gesell telah mengemukakan kenyataannya yang paling komprehensif mengenai


perkembangan bertahun – tahun semenjak beliau bersara. Di dalam sebuah karyanya yang
bertajuk “The Ontogenis of Infant Behavior” (1954), Gesell menjelaskan pandangannya
tentang proses perkembangan. Dalam karya ini, Gesell cuba untuk menyelaraskan prinsip
asas pertumbuhan morfologi dengan prinsip asas pertumbuhan tingkah laku bagi
menggambarkan bagaimana perumbuhan psikologi iaitu pertumbuhan somatic merupakan
sebuah proses morfologi.

Oleh yang demikian, terdapat lima prinsip dasar teori perkembangan yang dijelaskan oleh
Gesell iaitu Prinsip Arah Pekembangan, Prinsip Jalinan Timbal Balik, Prinsip Fungsi
Asimetri, Prinsip Kematangan Individu dan Prinsip Fluktuasi Pengawalan Diri.

4.1 Principle of Develomental Direction (Prinsip Arah Perkembangan)

Prinsip arah Perkembangan dalam pemikiran Gesell bermaksud bahawa perkembangan


kanak-kanak mengikut corak yang boleh diramal dan mengikut urutan. Mengikut prinsip ini,
kanak-kanak yang maju akan melalui satu siri peringkat perkembangan yang dicirikan oleh
tingkah laku dan pencapaian tertentu. Contohnya bayi yang baru lahir agak matang, sistem
saraf motor di bahagian kepala daripada di bahagian itu muncul lebih awal daripada
koordinasi kaki.
Perkembangan secara teratur dirujuk sebagai “trend cephalocaudal”. Perkembangan juga
bergerak dari pusat badan ke luar, ke arah tepi. Sebagai contoh, pergerakan bahu kelihatan
lebih kerap pada awal kehidupan kanak-kanak daripada pergerakan pergelangan tangan dan
jari. Seterusnya adalah “trend proximodistal” atau dari arah yang terdekat dengan yang
paling jauh, dapat dilihat dalam tingkah laku memegang tangan pada kanak - kanak.

Pada minggu ke-20, tingkah laku ini tidak teratur dan dikuasai oleh pergerakan lengan atas,
tetapi pada minggu ke-28, apabila kanak - kanak dapat menggunakan ibu jarinya dengan
lebih berhati-hati, pergerakan ini menunjukkan kemahiran motor yang lebih baik. Kedua-dua
“trend cephalocaudal dan proximodistal” ini mengukuhkan bahawa perkembangan dan
tingkah laku mempunyai arah iaitu pada dasarnya adalah fungsi mekanisme genetik yang
diprogramkan.

10
4.2 Principle of Reciprocal Interweaving (Prinsip Penggabungjalinan Dua
hala)

Prinsip Penggabungjalinan dua hala oleh Arnold Gesell merujuk kepada idea bahawa
perkembangan adalah satu proses yang kompleks dan dinamik yang melibatkan interaksi
antara pelbagai faktor, termasuk genetik, persekitaran dan pengalaman individu. Gesell
menegaskan bahawa fenomena sedemikian juga dijalankan dalam proses perkembangan, iaitu
kesinambungan corak tingkah laku yang memerlukan pertumbuhan struktur pelengkap.
Gesell menerangkan urutan perkembangan yang menghasilkan berjalan sebagai satu siri
penggantian antara dominasi untuk mengetatkan otot dan dominasi untuk melonggarkan otot
di lengan dan kaki melalui beberapa jenis koordinasi dan integrasi otot saraf dalam tempoh
masa.
Gesell menggunakan prinsip ini untuk menggambarkan perkembangan keupayaan berjalan
dan juga perkembangan keupayaan untuk menggerakkan tangan kanan atau kiri. Beliau
merumuskan prinsip itu sebagai susunan hubungan timbal balik antara dua fungsi motor yang
bertentangan atau sistem saraf, yang secara ontogenik ditunjukkan melalui peningkatan
peralihan berkala antara pelbagai komponen fungsi atau sistem, dengan modulasi dan
integrasi progresif corak tingkah laku yang terhasil (Gesell, 1954, hlm. 349). Melalui proses
pelengkap sedemikian, rangkaian yang berbeza akan meningkat (atau dominasi) pada masa
yang berlainan semasa kitaran perkembangan. Prestasi yang berlainan ini menghasilkan
integrasi dan kemajuan ke arah tahap kematangan yang lebih tinggi.

4.3 Principle of Functional Asymmetry (Prinsip Fungsi Tidak Bersimetri)

Prinsip Fungsi Tidak Bersimetri oleh Arnold Gesell merujuk kepada idea bahawa
kedua-dua belah badan dan otak adalah tidak sama dalam fungsi dan kebolehan
mereka. Mengikut prinsip ini, tingkah laku diteruskan melalui tempoh perkembangan
asimetri (tidak seimbang) supaya organisma dapat mencapai kematangan pada
peringkat kemudian. Contoh yang diberikan oleh Gesell sebagai ilustrasi prinsip
kompleks ini termasuk tindak balas asas yang dipanggil “tonic neck reflex” dimana
bayi akan berbaring dengan mendongakkan kepalanya pada satu arah serta bayi juga
akan menjulurkan lengan pada arah kepala yang ditudingkan (seolah – olah sedang
memerhatikan tangan tersebut). Manakala tangan yang satu lagi akan dibengkokkan
dan diletakkan di belakang kepala.

Kedudukan badan “tonic neck reflex” ini seperti cara asas berdiri seseorang
pemain pedang. Kedudukan badan ini adalah dominan dalam jangka masa tiga bulan

11
selepas kelahiran dan kemudian ianya akan diselubungi oleh perkembangan baru
dalam sistem saraf (Gesell, 1946).

4.4 Principle of Individuating Maturation (Prinsip Kematangan Individu)

Prinsip ini menekankan kepentingan corak pertumbuhan, iaitu mekanisme dalaman


dalam individu yang menentukan arah dan corak perkembangan.  Mengikut prinsip
kematangan individu, perkembangan adalah proses membentuk corak berurutan yang
telah pasti dan nyata apabila organisma matang.

Gesell menekankan hubungan antara kematangan dan alam sekitar iaitu faktor
persekitaran menyokong, tetapi faktor persekitaran tidak menyebabkan kemunculan
bentuk utama dan urutan ontogenesis. Akibatnya, pembelajaran hanya boleh berlaku
apabila struktur telah berkembang untuk membolehkan penyesuaian tingkah laku
berlaku, dan sehingga mereka mengembangkan apa-apa jenis pendidikan tidak
berkesan. Gesell sangat menekankan peranan faktor biologi. Gesell menegaskan
bahawa kesan alam sekitar terhadap hasil perkembangan sangat terhad.

4.5 Principle of Self-Regulatory Fluctuation (Prinsip Kendiri)

Prinsip Kendiri oleh Arnold Gesell merujuk kepada idea bahawa tingkah laku dan
perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh sistem pengawalan dalaman mereka,
yang sentiasa menyesuaikan diri untuk mengekalkan keadaan keseimbangan atau
ketidakseimbangan. Menurut Gesell, kanak-kanak mempunyai mekanisme semula
jadi untuk mengawal kendiri yang membantu mereka menyesuaikan diri dengan

12
perubahan dalam persekitaran mereka dan menghadapi tekanan. Mekanisme ini
termasuk proses fizikal seperti kitaran tidur-bangun dan kitaran lapar-dahaga, serta
proses psikologi seperti perhatian dan pengawalan emosi. Akan tetapi bayi akan
melalui suatu tahap dimana secara perlahan – lahan akan mengalami jadual yang
stabil.

Kanak – kanak kadang kalan akan menentang usaha untuk mengajar mereka
perkara yang baru disebabkan oleh proses kendiri yang intrinsik. Hal ini seolah – olah
ada sesuatu yang memberitahu mereka supaya jangan mempelajari sesuatu dengan
banyak dalam jangka masa yang singkat. Keutuhan organisma harus dikekalkan.

5.0 MODEL PERKEMBANGAN ARNOLD GESELL

Pandangan teori Gesell dipanggil model kematangan kerana Gesell percaya bahawa pengaruh
yang paling penting terhadap pertumbuhan dan perkembangan organisma manusia adalah
faktor biologi. Menekankan proses biologi, Gesell oleh itu menumpukan sebahagian daripada
kerjanya mengenai kematangan, melihat kematangan sebagai proses yang sangat penting
kerana ia dipercayai mempunyai kesan yang mendalam terhadap setiap aspek perkembangan
manusia. Sistem biologi sebagai titik permulaan untuk memahami perkembangan organisma
manusia. Gesell juga mempertimbangkan kemungkinan kesan kemurungan terhadap
ketahanan dan juga apa peranan kematangan yang mungkin dimainkan untuk memagar
individu daripada kesan kemurungan.

Tahap perkembangan kanak-kanak diteruskan melalui urutan yang ditentukan secara


individu oleh genetik kanak-kanak sendiri. Walaupun kadar pembangunan boleh diubah
melalui kejuruteraan, perubahan yang dibuat tidak asas. Oleh itu, kanak-kanak yang

13
berkembang pada kadar yang lebih perlahan daripada kanak-kanak pada umumnya tidak
boleh diubah, sama seperti kanak-kanak yang berkembang lebih cepat tidak boleh diubah ke
arah. Sebaliknya, persekitarn boleh menjejaskan kelajuan perkembangan kanak-kanak buat
sementara waktu. Sebagai contoh, kadar perkembangan mungkin dipengaruhi oleh
kekurangan zat makanan atau penyakit, tetapi faktor biologi sepenuhnya terkawal. Ini serupa
dengan keadaan di mana ciri-ciri biologi spesies mengawal urutan pembangunan.

Frances Jig dan Louise Bates Ames (1955), dua rakan sekerja Gesell, dengan tepat
dan ringkas menyatakan intipati pendirian ini dalam salah satu buku popular mereka iaitu
persekitaran yang menyokong membolehkan setiap individu menyumbang aset yang paling
positif kepada kehidupan. Persekitaran yang tidak menyokong boleh menghalang dan
menyekat potensi semula jadi individu. Tetapi tidak ada persekitaran, sama ada baik atau
buruk, yang pengaruhnya adalah untuk mengubah seseorang dari jenis individu tertentu
kepada individu jenisnya. Itulah sebabnya teori Gesell dipanggil sebagai teori kematangan
kerana faktor biologi dan mempengaruhi kematangan ornanisma berbanding persekitaran.

6.0 KESIMPULAN

Sebagai Penutup kata, Setiap kajian yang dilakukan oleh Arnold Gesell menggambarkan
bahawa beliau sentiasa menekankan peranan kematangan dalam pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak. Penyelidikannya memberikan pandangan berharga tentang
peringkat perkembangan yang boleh diramalkan yang dilalui oleh kanak-kanak dan
kepentingan menyediakan persekitaran yang memupuk untuk menyokong pertumbuhan
semula jadi mereka. Kajian Gesell juga mengiktiraf perbezaan individu dalam perkembangan
kanak-kanak dan untuk menyesuaikan intervensi dengan sewajarnya. Walaupun banyak
teorinya telah dikritik kerana terlalu menentukan dan mengabaikan pengaruh faktor sosial
dan persekitaran, sumbangan Gesell telah memberi kesan yang berkekalan terhadap
pemahaman kita tentang perkembangan kanak-kanak dan terus memaklumkan penyelidikan
dan amalan semasa di lapangan.

14
Beliau percaya bahawa kanak-kanak melalui peringkat pertumbuhan dan
perkembangan yang boleh diramal, dan setiap kanak-kanak mempunyai garis masa masing-
masing untuk mencapai tahap perkembangan. Gesell juga menekankan kepentingan
menyediakan persekitaran yang memupuk untuk menyokong perkembangan semula jadi
kanak-kanak. Secara keseluruhannya, teori Gesell menyumbang kepada pemahaman kita
tentang perkembangan kanak-kanak dan kepentingan mengenali perbezaan individu dalam
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Teori yang dikemukan oleh Arnold Gesell turut membantu serta memberi faedah
kepada pihak yang berkenaan terutamanya ibu bapa dan pendidik agar mereka dapat
memahami dan mengetahui bagaimana berlakunya peringkat perkembangan seorang kanak –
kanak dari mereka usia kecil hingga mereka besar. Seterusnya, ibu bapa dan pendidik
seharusnya mengawal, menunjuk jalan dan mengarah anak – anak kita mengikuti had tertentu
di mana kadang kala kita juga akan dengan tergesa – gesa. Ibu bapa juga seharusnya
menitikberatkan tentang persekitaran kanak – kanak itu sendiri. Seperti menurut Gesell bukan
sahaja persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi kehendak persekitaran sosial
dan budaya yang cuba menggalakkan kanak – kanak berkelakuan dalam cara yang
sewajarnya.

RUJUKAN

Neil J Salkind. (2019). Teori – Teori Perkembangan Manusia.

Penerbit Nusa Media.

https://www.google.com.my/books/edition/Teori_Teori_Perkembangan_Manusia/
ezRgEAAAQBAJ?hl=ms&gbpv=1

Misty M. Bicking, Brian Collins, Laura Fernett, Barbara Taylor, and Kathleen Sutton.
(December, 2008) Anthology of Theorists affecting the Educational World. Laporan
ini dibentangkan di University Shepherd.
https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED503707.pdf#page=211

Solehah Ibrahim. Teori Kematangan Arnold Gesell.

https://www.academia.edu/31870353/Teori_Kematangan_Arnold_Gesell

15
Edi Elisa. (3 March 2023). Teori Kedewasaan Arnold Lucius Gesell.

https://educhannel.id/blog/artikel/teori-kedewasaan-arnold-lucius-gessel.html

Desyandri. (21 Januari 2014). Prinsip – Prinsip Dasar Teori Perkembangan Arnold Gesell.

https://desyandri.wordpress.com/2014/01/21/prinsip-prinsip-dasar-teori-
perkembangan-arnold-gessel/

16

You might also like