Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 44

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH TITIWANGSA

Panduan Menulis Buku Log


PENGAKAP MUDA
LENCANA KEMAJUAN – LENCANA USAHA

Disediakan oleh
Pengakap Daerah Titiwangsa
Semakan Nov 2022

1
Arahan kepada ahli pengakap muda

1. Buku log yang disediakan adalah untuk dinilai apabila kamu akan mengambil bahagian
di dalam Anugerah Pengakap Raja.
2. Sila pastikan anda adalah ahli yang berdaftar, telah melaksanakan pendaftaran tahunan
bagi tahun semasa. Sila rujuk pemimpin kumpulan @ sekolah.
3. Buku log perlu disediakan dengan tulisan tangan.
4. Buku-buku log yang perlu disediakan adalah seperti berikut;
a. Buku Log Lencana Keahlian
b. Buku Log Peribadi + Log Pengembaraan (Kulit Keras + Tebal)
c. Buku Log Lencana Usaha
d. Buku Log Lencana Kepandaian (2 buku bagi setiap lencana).
e. Buku Log Lencana Maju
f. Buku Log Lencana Kegemaran (3 buku bagi setiap lencana).
g. Buku Log Lencana Perkhidmatan (3 buku bagi setiap lencana).
h. Buku Log Lencana Jaya
5. Buku log boleh disediakan dalam apa jua bentuk (tidak semestinya berkulit keras). Atas
faktor ketahanan buku, digalakkan untuk berkulit keras.
6. Penulisan buku log adalah mengikut kreativiti masing-masing. Penggunaan teknologi
terkini seperti Video Log amat digalakkan.
7. Penilai bagi buku log adalah pemimpin kumpulan @ sekolah masing-masing.
8. Jika terdapat gambarajah, sila lukis dengan tangan. Tidak digalakkan menampal. Jika
gambarajah itu sukar untuk dilukis, dibenarkan untuk menampal.
9. Untuk ikatan, sila sediakan satu papan (kertas keras) bagi menampal ikatan-ikatan yang
telah dipelajari.
10. Muka surat hadapan setiap buku log perlu diisi dengan biodata diri. Rujuk contoh 1
11. Sila tinggalkan 2 helai bagi permulaan buku log. Hanya menulis di sebelah kiri buku log
sahaja. Biarkan disebelah kanan buku log kosong untuk penambahan maklumat jika
ada.
12. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi
a. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Titiwangsa, Cikgu Fadzil (012-3767367)

2
Contoh 1: MUKA SURAT KE-3 SEBELAH KANAN BUKU LOG PERIBADI & LENCANA

REKOD PERIBADI

GAMBAR

BERUNIFORM

NAMA :

TARIKH LAHIR :

NO. K/P :

: T1

: T2

NO. KEAHLIAN PENGAKAP : T3

: T4

: T5

NO. KUMPULAN :

DAERAH :

NEGERI :

ALAMAT KUMPULAN :

TELEFON PERIBADI :

PANGKAT :

3
Contoh 2: MUKA SURAT KE-5 SEBELAH KANAN BUKU LOG USAHA

REKOD KEMAJUAN UJIAN LENCANA USAHA


TARIKH
*TARIKH TANDATANGA
BIL PERKARA SEMAK
AMALI PENGUJI
BUKU LOG
1 CITA-CITA PENGAKAP
a) Bendera Malaysia dan Bendera Negeri
masing-masing
b) Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-
masing
c) Menaikkan bendera
d) Nama orang-orang kenamaan - Namah
Penuh DYMM Sultan/ Raja, TYT Yang
Dipertua Negeri, Menteri Besar dan Ketua
Menteri.
e) Persetian Pengakap & Undang-undang
Pengakap
2 KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI
a) *Asas perbarisan
b) *Kawat tongkat
c) *Isyarat-isyarat tangan Pengakap
d) *Halangan komando
e) *Melipat dan mengibarkan bendera
3 KEMAHIRAN BERPENGAKAP
a) Menjaga dan menyimpan pisau serta
parang
b) *Simpulan & ikatan: -
i. Simpul Himpit (Fisherman's Knot)
ii. Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)
iii. Bunga Geti Ganda (Double Sheet
Bend)
iv. Lilit Balak (Timber Hitch)
v. Lilit Taut-line (Taut Line Hitch)
vi. Ikat Seraya (Square Lashing)
vii. Ikat Serong (Diagonal Lashing)
c) Undang-undang Lalulintas Jalanraya
d) Memilih tapak perkhemahan
e) Keperluan peribadi untuk berkhemah
f) Alatan pertolongan cemas peribadi
g) *Menghidupkan api
h) *Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
i) Arah mata angin dan mengenali peta topo
j) Isyarat sulit Pengakap
k) Mengembara 8km. Berjalan kaki dalam
patrolnya. Membuat laporan bertulis
dalam buku log.

4
4 KECENDERUNGAN DAN MINAT
a) Kraftangan
b) *Plaster cast
c) Rekod 12 orang sahabat pena
5 PERKHIDMATAN
a) *Balutan anduh
i. Melipat kain anduh.
ii. Anduh tangan dan kaki
b) Tindakan kecemasan
c) Memandu orang

Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Muda ini telah
menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut.

Tarikh: …………………………………

Diluluskan oleh: …………………………………………. (nama & jawatan)

5
NOTA
LENCANA USAHA
DITULIS DI DALAM 1 BUKU LOG LENCANA USAHA

6
1.0 CITA-CITA PENGAKAP

1.1 Bendera Malaysia & Bendera Negeri masing-masing.

Bendera Malaysia; atau dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih
(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia
yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang
sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam
persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada
Jalur Gemilang.

Bagi bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah
yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan
yang melambangkan Agama Islam - sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan negara (Malaysia seperti
yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).

Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning
pada anak bulan dan bintang melambangkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Empat warna ini yang melambangkan keberanian, kesucian, perpaduan rakyat Malaysia, dan kemuliaan
Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di
Malaysia. (Melayu, 2019)

7
Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei
2006 bagi semua acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu; Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya. Bagaimanapun, bendera-bendera milik setiap wilayah masih digunakan dalam
acara-acara tertentu yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.

Bendera Wilayah Persekutuan


(mewakili semua wilayah persekutuan)

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur

Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya

(Angkasa, 2011)

8
Gambar bendera yang diatas adalah untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bendera ini berteraskan
konsep dan warna Jalur Gemilang yang berjalur putih dan merah, warna biru tua bersama bintang serta
bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur
merupakan Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan. 14 jalur merah dan putih
(melintang)menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14
melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak
sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran. Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan
wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke
arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif. Warna kuning melambangkan
kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan
keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

1.2 Lagu Negaraku dan Lagu Negeri masing-masing

Lirik Lagu Kebangsaan Malaysia: Lirik lagu Wilayah Persekutuan:


NEGARAKU MAJU DAN SEJAHTERA

Negaraku Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah


Tanah tumpahnya darahku, Maju Membangun Dijulang Megah
Rakyat hidup Aman Sentosa Disepanjang Masa
bersatu dan maju, Teguh Disemai Sentiasa

Rahmat bahagia Membara Semangat Setiap Warganya


Tuhan kurniakan, Cergas Mindanya Semangat Waja
Raja kita Pada Wilayah Ditumpah Setia
selamat bertakhta, Hormat Hormati Penuh Mesra

Rahmat bahagia Bersatulah


Tuhan kurniakan. Berbaktilah
Raja kita Semua Warga Wilayah
selamat bertakhta
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga

Kita Jaga Keharmonian Semua


Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

9
Tugasan: Sila layari pautan dibawah atau scan cr code untuk mendengar lagu berikut:

Lirik Lagu Kebangsaan Malaysia: Lagu Wilayah Persekutuan:


NEGARAKU MAJU DAN SEJAHTERA

https://bit.ly/2ISBOfv https://bit.ly/2WTj6cH

1.3 Menaikkan Bendera


Dalam pergerakkan istiadat menaikan atau mengibarkan bendera merupakan tradisi penting dalam
pergerakan pengakap. Diantara tugas yang perlu dijalankan adalah seperti berikut;

i. Mengikat, menaik dan mengibar bendera semasa memulakan aktiviti.


ii. Menurunkan bendera pada waktu petang jam 6.30 petang.

Adab Dan Tertib

1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan
tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.
2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
4. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu
sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh
tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.
6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau
diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.
8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan
digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.
9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya
dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar
bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.

Istiadat Menaikkan Bendera

1. Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera


2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera
3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia.
4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat

10
6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut
perkataan “bendera”,
7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan
berhenti di hadapan tiang bendera.
8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan.
9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam
kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain.
10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya.
11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu
Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia', Persetiaan Pengakap dan doa berturutan.
12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan
ucapan ringkas.
13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan
ahli pengakap untuk 'senang diri'.
14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia”
kepada ahli pengakap.
15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk
menjalankan tugasan lain.
16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya.
17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin.
18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli.

(V, 2018)

1.4 Mengenali Orang-orang Kenamaan

YANG DI-PERTUAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka


AGONG Baginda Yang di-Pertuan Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan
Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
D.K., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K. (Terengganu), D.K.
(Johor), S.P.M.J., P.A.T.

Negeri: Pahang

http://www.majlisraja-raja.gov.my

SERI PADUKA Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka


BAGINDA RAJA Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah
PERMAISURI Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-
AGONG Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-
Haj
D.K., D.K. (Johor), S.P.M.J.

http://www.majlisraja-raja.gov.my

11
MENTERI WILAYAH YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim
PERSEKUTUAN
https://www.kwp.gov.my/index.php/info-
korporat/pengurusan-atasan/menteri

Tugasan; tampal gambar dan tulis nama penuh

1.5 Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap

Persetiaan Pengakap

“Bahawa dengan segungguhnya,


Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya,
Dengan seberapa daya upaya saya,
Akan,
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang pengakap.

Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong
dan Raja-Raja, Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya serta orang-orang di
bawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sehabat kepada sekelian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau
apa pun negara, negeri, bangsa, pangkat dan agamanya.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada haiwan.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua
Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya tanpa persoalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan sentiasa senyum walaupun semasa
kesusahan.
9. Pengakap sentiasa berjimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
Video lagu Undang-undang pengakap https://bit.ly/2Zy411Q

12
2.0 KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

2.1 Asas Perbarisan

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak.
Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri.
Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa
pergerakan dalam asas perbarisan.

Masuk Baris

Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan
ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan
perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada
dalam ’sedia’.

Sedia

Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm.
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu
didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.

Senang Diri

Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan
’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus.
Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.

Rehatkan Diri

Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan
pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.

Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan

Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan
pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali
’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki
kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat.
Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya
menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga
barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan
belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang
berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan
sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar
arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan.
Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.

13
Ke Kanan Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap
dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah
kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan
dan hujung kaki kiri.

Ke Kiri Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap
dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah
kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan
hujung kaki kanan.

Ke Belakang Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap
dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki
kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Buka Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang
sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam
keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke
hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki
kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

Tutup Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang berada di
barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’.
Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke
belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

Langkah Ke Sebelah

Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan
langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah
ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-
kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan
kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya
dalam kedudukan sedia.

14
Paras

Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat
pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan.

Keluar Baris

Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila
hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan
kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.

Bersurai

Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan,
Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan
denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah. http://scoutjempol.blogspot.com

Video Kawad Kaki Pengakap Johan Peringkat Kebangsaan 2018 https://bit.ly/31Txi9k

Berikan 2 keping gambar sebagai bukti anda berkawad

2.2 Kawad Tongkat

Latihan Kawad Tongkat merupakan lanjutan daripada latihan Kawad Kaki. Latihan Kawad Kaki dan
Kawad Tongkat menggunakan bahasa hukuman serta pergerakan tentera. Pergerakan Kawad Tongkat
berasaskan kepada pergerakan Kawad Kaki dengan penambahan beberapa pergerakan menggunakan
tongkat.

Spesifikasi Tongkat Pengakap:

i. Panjang tongkat Pengakap ialah 360 sentimeter.


ii. Diameter tongkat Pengakap ialah 3 sentimeter.
iii. Lurus dan licin tanpa sebarang aksesori.
iv. Tongkat boleh menggunakan rotan atau kayu bulat.

Rehatkan Diri

Seperti dengan sedia.


Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil tongkat.

Senang Diri

Seperti dengan rehatkan diri.


Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.

15
Sedia

Sama dengan kedudukan sedia tanpa tongkat. Tongkat dipegang dengan menggunakan ibu jari kanan.
Tapak tongkat berada di atas tanah.

Baring tongkat

Pengakap menurunkan tubuh secara menegak. Kaki kiri menghentak ke hadapan. Lutut kanan bergerak
sehingga mencecah tanah. Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah. Berdiri sedia tanpa memegang
tongkat.

Angkat Tongkat

Turunkan tubuh secara menegak. Kaki kiri dihentak ke hadapan. Lutut kanan digerakkan sehingga
mencecah tanah. Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah. Ambil tongkat dengan tangan kanan dan
kemudian berdiri dalam keadaan sedia.

Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat

Dalam keadaan sedia. Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.
Alihkkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90°. Tangan kanan diangkat apabila doa
dibacakan.

Hormat dengan Tongkat

Angkat tangan kiri dengan menggunakan 3 jari. Mencecah tongkat. http://scoutjempol.blogspot.com

Video Kawad Tongkat Pengakap https://bit.ly/2Krzv66

Berikan 2 keping gambar sebagai bukti anda berkawad

2.3 Isyarat-isyarat tangan pengakap

Isyarat menggunakan tangan adalah untuk memberi hukuman menggantikan suara atau arahan lisan.

Satu Barisan Panjang

Pemimpin berada dalam keadaan sedia dan menggenggam kedua-dua tangan. Kemudian mendepa
kedua-dua belah tangan.

16
Buka Barisan

Pemimpin menggenggam tangan dan seterusnya mendepakan siku. Pergerakan pengakap adalah sama
seperti pergerakan buka barisan dengan arahan lisan.

Tutup Barisan

Pemimpin berada dalam kedudukan buka barisan, kemudian menggerakkan siku ke hadapan.
Pergerakan pengakap adalah sama seperti pergerakan tutup barisan dengan arahan lisan.

Tapak Kuda / Ladam Kuda

Pemimpin berdiri dalam keadaan sedia, kedua tangan bersilang di dada dan jemari digengam. Pengakap
bersedia untuk membuat ladam kuda apabila kedua-dua tangan pemimpin diluruskan dikedudukan 45º
dari badan.

Sedia

17
Senang diri

Rehatkan diri

Patrol berbaris memanjang di hadapan pemimpin

Bersurai

Rujukan; https://bit.ly/2RqFBEx Tugasan; Tampal dan tulis arahan

18
2.4 Halangan Komando

Berbagai Aktiviti Halangan Komando

Langkah-langkah Keselamatan

i. Menempatkan petugas bagi setiap bes


ii. Memberi taklimat dan penerangan yang secukupnya tentang aktiviti yang akan dijalankan kepada
setiap peserta.
iii. Sentiasa mengawasi setiap aktiviti.
iv. Menggunakan peralatan yang sesuai dan selamat digunakan.
v. Menyediakan persiapan awal sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan.

Berikut beberapa contoh aktiviti halangan komando yang boleh sediakan di kawasan suatu perkhemahan.

Menggayut Tali (Meniti tali) Memanjat Tembok


(Kekuatan Tangan Dan Badan)

Melalui Terowong ( Merangkak Dalam Terowong ) Meniti Pacak ( Imbangan Badan )

19
Menggayut Monyet ( Kekuatan Tangan Dan Kaki ) Merangkak Komando / Merangkak Bawah Jala

Berikan 2 keping gambar sebagai bukti telah menjalankan halangan komando

2.5 Melipat dan Mengibarkan Bendera

Tatacara Melipat Bendera

1. Dua (2) orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.


2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak terbalik.
3. Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan bendera).
4. Bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap.
5. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke dalam
lipatan tersebut.
6. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.

Tugasan:
Lihat video istiadat mengibar dan melipat
bendera https://bit.ly/2RxOAnL
i. Tulis tatacara mengibar bendera
berdasarkan video diatas
ii. Lukis tatacara untuk melipat
bendera.

20
3.0 KEMAHIRAN BERPENGAKAP

3.1 Menjaga dan menyimpan pisau serta parang.

3.1.1 Kegunaan Pisau

Memotong benda-benda kecil dan sederhana kecil lembut.


Meraut (rotan, buluh, kayu kecil dan lain-lain)

Cara Membersihkan Pisau

Basuh dan lap pisau selepas digunakan.


Sapu minyak pada pisau ketika hendak disimpan supaya tidak berkarat.

Cara Menjaga Dan Menyimpan Pisau

i. Mata pisau hendaklah selalu tajam.


ii. Gunakan mesin pencanai atau batu pengasah untuk mengasah.
iii. Jangan letak pisau di merata tempat. Letakkan di tempat yang mudah di capai dan jauh dari laluan.
iv. Jangan jadikan pisau seperti permainan. Pisau boleh menyebabkan cedera dan terbunuh.

3.1.2 Kegunaan Parang Atau Golok

Membelah atau mengerat benda yang agak keras.


Meraut atau memotong buluh, kayu kecil dan lain-lain.

Cara Menjaga Parang Atau Golok

i. Mata parang hendaklah sentiasa tajam.


ii. Gunakan alatan yang sesuai semasa mengasah.
iii. Jangan bergurau semasa memegang parang atau golok.

Rujukan; https://bit.ly/2WNsheA

Kedudukan pisau/parang semasa diasah

21
3.2 Simpulan dan Ikatan

3.2.1 Simpul himpit

Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus /licin seperti tali tangsi

3.2.2 Simpul Pulih

Diguna untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya. Memendekkan tali yang
panjang tanpa memotongnya.

22
3.2.3 Bunga Geti Berganda

Untuk menyambung 2 tali yang tidak sama besar. Untuk menyambung 2 tali yang licin. Sambungan yang
dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah terutai.

3.2.4 Lilit Balak

Untuk mengikat tali pada balak. Untuk memindahkan atau mengeret kayu atau batang balak

23
3.2.5 Lilit Taut

Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya boleh dikendurkan atau
diregangkan.

3.2.6 Ikat Seraya

Mengikat dua batang kayu atau buluh yang berpalang.

24
3.2.7 Ikat Serong

Mengikat 2 batang kayu atau buluh yang bersilang.

Tugasan:
Sila hasilkan semua model ikatan pada sebuah kertas kadbord.
Contoh https://bit.ly/2IvFe9b

3.3 Undang-undang Lalulintas Jalanraya

Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan
jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa
di jalan raya. Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan
kita boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas,
perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas.

Pejalan Kaki

i. Mendengar nasihat guru dan pemimpin pengakap.


ii. Jangan berlari / bermain di jalan raya.
iii. Menggunakan tempat yang disedia khas seperti jejantas untuk melintas jalan raya.
iv. Melintas jalan selepas bas bergerak jauh.
v. Jangan berebut-rebut menaiki bas atau apa-apa kenderaan.

Keselamatan Pejalan Kaki

Isu keselamatan pejalan kaki hebat diperkatakan di media-media baik media cetak mahu pun media
elektronik.

25
Antaranya adalah kadar kematian pejalan kaki iaitu pada kadar 562 kematian setahun. Jumlah ini telah
menjadikan pejalan kaki merupakan golongan ke-3 tertinggi di dalam statistik kematian akibat kemalangan
jalan raya.

Untuk itu, beberapa kaedah keselamatan bagi pejalan kaki telah dikongsi agar dapat dimanfaatkan oleh
semua.

Memakai Pakaian Cerah

i. Supaya mudah dilihat oleh kenderaan lain


ii. Penggunaan jaket keselamatan dengan pemantul cahaya juga boleh membantu

Jangan Membelakangi Kenderaan

i. Jalan menghadap lalu lintas (supaya mudah melihat keadaan lalulintas yang berdekatan)
ii. Jangan berjalan terlalu rapat dengan jalan raya (gunakan laluan pejalan kaki)

Gunakan Kemudahan Untuk Melintas

i. Lebih 70% kemalangan melibatkan pejalan kaki adalah berpunca daripada sikap mereka yang
tidak menggunakan kemudahan untuk melintas yang telah disediakan atau pun melintas di tempat
yang salah
ii. Lintasan pejalan kaki
iii. Lintasan berisyarat/lintasan undan (lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat dan
butang serta dua lampu berwarna merah dan hijau {orang merah dan orang hijau} di mana apabila
hendak melintas pengguna jalan raya perlu menekan butang
iv. Jejantas

Berhati-Hati Semasa Melintas

i. Pastikan keadaan adalah benar-benar selamat sebelum melintas


ii. Jangan sekali-kali berdiri di tengah-tengah jalan sewaktu hendak melintas
iii. Pimpin anak-anak semasa hendak melintas jalan

Sentiasa Awasi Anak-Anak

i. 40% daripada kemalangan pejalan kaki melibatkan golongan kanak-kanak berumur 6 hingga 10
tahun.
ii. Anak-anak perlu sentiasa ditemani oleh orang dewasa apabila berada di atas jalan raya kerana
orang dewasa lebih berkemahiran untuk menganggar jarak dan membuat keputusan
iii. Kerjasama pengguna jalan raya yang lain iaitu pemandu kenderaan dan penunggang motosikal
untuk bersikap lebih prihatin dengan memberhentikan kenderaan di lintasan pejalan kaki sekiranya
terlihat ada pejalan kaki yang menunggu untuk melintas jalan.

Penunggang Basikal

i. Basikal sentiasa berada dalam keadaan baik.


ii. Menunggang di kiri jalan.
iii. Menunggang basikal dalam satu barisan.

26
iv. Pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain sebelum membelok ke kanan atau ke kiri.
v. Jangan berbual-bual, berlumba dan melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya semasa
menunggang basikal.
vi. Memahami dan mengetahui isyarat-isyarat jalan raya.
vii. Tidak menunggang basikal secara berkumpulan.
viii. Berikan isyarat tangan sebelum melintas jalan raya.

Keselamatan Ketika Menunggang Basikal

Pelbagai alat pelindungan direka khas bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius jika berlaku sesuatu
yang tidak diingini. Pemakaian topi keselamatan yang betul dan menepati piawaian dapat melindungi
kepala daripada kecederaan yang teruk jika terjatuh daripada basikal. Gambar di bawah menunjukkan topi
keselamatan bagi penunggang basikal.

Topi Keselamatan Penunggang Basikal

Alat-alat keselamatan yang lain termasuklah pelindung siku dan lutut. Ia juga tidak kurang penting
berbanding topi keselamatan. Pemakaian pelindung siku dan lutut dapat mengelakkan kecederaan serius
terhadap kedua-dua anggota tersebut. Anggota ini mudah tercedera apabila terjatuh di tempat yang keras
dan penggunaan pelindung siku dan lulut amatlah digalakkan ketika menunggang basikal. Gambar di
bawah menunjukkan pelindung siku dan lutut yang sesuai bagi penunggang basikal.
Pelindung Lutut

Pelindung Siku

Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Melindungi kaki harus menjadi keutamaan
kerana kaki adalah anggota yang sangat penting penting ketika menunggang basikal. Kasut yang sesuai
bersifat melindungi. Gambar di bawah menunjukkan kasut yang sesuai digunakan oleh penunggang
basikal. Elakkan pemakaian selipar ketika menunggang basikal.

Kasut Sukan

Antara alat keselamatan lain termasuklah jaket pemantul cahaya. Jaket ini sangat penting terutamanya
ketika menunggang pada malam hari atau cuaca yang gelap. Ini untuk menyedarkan pengguna jalan raya
lain kehadiran kita di jalan raya. Pemakaian pakaian yang terang juga penting, sama penting seperti
pemakaian jaket keselamatan bagi menyedarkan kehadiran kita si bahu jalan.

27
Isyarat-isyarat lalulintas jalanraya

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 - https://bit.ly/2ItVUhi


Sumber-ISYARAT LALULINTAS - https://bit.ly/2RqFOHL & https://bit.ly/2KqVgTJ

3.4 Memilih Tapak Perkhemahan

Sumber Asas

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil
kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak,
minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat

28
dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras
air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi
sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat.
Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur.
Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.

TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana
dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus
memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini
merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan
itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh
dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang
untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

Perhubungan

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar
kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung
dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda
menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran
dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.

Sinar Matahari

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara
lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang
indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta
perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

Denai Binatang

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan
menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

Teknik Memilih Tapak Perkhemahan

i. Carilah tapak perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.


ii. Terdapat sumber/punca air berhampiran.
iii. Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.
iv. Terlindung daripada tiupan angin secara terus.
v. Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.
vi. Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

29
vii. Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas,
parking kereta dan lain-lain.

Elakkan Dari Tempat Berikut

i. Kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)
ii. Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)
iii. Berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh
nyamuk, haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga
menyukarkan pergerakan.
iv. Di atas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)
v. Di kawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah)
vi. Di bawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)
vii. Di bawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)
viii. Di bawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-
gatal), juga pokok yang berduri.
ix. Di atas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia
x. Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan
juga akan menakutkan haiwan)
xi. Di kawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap. (penyakit)
xii. Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku kepala air)

Rujukan; https://bit.ly/2FioX5e

3.5 Keperluan Peribadi untuk Berkhemah

Keperluan dan peralatan untuk berkhemah perlu disediakan lebih awal. Pemilihan keperluan peribadi
sangat penting supaya bekalan yang dibawa ringan. Antara peralatan dan keperluan biasa bagi setiap
individu yang menyertai perkhemahan ialah;

i. Pakaian Seragam Pengakap


ii. Pakaian Lain (T-shirt, seluar, seluar dalam, dll.)
iii. Tikar
iv. Peralatan ibadat
v. Pisau kecil, parang, dll.
vi. lampu picit
vii. Alat kegunaan makan (pinggan, sudu, dll.)
viii. Minyak rambut, cermin bedak, dll.
ix. Bekalan Makanan yang cukup.
x. Bantal, Kain selimut
xi. Duit yang cukup (tidak membawa duit yang terlalu banyak)
xii. Alat tulis
xiii. Lain-lain keperlyuan jika perlu.

30
3.6 Alatan Pertolongan Cemas Peribadi

Untuk mengikuti sesuatu pengembaraan, pengakap hendaklah menyediakan sendiri alat-alat dan
keperluan pertolongan cemas. Alat-alat ini adalah semata-mata untuk keperluan sendiri. Alat-alat dan
keperluan yang harus disediakan adalah seperti berikut:

1. pembalut kecemasan yang kecil (tiga bungkus)


2. pembalut kecemasan yang sederhana (tiga bungkus)
3. sekurang-kurangnya empat pembalut segitiga
4. ubat pencegah kuman
5. ubat pencegah penyakit
6. berbagai jenis kain pelekat (plaster)
7. sepit pembalut
8. pin keselamatan
9. jangka suhu
10. penyepit kapas
11. kain pelekat yang tidak kering
12. alat pencuci mata
13. gunting hujung bulat
14. kertas dan pensel
15. segulung pelekat plaster
16. enam keping kain kasar yang bersih daripada kuman
17. kain kapas yang berkuntum
18. bekas untuk cecair pencegah kuman
19. kain kapas
20. kapas pembalut yang sesuai
21. cecair pembunuh kuman
22. kertas tisu
23. kain pembalut putih
24. pembalut kecemasan yang besar
25. lampu suluh
26. ubat cuci biru
27. ubat cuci kuning
28. dettol
29. ubat pening seperti panadol, dusil dan sebagainya
30. smelling salts

3.7 Menghidupkan api

Kayu yang baru dipotong atau yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana
kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak. Oleh itu,
penggunaan ranting- ranting atau dahan-dahan kayu adalah lebih sesuai. Beberapa batang kayu disusun
selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran. Sekiranya
kayu ini tidak mahu digunakan, periksalah terlebih dahulu kawasan itu.
Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup
kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering. Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula
menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.

31
Memulakan api

Gunakan andang dan nyalaan hendaklah bermula dari bahagian tengah unggun api. Api akan membakar
timbunan itu secara berperingkat-peringkat. Sebaik sahaja anda selesai menghidupkan api, mancis
mestilah dipadam dan batangnya dipatahkan kepada dua untuk memastikan tiada nyalaan lagi.

Bahan-bahan untuk memulakan api:

i. daun kering
ii. ranting
iii. kayu kering yang besar
iv. rumput kering/kulit kayu yang kering dan lembut

Peringatan:

i. Persilangan kayu mestilah dibuat untuk membolehkan cukup oksigen membantu pembakaran.
sekiranya asap yang banyak keluar, ini bererti kayu mungkin tidak cukup kering. Carilah kayu yang
ringan dan kering.
ii. Biasanya, apabila hujan turun, hanya bahagian luar kayu sahaja yang basah, melainkan hujan
terlalu lebat dan berpanjangan. Jika bahagian luarnya basah, belahlah kayu tersebut kemudian
ambillah bahagian dalamnya.
iii. Rapatkan kayu yang lembap tadi berhampiran dengan nyalaan api supaya kayu tersebut kering
perlahan-lahan

semasa anda menghidupkan api, pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya
mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.

Memadamkan api

Sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan, pastikan api dipadamkan. Jangan tinggalkan bara atau
kesan pembakaran. Jirus api tersebut dengan air. Taburkan tanah atau pasir dan pijakkan sehingga
mampat. Letakkan semula rumput yang telah dipindahkan dari kawasan yang digunakan, kemudian jiruslah
dengan air supaya rumput itu dapat hidup semula.

Memasak

Pengakap perlu mengetahui cara menyediakan minuman serta memasak makanan yang mudah untuk diri
sendiri. Makanan seperti berikut perlu diketahui oleh pengakap.
i. nasi putih
ii. sejenis masakan sayur
iii. menggoreng telur
iv. memanaskan makanan dalam tin
v. menyediakan minuman

3.8 Berkhemah Sekurang-kurangnya 1 malam

Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat tinggal sementara bagi berteduh dan bermalam.
Daripada berkhemah dapat melatih hidup berdikari serta mengamalkan pelajaran yang diajar dalam

32
pengakap. Ia juga dapat melatih memasak, bermain, belajar, bekerja dan bersuka ria Bersama-sama rakan
pengakap yang lain. Untuk melengkapkan Lencana Usaha, semua ahl pengakap perlu berkhemah
bersama ahli yang lain sekurang-kurangnya satu malam.

Matlamat

i. Melatih menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab.


ii. Meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah.
iii. Memberi peluang mempraktikkan segala kemahiran.
iv. Melatih Berdikari.
v. Mengeratkan tali persaudaraan antara pengakap mahupun di antarabangsa
vi. Menggalakkan mendapat lencana-lencana kemajuan dan kepandaian.
vii. Menyedarkan pengakap agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan.

Untuk melengkapkan tugasan ini, sila tulis di dalam buku log perkara-perkara berikut;

i. Tajuk: Laporan Berkhemah


ii. Tarikh perkhemahan tersebut dilaksanakan.
iii. Tempat perkhemahan.
iv. Senarai ahli perkhemahan.
v. Alatan yang telah digunakan.
vi. Membuat log aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan.
vii. Memberikan beberapa keping gambar semasa perkhemahan dijalankan.
viii. Mendapatkan pengesahan pemimpin kumpulan.

Contoh Laporan perkhemahan: https://bit.ly/2MYvSXC

3.9 Arah Mata Angin dan Mengenali Peta Topo

Arah Mata Angin

Menentukan arah mata angin yang betul dan


tepat sangat penting kepada ahli pengakap,
terutama semasa mengembara dan
menjelajah di hutan belantara atau mendaki
bukit dan gunung.

Bagi menunjukkan arah mata angin dengan


tepat, peralatan yang digunakan ialah
kompas. Arah yang ditunjukkan oleh jarum
kompas ialah Utara, yang dikenali sebagai
utara magnet. Berpandukan arah utara ini,
arah-arah mata angin yang lain seperti
selatan, timur, barat dan mata-mata angin
yang lain dapat ditentukan dengan mudah.

Video cara menggunakan kompas;


https://bit.ly/2qFBzuK
Tugasan; Tulis tatacara ringkas menggunakan kompas, berdasarkan video yang diberikan.

33
Peta Topo

Pengenalan

i. peta topo (peta rupa bumi) yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur Malaysia mempunyai berbagai-
bagai maklumat.
ii. peta-peta tersebut diwarnakan (sehingga enam jenis warna) dan mempunyai garis-garis dan
symbol-simbol berserta makna bagi kedua-dua itu dalam petunjuk peta tersebut.
iii. maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah:
a. Rupa bumi dari garis kontur
b. Bentuk saliran
c. Tumbuhan semulajadi
d. Jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain
e. Bentuk petempatan
f. Bentuk perhubungan
iv. Pengetahuan dari segi kaedah dan pendekatan dalam kajian dan tafsiran peta amat perlu untuk
membolehkan maklumat-maklumat dalam peta tersebut dapat dibaca dan ditafsir.

Definasi Peta Topo

Suatu unjuran grafik permukaan bumi ini yang menunjukkan taburan semua unsur-unsur yang terdapat,
termasuk unsur semula jadi dan binaan manusia.

34
Tujuan

i. Supaya dapat mencari jalan dimerata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah.
ii. Supaya dapat memahami keterangan yang diberikan di atas peta.
iii. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam penyampaian maklumat dan perintah
berkenaan pergerakan dan arahan.

Cara Menjaga Peta

i. Peta adalah satu dokumen yang mudah rosak, jika tidak dijaga dengan rapi terutama sekali di
dalam perjalanan. Bekalan peta selalunya tidak mencukupi dan terhad. Dengan itu peta hendaklah
dihindarkan daripada basah, lumpur dan terkoyak.
ii. Peta-peta itu hendaklah dibalut dengan plastik supaya tidak terkena air dan terkoyak.
iii. Jangan sekali-kali menggunakan pen atau lain-lain bahan tulis yang tidak boleh dipadam.
iv. Peta adalah satu dokumen penting, hendaklah dijaga dan disimpan yang ditempat yang selamat.

Maklumat Di Luar Garisan Peta

i. Tajuk Peta – selalunya pekan yang penting atau kawasan.


ii. Bilangan peta yang tepat untuk dibuat rujukan. Ia mengandungi no. siri, no. syit dan cetakan.
iii. Nama penerbit dan tarikh diterbitkan.
iv. Garisan sukatan atau skala. Boleh dibaca di dalam batu, ela dan kilometer.
v. Nama pencetak dan tarikh cetakan.
vi. Penunjuk kepada peta-peta penyambung dan peta sempadan negeri lain.
vii. Petunjuk peta.
viii. Rajah perubahan yang tepat dari utara grid ke utara sebenar. Perubahan tahunan disegi
perubahan megnetik diberi disini.
ix. Penerangan bagaimana mengambil rujukan peta.

Ketepatan Peta

Peta adalah gambaran tanah yang dilukis mengikut sukatan. Walaubagaimanapun tepat peta dibuat, ia
adalah gambaran tanah untuk masa peta dibuat. Perubahan-perubahan berikut mungkin telah berlaku
sejak ianya disemak.
i. Pekan, jalanraya dan jalan keretapi mungkin telah dibangun dan di bina.
ii. Hutan / kebun – mungkin telah dipotong atau ditukat kepada pertanian jenis lain.
iii. Garisan pantai – mungkin telah berubah akibat hakisan.
iv. Sungai – Arah perjalanan sungai mungkin telah berubah akibat perubahan manusia atau hakisan

Rujukan; https://bit.ly/2x88AUw

3.10 Isyarat Sulit Pengakap

Aktiviti pengakap menggalakkan ahlinya mengembara di hutan atau mendaki bukit. Kemahiran mengecam
dan membuat isyarat sulit sangat penting. Ini bertujuan untuk mengelakkan tersesat dan membantu rakan
lain untuk mengikuti jejaknya. Isyarat ini diperbuat dari batu, ranting kayu, rumput, atau dilorekkan di atas
tanah dan sebagainya.

35
Isyarat sulit pengakap
Rujukan: https://bit.ly/2ZBRMRI

36
3.11 Mengembara sejauh 8km, berjalan kaki dalam patrolnya. Membuat laporan
bertulis dalam buku log.

Dalam menyelesaikan tugasan ini, ahli pengakap muda perlu merancang perjalanan sejauh 8km dan
membuat laporan bertulis dalam buku log. Sebelum memulakan pengembaraan, beberapa perkara yang
perlu disediakan iaitu;

i. Borang Kebenaran Ibubapa


ii. Borang perakuan kesihatan
iii. Membawa tali Pengakap, tongkat Pengakap & kompas silva
iv. Membawa peti pertolongan cemas
v. Membawa alatan makanan dan minuman secukupnya
vi. Berbincang peta perjalanan dengan pemimpin
vii. Berbincang dengan pemimpin apakah yang akan anda lakukan semasa dalam pengembaraan

Peringatan Semasa Ekspedisi

i. Undang-Undang Pengakap, peraturan lalu lintas dan peraturan/ kod luar bandar‟ merupakan
peraturan utama ekspedisi ini.
ii. Berpakaian seragam lengkap pengakap adalah diwajipkan sepanjang ekspedisi.
iii. Imej pengakap hendaklah sentiasa dijaga. Sentiasa bersopan santun apabila berada di luar agar
Pengakap akan dihormati oleh orang lain.
iv. Anda dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad ahli Pengakap anda pada sepanjang
masa.
v. Ketua patrol mestilah membahagikan tugas dan menjalankannya secara berpasukan, iaitu
system berpatrol. Setiap ahli mestilah membuat tugasan yang diberi secepat mungkin agar tidak
membazirkan masa.
vi. Anda tidak dibenarkan membeli barang-barang sepanjang ekspedisi ini.
vii. Anda boleh diperiksa pada bila-bila masa sepanjang ekspedisi ini, sehingga anda melapor balik
kepada penguji.
viii. Sentiasa ingat bahawa keselamatan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

Format Laporan

i. Tarikh dan hari pengembaraan


ii. Masa mula dan tamat pengembaraan.
iii. Tempat bermula dan tamat pengembaraan.
iv. Senarai ahli patrol terlibat.
v. Laporan perjalanan adalah seperti berikut;
Masa Laporan Cuaca

Contoh laporan; https://bit.ly/2Y0VbJJ


vi. Laporan tugasan pengembaraan (1km hingga 4km) & 5km hingga 8km)
vii. Peta lakaran perjalanan.
viii. Gambar atau *video pengembaraan

*Dengan kemudahan teknologi, laporan pengembaraan boleh dibuat menggunakan video, yang dipanggil
Vlog. Contoh Vlog Pengembaraan; https://bit.ly/2x7PzBE

37
4.0 KECENDERUNGAN DAN MINAT

4.1 Kraftangan

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja
tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Antara jenis kraftangan
yang boleh dilakukan ialah;
i. Alat domestik;
a. Tudung saji
b. Tudung rotan
c. Tudung saji mengkuang
ii. Alat permainan
a. Congkak
b. Wau
c. Batu seremban
d. Sepak raga
e. Gasing
iii. Alat pertahanan diri
a. Keris
b. Lembing
c. Perisai
d. Golok
iv. Perhiasan diri (ornament)
v. Batik
vi. Tekat
vii. Ukiran
viii. Tenunan
ix. Anyaman
x. Tembikar

Kraf tangan merupakan satu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada ahli pengakap. Seorang pengakap
perlu melakukan SATU kraf tangan. Kraf tangan itu mestilah diperbuat daripada buluh, surat khabar, kayu
atau sebagainya. Membentang tentang kegunaannya kepada ahli patrolnya.

Laporan di dalam buku log perlu mempunyai


i. Jenis kraftangan
ii. Bahan-bahan yang digunakan
iii. Kegunaan kraftangan
iv. Gambar hasilan kraftangan

Contoh menghasilkan kraftangan;


https://bit.ly/2XxXszb - kertas
https://bit.ly/2ZxU0BR - botol plastik
https://bit.ly/2IZnjq2 - wau

38
4.2 Plaster Cast

Plaster ialah suatu bahan binaan yang digunakan sebagai lapisan untuk tujuan perlindungan atau hiasan
dinding dan siling serta untuk membentuk dan mengukir hiasan tersebut. Jenis-jenis plaster biasa
mengandungi sama ada gipsum, batu kapur atau simen, namun kesemua jenis berfungsi dengan cara yang
sama.

Bahan ini dihasilkan dalam bentuk serbuk kering dan dicampur dengan air untuk membentuk suatu pes
yang pekat tapi mulur sebaik sebelum ia ditempelkan kepada permukaan - tindak balas serbuk plaster
dengan air membebaskan haba melalui suatu tindakan penghabluran yang kemudiannya mengeraskan
plaster tersebut. Ia dapat dikerjakan dengan mudahnya baik menggunakan alat logam mahupun juga kertas
pasir. Ia bukanlah bahan yang kuat, maka bahan penyokong yang tersembunyi mungkin diperlukan untuk
ukiran hiasan yang menggunakan bahan mentha yang agak banyak.

Plaster jenis tertentu turut digunakan untuk tujuan perubatan, terutamanya bagi menyokong tulang-tulang
kaki dan tangan yang patah sebelum ia diikat sehingga tempoh yang tertentu agar dapat pulih sepenuhnya.

(Melayu, 2019)

Menghasilkan Plaster Cast dengan menggunakan Plaster Of Paris.

i. Bersihkan tapak atau jejak yang akan diambil.


ii. Buat satu bekas untuk meletakkan acuan dengan menggunakan daun atau sebagainya.
iii. Sediakan acuan (Plaster Of Paris) secukupnya berdasarkan saiz.
iv. Masukkan acuan ke dalam bekas tadi dan tunggu sehingga keras.
v. Tanggalkan bekas daripada acuan yang telah keras.
vi. Bandingkan hasil kamu dengan hasil rakan-rakan lain.

Rujukan; https://bit.ly/2IvAqk6
Video; https://bit.ly/2J1JXOz

39
4.3 Rekod 12 Orang Sahabat Pena

Sahabat Pena bermaksud sahabat atau rakan yang berhubung dengan cara berutus surat. Bagi
melengkapkan tugasan ini, ahli pengakap perlu menyenaraikan DUA BELAS orang sahabat pena mengikut
format berikut;

i. Nama
ii. Alamat
iii. No Telefon
iv. Emel
v. Facebook / Instagram
vi. Cita-cita
vii. Nama Kumpulan / Sekolah

5.0 PERKHIDMATAN

5.1 Balutan Anduh

5.1.1 Kain Anduh

Kegunaan Terdapat 3 jenis anduh

i. mengampu bahagian cedera i. anduh besar / lebar


ii. menahan darah ii. anduh leher dan lengan
iii. membalut bahagian cedera/patah iii. anduh segi tiga.

5.1.2 Melipat Kain Anduh

i. Kain anduh dan pin.


ii. Balut tempat yang luka dan patah. (gunakan tuaman ais jika perlu).
iii. Tampung tulang yang patah itu dengan tangan lagi satu. Angkat tangan patah itu ke paras dada.
iv. Selitkan kain anduh antara lengan dan badan dari arah kawasan yang tidak tercedera.
v. Rendahkan hujung kain anduh dan naikkan belah lagi satu ke arah leher.
vi. Ikat buku sila hujung kain anduh.
vii. Lepaskan tangan yang menampung tulang yang patah itu.
viii. Kemaskan bucu kain anduh dan pinkan.
ix. Pastikan tangan lebih tinggi dari siku.
x. Periksa nadi dan warna hujung jari sentiasa.

40
5.1.3 Anduh Tangan dan Kaki

Anduh tangan

Anduh tapak tangan Anduh Siku

Anduh tapak kaki

Anduh Lulut

41
5.2 Tindakan Kecemasan

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas ialah rawatan segera dan sementara yang diberikan oleh pengakap kepada seseorang
pengakap atau seseorang lain yang ditimpa kecederaan atau kemalangan, sebelum dibawa ke klinik atau
hospital atau sebelum ketibaan doktor. Pertolongan cemas yang cepat dapat menyelamatkan nyawa,
menyembuh dan mengelakkan kecederaan sebelum orang berkenaan mendapat rawatan doktor.

Walaupun pengakap bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas atau ilmu perubatan, namun
mereka harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan sementara ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana
pengakap yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering juga berhadapan dengan kemalangan
dan kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara merawat segera.

Jika Berlaku Kemalangan

Sebagai orang pertama yang berada dilokasi kemalangan, kita perlu;

i. Memberhentikan kenderaan jika anda orang pertama melihat kemalangan di hadapan anda.
ii. Tidak perlu memberhentikan kenderaan dengan niat ingin membantu (selain jika anda seorang
paramedik terlatih), jika anda lihat telah ramai orang awam mengerumuni mangsa kerana
tindakkan anda hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas seterusnya menyukarkan
ambulans untuk sampai kepada mangsa.
iii. Menenangkan mangsa serta ahli keluarga mangsa.
iv. Mengawal lalu lintas agar tidak mengalami kesesakan jalan raya di kawasan tersebut.
v. Menelefon dengan segera panggilan kecemasan 999 dan terangkan dengan terperinci setiap
soalan yang ditanya agar memudahkan polis, bomba dan paramedik yang merespon bersedia
dengan alatan dan pasukan yang cukup.
vi. Jika mangsa mampu bergerak tetapi dalam keadaaan lemah, bantu mangsa dan alihkan pesakit
di tepi jalan atau tempat yang lebih selamat.
vii. Alihkan serpihan serpihan bekas kecelakaan yang mungkin berbahaya dan boleh memudaratkan
keadaan sekeliling.
viii. Jika mangsa tidak sedarkan diri, cuba kejut pesakit dengan menepuk kedua bahu pesakit, jangan
sesekali cuba mengalihkan pesakit kerana ia mungkin akan menambahkan komplikasi kepada
mangsa seperti kepatahan tulang “cervical” (leher).
ix. Jika mangsa kelihatan seperti sudah tiada (meninggal dunia), letakkan surat khabar, plastik hitam,
atau apa sahaja perkara yang boleh menutupi mangsa, bagi menghormati mangsa.
x. Jika pasukan perubatan telah tiba, berikan laluan, dan biarkan pasukan perubatan melakukan
proses menyelamat. Jangan “mengajar” anggota perubatan cara.
xi. Membantu pasukan perubatan jika diminta sahaja, seperti membantu mengangkat mangsa.
xii. Pada kebiasaanya, jika kecelakaan terjadi, pasukan polis atau bomba akan turut serta, orang
awam dinasihati agar tidak masuk campur kerana ia hanya melambatkan proses menyelamat
dilakukan.
xiii. Jika melibatkan kecelakaan maut, dinasihatkan agar jangan alihkan mangsa dan barang
persekitaran kerana pihak polis ingin mengambil gambar kawasan setempat bagi mengetahui
punca sebenar dan mekanisma kecelakaan yang terjadi.

42
xiv. Jangan pegang mangsa pada kawasan yang di penuhi darah (kecuali dengan personal protection
yang baik), kerana kita sebagai manusia biasa tidak dapat menilai status kesihatan sesorang.
Sebagai contoh, mangsa tersebut mungkin penghidap HIV atau sebarang penyakit berjangkit.
xv. Jika mangsa mengalami pendarahan aktif “active bleed”, cuba tekap dan berikan tekanan pada
kawasan tersebut dengan sesuatu yang boleh membantu memberhenti / mengurangkan
pengeluaran darah tersebut.
xvi. Jangan mengambil gambar keadaan mangsa dan memviralkannya kerana ia mampu membuka
aib mangsa seterusnya menambahkan lagi kesedihan ahli keluarga mangsa.

Jika Berlaku Kebakaran

i. Ketahui Jalan Keluar Anda

Sekiranya berlaku kebakaran, langkah utama adalah untuk keluarkan keluarga dan diri anda dari
bahaya. Segera beritahu semua orang untuk meninggalkan bangunan. Jangan berlengah dengan
cuba untuk menyelamatkan barang berharga atau haiwan kesayangan, ataupun cuba menyiasat
punca kebakaran kerana api boleh merebak dengan pantas. Walaupun anda takut, jangan
bersembunyi di bawah katil atau dalam almari kerana api masih merebak. Sentiasa gunakan
tangga kerana lif boleh rosak disebabkan api. Sentiasa kekal tenang dan selamatkan diri
menggunakan laluan keluar yang telah dirancang.

ii. Jika terperangkap

Jika anda terperangkap dalam bangunan tinggi dan laluan keluar untuk menyelamatkan diri
terhalang, pergi ke bilik yang mempunyai tingkap dan pastikan kehadiran anda diketahui oleh
pasukan penyelamat dengan mengibarkan pakaian atau tuala melalui tingkap. Jika terperangkap
dalam bangunan bertanah, pergi ke bilik yang mempunyai tingkap dan pecahkannya dengan objek
berat, lalu keluar dari tingkap. Anda boleh melengahkan api dan asap daripada marak ke dalam
bilik dengan menutup ruang bawah pintu menggunakan selimut tebal atau pakaian.

iii. Kecemasan dan Keselamatan

Ajar anak anda nombor perkhidmatan kecemasan iaitu 999. Ajar mereka juga agar tidak
menyalahgunakan talian kecemasan. Hubungi nombor tersebut hanya jika terdapat kecemasan
sebenar. Maklumkan pasukan penyelamat jika ada sesiapa yang masih terperangkap dalam
bangunan yang sedang terbakar. Jangan cuba untuk masuk semula ke dalam bangunan untuk
menyelamatkan mereka yang terperangkap sendiri.

iv. Elakkan Daripada Menyedut Asap

Jika terdapat asap, sentiasa berada seberapa hampir yang boleh dengan lantai kerana ia kurang
berasap. Penyebab utama kematian dalam kalangan mangsa kebakaran adalah sedutan asap dan
bukan melecur. Sentiasa periksa sama ada terdapat asap di bawah pintu sebelum membukanya
kerana ia mungkin penuh asap (dan tombol pintu mungkin panas dan boleh melecur tangan).

v. Pakaian Terbakar

Sekiranya pakaian anda terbakar, jangan lari kerana ini akan memarakkan api. Ingat untuk
BERHENTI, REBAH dan BERGULING.

43
5.3 Memandu Orang

Satu lagi bahagian penting dalam bab tentang perkhidmatan ialah kebolehan dan keupayaan pengakap
menunjukkan jalan-jalan yang terdapat di daerahnya bagi menentukan kedudukan sesebuah bangunan
atau tempat-tempat penting di daerah anda. Dengan mengetahui nama dan kedudukan jalan-jalan di
daerah anda akan membantu atau memudahkan anda untuk menunjukkan sesuatu jalan terutamanya
kepada mereka yang bukan dari daerah itu, atau orang yang baru datang.

Bagi memudahkan pemahaman anda, anda boleh menyenaraikan jalan-jalan yang terdapat di daerah
anda, berserta petanda jalan yang berdekatan. Adalah lebih baik jika anda tahu atau faham akan
kedudukan jalan-jalan, terutamanya jalan-jalan utama. Ini akan memudahkan anda jika ada rakan-rakan
atau orang bertanyakan tentangnya.

Dengan kemudahan teknologi, aplikasi penunjuk jalan yang dikenali sebagai GPS telah memudahkan
manusia untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Antara aplikasi GPS yang sering digunakan ialah;

i. Google Maps

Adalah sebuah aplikasi penunjuk jalan terbaik yang sering digunakan oleh pengguna. Aplikasi ini
dikeluarkan oleh Google Inc. Aplikasi ini terdapat pada semua peranti telekomunikasi.

ii. Waze

Sebuah program aplikasi navigasi geografi berkaitan GPS bagi telefon pintar yang mempunyai sokongan
GPS dan skrin paparan yang menyediakan informasi ikut urutan dan masa perjalanan yang dikemukakan
pengguna dan maklumat laluan, memuat turun maklumat lokasi yang bergantung ke atas rangkaian telefon
mudah alih.

Tugasan; Tulis tatacara untuk mendapatkan lokasi sesuatu tempat dengan menggunakan aplikasi Google
Maps.

44

You might also like