Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Assalamualaikum

Mohon Semua Panitia selesaikan mesyuarat Panitia Kali Pertama sehingga 31 Mei 2023

Walaubagaimanapun Tarikh Mesyuarat sila rujuk rujuk Taqwim / selepas mesyuarat JKS kali pertama
10 April 2023.

Mesyuarat perlu dihadiri / turut serta oleh sekurang-kurang seorang wakil Pentadbir.

BM, PJPK dan SEJ – PK KO

M3, SN dan RBT – PK HEM

BI, PSV dan MZ – GB

PI dan BA - PKP

Antara Agenda Mesyuarat Panitia Kali Pertama


CONTOH 14 PERKARA YANG DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT PANITIA PERTAMA

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA

Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia,
penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS / KEWANGAN PANITIA

Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu
membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping
pemakluman tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk
pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia.

3. PASCA NILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN UASA / DIALOG PRESTASI

Analisis peperiksaan akhir tahun, perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk makluman
dan tindakan semua ahli. Tetapkan juga mengenai tarikh dialog prestasi

4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA / OPPM

Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR
yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program
perlu ada perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan
skop latihan/program.

5. PENGGUBALAN RPT / BOLEH DIRUJUK BILA DIMINTA

Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu
dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak
sekolah. Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.

6. BUKU REKOD MENGAJAR

Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran SEPERTI yang
ditetapkan dalam mesyuarat JKS
7. PENULISAN RPH

Format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama pada
tahun semasa berdasarkan kehendak terkini KPM

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN

Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi tahun
yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN

Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah
latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu
mempunyai 12 latihan penulisan.

10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN

- Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan
latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat
pertama dan kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.

- Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat
jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.

11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN

Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan
skop soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan
dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama.

12. PENCERAPAN

Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli
panitia.

13. PBS

Gerak kerja (prosedur) PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang yang
digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.

14. PLC / PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA

Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli


panitia.

* Perkara lain yang dirasakan sesuai boleh dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama.

You might also like