PB BM Kumpulan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KERTAS KERJA

WAWANCARA TOKOH BAHASA


ZURINAH HASSAN

BIL NAMA NO. ANGKA NO. KAD


GILIRAN PENGENALAN
01. BEVANNY ADELIA BENADICT K751LHKM00 060811121100
4
02. SUBATHRA PATRICK K751LHKM02 061122120772
7
03. TIFFANIE SIA MEE YIN K751LHKM02 060303120558
8

PENSYARAH PENILAI
PUAN NOORSHELLA BINTI RAIDIN

ANJURAN :
KUMPULAN 2
A01201 / HKM2022

SENARAI KANDUNGAN KERTAS KERJA

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Pengenalan 1
Matlamat / Latar belakang / Objektif

2 Maklumat Program 1
Tarikh / Masa / Tempat
3 Aturcara Program 2
Jumlah Jemputan / Sasaran / Cadangan Utama
4 Anggaran Peruntukan dan Sumber Kewangan 3

5 Perlantikan Jawatankuasa Pelaksana 3

6 Penutup 4

7 Syor untuk Pertimbangan dan Kelulusan 5

8 Teks Wawancara 6-8


1. PENGENALAN

Menyedari semakin ramai remaja yang kian melupakan tokoh bahasa di


negara ini, kami telah merancang untuk menganjurkan sebuah program
wawancara tokoh Bahasa iaitu Zurinah Hassan. Ini supaya, para pelajar
khususnya lebih mengenali tokoh bahasa di negara kita. Zurinah Hassan
merupakan seorang penyair dan tokoh Sasterawan Negara dari Malaysia.
Beliau dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah, dan telah menghasilkan
sebanyak 19 buku antologi sajak, antologi puisi, kajian sastera, autobiografi,
memoir, antologi cerpen dan novel. Zurinah Hassan berkarya dan
menghayati keindahan alam dalam bentuk tulisan sejak berusia 12 tahun lagi.

Antara objektif program ini ialah:


1. Mengenali lebih mendalam lagi mengenai tokoh bahasa contohnya
Zurinah Hassan.
2. Dapat mempelajari indahnya bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu.
3. Dapat memberikan motivasi kepada para pelajar supaya lebih
mengutamakan bahasa Melayu.

2. MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 28 November 2022 (Isnin)


Masa : 10.00 pagi sehingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Visi, Kolej Vokasional Keningau

3. ATURCARA PROGRAM
Jumlah Peserta : 150 orang
Sasaran Peserta : Pelajar
Masa Perkara / Aktiviti Catatan
9.30 pagi - Ketibaan tokoh Bahasa di Dewan Visi - Ahli barisan MPP
- Guru bertugas

9.35 pagi - Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku - Pengawas bertugas

9.45 pagi - Persembahan pembukaan (tarian kebudayaan & - KV Dance Club

deklamasi sajak) - Sonia

10.00 pagi - Bacaan doa - Ustaz Nizam

10.05 pagi - Ucapan alu-aluan daripada Pengarah dan dilanjutkan - Tuan Johari bin Saibet

oleh Datuk Dr. Zurinah Hassan - Tetamu jemputan

11.30 pagi - Sesi wawancara dimulakan - Pewawancara (Bevanny)

12.00 tengah hari - Sesi soal jawab dengan tokoh bahasa - Tetamu jemputan

12.30 tengah hari - Majlis penyampaian cenderahati kepada tokoh bahasa - Tetamu jemputan

dan sesi bergambar

1.00 petang - Bersurai

4. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Benadict Michael


Timb. Pengerusi : Sia Xiau Kiun
Penyelaras Program : Patrick Linus
Pengarah Program : Adrien Chung
Timb. Pengarah Program : Moduin Milin
Setiausaha : James Ong
Bendahari : Aderine Joseph

Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa Aktiviti Jawatankuasa Teknikal


1. Bevanny Adelia Benadict 1. Ellby Allyson Moduin
2. Subathra Patrick 2. Esther Dyvllen

Jawatankuasa Cenderahati dan Sijil Jawatankuasa Protokol


1. Tiffanie Sia Mee Yin 1. Daphne Lluvy
2. Leah Yohana Roziman 2. Rianna Jane Roger

Jawatankuasa Pengurusan Peserta


1. Alvira Justin
2. Grasecie Lajurus

5. ANGGARAN KEWANGAN DAN SUMBER KEWANGAN

5.1 ANGGARAN KEWANGAN

Bil. Perkara Kuantiti Anggaran Catatan


01. Tetamu Jemputan 1 orang Rm1500 -
02. Makanan 200 orang RM2000 -
03. Minuman kotak 200 orang RM300 -

5.2 SUMBER KEWANGAN


Bil. Perkara Jumlah Sumber Catatan
Kewangan Kewangan
01. Pungutan Dana RM1000 Pelajar - Bendahari
dan guru
02. Jualan kecil-kecilan RM500 Pelajar - MPP dan
MAGPA
03. Perkhidmatan servis kecantikkan RM850 Pelajar - Pelajar
dan guru Kosmetologi
04. Ditaja RM1500 Pengarah - Pengarah
KVK

6. PENUTUP

Semoga program ini dapat memberikan motivasi kepada golongan


muda-mudi seperti pelajar dalam mempelajari bahasa Melayu dengan lebih
mendalam dan menghayati bahasa ibunda kita. Selain itu, dapat
memupukkan semangat perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan sangatlah
penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara
akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara berdaulat. Di Malaysia ini,
terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Akhir sekali,
kami berharap agar golongan muda-mudi sedar akan pentingnya bahasa
Melayu.
7. SYOR PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN

Disediakan oleh, Disokong oleh,

……………………….. ………………………..
Nama : Bevanny Adelia Benadict Nama : Tuan Pounsin Kining
Jawatan : Jawatankuasa Aktiviti Jawatan : Timbalan Pengarah Sokongan
Tarikh : 18 Oktober 2022 Akademik
Tarikh : 20 Oktober 2022

Diluluskan oleh,

………………………..
Nama : Tuan Johari bin Jaibet
Jawatan : Pengarah Kolej Vokasional
Keningau
Tarikh : 21 Oktober 2022
TEKS WAWANCARA
Topik: Wawancara tokoh Dato’ Dr. Zurinah Hassan
Pewawancara (B): Bevanny Adelia Benadict
Tokoh (ZH): Dato’ Dr. Zurinah Hassan

B : Selamat pagi, Dato’ Dr. Zurinah Hassan. Terima kasih kerana sudi
datang dan diwawancara. Saya pewawancara pada hari ini, Bevanny
Adelia Benadict. Sebelum memulakan sesi wawancara, saya ingin
memperkenalkan tetamu jemputan kita pada hari ini iaitu Dato’ Dr.
Zurinah Hassan. Beliau merupakan salah seorang penyair dan tokoh
sasterawan negara kita. Beliau dilahirkan pada 13 Jun 1949, di Bakar
Bata, Alor Setar, Kedah dan dibesarkan di Tikam Batu, Kedah. Boleh
saya memulakan sesi wawancara kita pada hari ini?
ZH : Sudah tentu, boleh.
B : Terima kasih. Bolehkah saya tanya di manakah pendidikan Dato’
pada awalnya hingga akhir?
ZH : Pendidikan awal saya bermula di sekolah Melayu Tikam Batu,
kemudian memasuki Sekolah Inggeris Sungai Layar melalui Special
Malay Class. Di peringkat menengah, saya bersekolah di Sekolah
Convent Sungai Petani dan kemudian berpindah ke Sekolah Sultanah
Asma Alor Setar. Pada tahun 1971, saya melanjutkan pelajaran di
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan memperolehi ijazah
Sarjana Muda Sastera pada tahun 1974.
B : Wah! Sangat mengagumkan. Baiklah, sekarang saya akan
menyatakan antara anugerah-anugerah yang telah dicapai oleh Dato’
Dr. Zurinah Hassan. Anugerah yang pertama merupakan Sasterawan
Negara Malaysia (2015), selain itu Anugerah Penulisan Asia Tenggara
(S.E.A. Award) 2004, di samping itu Hadiah Sastera Malaysia 1984,
seterusnya Hadiah Kategori Buku seperti Pujangga Tidak Bernama-
Hadiah Sastera Perdana (1994/1995) dan banyak lagi. Tambahan pula,
Zurinah Hassan dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK)
sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 pada 2014.
Anugerah ini membawa gelaran Datuk. Apakah pula karya/sumbangan
Dato’ terhadap kesusasteraan bahasa Melayu?
ZH : Saya telah menghasilkan banyak karya sejak dahulu lagi,
antaranya ialah Keputusan (Sajak), Sesekali Aku Menjauhkan Diri Dari
Puisi, Tanjung Dawai, Sungai Tiang, Dari Gunung Jerai ke Pekan Rabu,
Pantai Remis dan banyak lagi. Manakala antara karya penulisan saya
pula ialah Sasterawan Negara Usman Awang, Salasilah, Menjelang
pemilihan, Memoir Zurinah Hassan, Pujangga tidak Bernama dan
banyak lagi.
B : Seperti yang telah saya jangkakan, Dato’ merupakan seorang yang
sungguh mengagumkan dalam penghasilan kesusasteraan. Soalan
seterusnya, apakah pendapat beliau tentang penggunaan bahasa Melayu
dalam kalangan generasi muda kini?
ZH : Pada pendapat saya, penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
generasi muda kini tidak lagi kerap diamalkan. Mereka menggunakan
bahasa rojak dan mengutamakan bahasa asing lebih daripada bahasa
ibunda mereka. Antara faktornya ialah sikap kurang yakin masyarakat
Malaysia terhadap bahasa Melayu, mereka berpandangan bahawa tiada
gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan
lenyap ditelan zaman. Selain itu, sikap rakyat Malaysia yang
mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk negara
kita berpendapat bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang
terulung di dunia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar
bahawa bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling
ramai penutur di dunia ini. Di samping itu, kurangnya semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian
kerana masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda. Kesannya telah melahirkan generasi muda yang
tidak menguasai bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya. Selain itu,
menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara
memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik. Di samping itu,
menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus
menimbulkan salah faham. Seterusnya, mutu penguasaan bahasa
Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal ini akan memberi
kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang,
dan budaya. Akhir sekali, menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di
sekolah yang mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa yang
panjang. Banyak langkah yang boleh dilakukan untuk memartabatkan
bahasa Melayu. Antaranya ialah menguatkuasakan bahasa Melayu
dalam penyiaran dan pengiklanan. Selain itu, memastikan urusan rasmi
negara menggunakan bahasa Melayu. Di samping itu, memansuhkan
sekolah vernakular. Seterusnya, menerbitkan buku, seni dan kandungan
dalam bahasa Melayu. Akhir sekali, memperkasakan Dewan Bahasa dan
Pustaka.
B : Terima kasih atas pendapat Dato’ yang sungguh bermakna terhadap
golongan muda pada masa kini sebentar tadi. Kami sungguh-sungguh
menghargainya. Baiklah, kita hampir sampai ke penghujungnya.
Apakah harapan Dato’ kepada golongan muda masa kini?
ZH : Sama-sama, ini semua demi anak-anak muda pada zaman kini.
Harapan saya kepada golongan muda ialah supaya terus mengutamakan
bahasa ibunda kita agar bahasa Melayu kekal sehingga generasi akan
datang dan dapat mengelak daripada kesan negatif.
B : Terima kasih banyak-banyak atas kesudian Dato’ memberikan
respon kepada sesi wawancara kita pada hari ini. Semoga sesi
wawancara ini dapat memberikan pengetahuan lebih banyak mengenai
penggunaan bahasa Melayu terutamanya kepada golongan muda-mudi
dan menyedarkan bahawa pentingnya kita memartabatkan bahasa
ibunda kita iaitu bahasa Melayu.

You might also like