Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU

BEG BERKUNCI NO. 4


89009 KENINGAU, SABAH.

KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA


(PERAYAAN)
KOD & NAMA KURSUS :
A07200 PENDIDIKAN MORAL

JENIS TUGASAN :
KERJA KURSUS

NAMA PENSYARAH :
PN. AYU HANIS BINTI ABDUL KHALID

PROGRAM :
KOSMETOLOGI
SVM TAHUN 1 SEMESTER 2

DISEDIAKAN OLEH :
NAMA AHLI KUMPULAN NO KAD PENGENALAN
1. BEVANNY ADELIA BENADICT 060811121100
2. SUBATHRA PATRICK 061122120772
3. TIFFANIE SIA MEE YIN 060303120058

MARKAH :
1 Maklumat diri /3 9 Refleksi dan nilai /3

2 Penghargaan /3 10 Rumusan / Penutup /2

3 Isi kandungan /2 11 Lampiran bergambar /5

4 Tajuk /2 12 Bibliografi /2

5 Pengenalan /3 13 Pembentangan

6 Keunikan & asal usul /5 a) Penyampaian /5

7 Cara mengekalkan keunikan /5 b) Kreativiti /5

8 Kepentingan mengekalkan keunikan /5 JUMLAH

1
PENGHARGAAN
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang
tidak ternilai untuk kami menyiapkan kerja kursus Pendidikan Moral.
Terlebih dahulu, kami bersyukur kepada Tuhan kerana telah
membantu kami menyiapkan kerja kursus pada masa yang telah
ditetapkan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah Pendidikan Moral, iaitu Puan Ayu Hanis binti Abdul Khalid.
Beliau telah memberikan panduan, bimbingan, nasihat yang sungguh
berfaedah semasa kami menyiapkan kerja ini.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kami
yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada kami serta
setiap ahli kumpulan juga yang telah memberi kerjasama dalam usaha
menyiapkan kerja ini dan membantu dalam pencarian bahan.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang sedia menolong kami dalam penghasilan kerja kursus
ini. Kami tidak akan lupa dengan pertolongan yang telah diberikan.

2
ISI KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan M/S

4
1 Tajuk

4
2 Pengenalan

5-7
3 Keunikan dan asal usul

7
4 Cara untuk mengekalkan keunikan

7
5 Kepentingan mengekalkan keunikan

8
6 Refleksi dan nilai

9
7 Rumusan / Penutup

10-13
8 Lampiran bergambar

14
9 Bibliografi

3
TAJUK :

KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA (PERAYAAN)

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya


yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini
ialah Melayu, Cina dan India, di samping kaum–kaum yang terdapat di
Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban,
Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini
mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman
dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama
ada dari aspek perayaan, kesenian, bahasa, adat resam, agama,
kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang
tersendiri bagi setiap kaum. Perayaan adalah suatu aktiviti yang
disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya,
sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang
pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Selain itu, perayaan juga akan
disambut berdasarkan agama yang dianuti. Di negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, terdapat pelbagai jenis
perayaan untuk disambut pada setiap tahun. Malaysia yang terdiri
daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu, Cina, India dan
masyarakat Sabah serta Sarawak pastinya berpeluang untuk
menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali, hari Gawai, Tadau Kaamatan dan sebagainya. Intinya,
masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan
menghormati perayaan kaum lain.

4
KEUNIKAN DAN ASAL USUL
1. Perayaan Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu
dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula
dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan
umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang
terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum
1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut
dengan penuh kesyukuran. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari
ini dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan
bermaaf-maafan serta kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan
silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu
datang berkunjung dan disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional
yang lazat seperti lemang, ketupat, kuih bahulu dan sebagainya.

2. Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap
tahun, kira-kira empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga
(Lichun). Tarikh setepatnya boleh jatuh bila-bila masa antara 21 Januari
dan 21 Februari (merangkumi semua) kalendar. Setiap tahun
dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu
daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah
perayaan Cina yang terpenting dalam setiap tahun. Pada malam Tahun
Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan
bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan
sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi
‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga.
‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya
sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah
limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada
semasa merayakan Tahun Baru Cina. Sepanjang Tahun Baru Cina
berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-
kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan
tersebut.Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan
Chap Goh Meh.
5
3. Perayaan Deepavali pula disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya
dirayakan pada bulan gelap bernama ‘Aippasi’ pada bulan Oktober atau
November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang
pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan
menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan
mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil. Selepas
bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.
Kebiasaannya, suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi
manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-
mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu kolam yang dibuat
daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di
hadapan rumah.

4. Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak.


Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan
dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim
menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta
tradisi dan sosial.Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran
semenjak 25 September 1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai
hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat
negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti
umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Raja Brooke. Ia
merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum peribumi
Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan
Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat. Kebanyakan
kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan
setengah-tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung.

5. Perayaan Tadau Kaamatan merupakan perayaan masyarakat Kadazan


di negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai
menuai padi. Untuk menyambut perayaan Tadau Kaamatan mereka
menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaanya
6
diadakan selama dua malam berturut-turut. Kebiasaannya malam
pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi
yang diketuai oleh ‘bobohigan’ dan beberapa orang pembantunya. Pada
malam kedua, upacara ‘habot’ iaitu beras yang diperam diberikan
kepada ‘bobohigan’ sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran.
Tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumzau’ dan ‘Megalang’ sambil
meminum air tapai.

CARA UNTUK MENGEKALKAN KEUNIKAN


1. Menerima dan menghormati keunikan semua kaum.

2. Tidak memandang rendah adat atau kepercayaan kaum lain.

3. Mengamalkan adat dan budaya dalam kehidupan harian.

4. Bertolak ansur dan memahami budaya dan adat resam perayaan


semua kaum.

5. Tidak menghina amalan adat dan agama kaum lain.

KEPENTINGAN MENGEKALKAN KEUNIKAN


1. Supaya generasi akan datang dapat menikmati dan mengamalkan
perayaan yang telah diamalkan sejak dahulu lagi.

2. Supaya tidak lenyap ditelan zaman.

3. Dapat mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

4. Dapat menjadikan kebanggaan negara.

5. Dapat melahirkan generasi baharu yang mengekalkan


kepelbagaian budaya.

7
REFLEKSI
Melalui hasil kerja kursus ini, kami dapat mengenali lebih mendalam
mengenai jenis perayaan yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh,
perayaan yang kami tidak rayakan seperti Deepavali dan hari Gawai
dapat kami ketahui cara mereka merayakan serta maksud disebalik
perayaan tersebut.
Selain itu, kami juga dapat menghormati kepelbagaian budaya yang
terdapat di Malaysia.
Di samping itu, kami dapat saling merayakan pelbagai perayaan tanpa
mengira kaum dan agama.
Seterusnya, kami dapat mengamalkan perayaan dan tradisi yang telah
diamalkan sejak dahulu lagi serta mengekalkannya sehingga hari ini.
Akhir sekali, kami sedar akan betapa pentingnya perayaan yang
disambut setiap tahun kerana dari situlah kita dapat mengeratkan
hubungan antara sesama dan dapat mengukuhkan perpaduan
masyarakat Malaysia.

NILAI
1. Toleransi

2. Hormat

3. Kerjasama

8
RUMUSAN / PENUTUP

Konklusinya, setiap kaum mempunyai perayaannya tersendiri.


Keunikan dan keistimewannya yang pelbagai menjadi pusat perhatian
orang luar. Tambahan pula, ia menjadi imej utama bagi suatu negara.
Maka, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab tidak seharusnya
membiarkan setiap perayaan hilang begitu sahaja akibat ditelan zaman.
Ini supaya, generasi yang akan datang tahu akan semua jenis perayaan
terutamanya perayaan yang dirayakan di negara kita. Akhir sekali,
periharalah budaya kita seperti perayaan sebaik yang mungkin agar kita
dapat mengekalkannya sehingga ke generasi akan datang.

9
LAMPIRAN BERGAMBAR

a) Perayaan Hari Raya Aidilfitri

b) Perayaan Tahun Baru Cina

10
c) Perayaan Deepavali

11
d) Perayaan Hari Gawai

12
e) Perayaan Hari Kaamatan

13
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

1. https://ms-my.facebook.com/PageEmpatEmpatEnam/posts/
perayaan-utama-di-malaysiaperayaan-adalah-suatu-aktiviti-yang-
disambut-oleh-sese/2067181543346776/
2. https://www.scribd.com/presentation/476708621/PENDIDIKAN-
MORAL-TINGKATAN-EMPAT-UNIT-11-KEUNIKAN-RAKYAT-
MALAYSIA

14

You might also like