Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

10 Isi-isi Penting

1. Ada pendapat bahawa perpaduan negara kita adalah bersifat lahiriah dan bukannya yang
bersifat hakiki.
2. Persoalan pertama mengenai negara bangsa ialah “Adakah konsep dan pengisian bangsa
Malaysia telah dapat kita fahami?”
3. “Perpaduan kaum untuk membina bangsa Malaysia ini sebenarnya memerlukan kefahaman
kita tapi adakah kita telah memahaminya juga?”
4. “Bagaimanakah untuk kita memanfaatkan kepelbagaian kaum, bahasa, budaya, dan agama
untuk mencapai perpaduan ini?”
5. Penyelesaian yang baik dalam ketiga-tiga persoalan ini akan menjamin suasana yang harmoni
secara berterusan untuk kemajuan bangsa Malaysia.
6. Tun Dr Mahathir mengemukakan isu membentuk bangsa Malaysia dalam ucapan beliau di
Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 semasa beliau melancarkan Wawasan
2020.
7. Cabaran pertama menjadikan negara Malaysia sebuah negara maju adalah membentuk
sebuah negara bangsa yang Bersatu padu dan menyanjung satu masa hadapan yang
berkongsi Bersama.
8. Terdapat segolongan rakyat yang menentang idea bangsa Malaysia kerana risau hak istimewa
mereka akan terancam manakala terdapat segolongan rakyat terutamanya etnik Cina dan
India yang menyambut idea bangsa Malaysia kerana mengakui hak mereka.
9. Nasionalisme Melayu harus didefinisikan sebagai nasionalisme Malaysia.
10. Bangsa Malaysia boleh dibentuk dengan tiga syarat iaitu menjadi warga Malaysia,
mengamalkan cara hidup berlandaskan kebudayaan Malaysia, dan menggunakan Bahasa
Malaysia dalam kehidupan seharian.

Nyatakan tiga cabaran kewujudan Bangsa Malaysia dari perspektif anda.

1) Rakyat Malaysia enggan menggunakan Bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian


2) Rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian agama dan budaya yang menyukarkan asimilasi
berlaku
3) Rakyat Malaysia masih mengutamakan adat istiadat kaum masing-masing

You might also like