Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TIU

18500 MACHANG, KELANTAN


DBA2165
Tel : 099753022 Fax : 099754022 E-mail : skbt2165@gmail.com

Ruj.Kam
i : SKBT.300 -1/4/1/( )
Tarikh : 30 Mac 2023

Kepada
Sila Rujuk Lampiran A.

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN(JKPAK) BIL. 1/2023

Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Aset Alih sekolah akan mengadakan satu mesyuarat kali
pertama seperti berikut:

Tarikh : 02 April 2023 ( Ahad )


Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Bukit Tiu
(AJK Aset yang terlibat seperti senarai berkembar)
Pengerusi : C.M Sabri bin Ibrahim,PJK ( Guru Besar )

3. Agenda-agenda mesyuarat Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan

3.1 Ucapan Pengerusi


3.2 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat JKPAK 4/2022
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Pembentangan Agenda Mesyuarat
3.5 Hal-hal Lain
3.6 Penutup

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI’’

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menjalankan amanah

………………………………………………..
( C.M.SABRI BIN IBRAHIM, PJK)
Guru Besar,
SK Bukit Tiu
Machang, Kelantan
Lampiran A

PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN 2023

JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Pengerusi C.M.SABRI BIN IBRAHIM


Naib Pengerusi MOHD ZUKIRUZI BIN ABDULLAH
Naib Pengerusi I WAN NOR RIZAN BT AHMAD
Naib Pengerusi II NIK MOHD ZULKIFLI BIN NIK KAMIL
Setiausaha ALISA BT ABDUL RAHMAN
AJK SHAHFULLIZAN BIN SALEH
RAHMAT AZIM BIN SAARI
HARIATI BT AMRI
NORIZA BT RASDI
HASLINA BT HASAN
SKBT.300 -1/4/1/[ ]

MINIT MESYUARAT
JAWATAN KUASA ASET ALIH KERAJAAAN
KALI PERTAMA 2023

Tarikh : 02 April 2023 ( Ahad )


Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Bukit Tiu

Kehadiran :

1. C.M.SABRI BIN IBRAHIM Pengerusi / Guru Besar


2. MOHD ZUKIRUZI BIN ABDULLAH Naib Pengerusi / PKP
3. WAN NOR RIZAN BT AHMAD PKHEM
4. NIK MOHD ZULKIFLI BIN NIK KAMIL PKKO
5. ALISA BT ABDUL RAHMAN Setiausaha Aset Sekolah / Pegawai Aset
6. SHAHFULLIZAN BIN SALEH Pengerusi Lembaga Pemeriksa Pelupusan
7. RAHMAT AZIM BIN SAARI Ahli Lembaga Pemeriksa Pelupusan
8. HARIATI BT AMRI Ahli Pemeriksa Harta Modal / Inventori
9. NORIZA BT RASDI Ahli Pemeriksa Harta Modal / Inventori
10. HASLINA BT HASAN Pembantu Tadbir

Agenda Mesyuarat
1.Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3.Perkara Berbangkit
4.Pembentangan Agenda Mesyuarat
5.Hal-hal Lain
6.Penutup
1. Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En C.M.Sabri Bin Ibrahim, Guru Besar SK Bukit Tiu.
Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua di atas kesudian Ahli
Jawatankuasa Pengerusi Aset Alih Kerajaan Sekolah yang hadir mesyuarat Aset ALih
Kerajaan kali pertama 2023

1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah terhadap Jawatankuasa JKPAK yang lalu yang
telah melaksanakan tugas dengan baik. Beliau berharap agar Jawatankuasa yang baru
dapat melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

1.3 Pengerusi memaklumkan perlunya Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan


ditubuhkan di sekolah. Ini bagi memudahkan urusan merekod penerimaan barang,
penyelenggaraan, pengiraan, pemeriksaan dan sebagainya.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan Bil. 4/2022 telah dibentangkan oleh
En.Rahmat Azim Bin Saari.

2.2 Minit Mesyuarat JKPAK Bil. 4/2022 telah dicadangkan untuk disahkan oleh Pn.Hariati Bt
Amri dan disokong oleh Pn.Noriza Bt Rasdi.

Tindakan :Makluman Semua

3. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada

Tindakan :Makluman Semua

4. Pembentangan Agenda Mesyuarat

4.1 Pengerusi memaklumkan pemadam api telah diselanggara pada bulan Mac 2023
sebanyak 7 biji oleh pihak PPD Machang.

4.2 Pada suku tahun pertama laporan pemeriksaan aset alih di sekolah telah diperiksa oleh
Pegawai Pemeriksa Aset Alih sebanyak 29.45% iaitu 192 unit daripada keseluruhan aset
yang ada. Aset alih yang terdiri daripada Kewpa-3 sebanyak 96 unit yang berjumlah
4.3 RM140,346.35 manakala Kewpa-4 sebanyak 556 unit yang berjumlah RM301,762.85

Kedudukan stok pada suku tahun pertama pembelian adalah sebanyak RM0.00 kerana
tiada pembelian.

Tindakan :Pegawai Aset & Pegawai Pelupusan


& pegawai pemeriksa

5. Hal-hal Lain

5.1 Pengerusi mengingatkan supaya semua pegawai agar bertindak mengikut prosedur
yang telah ditetapkan serta melengkapkan borang-borang yang berkaitan bagi
memastikan pengurusan aset sekolah berjalan dengan lancar.
5.2 Pengerusi meminta penyelaras bilik-bilik khas supaya dapat memberikan laporan
kepada pegawai aset sekolah secepat mungkin supaya tindakan seterusnya dapat
diambil.
Borang Kerosakan akan dihantar untuk mendapat pengesahan dan akan diserahkan
untuk tindakan susulan.
5.3
Pengerusi memaklumkan bahawa bahan-bahan yang hendak dilupuskan perlu disimpan
dengan baik oleh pihak sekolah sementara menunggu tindakan yang selanjutnya oleh
pihak yang berkenaan.
5.3
Penempatan Aset
Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar
pemantauan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Sebarang pergerakan
perlu dilaporkan kepada Unit Aset Sekolah.
5.4
Pengerusi mesyuarat berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan
untuk memulakan usaha meningkatkan pengurusan aset sekolah bermula tahun ini.
Semua pegawai yang dilantik diharapkan dapat bekerjasama untuk memastikan aset
sekolah sentiasa dikemaskini.

Tindakan :Makluman Semua

6. Penutup

6.1 Pengerusi membuat ucapan penangguhan dan mengucapkan terima kasih atas
kesabaran dan perhatian yang diberikan oleh semua ahli dalam mesyuarat ini dan
berharap agar data-data aset dapat dikemaskini dan ditadbir urus dengan sebaik
mungkin. Semoga guru-guru dan staf dapat berusaha dengan lebih lagi pada masa
hadapan demi kecemerlangan sekolah dan murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 Pagi dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ALISA BT AB RAHMAN) (C.M.SABRI BIN IBRAHIM,PJK)


Setiausaha JKPAK Pengerusi JKPAK
SK Bukit Tiu SK Bukit Tiu
18500 Machang, Kelantan. 18500 Machang, Kelantan.
KEHADIRAN MESYUARAT JKPAK KALI PERTAMA BIL 1/ 2021 PADA 14/3/2021

BIL NAMA TANDATANGAN

1. C.M.SABRI BIN IBRAHIM


2. NORELANI BT ABDUL JAMIL
3. YM TG BAHARUDDIN BIN TG ISMAIL
4. NIK MOHD ZULKIFLI BIN NIK KAMIL
5. HARIATI BINTI AMRI
6. ALISA BT AB RAHMAN
7. SHAHFULLIZAN BIN SALEH
8. RAHMAT AZIM BIN SAARI
9. NORIZA BT RASDI
10. HASLINA BT HASAN

You might also like