Ujian AIJ2014 2023 (U2105132)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

NAMA : MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN ABD RAOH

NO MATRIK : U2105132

Ujian AIJ2014 ( Kriminologi)

Soalan:

Apa maksud indeks jenayah? Pada pendapat anda, mengapakah statistik jenayah penting bagi ahli
kriminologi?

(20 markah)

Indeks jenayah merupakan jenayah yang kerap berlaku dalam komuniti masyarakat kita. Jenayah
indeks terbahagi kepada dua iaitu jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Jenayah kekerasan terdiri
daripada jenayah bunuh, jenayah mencederakan, rogol, samun bersenjatapi, samun tanpa senjatapi,
samun berkawan bersenjatapi dan samun berkawan tanpa senjatapi. Manakala, antara jenis jenayah
harta benda terdiri daripads jenayah curi, curi motokar, curi motosikal, curi lori,van dan pengangkutan
berat dan akhir sekali jenayah pecah rumah.

Jenayah kekerasan adalah jenayah yang kerap berlaku yang mempunyai unsur-unsur keganasan
kepada mangsa. Jenayah harta benda pula adalah jenayah yang kerap berlaku iaitu melibatkan kehilangan
harta tanpa ada unsur kekerasan kepada mangsa. Jenayah indeks merujuk kepada statistik dan analisis
data mengenai jenayah dalam sesuatu kawasan atau negara. Jenayah indeks ini kebiasaannya digunakan
untuk membandingkan trend atau corak tahap jenayah yang berlaku di antara kawasan atau negara yang
berbeza.

Pada pendapat saya, statistik jenayah yang dicatatkan penting bagi ahli kriminologi adalah untuk
mengukur fenomena jenayah yang berlaku. Sehubungan dengan itu, dengan adanya data melalui
statistik, ahli kriminologi juga dapat menggunakan data tersebut bagi melaksanakan kajian dalam konteks
pengaruh persekitaran mempengaruhi tingkah laku individu. Hal ini bersesuaian dengan teori strain iaitu
menekankan bahawa sesoerang individu akan bertindak diluar norma apabila kehendak mereka tidak
dapat dipenuhi. Persaingan yang berlaku mengakibatkan kepincangan dalam struktur masyarakat di
sesebuah kawasan misalnya kehidupan di tengah bandar. Oleh hal demikian, jelaslah bahawa statistik
jenayah amat penting kepada ahli kriminologi dalam memahami dan mengukur fenomena sosial yang
berlaku.

Seterusnya, kepentingan lain yang dapat dilihat berkenaan statistik jenayah ialah ahli kriminologi
dapat merangka unit sokongan bagi membantu pembangunan masyarakat dari terus terlibat dalam
kancah jenayah. Kadangkala, si pelaku jenayah itu sendiri tidak mengetahui perbuatannya itu merupakan
satu jenayah. Hal ini dikatakan demikian kerana, berdasarkan teori pendekatan klasik jenayah, tokoh
Jeremy Bentham menyatakan bahawa perilaku manusia adalah hasil dari proses berfikiran rasional. Oleh
itu, perbezaan status rasional menyebabkan seseorang itu bertindak diluar norma misalnya melakukan
jenayah mencuri tanpa merasakan perbuatan tersebut adalah satu kesalahan. Sehubungan dengan itu,
dapatan statistik jenayah ini membantu ahli kriminologi dalam usaha membendung jenayah dari terus
berleluasa misalnya dengan memperketatkan hukuman dan memperkemaskan undang-undang yang
sedia ada. Antara contoh yang boleh diketengahkan dalam membendung dan membantu pembangunan
golongan penagih dadah ialah melalui Pusat Pumilihan Dadah atau digelar pusat serenti. Hal ini sekaligus
dapat membantu masyarakat menilai rasional untuk membenci dadah dan terlibat dalam gejala dadah.

Selain itu, kepentingan statistik jenayah kepada ahli kriminologi adalah bertujuan untuk
mengetahui mengapa sesetengah individu tidak dapat menjauhkan diri daripada melakukan jenayah
sementara sesetengah individu yang lain berjaya berhenti dari terus melakukan jenayah. Penemuan
daripada kajian-kajian sebegini meninggalkan pelbagai input yang bermakna di dalam pembinaan
program pemulihan yang efisien untuk bekas banduan.Kajian yang dilakukan oleh ahli kriminologi
membincanakan beberapa teori utama tingkahlaku misalnya teori klasik jenayah, kriminologi positivisme
dan teori pilihan rasional dalam menjelaskan tingkah laku penjenayah. Matlamat kajian yang dilakukan
ahli kriminologi ini adalah untuk menafsir dan mengkontekstualisasi pelbagai perspektif teori dalam
membincangkan pengulangan jenayah. Sebagai contoh, aliran pemikiran teori klasik mengandaikan bekas
banduan akan memilih untuk melakukan jenayah apabila merasakan tindakan tersebut dapat memenuhi
keperluan hidup dan memberi kepuasan kepada mereka.

Akhir sekali, statistik jenayah memberikan pandangan dan perspektif yang holistik tentang faktor-
faktor penting yang dilihat dan dijangka boleh membantu menjelaskan pengulangan jenayah yang berlaku
dalam negara. Penggunaan beberapa teori dalam kajian jenayah berfaedah kerana ia membolehkan para
pengkaji di masa akan datang memahami tingkahlaku jenayah dengan lengkap.
-Tamat-

You might also like