Penilaian Alternatif AIJ2004 2022-2023 (U2105132)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

1

NAMA: MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN ABD RAOH


NO MATRIK : U2105132

UNIVERSITI MALAYA.

PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA

SESI AKADEMIK: 2022/2023 : SEMESTER I

AIJ2004: Kerja Sosial Individu dan Keluarga

Januari/Februari 2023 Masa: 3 jam

ARAHAN KEPADA CALON:

Calon dikehendaki menjawab semua soalan.

1. Suzy seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, merupakan anak bongsu daripada 3
adik-beradik. Hubungan Suzy dengan ibunya sangat rapat manakala hubungan dengan
bapanya agak renggang. Hubungan Suzy dengan abang dan kakaknya rapat namun
mereka berdua kini tinggal di sekolah berasrama. Kebelakangan ini, beliau kelihatan
sangat murung berikutan kematian ibunya 3 bulan yang lalu. Kini, Suzy tinggal tinggal
bersama bapanya.
Berdasarkan ringkasan kisah tersebut, teori apakah yang paling sesuai digunakan untuk
menjelaskan kesulitan yang dialami oleh Suzy? Beri alasan kepada jawapan anda.
(5 markah)
Teori yang sesuai digunakan untuk menjelaskan kesulitan yang dialami oleh suzy ialah
berkenaan dengan teori ekologi keluarga. Hal ini kerana teori ekologikal membawa maksud saling
hubung antara keluarga yang membuatkan sesuatu ikatan kekeluargaan itu saling bersandar
diantara satu sama lain. Tidak dinafikan , sokongan daripada aspek ekologikal keluarga amat
memainkan peranan penting kepada institusi keluarga itu sendiri.
Oleh itu, berdasarkan pengamatan berkenaan kes Suzy yang berusia 14 tahun ini. Beliau
mengalami kemurungan oleh kerana kematian ibunya dan harus duduk di asrama. Hal ini
menunjukkan bahawa hubungan ekologi keluarga diantara Suzy terputus. Oleh itu jelaslah teori
ekologi keluarga membawa kesan kepada keadaan dan permasalahan yang sedikit sebanyak
menganggu kehidupan Suzy. Tambahan pula, hubungan Suzy bersama ayahnya tidaklah
sebegitu rapat seperti hubungan beliau dengan ibunya. Hal ini sedikit sebanyak mewujudkan
jurang dalam konteks ekologi keluarga dan berkemungkinan membawa kepada kepincanggan
dalam institusi keluarga Suzy.
Hubungan yang renggang diantara aspek ekologi keluarga ini boleh memberikan kesan kepada
aspek pengajiannya di sekolah oleh kerana kurangnya sokongan dari keluarga. Tambahan pula,
kasih sayang yang kurang diperolehi oleh Suzy akan boleh menyebabkan Suzy melibatkan diri
2

dalam perkara negatif yang lain seperti membuli untuk mendapatkan perhatian daripada pihak
sekolah sekaligus menimbulkan masalah sosial.
Oleh itu, jelaslah bahawa teori ekologi keluarga amat memberikan pengaruh kepada saling
hubungan keluarga dalam membentuk kefungsian sosial yang positif.

2. Jane merupakan gadis berusia 19 tahun, suka berfoya-foya dan sering balik rumah dalam
keadaan mabuk. Kini, Jane telah hamil hasil hubungan dengan teman lelakinya. Keluarga
Paula telah mengetahui hal tersebut dan mendesak Jane untuk menggugurkan
kandungannya. Keluarga Jane telah merujuk kesnya kepada pekerja sosial.

i) Nyatakan dua (2) tanggunjawab etika Pekerja Sosial terhadap klien tersebut.
(2 markah)
1.membantu sistem klien memperoleh sumber yang diperlukan
2.mempamerkan rasa hormat dan penerimaan kepada klien

Jelaskan tiga (3) situasi yang mencabar etika ketika bekerja dengan klien sebegini.
(3 markah)
1.pekerja diugut oleh orang ke-3 untuk tidak memberikan bantuan kepada klien.
2.klien menolak menerima sebarang bentuk bantuan sosial kepada dirinya
berkemungkinan berasa malu
3.berkemungkinan mangsa cuba menggoda pekerja sosial

3. Sebagai seorang Pekerja Sosial, anda menerima panggilan telefon daripada seorang
wanita. Dengan nada suara ketakutan dan kesakitan, beliau meminta bantuan anda bagi
membawanya keluar dari rumah tersebut kerana tidak tahan dengan penderaan yang
dialaminya.

ii) Berdasarkan pengamatan awal anda, sejauh mana tahap keseriusan masalah klien
tersebut? Sila nyatakan alasan kepada jawapan anda.
(3 markah)

Berdasarkan pengamatan saya melalui situasi tersebut, masalah yang dihadapi oleh
klien ialah sangat serius. Hal ini kerana klien berada dalam keadaan kesakitan dan
berkemungkinan mempunyai kecederaan yang serius sehinggakan klien meminta
bantuan untuk membawanya keluar dari rumah.

Berkemungkinan kecederaan yang dihadapi klien boleh membawa maut dan


memerlukan bantuan dan tindakkan segera oleh pekerja sosial.
3

iii) Apakah bentuk bantuan awal yang harus diberikan pada ketika itu untuk
membantunya?
(3 markah)
Antara bantuan awal yang boleh diberikan oleh pekerja sosial kepada klien ketika itu
ialah pekerja sosial seharusnya cuba menenangkan klien supaya tidak bertindak di
luar jangka misalnya membunuh diri ataupun mencederakan diri malah memberikan
semangat kepada klien untuk bersabar dalam masa pihak pekerja sosial
melaksanakan serangkaian tindakkan sosial.

iv) Bagaimana pula persediaan praktikal dan keselamatan yang perlu dipertimbangkan
menjelang pertemuan bersemuka pertama dengan klien tersebut di rumahnya?
(4 markah)

Persediaan yang harus disediakan oleh pekerja sosial menjelang pertemuan dengan
klien berdasarkan aspek persediaan praktikal ialah pekerja sosial perlu menyediakan
alat material iaitu berupa alat tulis dan buku nota bagi mencatat maklumat yang
disampaikan oleh klien. Antara bentuk maklumat yang boleh dicatat ialah seperti
alamat rumah dan keadaan kecederaan agar dapat digunakan untuk bantuan sektor
ketiga seperti pihak hospital mahupun pihak polis. Persediaan praktikal seterusnya
ialah melalui kod etika pakaian yang digunakan oleh pekerja sosial. Pekerja sosial
perlu memakai pakaian yang tidak menunjukkan badan beruniform ataupun pakaian
yang mewakili agensi bagi megelakkan klien berasa kurang senang untuk berinteraksi
secara bebas.

Tambahan lagi, pekerja sosial perlu mempunyai ilmu misalnya ilmu kemahiran
interpersonal. Hal ini dikatakan demikian adalah untuk melicinkan dapatan maklumat
semasa sesi perjumpaan bersemuka. Sebagai contoh, kemahiran non-verbal atau
kemahiran bukan lisan misalnya menunjukkan bahasa tubuh yang menerima klien
seadanya menjadikan klien berasa selesa untuk berinteraksi. Postur badan yang
dipamerkan oleh pekerja sosial seperti tangan yang terbuka dan expresi muka
senyum membawa maksud penerimaan sekaligus memberikan ruang dan peluang
kepada klien menceritakan hal perihal yang berlaku kepada dirinya.

Seterusnya persediaan keselamatan yang harus dilakukan oleh pekerja sosial


menjelang pertemuan bersemuka pertama di rumah klien ialah pekerja sosial perlu
memaklumkan terlebih dahulu kepada agensi yang diwakili pekerja sosial supaya
mendapat sokongan keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecelakaan luar
jangka. Seterusnya, pekerja sosial perlu mengetahui jadual keberadaan suami klien
di rumah bagi mengelakkan klien teruk didera oleh suami sekiranya mendapat tahu si
isteri mendapatkan bantuan luar. Sekiranya proses penaksiran klien agak serius
berdasarkan kecederaan yang dialami yang boleh membawa maut, pihak pekerja
sosial boleh membantu klien dengan membawa klien ke hospital untuk pemeriksaan
secara rahsia bagi mendapatkan bukti penderaan. Bukti tersebut boleh digunakan
bagi mendapatkan perlindungan di talian kasih.
4

4. Ringkasan kes:

Mar, seorang balu berusia 70 tahun, didiagnosis dengan penyakit pulmonari obstruktif
kronik peringkat akhir dan mempunyai sejarah penyakit athma. Dia mempunyai masalah
sesak nafas dengan tenaga yang minimum, dan menggunakan oksigen sepanjang masa.
Doktor meramalkan dia mempunyai enam bulan atau kurang untuk hidup, mengikut garis
panduan konkrit yang dibangunkan untuk menentukan prognosis.
Mar tinggal bersama anaknya, Dave (50 tahun), yang sering bekerja di luar kawasan dan
jarang berada di rumah. Anak lelaki yang lain, Mike (45 tahun) juga tinggal dengannya
sepanjang masa. Mar merasakan bahawa dia tinggal di kawasan kejiranan yang tidak
selamat, dan menyimpan pistol di rumah untuk alasan itu. Jabatan Kebajikan telah
menyediakan pembantu rumah untuk melakukan kerja rumah 2 jam seminggu. Dia
mempunyai dua orang anak perempuan, Susan (40 tahun) di Florida yang tidak sering
dilihatnya. Anak perempuan lain, Paula (35 tahun), tinggal berdekatan, tetapi bekerja, dan
datang melawat pada setiap hari Isnin. Dorothy adalah penjaga utama dan perlahan-lahan
mengambil-alih penjagaan dan tanggungjawab ibunya.
Suami Mar telah lama meninggal dunia, dan dia nampaknya telah berjaya mengatasi
kehilangan tersebut. Mar pernah mengalami masalah ketagihan alkohol. Dia
membesarkan empat anak, dan kini menikmati hidup bersama cucu-cucunya. Beliau
mempunyai Medicare dan Medicare Hospice Benefit. Mar mengadu bahawa anaknya
Dave menghinanya, tetapi Paula melaporkan bahawa Mar yang selalu menghina Dave.
Paula berasa marah terhadap pengabaian ibunya suatu ketika dahulu. Paula juga
mengadu kekurangan sokongan daripada adik-beradiknya, yang meninggalkan tugas
penjagaan ibu kepadanya. Walau bagaimanapun, dia gembira kerana kakaknya Susan
telah meninjau perkhidmatan hospis di Florida untuk ibunya.
Mar memerlukan pertolongan untuk urusan mandi, berpakaian, makan dan pemindahan
dari katil ke kerusi roda. Dia mengadu bahawa anak-anaknya tidak bertanggungjawab
terhadapnya. Dia mahu dibawa keluar berjalan-jalan. Dia pernah pergi ke rumah
penjagaan buat sementara waktu tetapi tidak menganggapnya sebagai sebuah tempat
yang menyediakan kualiti kehidupan yang baik. Dia tidak mahu ke rumah penjagaan
tersebut lagi. Mar takut memikirkan kematian. Namun, dia mahu menghadapi kematian
secara damai di atas katilnya sendiri. Dia menghadapi kehidupan dengan fokus positif
dan terus terlibat dengan kehidupan anak-anaknya. Dia berasa dekat dengan Tuhan
ketika dia sakit. Satu penyesalannya ialah dia berharap dia boleh menjadi seorang ibu
yang lebih baik.
5

i) Bina sebuah ekomap bagi memberi gambaran visual tentang latar belakang dan pola
hubungan keluarga Mar.
(5 markah)

ii) Pada penaksiran anda sebagai pekerja sosial, apakah masalah yang dihadapi oleh
Mar?
(5 markah)

Antara masalah yang dihadapi oleh Mar ialah berkenaan dengan kesihatan dimana
beliau menghidap penyakit pulmonari obstruktif kronik peringkat akhir dan mempunyai
sejarah penyakit athma. Penyakit yang dialaminya memberikan Mar masa 6 bulan
sahaja untuk hidup.

Masalah seterusnya dihadapi oleh Mar ialah mempunyai hubungan yang tidak baik
bersama keluarganya sendiri. Sebagai contoh Mar mengatakan bahawa anaknya
Dave menghinanya namun perkara tersebut disangkal oleh Paula dan manyatakan
bahawa Mar yang menghina Dave. Dalam situasi tersebut, masalah diantara keluarga
membawa kepada keruntuhan institusi keluarga yang dialami oleh Mar sendiri.

Selain itu, Mar juga pernah mengalami masalah ketagihan alkohol. Hal ini dikatakan
demikian kerana penglibatan Mar dalam kancah alkohol adalah untuk melupakan
pemergian suaminya. Namun pada hakikatnya, cara melupakan pemergian
seseorang itu adalah bukan dengan melupakan, tetapi dengan merelakan apa yang
tersurat mahupun tersirat.

Seterusnya, Mar menghadapi masalah untuk menydediakan persediaan asas untuk


dirinya seperti memerlukan pertolongan orang untuk urusan mandi, berpakaian,
makan dan urusan permindahan katil. Namun demikian, beliau tidak mahu untuk
meneruskan kehidupannya di rumah penjagaan tersebut dan ingin menghadapi
kematian dengan damai.
6

iii) Apakah sumber yang ada dalam keluarga tersebut yang boleh dijadikan sebagai
kekuatan untuk mengembalikan semula kesejahteraan klien?
(3 markah)

Antara sumber yang boleh dijadikan sebagai kekuatan untuk mengembalikan semula
kesejahteraan klien ialah dengan menyatupadukan semula institusi kekeluargaan
yang berada dalam keluarga Mar itu sendiri. Melalui keakraban yang dibina antara
keluarga, momen-momen positif akan dapat dilahirkan misalnya seperti hari keluarga
dan makan malam bersama.

Sumber lain yang menjadi kekuatan untuk mengembalikan semula kesejahteraan


klien ialah melalui aspek spritual iaitu kerohanian melalui penerapan nilai agama.
Dengan adanya penerapan nilai agama, kehidupan seseorang itu akan lebih terarah
kepada pemikiran positif. Pemikiran yang positif mampu melahirkan semula
kesejahteraan klien.

iv) Buatkan pelan proses bantuan lengkap yang sesuai untuk keluarga tersebut.
(7 markah)

Pelan proses bantuan kelurga:-

a. Penerokaan
Proses pertama ialah penerokaan dimana pekerja sosial perlu mendapatkan
maklumat komprehensif bersama keluarga Mar. Maklumat yang diperolehi
tersebut berkisarkan tentang masalah yang dihadapi mar bersama
keluarganya iaitu melalui permasalahan dan sebab-musabab berlakunya
permasalahn. Hal ini perlu diindentifikasi sebagai rujukan dalam penyediaan
serangkaian proses bantuan kerja sosial.

b. Penaksiran
Penaksiran ialah cara pekerja sosial menganalisis dapatan daripada proses
penerokaan yang dilakukan. Maklumat tersebut akan diku,pulkan dan pekerja
sosial akan merancang serangkaian intervensi yang sesuai

c. Penetapan matlamat
Fasa ini ialah fasa dimana pekerja sosial telah menetapkan dan mencapai kata
sepakat berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh klien. Fasa ini
memperuntukkan rancangan tindakan untuk menyelesaikan masalah
7

d. Perancangan
Pekerja sosial merancang serangkaian strategi untuk membantu Mar dan
keluarga untuk kekal bersatu sebagai keluarga bahagia

e. Pelaksanaan
Klien berusaha mencapai apa yang dipersetujui bersama dengan pekerja
sosial

f. Penilaian
Penilaian bertujuan pekerja sosial memantau kemajuan keluarga Mar dalam
aspek perpaduan dalam keluarga tebina

g. Penamatan
Keluarga Mar tidak bergantung lagi kepada pekerja sosial.
8

You might also like