Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

“ONE VISION, SAME MISSION, UNITED IN ACTION”

Ruj. Tuan :
Ruj Kami : SMKB/XEA3053/600-3/1/4(1)
Tarikh : 22 Jun 2022
Kepada
YB SARIFUDDIN BIN HATTA
PEMBANTU MENTERI KEWANGAN NEGERI
SABAH

Y.B Tan Sri/Y.B Dato‘/Y.B Datin/Tuan

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MEMBIAYAI KOS PENYERTAAN DAN PERBELANJAAN


PASUKAN HOKI SMK BALUNG PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN KE KEJOHANAN HOKI MSSD TAWAU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa SMK Balung akan menghantar 2 pasukan hoki bagi
mewakili sekolah ke Kejohanan Hoki MSSD Tawau iaitu kategori lelaki dan perempuan bawah 18
tahun. Namun begitu, pihak sekolah hanya dapat membiayai kos penyertaan untuk pasukan lelaki
sahaja memandangkan kos perbelanjaan yang agak tinggi telah pun dikeluarkan untuk membeli
peralatan permainan hoki untuk kegunaan latihan serta semasa kejohanan berlangsung.

3. Oleh yang demikian, saya selaku Ketua Penasihat Sukan dan Permainan Hoki juga pengurus
pasukan hoki sekolah dengan rasa rendah hati ingin memohon sumbangan berbentuk wang tunai
dari pihak YB untuk menampung segala kos perbelanjaan semasa Kejohanan Hoki MSSD Tawau yang
akan berlangsung pada 4 dan 5 Julai 2022. Berikut merupakan butiran kos perbelanjaan yang akan
digunakan

ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH


Pengangkutan RM180/hari 2 hari RM360
Makan dan minum RM13/orang 18 orang RM468
Air mineral RM8/kotak 10 kotak RM80
First Ais Kit RM92/unit 1 unit RM92
Jumlah keseluruhan RM1000

4. Semoga pihak YB dapat mempertimbangkan permohonan ini. Terima kasih atas keprihatinan
dan kerjasama dar pihak YB. Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................
(HERNAINI NURSAN)
Ketua Penasihat Hoki
SMK Balung Tawau.

ABS/abs 22/05/2023

“Melangkah Ke Hadapan”

You might also like