Minit Mesyuarat Agung Bola Sepak 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB BOLA SEPAK SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LURAH BILUT

2023/2024

TARIKH : 17 MEI 2023 ( Rabu )

MASA : 3.30 – 4.30 petang

TEMPAT : RNR SKLB

YANG HADIR : Semua Guru Penasihat

KEHADIRAN MURID : 32/44 orang

1. UCAPAN GURU PENASIHAT


1.1 En. Saiful mengalu-alukan kedatangan semua guru penasihat dan murid ke perjumpaan
kali pertama bagi tahun 2023/2024.
1.2 Beliau juga mengalu-alukan kedatangan murid baru dari Tahun Empat.
1.3 Beliau menyatakan tujuan perjumpaan kali ini adalah untuk memilih dan melantik ahli
jawatan kuasa induk kelab bagi tahun 2023/2024.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 Pencadang : Muhammad Fahmi Ezanny ( 6 Bestari )
2.2 Penyokong : Muhammad Zikir Firdaus ( 6 Bestari )

3. MEMBENTANGKAN LAPORAN TAHUN 2022/2023


3.1 Semua aktiviti tahun lepas telah dijalankan dengan lancar.
3.2 Ucapan terima kasih kepada guru penasihat atas nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar
3.3 Sumbangan dan jasa AJK tahun lepas amat dihargai.
3.4 Penilaian markah ko-kurikulum telah dikemaskini.
3.5 Semua kejayaan menjadi suatu kebanggaan sekolah dan kelab.  Usaha  perlu
ditingkatkan untuk memperoleh tahap pencapaian yang cemerlang 

4. PERLANTIKAN AJK INDUK


4.1 Setelah menjalani proses pencalonan dan pengundian, ahli kelab telah bersepakat
memilih nama-nama seperti di struktur organisasi.

5. RANCANGAN TAHUNAN KELAB BOLA SEPAK 2023/2024


5.1 Rancangan tahunan kelab bola sepak adalah seperti diruangan rancangan aktiviti
tahunan

6. PERATURAN
6.1 Encik Saiful juga memaklumkan kepada ahli mengenai kepentingan untuk menghadiri
setiap kali perjumpaan dan latihan kelab bola sepak, menyediakan buku catatan dan etika
pakaian semasa perjumpaan kelab:

6.1.1 Kehadiran:
6.1.1.1 Setiap ahli wajib menghadiri setiap perjumpaan bagi menyertai
semua aktiviti yang dijalankan dan jika tidak dapat hadir hendaklah
memberikan surat tunjuk sebab.
6.1.1.2 Murid yang tidak mempunyai kehadiran penuh, atau tidak
memenuhi syarat kehadiran, tidak dibenarkan mengambil bahagian
dalam aktiviti kemuncak yang akan diadakan kelak
.
6.1.2 Buku Catatan:
6.1.2.1 En. Saiful menekankan kepentingan buku catatan
kepada ahli. Semua ahli dikehendaki membawa buku catatan pada
setiap perjumpaan.
6.1.2.2 Buku Catatan tersebut hendaklah dibalut cantik supaya
menarik serta lengkap.

6.1.3 Pakaian:
6.1.3.1 Ahli dikehendaki memakai pakaian yang sesuai, iaitu pakaian
sukan sekolah. Ini kerana kelab ini melibatkan aktiviti fizikal yang
memerlukan murid banyak bergerak dan berlari.

6.1.4 Sumbangan kewangan


6.1.4.1 Kutipan sebanyak RM 1.00 sebulan bagi semua ahli kelab.
Kutipan ini bertujuan untuk mengadakan pertandingan dan
menampung kos perbelanjaan semasa kelab.

7. HAL-HAL LAIN
7.1 Ahli kelab hendaklah memberi bekerjasama kepada semua pihak bagi menjaga nama
baik kelab dan mengharumkan nama sekolah.
7.2 Tindakan boleh diambil sekiranya ahli melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

8. PENUTUP
8.1 Semua guru penasihat berharap semua ahli dapat menghadirkan diri pada setiap kali
perjumpaan serta aktiviti-aktiviti anjuran sekolah dengan lebih giat lagi pada tahun 2023.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh,

…………..............................
Fatin Nur Eliyana Bt Yazid
Guru Penasihat/Setiausaha
Kelab Bola sepak 2023/2024
SK Felda Lurah Bilut

You might also like