Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Komisi Kerasulan Wanita Katolik (KKWK)

Zon Santo Thomas, Tongod

Ruj Kami : kkwkZST-01/2023 17 April 2023


Ruj Tuan/puan :

Kepada,
Embi Mining Sdn Bhd

Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS UNTUK MEMBELI BAJU KORPORAT KOMISI KERASULAN


WANITA KATOLIK (KKWK) ZON SANTO THOMAS DAERAH TONGOD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya selaku pengerusi Komisi Kerasulan Wanita Katolik (KKWK), Zon Santo Thomas daerah Tongod
ingin memohon sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan untuk membeli baju korporat yang baru.

3. Untuk makluman pihak tuan/puan, seramai 44 orang ahli daripada KKWK Zon Santo Thomas daerah
Tongod akan menyertai Konvensyen Wanita Katolik pada 30 Ogos hingga 03 September 2023 yang
bertempat di dioses Keningau. Sehubungan itu, setiap ahli KKWK dikehendaki untuk memakai baju korporat
yang seragam di konvensyen tersebut.

4. Jumlah sumbangan yang dipohon adalah seperti berikut:


Anggaran harga kain dan upah menjahit sehelai baju korporat = RM 87.00
Jumlah baju korporat yang diperlukan = 44
Jumlah sumbangan diperlukan = RM 3828.00

5. Oleh itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas untuk
meringankan beban kewangan kami. Pihak tuan/puan boleh menghubungi saya di +60135509821 untuk
maklumat lanjut. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(JULIA BINTI BAHARI)


Pengerusi Komisi Kerasulan Wanita Katolik (KKWK)
Zon Santo Thomas, Tongod.

Sk: Fail
Sk: Komuniti umat Katolik (KuK)

You might also like