Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

BAB 8

JENTERA
PENTADBIRAN
KERAJAAN
MALAYSIA
• PENGENALAN
• STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN
MALAYSIA:
1. STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
2. STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN
NEGERI
3. STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN
TEMPATAN
•KESIMPULAN
PENGENALAN
- Setiap negara dalam dunia mempunyai sistem
pemerintahan yang berbeza.
- Dalam melaksanakan sistem pentadbiran yang
baik, kerajaan sesebuah negara memainkan
peranan penting dalam menentukan
perlaksanaan dasar yang sesuai bagi memajukan
negara.
- Dalam bab ini, pelajar akan mengetahui maksud
jentera pentadbiran dan sistem pentadbiran
antara kerajaan persekutuan dan negeri.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
- (Raja menjalankan kuasa mengikut peruntukan
perlembagaan.
- kuasa yang dipegang berdasarkan pelantikan secara
bergilir-gilir bukan warisan.
- Semua keputusan YDPA atas nasihat Perdana
Menteri dan kabinet kecuali melantik Perdana
Menteri, tidak setuju membubarkan parlimen,
minta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja.
- YDPA –ketua Agama Islam bagi negeri Melaka dan
Pulau Pinang termasuk di Sabah dan Sarawak dan
merupakan pemerintahan tertinggi angkatan
tentera.
MAJLIS RAJA-RAJA
•Mengandungi raja-raja dan Yang Dipertua Negeri
bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
•Bertujuan menyatupadukan raja-raja bagi
membincangkan kepentingan mereka,orang
Melayu dan negara.
•Mengadakan hubungan rapat antara kerajaan
Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di
peringkat tertinggi.
•Tugas utama- membuat pemilihan melantik Yang
Di-Pertuan Agong.
DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
-Pemerintahan Malaysia bertunjangkan kepada doktrin
pengasingan kuasa antara Perundangan, Eksekutif, dan
Kehakiman. Ini menjadi asas kemajuan dan keutuhan
Negara sebagai lambang negara merdeka.
• Perundangan(Legislatif) berfungsi membuat undang-
undang dan dipegang oleh Parlimen.
• Eksekutif (pemerintahan) berfungsi hal-ehwal
pemerintahan dan dipegang oleh Kabinet dan YDPA.
• Kehakiman (Judisiari) menjalankan kuasa kehakiman
dan dipegang oleh badan kehakiman iaitu mahkamah.
-Tujuan pengasingan kuasa mewujudkan keseimbangan
kuasa dalam pemerintahan dan mengelakkan pemusatan
kuasa dalam pemerintahan.
• BADAN EKSEKUTIF
• Badan eksekutif terdiri daripada perdana menteri,
timbalan perdana menteri, menteri dan kementerian.

• Beliau mempengerusikan kabinet yang terdiri daripada


jemaah menteri. Seorang perdana menteri akan
menyenaraikan ahli kabinet mengikut keperluan dalam
pentadbiran negara apabila membentuk kabinet baru.

• Perdana menteri boleh melantik seorang timbalan


mengikut budi bicaranya. Manakala seorang menteri
merupakan ahli yang dipilih dari Dewan Rakyat atau
Dewan Negara oleh perdana menteri.
• Menteri yang memegang portfolio dilantik oleh Yang
diPertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

• Menteri dan timbalan menteri yang


dipertanggungjawabkan untuk sesuatu kementerian akan
memastikan dasar kerajaan dijalankan.

• Ahli eksekutif yang penting dalam pentadbiran negara


adalah ketua setiausaha negara. Beliau dilantik oleh Yang
diPertuan Agong atas nasihat perdana menteri. Beliau
merupakan ketua bagi keseluruhan perkhidmatan awam
dan setiausaha jemaah menteri (kabinet) yang dikenali
sebagai setiausaha kabinet. Beliau juga menjadi penasihat
utama kepada perdana menteri dalam urusan
pentadbiran.
• Seorang ketua setiausaha juga memastikan dasar
kerajaan dijalankan di peringkat persekutuan, negeri,
daerah dan bahagian (Sabah dan Sarawak) dengan
sempurna.

• Setiausaha kabinet juga menyelaras pentadbiran badan


berkanun dan jabatan dengan kementerian.

• Ketua setiausaha negara juga tidak boleh melibatkan diri


dalam politik.
KERAJAAN

• Menurut K.C. Wheare (1956), kerajaan merupakan organisasi yang


melibatkan seluruh negara atau sebahagian negara untuk mentadbir
tanpa apa-apa pengaruh.
• Oxford English Dictionary: kerajaan dimaksudkan sebagai “satu sistem
pentadbiran yang dikawal oleh masyarakat negara itu sendiri.”
• kerajaan adalah satu organisasi yang dipilih oleh rakyat untuk
menguruskan pentadbiran negara secara teratur dengan melibatkan
semua negeri. Kerajaan bertindak sebagai jentera pentadbiran untuk
membuat dasar dan melaksanakan dasar tersebut untuk
kesejahteraan rakyat.
• Di Malaysia, terdapat tiga jenis sistem pentadbiran kerajaan, iaitu
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
• Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
SENARAI PERSEKUTUAN

Pengangkutan, Perdagangan, Hiburan dan Perkhidmatan

• Kerja raya, tenaga, pos


• Perkapalan dan perikanan (laut dalam)
• Perdagangan dan perusahaan (dalam hal kawalan harga, penyeledupan
dan inflasi)
• Perhubungan dan pengangkutan
• Jentera kerajaan
• Kewangan
• Syarikat koperasi
• Buruh dan keselamatan sosial
• Persatuan yang tidak perbadankan
• Penapisan
• Hiburan(pawagam, pusat karaoke)
• Hal ehwal luar negeri (bernama, diplomatik, kerjasama antarabangsa)
• Perkhidmatan bomba

Keselamatan(Dalam dan Luar Negara)

• Pertahanan (ancaman pengganas, lanun, TDDM, TUDM, TLDM)


• Keselamatan dalam negara (isu sensitif, ajaran sesat , tindakan along,
peranan polis)
• Undang-undang sivil, pentadbiran keadilan dan jenayah
• Siasatan dan penyelidikan (Polis Bukit Aman, forensik, sektor perubatan
dan ekonomi)
• Kawalan perosak pertanian

Sosial (Pendidikan, Kesihatan, Penduduk dan Kebajikan)

• Warganegara (naturalisasi, pendaftaran, komanwel, pasport, kad


pengenalan, kelahiran dan kematian)
• Pendidikan
• Perubatan dan kesihatan
• Akhbar dan penapisan
• Kebajikan orang asli
• Perumahan

Lain-lain

*Hari Kelepasan Am
SENARAI BERSAMA

Sosial (kesihatan, pendidikan dan kebajikan)

• Kesihatan awam
• Pencegahan penyakit
• Kebajikan masyarakat
• Biasiswa
• Budaya lepak

Perancangan Bandar

• Perancangan bandar dan desa


• Perparitan dan pengairan
• Penjaja beredar
• Pencegahan kebakaran dan keselamatan bangunan
• Perumahaan
• Pengeluaran bekalan kuasa air dan elektirk
• Tempat hiburan awam
• Perkapalan lebih 15 tan berdaftar

Lain-lain

• Perlindungan binatang (penyu, badak, harimau) dan burung liar serta


binatang ternakan
• Pemulihan perlombongan
SENARAI NEGERI

Pentadbiran dan perkhidmatan

• Pentadbiran kerajaan negeri


• Kerajaan tempatan (dewan bandaraya, majlis perbandanran dan majlis
daerah)
• Jentera kerajaan negeri
• Pengeluaran lesen (perniagaan, hiburan dan oc bagi rumah)
• Bekalan air
• Ganti rugi berdasarkan undang-undang negeri

Pertanian, tanah dan lombong

• Tanah (tuan tanah dengan penyewa, penerokaan, memelihara tanah dan


sekatan sewa)
• Pertanian dan perhutanan
• Penyu dan penangkapan ikan di sungai
• Tanah lombong dan artifak

Agama

• Hal ehwal agama Islam (hukum syarak)


• Harta berwasiat dan tidak berwasiat
• Pertunangan, perkahwinan, penceraian, mas kahwin, anak angkat,
amanah khairat, khairat ugama, zakat fitrah dan bait-ul-mal atau hasil
ugama Islam

Lain-lain

Hari kelepasan am negeri


• Jabatan Perdana Menteri

• Jabatan Perdana Menteri (JPM) memainkan peranan


penting dalam menyelaras dan membentuk dasar
kerajaan. Jabatan Perdana Menteri akan diketuai oleh
perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

• JPM menyelaras dan menjadi urusetia mesyuarat yang


dipengerusikan oleh perdana menteri seperti mesyuarat
mingguan jemaah menteri, mesyuarat menteri besar dan
melaksanakan keputusan mesyuarat tersebut,
merancang, merumus dan menyelaras segala dasar dan
maklumat negara untuk pelaksanaan dan pencapaian
matlamat dasar-dasar kerajaan.
• JPM juga menyelia serta menyelaras semua aktiviti
bahagian-bahagian dan jabatan-jabatan dibawahnya dan
menyediakan khidmat urusetia kepada beberapa
jawatankuasa kabinet dan jawatankuasa kebangsaan
serta menyelaras dan mengawal semua polisi kerajaan
dan cara perlaksanaannya.

• Menguruskan kerja Majlis Perancangan Negara, Majlis


Pembangunan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Majlis
Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Perundingan
Ekonomi Negara.
• Kementerian

• Kementerian diketuai oleh seorang ahli kabinet dan


mengendalikan beberapa agensi.

• Menggubal dasar, meneliti, merancang dan melaksana


program negara.

• Mengawal jabatan dan badan berkanun serta mengawal


pelaksanaan program kementerian.

• Beroperasi di peringkat persekutuan dan cawangan di


negeri serta daerah. Kementerian terdiri daripada ibu
pejabat kementerian di Putrajaya dan agensi pelaksana
(jabatan dan perbadanan awam).
• Jabatan

• Agensi kerajaan yang diletakkan di bawah sesuatu


kementerian.

• Meliputi semua cawangan di peringkat daerah dan negeri.

• Suruhanjaya

• Satu badan yang dilantik oleh kerajaan untuk melakukan


tugas tertentu. Dibahagikan kepada dua jenis iaitu
suruhanjaya tetap dan sementara (ad hoc).

• Suruhanjaya tetap terdiri daripada Suruhanjaya


Pilihanraya dan Suruhanjaya Perkhidmatan. Suruhanjaya
sementara ditubuhkan untuk membuat kajian, tinjauan,
dan laporan bagi mengatasi sesuatu masalah yang wujud
dengan segera.
• Agensi Pusat

• Menentukan perlaksanaan dasar secara berkesan dalam


sesuatu kementerian serta mengawal, menyelaras
pengurusan kementerian dan jabatan tersebut.

• Mewujudkan kerjasama diantara agensi kementerian,


jabatan persekutuan, dan kerajaan negeri.

• Badan Berkanun

• Diwujudkan melalui akta parlimen atau enakmen negeri.


Kakitangan awam boleh dipinjamkan dari jabatan melalui
persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bagi
meningkatkan keberkesanan pengurusan, badan ini boleh
menubuhkan anak syarikat mengikut keperluan.
• Badan berkanun berfungsi untuk membantu
pembangunan sosio-ekonomi dan mengurangkan
karenah birokrasi bagi memastikan kecekapan
pengurusan pentadbiran.

• Badan Tidak Berkanun

• Dimiliki oleh kerajaan dan dipengerusikan oleh pengurus


besar yang dilantik oleh YDPA yang bergelar ketua
eksekutif. Badan ini boleh menubuhkan anak syarikat
mengikut keperluan.

• Berfungsi menjalankan perniagaan yang memerlukan


modal besar dan kurang disertai sektor swasta serta
mencari keuntungan untuk kerajaan.
KERAJAAN NEGERI

KETUA NEGERI
- Malaysia mempunyai 13 negeri yang ditadbir oleh oleh seorang ketua
negeri yang mempunyai gelaran berbeza seperti Sultan, Raja, Yang
diPertuan Besar dan Yang diPertuan Negeri.
- Ketua negeri bertindak berdasarkan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri.
- Melantik Menteri Besar/Ketua Menteri dan mendapat maklumat
mengenai pentadbiran, sosio-ekonomi kerajaan negeri.
- Raja/Yang diPertuan Besar/Sultan menjadi ketua agama di negeri baginda.
- Menjadi sebahagian daripada Badan Perundangan Negeri Raja dan juga
merupakan pengerusi Jemaah Pengampunan Negeri.
MENTERI BESAR/KETUA MENTERI

- Menteri Besar atau Ketua Menteri merupakan seorang Ketua Eksekutif


Kerajaan Negeri dan dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atau Sultan, Raja
atau Yang diPertuan Besar.
- Dari parti politik yang menang majoriti dalam pilihanraya umum bagi
Dewan Undangan Negeri dan mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri.
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) diketuai oleh Ketua Menteri
atau Menteri Besar. Ahli dikenali Exco di Semenanjung dan Menteri di
Sabah dan Sarawak. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Sabah dikenali
sebagai kabinet manakala di Sarawak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di
kenali sebagai Majlis Tertinggi.
- Majlis ini Mempunyai 3 ahli bukan Dewan Undangan Negeri atau ex-
officio (pegawai kerajaan) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai
Kewangan Negeri Penasihat Undang-undang Negeri.
JAWATANKUASA PERINGKAT NEGERI

Jawatankuasa Penyelarasan Peringkat Negeri


-Berfungsi untuk merancang pembangunan ekonomi negeri, menasihatkan
kerajaan negeri mengenai perkara kemajuan tanah dan mengusaha,
membantu dan menggalakkan maklumat dan metodologi berhubung dengan
perancangan bandar.

Jawatankuasa Pembangunan Negeri


-Menyelaras dan menjalankan projek pembangunan negeri seperti
Rancangan Pembangunan Lima Tahun, melakukan penyelidikan dan
perancangan pembangunan bagi sektor awam dan swasta seperti
meningkatkan ekonomi dan menggalakkan pelaburan.

Jawatankuasa Keselamatan Negeri


Menyelaras keselamatan dalam negeri dengan keselamatan
persekutuan,membincangkan dan merangka hal ehwal keselamatan negeri.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
- Menggalakkan perhubungan erat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan serta satu saluran yang berkesan dalam perhubungan
Negeri dan Persekutuan.
- Bertindak sebagai pemudahcara yang berkesan antara Persekutuan dan
Negeri Sabah dalam perkara berkaitan dengan program atau projek
pembangunan Persekutuan dan integrasi nasional.
- Memberi input untuk membantu dan memudahcara pelaksanaan
projek-projek pembangunan dengan lebih licin dan teratur.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak


- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak seperti pejabat Setiausaha
Kerajaan Sabah.
- Berperanan untuk menentukan tugas, peranan dan tanggungjawab
Kerajaan Persekutuan terhadap Negeri Sarawak melalui Jabatan-
Jabatan/Badan-Badan Berkanun dilaksanakan dengan sempurna dan
berkesan.
KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI
- Kerajaan Persekutuan mengekalkan undang-undang yang dipersetujui
oleh semua negeri dan perlu mematuhinya dan memberi khidmat nasihat
kepada kerajaan negeri dalam urusan pentadbiran.
- Membenarkan kerajaan negeri mengadakan hubungan dengan luar
negara bagi tujuan pembangunan negara dan kemajuan ekonomi.
- Kerajaan Negeri juga mengadakan hubungan antara Ketua Setiausaha
Negara dengan kerajaan negeri melalui Jawatan kuasa Perhubungan
Persekutuan antara kerajaan negeri.

KERAJAAN TEMPATAN

- Kerajaan Tempatan terletak di bawah penguasaan Kerajaan Negeri.

- Merupakan kerajaan peringkat paling rendah dalam sistem kerajaan.

- Kerajaan Penguasa Tempatan Wilayah Persekutuan, Labuan, Putrajaya dan


Kuala Lumpur terletak di bawah kawalan Kerajaan Pusat. Kerajaan Tempatan
lain terletak di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing.
- Semua Kerajaan Tempatan di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
- Kerajaan Tempatan terdiri daripada Dewan Bandar Raya, Majlis
Perbandaran dan Majlis Daerah.
- Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Kerajaan tempatan
bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan dengan perancangan
pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan, bertindak sebagai
pihak berkuasa untuk merancang bandar, mentadbir kawasannya dengan
lebih teratur dan cekap dan mengambil tindakan aktif untuk memajukan
pembangunan.
- Membuat undang-undang kecil atau by-laws seperti mengutip cukai pintu,
dan sewa serta menubuhkan kumpulan wang pihak berkuasa tempatan
yang berada di bawah kawalan sendiri dan membuat kontrak kerajaan,
mendakwa dan memiliki harta.
- Hasil kewangan Kerajaan Tempatan adalah bayaran yang diperoleh dari
perkhidmatan dan lesen, mendapatkan pinjaman daripada Kerajaan Negeri
dan Pusat, mendapat peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan
Tempatan adalah berdasarkan jumlah hasil kutipan sesuatu daerah, luas
kawasan dan jumlah penduduk.
• Mempunyai kuasa autonomi untuk mewujudkan kesinambungan hubungan
yang padu dan jelas di antara pihak berkuasa tempatan, Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Persekutuan.
• Membuat undang-undang kecil sesuatu kawasan dan memajukan projek
yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri, mengutip cukai
perkhidmatan, lesen menjaja, binatang, hiburan,sewa gerai bayaran tapak
pasar malam dan pasar.

JENIS-JENIS KERAJAAN TEMPATAN DI MALAYSIA


Dewan Bandar Raya
- Ketua pentadbir Dewan Bandaraya ialah Datuk Bandar dan dibantu oleh
Majlis Bandaraya. Terdapat 24 ahli Majlis Bandaraya dilantik oleh Kerajaan
Negeri. Semua ahli di perkenan oleh Yang dipertuan Agong mengikut
seksyen 4 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- Ditubuhkan melalui undang-undang khas yang diluluskan Majlis Negara
untuk Kerajaan Negeri dan merangkumi kawasan bandar.
- Anggota Dewan Bandaraya adalah Datuk Bandar dilantik oleh kerajaan
negeri dan di perkenan oleh Yang diPertuan Agong. Bagi Dewan Bandaraya
Putrajaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Bandar dilantik oleh
kerajaan pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Kriteria sesuatu tempat dianggap sebagai Dewan Bandaraya ialah
terdapatnya bilangan penduduk seramai 300 ribu orang dan lebih,
mempunyai sumber kewangan dari hasil pendapatan melebihi RM80 juta
setahun dan dinaikkan taraf berdasarkan undang-undang khas yang
diluluskan oleh kerajaan pusat.
- Seorang Datuk Bandar memegang jawatan selama dua tahun.
- Berfungsi untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi tujuan
menjana ekonomi bandar dan meningkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan warga kota.
- Pelbagai aktiviti pembangunan sosial dilaksanakan bagi tujuan
meningkatkan integrasi masyarakat bandar. Dari aspek pembangunan
ekonomi penyediaan ruang-ruang perniagaan khususnya untuk
perniagaan kecil akan dilakukan. Selain itu, Dewan Bandaraya juga
mengindahkan bandar, mengeluarkan lesen perniagaan/penjajaan,
mempercepatkan proses pengagihan perumahan awam kepada mereka
yang berkelayakan dan membina pusat komuniti seperti dewan serba
guna, surau dan projek perumahan rakyat dan krematorium (rumah
pembakaran mayat).
Majlis Perbandaran
- Ditubuhkan melalui enakmen undang-undang dan ditadbir oleh Yang
Dipertua.
- jabatan dalam Majlis Perbandaran diketuai oleh setiausaha Perbandaran
selaku pentadbir dan mendapatkan pengesahan dari kementerian
perumahan dan kerajaan tempatan. Terdapat 8 - 24 ahli Majlis
Perbandaran dan seorang setiausaha yang bertindak sebagai ketua
eksekutif. Seseorang ahli Majlis dilantik oleh Majlis Perbandaran atas
kelulusan Kerajaan Negeri.
- Sesuatu tempat dikendalikan oleh Majlis Perbandaran apabila jumlah
penduduk adalah lebih 100 ribu orang dan mempunyai jumlah sumber
kewangan adalah melebihi RM11 juta setahun.
- Menjalankan kajian-kajian penyelidikan bagi merumuskan dasar-dasar
perancangan dan memberi nasihat perancangan kepada jabatan dan
agensi kerajaan, swasta dan orang awam serta menyediakan rancangan
struktur dan tempatan.
- Mengawal pembangunan perumahan, perniagaan dan perindustrian dan
merancang projek-projek Majlis atau kerajaan serta mengindahkan
kawasan penyelenggaraan dengan taman dan landskap yang menarik.
Majlis Daerah
- Bertanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar dalam sesuatu
daerah.
- Majlis ini ditempatkan di kawasan luar bandar dan ditubuhkan melalui
undang-undang biasa.
- Anggota Majlis Daerah diketuai Yang diPertua atau Pegawai Daerah dan
dibantu oleh Majlis Daerah (8-12 ahli) bagi tempoh berkhidmat adalah
selama 1 tahun. Seorang pegawai daerah memegang jawatan tidak lebih
dua tahun.
- Sesuatu kawasan yang dikendali oleh Majlis Daerah mempunyai penduduk
kurang dari 100 ribu orang dan mempunyai sumber kewangan kurang
RM10 juta setahun. Contohnya, Majlis Daerah Batu Pahat, Majlis Daerah
Raub.
KESIMPULAN
- Sistem kerajaan di Malaysia mempunyai strategi yang baik. Dengan adanya
pembahagian antara eksekutif, perundangan dan kehakiman, pemerintahan
dijalankan dengan berkesan.
- Peranan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan
juga membuktikan pemerintahan kerajaan melibatkan bukan sahaja sektor
ekonomi tetapi juga sektor politik, sosial, kebudayaan dan agama.
- Tadbir urus kerajaan yang baik membolehkan masyarakat mendapat
khidmat dan penyampaian maklumat dengan mudah dan berkesan.

You might also like