Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ULASAN BUKU

GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH


Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

NAMA: MOHD FARIS AIMAN BIN ANUAR

NO MATRIK: P128309

1. Judul BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

2. Penulis buku NORIATI A.RASHID, BOON PONG YING, SHARIFAH FAKHRIAH SYED
AHMAD & ZURAIDAH A.MAJID
2. Penerbit OXFORD FAJAR SDN. BHD.

3. Bidang KURIKULUM

4. Tarikh pembacaan 23/03/2023-15/04/2023 5. Bil muka surat: 224

6. Sinopsis buku
Buku budaya dan pembelajaran ini sangat bertepatan dengan latar belakang masyarakat malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan etnik. Guru sebagai insan yang akan membawa perubahan
dan perpaduan perlu didedahkan dengan pelbagai perkara berhubung pembelajaran murid yang
mempunyai kaitan dengan pembelajaran bilik darjah setiap etnik dalam kehidupan keluarga dan sosial
mereka. Buku ini mengandungi 7 bab yang terdiri daripada topik kemahiran komunikasi guru,
pembinaan persekitaran bilik darjah, implikasi kepelbagaian sosiobudaya, budaya dan kepelbagaian
kelompok di malaysia, ketaksamaan peluang pendidikan serta pelan tindakan mewujudkan persekitaran
yang mesra budaya.
7. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Antara nilai yang terdapat dalam buku ini ialah:
1- Kerjasama antara etnik dapat diperluaskan.
2- Toleransi dalam perkara pendidikan yang dilakukan demi kemenjadian modal insan.
3- Nilai baik dan empati dalam setiap diri murid dan guru.

8. Implikasi kepada guru


Melalui buku budaya dan pembelajaran ini, guru dapat menguruskan diri dan murid serta menanamkan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia agar ia menjadi suatu budaya kerja dan pendidikan yang
memastikan setiap etnik mesra antara satu sama lain.
Guru juga dapat menerima kepelbagaian budaya dan memberi layanan yang adil kepada semua murid
mengikut keperluan individu.
Seterusnya guru dapat memahami situasi pelajar daripada aspek latar belakang keluarga dan sebagainya
bagi memudahkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian kepada murid itu
sendiri bagi mengelakkan daripada terlepas pandang terhadap keperluan dan tahap penerimaan murid
didalam pelajaran.
Selain itu, guru juga dapat menggunakan strategi yang pembelajaran yang kooperatif bagi memberi
kesan terhadap hasil pembelajaran murid. Pembelajaran kooperatif ialah set proses yang membantu
pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai matlamat khusus yang berkaitan dengan dengan isi
kandungan pelajaran.
.
9. Kekuatan/kelebihan buku
Berdasarkan pembacaan kesemua bab dalam buku ini, isi kandungan menyentuh mengenai keperluan
isu yang merangkumi aspek sosio budaya pelbagai kelompok di Malaysia, gaya pembelajaran
berdasarkan aspek kepelbagaian budaya, kemahiran hubungan kelompok dan isu-isu kepelbagaian
budaya yang wujud khususnya dalam bidang pendidikan. Disebabkan halaman buku ini yang banyak,
penulis menyediakan halaman index di akhir bertujuan memudahkan pembaca untuk mencari perkataan
yang diingini dengan lebih mudah.
10 Kelemahan/kekurangan buku
. Pada pendapat saya, buku ini tidaklah mempunyai kekurangan yang ketara disebabkan ia telah pun
dikemaskini beberapa kali bagi memastikan setiap informasi yang disertakan adalah benar dan selari
dengan sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini. Bagaimanapun, buku ini bertujuan memberi
rujukan kepada pembaca dari golongan pendidik dan juga bakal pendidik yang menjadikannya sesuai
dibaca oleh golongan tertentu sahaja. Disebabkan itu juga, kandungan dari buku ini adalah tepat dan
lengkap sesuai dengan tajuk yang difokuskan oleh penulis. Seterusnya, Penggunaan perkataan yang
sedikit mencabar memerlukan pembaca untuk merujuk maksud sebenar yang disampaikan oleh penulis.
Selain itu, Buku ini disertakan sekali dengan soalan-soalan berkaitan sub topik yang terdapat
didalamnya. Hal ini menunjukkan bahawa buku ini sekali lagi disediakan untuk pendidik. Akhir kata,
Saya berpendapat bahawa edisi buku ini adalah yang paling lengkap dan terkini sesuai dengan
keperluan pendidikan, guru, dan juga bakal guru.

You might also like