Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BACHELOR OF TEACHING ( PRIMARY EDUCATION ) WITH HONOURS

(BTPSE)

MAY / 2022

MPU3112

HUBUNGAN ETNIK

NO. MATRIKULASI : 950717115120001


NO. KAD PENGENALAN : 950717115120
NO. TELEFON : 0148152788
E-MEL : farrahmustaffa@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING


CENTRE

1
TUGASAN 1

PENGENALAN

Hubungan Etnik merupakan satu perkara yang amat penting dalam


memelihara keharmonian negara serta perpaduan kaum. Dalam agenda keselamatan
sesebuah negara,keselamatan sosio budaya merupakan salah satu daripada kriteria
keselamatan yang amat penting yang telah digariskan oleh kerajaan. Ini terbukti
apabila kerajaan mewujudkan konsep pertahanan menyeluruh dalam agenda
keselamatan negara (HANRUH). Dalam konsep HANRUH ini perpaduan kaum
adalah kunci kepada kejayaan konsep pertahananini di mana semua rakyat di negara ini
akan digerakkan bagi membantu mempertahankannegara ini (Rizhan el-Rodi , "Alam
Ilmi: Konsep Pertahanan Menyeluruh").

Perpaduan merupakan proses menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara


supaya mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya manakala integrasi
pula adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat
melalui satu indentiti bersama.Walaubagaimanapun, bukanlah mudah bagi sesebuah
negara untuk mencapai keamanan dan kemakmuran sebegini. Pelbagai usaha, kempen,
aktiviti kemasyarakatan, dan penerapan nilai moral yang dijalankan oleh pihak kerajaan
sejak perjuangan menuntu tkemerdekaan dan pada awal pembentukan Malaysia sehingga
ke hari ini bagi mengekalkan perpaduan dan integrasi antara kaum dan seterusnya
mewujudkan sebuah negara Malaysia yang harmoni

Peristiwa berdarah seperti 13 May 1969 dan beberapa peristiwa lain telah
memecah belahkan dan merumitkan proses perpaduan antara kaum. Keadaan ini telah
memaksa kerajaan mewujudkan dasar-dasar baru untuk mewujudkan dan mengukuhkan
integrasi antara kaum. Prinsip rukun yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 merupakan
salah satu kaedah yang diambil oleh kerajaan dalam proses memupuk perpaduan dan
integrasi antara kaum yang sedang kita kecapi ketika ini.

2
Objektif utama tugasan ini dibentangkan adalah untuk membincangkan
dengan mendalam tentang kons ep asas dalam hubungan etnik s erta
memahami konsep asas adalah penting untuk mengaitkan kursus ini dengan realiti
masyarakat di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam
menyatupadukan masyarakat Malaysia dan mempunyai tahap toleransi yang tinggi.

PERBEZAAN ANTARA RAS DAN RASISME

Menurut Ting (1987), kumpulan ras adalah kelompok manusia yang mempunyai
persamaan dari segi sifat-sifat fizikal seperti warna kulit, bentuk kepala, hidung, telinga,
mata dan bibir. Dalam kebanyakan ciri, warna kulit adalah ciri yang paling jelas dan
sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia. Di Amerika Syarikat misalnya
penduduknya dibahagikan kepada orang kulit putih, kulit hitam dan sebagainya.
Manakala, rasisme pula bermaksud perkauman. Perkataan ini sering dilontarkan
sepanjang masa oleh orang kulit hitam dan putih. Menurut Kamus Warisan Amerika,
rasisme mempunyai dua makna. Sumber ini pertama kali mendefinisikan rasisme sebagai,
"Kepercayaan bahawa ras menyumbang kepada perbezaan watak atau kemampuan
manusia dan bahawa kaum tertentu lebih unggul daripada yang lain" dan kedua sebagai,
" Diskriminasi atau prasangka berdasarkan ras."

CADANGAN CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN PREJUDIS WUJUD DALAM


KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Sikap prejudis seringkali melibatkan sikap individu kepada individu


atau kelompok yang berlainan darisegi agama, etnik, jantina dan orientasi
seksual. Ia adalah tindakan menghukum atau menilai tanpabukti dan selalu
didasarkan atas persepsi yang telah dibina terlebih awal. Kesan sikap prejudis
ditahap individu boleh merosakkan sesuatu perhubungan manakala dalam

3
skala yang lebih besar, iaboleh melibatkan keganasan dan peperangan. Tentu
sekali sikap prejudis ini perlu dielakkan

RUJUKAN

bin Md Daud, N. HUBUNGAN ETNIK DALAM KALANGAN MAHASISWA: SATU


PERBANDINGAN ANTARA MAHASISWA IPTA DAN IPTS DI UTARA SEMENANJUNG
MALAYSIA. In Symposium of USM Fellowship Holders 2009 (p. 811).

Rahamat, N. A. B. Hubungan Status Ras/Etnik Dengan Konsep Kendiri.

Muslim, N., & Musa, N. Y. (2011). HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF
ISLAM. Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies, 29(1).

Alias, B., Ismail, H., & Sa’ari, C. Z. (2014). Perpaduan kaum di Malaysia: suatu penilaian.

You might also like