Penilaian Progresif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BAHAGIAN A

(25 Markah)

Soalan 1 hingga soalan 10 (10 markah)


Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. _____________ Kamil berdarah dengan banyak kerana terkena pisau ketika mengupas
nanas.
A. Ibu pejabat          C. Ibu pertiwi          
B. Ibu negara           D. Ibu jari

2. “Tolong sampaikan surat _________ ini kepada Cikgu Mariam,” kata Qistina kepada
Soraya.
    A. kita           C. awak          
B. saya           D. lurut

3. Tuan Pengetua sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ________ menasihati murid -
murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah.
A. Baginda C. Dia
B. Beta D. Beliau

4. Puan Alifah menerima ________ tempahan biskut raya sepanjang bulan Ramadan.
A. banyak C. lebat
B. rapat D. cetek

5. Sejak berpindah ke bandar, Zaidi mampu hidup ____________ dan tidak perlu bergantung
kepada keluarganya lagi.
A. berdikari C. bersama
B. beramai D. tersendiri

6. Gerak langkah para pesilat seni Silat cekak di gelanggang itu tampak begitu ____________ dan
menarik.
A. cekap C. pantas
B. cergas D. tangkas

1
7. Encik Tham ____________ menjadi pengurus selama 10 tahun sebelum dilantik sebagai
pengarah pemasaran.
A. pernah C. belum
B. juga D. akan

8. Puan Nancy telah membeli se ____________ permaidani buatan tangan ketika melancong ke
Turki baru-baru ini.
A. bidang C. lembar
B. helai D. keping

9. Kanak-kanak yang dipercayai lemas dalam sungai itu masih belum ditemui kerana arus sungai
itu _____________ .
A. paling laju C. amat kuat
B. sangat dalam D. sungguh deras

10. _______________ yang ingin menghulurkan derma kepada mangsa gempa bumi di China
bolehlah mengirimkan wang pos kepada alamat yang tertera.
A. Siapa C. Orang
B. Sesiapa D. Semua

Soalan 11 hingga soalan 20 (10 markah)


Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

11. Bubur kacang yang dimasak oleh ibu sangat sedap rasanya. Tiada kesalahan.
A B C D

12. Sebagai akibat banjir besar yang melanda negara kita baru-baru ini, beratus haiwan ternakan
mati.
A B C
Tiada kesalahan.
D

13. Jalan di kawasan itu amat sendat sehingga sering berlaku kesesakan lalu lintas. Tiada
kesalahan.
A B C D
2
14. Setengah peniaga suka mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ekoran kenaikan
harga
A B C
minyak petrol. Tiada kesalahan.
D

15. Pelajar itu memperoleh markah yang paling tinggi sekali dalam ujian Sains. Tiada kesalahan.
A B C D

16. Amira kecewa kerana jubah yang dibelinya dalam talian agak pendek, manakala jahitannya
A B
kurang kemas. Tiada kesalahan.
C D

17. Kebanyakan rumah-rumah di Kampung Setia Murni merupakan rumah kayu dan besar belaka.
A B C
Tiada kesalahan.
D

18. Walaupun Pak Dolah hanya bekerja sebagai penarah getah namun semua anaknya berjaya
A B
dalam pelajaran dan kerjaya. Tiada kesalahan.
C D

19. “Saya ke sekolah bersama-sama Haikal kerana rumah kita berdekatan,” kata Ramli kepada
A B C
Cikgu di Chua. Tiada kesalahan.
D

20. Persembahan koir yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar sekolah itu amat menarik dan guru
A B
yang membimbing kumpulan itu adalah Cikgu Khairi. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 11 hingga soalan 15 (5markah)


Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

21. Pasaraya itu sering dikunjungi oleh orang ramai kerana kedudukannya yang amat strategik.

3
22. Berita perkahwinan selebriti yang terkenal itu sudah tersebar ke seloroh negara.

23. Sekolah saya akan menganjurkan pertandingan mengarang cerpen bersempena dengan ulang
tahun kemerdekaan negara ke 57.

24. Kebanyakkan anak muda pada zaman ini kurang mementingkan masa.

25. Pelbagai maklumat dapat diperoleh dengan mudah sejak teknoloji maklumat berkembang.

Soalan 26 hingga soalan 30 (5markah)


Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong.

 bagaikan embun dihujung rumput


 malang tidak berbau
 bagai kera mendapat bunga
 bagai telur dihujung tanduk
 burung terbang dipipiskan lada

26. Ali ______________________________________kerana baru sahaja mendapat hadiah telefon


bimbit daripada bapanya, dalam masa dua hari sahaja dia telah merosakkannya .

27. Ahmad seperti ________________________________________ kerana mengharapkan tawaran


kemasukannya ke universiti.

28. Kisah cinta pelajar sekolah kini hanyalah _____________________________________ .

29. Berhati-hatilah di jalan raya kerana kata orang tua-tua


__________________________________ nasihat ibu kepada abang.

4
30. Lelaki itu __________________________________________ apabila dia hampir dilanggar
oleh lori.

Soalan 31 hingga soalan 35 (5 markah)


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Masalah kurangnya minat murid ke perpustakaan sekolah telah lama diperkatakan. Ada banyak
faktor yang menyebabkan murid-murid menjauhi perpustakaan.
Sedarkah kita bahawa selama ini perpustakaan hanya dijadikan tempat untuk memenuhi
waktu senggang. Murid-murid ke perpustakaan tanpa tujuan yang jelas. Mereka tidak diberi
panduan tentang cara untuk memanfaatkan perpustakaan dengan betul. Malah,tidak banyak murid
yang tahu tentang cara yang betul untuk mencari maklumat di perpustakaan.
Perasaan malu kerana tidak tahu menggunakan kemudahan di perpustakaan, lebih-lebih lagi
dalam era teknologi moden ini menyebabkan murid menghadapi pelbagai kesukaran untuk
mendapatkan bahan bacaan yang diperlukan. Sebagai akibatnya, mereka berasa terpinggir lalu
menjauhkan diri dari perpustakaan.
Suasana yang kurang ceria di perpustakaan membosankan murid. Kedudukan meja dan rak
buku yang tidak teratur menyebabkan ruang menjadi sempit. Apatah lagi jika ada lampu atau kipas
yang rosak menyebabkan keadaan di perpustakaan kurang selesa.
Justeru untuk menarik minat murid-murid supaya memanfaatkan perpustakaan, kerjasama
daripada seluruh warga sekolah amat penting. Pihak sekolah perlu merancang aktiviti yang sesuai
untuk mendekatkan murid dengan perpustakaan.

31.  Rangkai kata memenuhi waktu senggang dalam petikan bermaksud


      A  mencukupi keperluan
      B  mengisi masa lapang
      C  menggunakan waktu yang terhad
      D  memanfaatkan masa yang ada

32. Mengapakah murid kurang berminat untuk pergi ke perpustakaan?


A  Sikap malas membaca
B  Bahan bacaan tidak bermutu
C  Lokasi perpustakaan yang jauh
D  Tidak tahu menggunakan kemudahan di perpustakaan

33. Murid berasa tidak selesa berada di dalam perpustakaan jika


A  dilarang berbuat bising
B  ada lampu dan kipas yang rosak
C  dikelilingi buku yang terlalu banyak
D  diminta membaca bahan bacaan yang membosakan

34. Suasana perpustakaan yang kurang ceria akan menyebabkan murid


A  berasa bosan
B  mudah mengantuk
C  sukar menumpukan perhatian
D  tidak selesa untuk membaca buku

35.  Pilih pernyataan yang benar tentang masalah yang wujud di perpustakaan.
5
A  Kekurangan bahan bacaan baharu.
B   Kedudukan rak buku tidak tersusun.
C   Tempoh peminjaman buku terlalu singkat.
D Pengurusan perpustakaan yang tidak sistematik.

BAHAGIAN B
(15 Markah)
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.

________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
6
_______________________________________________________________________________
_

SOALAN TAMAT

You might also like