Masih Ada Yang Sayang (MAYS) - Meningkatkan Kehadiran 2 Orang Murid Berisiko Cicir Hadir Ke Sekolah Pasca Covid-19

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK TAMAN DAYA 2, JOHOR BAHRU

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama Pengkaji : Norfaiza Binti Misman


Nama Panitia : Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Taman Daya 2
Tajuk Kajian : Masih Ada Yang Sayang (MAYS) – Meningkatkan Kehadiran 2 Orang Murid Berisiko
Cicir Hadir Ke Sekolah Pasca Covid-19

MEMBUAT PEMERHATIAN

Hasil pemerhatian saya terdapat pelajar Tingkatan 5 yang berisiko cicir tidak hadir ke sekolah walaupun sekolah telah dibuka
untuk Pelajar Tingkatan 5 selepas penutupan sekolah akibat Covid-19. Ini sangat membimbangkan kerana Murid Berisiko Cicir
adalah murid yang dijangkakan berhenti atau tidak mengambil peperiksaan SPM oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah.

Hal ini dapat ditunjukkan melalui data kehadiran yang saya catat mengikut bilangan hari keseluruhan muird tersebut ke sekolah.

Murid Berisiko Bilangan Hari Bersekolah (Tahun 2020)


Murid A 89/130
Murid B 77/130

Apabila ditemubual, murid memberikan respon bahawa mereka bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga dan kerap
bangun lewat lalu mengakibatkan mereka tidak hadir ke sekolah.

REFLEKSI

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid semasa menjalankan sesi kaunseling, mereka berada dalam keadaan tidak
bersedia dan bersikap acuh tak acuh mengenai kepentingan peperiksaan SPM yang mereka bakal hadapi.
Latar belakang keluarga yang miskin dan berasal dari keluarga yang berpecah belah juga menjadi antara faktor penyumbang
kepada ketidakhadiran pelajar tersebut.
Antara faktor yang dapat dikesan melalui sesi kaunseling ialah :

Murid Latar Belakang Keluarga


Murid A - Anak Yatim Piatu
- Tinggal bersama abang / adik beradik
- Bekerja sambilan
Murid B - Anak yatim
- Tinggal bersama ibu dan kadangkala bersama nenek
- Bekerja sambilan

Hasil daripada pemerhatian pengkaji, kedua-dua orang murid ini tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada keluarga dan
mengakibatkan murid terumbang ambing dan merasakan bekerja itu lebih penting daripada pergi ke sekolah.

Daripada refleksi di atas, didapati murid-murid ini tidak bermotivasi dan tidak merasai kepentingan peperiksaan SPM di dalam
diri mereka.

MERANCANG

Objektif Kajian

i. Objektif Am
Meningkatkan kehadiran 2 orang murid berisiko cicir hadir ke sekolah Pasca Covid-19
ii. Objektif Khusus
1. Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
2. Meningkatkan motivasi murid untuk menduduki peperiksaan SPM.
3. Memastikan murid tidak tercicir dan berhenti sekolah.

Kumpulan Sasaran
Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 2 orang murid yang terdiri daripada Murid Berisiko Cicir (MBC) yang
diberi oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tingkatan 5.

Saya telah merancang untuk mendapatkan data dengan menggunakan kaedah sesi kaunseling dan juga pelaksanaan Program
Masih Ada Yang Sayang.

Analisis data yang telah saya gunakan untuk menentukan kejayaan ialah perbandingan bilangan hari murid tidak ke sekolah pada
tahun 2020 dan juga bilangan hari murid tidak ke sekolah pada tahun 2021.

Saya telah melaksanakan 4 aktiviti Program Masih Ada Yang Sayang (MAYS) seperti yang berikut:
i. Aktiviti 1: Membina hubungan mesra bersama murid melalui aplikasi atas talian peribadi.
ii. Aktiviti 2: Menelefon ibu bapa / penjaga pada hari murid tidak bersekolah.
iii. Aktiviti 3: Sesi Kaunseling bersama Murid
iv. Aktiviti 4: Ziarah Kasih – pergi ke rumah murid.

MELAKSANAKAN TINDAKAN

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan, saya telah melaksanakan 4 aktiviti seperti berikut. Oleh kerana
kesemua aktiviti ini dilaksanakan secara atas talian, murid-murid diberi masa selama 24 jam untuk menyelesaikan kesemua
aktiviti yang diberikan. Mereka boleh menjalankan aktiviti-aktiviti ini mengikut tahap penguasaan masing-masing di rumah.

Aktivti 1: Membina hubungan mesra bersama murid melalui aplikasi atas talian peribadi.
Langkah 1: Guru kerap bertanya khabar dan memberikan peringatan mesra kepada murid melalui aplikasi atas talian yang
mudah diakses oleh murid.
Langkah 2: Guru berkongsi ayat-ayat nasihat dan peringatan mengenai kepentingan hadir ke sekolah.

Ucapan dan peringatan di aplikasi Instgaram murid.

Aktiviti 2: Menelefon ibu bapa / penjaga pada hari murid tidak bersekolah.
Langkah 1: Guru menelefon ibu bapa / penjaga pada hari murid tidak bersekolah
Langkah 2: Guru akan memberitahu ibu bapa / penjaga bilangan hari anak tidak bersekolah dan memohon kerjasama ibu bapa /
penjaga.

Aktiviti 3: Sesi Kaunseling bersama Murid


Langkah 1: Guru menjalankan sesi kaunseling bersama murid.
Langkah 2: Guru meneroka punca dan faktor murid tidak ke sekolah.

Aktiviti 4: Ziarah Kasih – pergi ke rumah murid.


Langkah 1: Guru pergi ke rumah murid dan berjumpa dengan ibu bapa / penjaga.
Guru berbincang bersama ibu murid mengenai ketidakhadiran anak ke sekolah.

MEMBUAT PEMERHATIAN

Bagi menilai keberkesanaan kajian ini, saya telah membuat analisis keputusan ujian pos murid-murid.

Analisis Data Kehadiran

Bil Murid Kehadiran 2020 Kehadiran 2021


1 Murid A 89/130 (68%) 16/20 (80%)
2 Murid B 77/130 (59%) 17/20 (85%)

Berdasarkan perbandingan bilangan hari di atas jelas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kehadiran murid ke sekolah.

Refleksi Kajian
Saya mendapati murid-murid tersebut telah hadir ke sekolah menjelang peperiksaan SPM. Ini membuktikan bahawa Program
Masih Ada Yang Sayang (MAYS) yang telah dilaksanakan dengan berkesan.

Bagi kajian yang akan datang, saya mencadangkan agar kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan ini diteruskan.

LAMPIRAN

You might also like