IJESS DR Nooriah Et Al Final 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/276270461

Nooriah Yusof, Norain Mat Lazim & Zakiyah Jamaluddin, 2013. Persepsi
Pelajar Prasiswazah terhadap Program Pembangunan Kebolehpasaran
Siswazah: Kes Universiti Sains Malaysia. Jurnal...

Article · December 2013

CITATIONS READS

3 8,307

1 author:

Nooriah Yusof
Universiti Sains Malaysia
19 PUBLICATIONS   65 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

'Housing Stress' dan Kesejahteraan Hidup Komuniti Bandar di Pulau Pinang View project

Affordable Housing Schemes in Malaysia View project

All content following this page was uploaded by Nooriah Yusof on 21 November 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

PERSEPSI PELAJAR PRASISWAZAH TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN


KEBOLEHPASARAN SISWAZAH: KES UNIVERSITI SAINS MALAYSIA [USM]

Nooriah Yusof*, Norain Mat Lazim & Zakiah Jamaluddin

Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

Abstrak: Kebolehpasaran siswazah pada masa ini telah mula menjadi agenda penting di kebanyakan institusi
pengajian tinggi. Terdapat pelbagai tafsiran apabila merujuk kepada isu kebolehpasaran ini sehingga ia menarik
minat ramai pengkaji untuk mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada permasalahan ini. Universiti
sebagai institusi pengajian tinggi yang melahirkan graduan dalam pelbagai bidang pengajian memainkan
peranan penting dari segi dasar dan tindakan dalam memastikan graduan yang dihasilkan dapat memenuhi
keperluan pasaran pekerjaan. Institusi pengajian tinggi semakin didesak untuk turut berperanan dalam
melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan keperluan majikan dalam pasaran buruh. USM
merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang dipilih untuk Program Pemacuan Kecemerlangan
(Accelerated Programme for Excellence – APEX) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
pada tahun 2008 yang bermatlamatkan menjadi satu institusi mercu dan pusat akademik negara yang unggul
serta berkelas dunia dengan memberikan penekanan dari segi pembangunan kualiti pelajar. Banyak kajian
mendapati kualiti dan reputasi universiti juga merupakan antara faktor penting yang boleh mempengaruhi
kebolehpasaran graduan selain daripada faktor penawaran dan permintaan, kesesuaian ijazah, kemahiran
insaniah dan personal attribute pelajar. Fokus utama kertas kerja ini adalah untuk membincangkan tahap
kebolehpasaran graduan USM berdasarkan data yang diperoleh daripada Sistem Kajian Pengesanan Graduan
(SKPG) yang dibangunkan oleh KPT. Selain daripada itu, kertas kerja ini juga membincangkan secara kritis
pandangan pelajar prasiswazah terhadap peluang dan kekangan yang dihadapi dalam mengikuti program
pembangunan kebolehpasaran graduan berdasarkan kajian lapangan yang telah dijalankan. Penilaian juga dibuat
terhadap keberkesanan program-program pembangunan kemahiran kebolehpasaran yang dijalankan oleh pihak
universiti serta mengenal pasti permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh universiti dalam menjayakan
agenda ini.

Kata kunci: kebolehpasaran, pembangunan kemahiran, siswazah, peranan universiti, USM.

Abstract: Employability at this time has come to be the key in most institutions of higher learning. There are
different interpretations when referring to the employability issue which attracted many researchers in
identifying the factors that lead to this problem. University as an institution of higher learning to produce
graduates in various fields’ plays an important role in terms of policy and action need to be taken to ensure
graduates produced, meet the market needs. Institutions of higher education were forced to produce the quality
human capital in line with the needs of employers in the labor market. USM is the only university in Malaysia
which selected for the Accelerated Program for Excellence (Accelerated Program for Excellence - APEX) under
the Ministry of Higher Education Malaysia (MOHE) in 2008 which aims to be a milestone institutions and
academic centers of the country as well as world-class superior to concentrate on the development of quality
students. Many studies found that the quality and reputation of the university also one of the important factors
that may affect the employability of graduates other than supply and demand factors, the suitability degree, soft
skills and personal attributes of students. The main focus of this paper is to discuss the level of USM graduates
based on data obtained from the Tracer Study System (SKPG) developed by KPT. In addition, this paper also
discusses the critical view of undergraduate opportunities and constraints faced in pursuing graduate
development program based on field studies that have been conducted. It also includes assessment of the
effectiveness of development programs employability skills, conducted by the university just to identify the
problems and challenges faced by universities in order to ensure this agenda become successful.

Keywords: employability, skills development, graduate students, the role of universities, university.

*
E-mail: nooriah@usm.my
43
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

PENDAHULUAN

Masalah pengangguran dan kesukaran mendapat pekerjaan dalam kalangan siswazah telah
menimbulkan kerisauan kepada graduan yang masih belajar di pusat pengajian tinggi. Pertambahan
institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta bilangan pelajar yang memasuki pusat pengajian
tinggi ini telah meningkatkan lagi tekanan terhadap persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dalam
pasaran. Daripada segi pembangunan modal manusia, peningkatan institusi pengajian tinggi ini satu
petunjuk yang positif kerana ianya dapat memberikan peluang yang lebih besar kepada penduduk
untuk mendapatkan pendidikan tertiari dan seterusnya meningkatkan akumulasi modal manusia dalam
negara. Namun demikian, sekiranya peningkatan bilangan graduan tidak disertai dengan peluang
pekerjaan yang selaras dengan kelulusan dan bidang pengajian ianya boleh menimbulkan tanggapan
bahawa pendidikan tinggi di sesebuah negara itu kurang berjaya dalam menghasilkan tenaga kerja
yang sepadan dengan keperluan pasaran. Ini merupakan dilema yang dihadapi oleh kebanyakan
negara membangun termasuk Malaysia apabila peningkatan dalam bilangan pelajar berpendidikan
tinggi tidak dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Ketidakselarasan penawaran dan
permintaan dalam pasaran buruh siswazah telah menimbulkan banyak isu bukan sahaja dari segi
peranan institusi pengajian tinggi dan program pengajian yang ditawarkan tetapi juga dari segi kualiti
graduan yang dilahirkan. Kesukaran memperoleh pekerjaan dan pengangguran siswazah dikatakan
berkait rapat dengan kekurangan kemahiran kebolehpasaran dan kebolehkerjaan graduan yang
memasuki pasaran buruh. Pembangunan dari segi kualiti graduan adalah sangat penting agar selaras
dengan perubahan pesat dalam pasaran buruh dan pekerjaan. Kertas kerja ini akan meneliti
pandangan pelajar prasiswazah terhadap peranan universiti dalam membangunkan kemahiran
kebolehpasaran dengan merujuk kepada kes Universiti Sains Malaysia. Perbincangan juga akan
menyentuh pandangan pihak universiti terhadap cabaran dan permasalahan yang wujud dalam
meningkatkan kelebihan daya saing graduan.

UNIVERSITI, PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PASARAN BURUH SISWAZAH

Universiti memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi yang sangat diperlukan dalam pasaran pekerjaan pada masa ini. Modal insan
merupakan indikator penting dalam menggambarkan kelebihan daya saing sesuatu kawasan/negara.
Modal manusia atau modal insan merupakan faktor pengeluaran yang penting dalam semua aktiviti
ekonomi. Keperluan terhadap modal manusia yang pelbagai menggambarkan peri pentingnya
pembangunan modal manusia yang sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan. Ini kerana modal
manusia mempunyai kaitan yang rapat dengan pertumbuhan ekonomi dan sebagai penggerak kepada
ekonomi dalam era globalisasi yang mana penciptaan teknologi semakin canggih dan dinamik. Ini
diperkukuhkan lagi oleh kenyataan yang dikemukakan oleh Venhorst et al. (2010) bahawa modal
manusia merupakan kunci kepada teori pertumbuhan ekonomi moden. Kepentingan pembangunan
ekonomi telah memberikan tekanan yang hebat kepada universiti untuk terlibat dalam melahirkan
sumber tenaga kerja mahir pada pelbagai skala untuk keperluan negara dan wilayah. Ini selaras
dengan perubahan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Universiti pada masa ini
telah dianggap sebagai enjin pertumbuhan wilayah dan bukan lagi sekadar gedung penjanaan ilmu.
Peranan baru universiti ini dijangka akan meningkatkan penglibatan universiti dengan masyarakat
khususnya sektor industri yang menjadi tunjang penting dalam pembangunan ekonomi di sesebuah
negara.

Peralihan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan telah membawa kepada peranan penting universiti
dan institusi pengajian tinggi kerana pada masa ini, kemahiran dan pengetahuan pekerja telah
dianggap sebagai faktor penting yang boleh mempengaruhi kejayaan sesebuah negara. Malahan
pembangunan modal insan telah menjadi satu keperluan yang kritikal kepada banyak negara
khususnya dalam melahirkan modal insan yang sesuai dan selaras dengan keperluan pasaran
pekerjaan. Perkembangan ekonomi kontemporari dan kepesatan globalisasi yang disertai dengan

44
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

kemajuan teknologi dan peningkatan persaingan telah meningkatkan permintaan untuk pendidikan
tinggi. Menurut OECD (2007), banyak negara telah memperuntukkan sumber dan usaha untuk
membangunkan tahap pendidikan dan kemahiran penduduk sebagai respons kepada tekanan
persaingan akibat daripada globalisasi. Nilai dalam ekonomi kontemporari banyak dicipta oleh
produktiviti dan inovasi. Ini telah menyebabkan pengetahuan turut dianggap sebagai faktor
pengeluaran penting pada masa ini kerana dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan
produktiviti dan inovasi. Namun demikian, pengetahuan sangat bersifat heterogeneous dan nilainya
lebih bersifat tersirat dan sukar diukur seperti mana faktor pengeluaran fizikal yang lain. Oleh itu
adalah sukar untuk mengukur nilai ekonomi pengetahuan kerana ianya boleh wujud dalam pelbagai
bentuk tetapi tidak semuanya membawa kepada peningkatan produktiviti dan inovasi. Keadaan ini
memberi satu cabaran yang besar kepada universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain dalam
pembangunan modal insan kerana perubahan teknologi yang cepat dan pesat berbanding tempoh masa
yang diperlukan dalam membangunkan modal insan boleh menimbulkan isu yang lain dalam pasaran
buruh.

Di Malaysia, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) yang digubal dan dilancarkan pada
Ogos 2007 telah membincangkan dengan jelas peranan pengajian tinggi di negara ini. Negara perlu
melahirkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, tetapi juga kemahiran dan
ciri-ciri peribadi yang unggul dalam menghadapi cabaran pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan dan inovasi. Pada masa ini, pandangan terhadap peranan penting pendidikan dan
universiti telah meningkat. Pendidikan tinggi di universiti diharap dapat menyumbang kepada
pembangunan pelbagai kemahiran yang kompleks agar dapat mengukuhkan stok modal insan yang
penting kepada pembangunan ekonomi negara. Menurut Knight dan Yorke (2003), pembangunan
modal insan secara tidak akan meningkatkan produktiviti melalui peningkatan potensi produktiviti
pekerja. Sementara menurut Faggian dan McCann (2009), universiti turut memainkan peranan dalam
pertumbuhan wilayah dalam jangka panjang dari segi pendapatan ekonomi tempatan dan kesan
pengganda pekerjaan. Selain itu, kewujudan penawaran sumber tenaga mahir dan pengetahuan juga
boleh mempengaruhi kelebihan daya saing lokasi sesuatu kawasan/negara dalam menarik aliran
masuk pelaburan dan aktiviti produktif bernilai tinggi. Menurut Florida (2000), penumpuan dan
taburan stok modal insan berkemahiran tinggi di sesuatu lokasi akan menjadi daya tarikan kepada
firma ‘high-tech’ untuk menempatkan operasi mereka di lokasi tersebut. Kesediaan stok modal insan
yang berkualiti dan berkemahiran tinggi boleh mendatangkan kesan positif terhadap lokasi tertentu
dari segi penjanaan ekonomi wilayah dan peningkatan dalam pendapatan per kapita. Tambahan pula
keupayaan untuk menarik bakat ke sesuatu lokasi merupakan asas penting kepada pertumbuhan
bandar dan wilayah (Norain & Nooriah, 2012). Perancangan dan pelaksanaan PSPTN menunjukkan
peranan universiti ini telah berubah. Universiti bukan lagi dilihat sebagai gedung ilmu semata-mata
tetapi juga memainkan peranan sebagai mekanisme penting untuk melonjak negara ke arah status
negara maju menjelang tahun 2020.

Transformasi pendidikan tinggi di Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada masa ini bukan sahaja dari
segi kuantiti institusi pengajian tinggi tetapi juga usaha-usaha mengukuhkan kualiti graduan yang
dihasilkan. Pada hari ini, hampir semua negeri di Malaysia mempunyai universiti termasuk Sabah dan
Sarawak. Perkembangan pesat institusi pengajian tinggi dapat dilihat dengan peningkatan ketara
bilangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuklah kehadiran kampus
cawangan universiti luar negara. Sehingga ini terdapat 20 buah institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) dan 437 buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) (Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia, 2011). Begitu juga dengan bilangan pelajar yang semakin meningkat setiap tahun apabila
peluang mendapatkan pendidikan tinggi ini semakin terbuka luas akibat daripada liberalisasi sektor
pendidikan tinggi negara. Ini telah menyebabkan pengeluaran pelajar IPTA dan IPTS juga
menunjukkan trend yang semakin meningkat. Pada tahun 2000, jumlah keseluruhan pelajar yang
berjaya dihasilkan oleh IPT di Malaysia yang terdiri daripada IPTA, IPTS, Kolej Tunku Abdul

45
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Rahman, politeknik dan kolej komuniti adalah seramai 116,673 orang. Jumlah ini telah meningkat
kepada seramai 239,303 orang pada tahun 2010 (Kementerian Pengajian Tinggi, 2011).

Pada masa ini peranan universiti dan institusi pengajian tinggi berada dalam persimpangan yang
kritikal dalam memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan terhadap graduan yang dihasilkan.
Kebolehpasaran graduan telah mula menjadi satu isu penting yang dikaitkan dengan masalah yang
wujud dalam pasaran buruh siswazah. Pada masa ini, graduan yang dilahirkan bukan sahaja perlu
memiliki ilmu pengetahuan yang baik dalam bidang pengajian yang diikuti tetapi pada masa yang
sama perlu memiliki kemahiran insaniah dan ciri-ciri peribadi yang unggul untuk membolehkan
mereka bersaing dalam pasaran pekerjaan. Peningkatan bilangan universiti di Malaysia telah
membawa kepada lambakan siswazah dalam pasaran buruh. Dari segi kuantiti, berlaku peningkatan
bilangan siswazah saban tahun (Jadual 1). Selain daripada itu, dari segi kualiti, siswazah yang ada
kebanyakannya tidak dapat memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh industri. Ini terbukti
berdasarkan kajian kebolehpasaran siswazah yang mendapati kebanyakan siswazah yang keluar dari
institusi pengajian tinggi tidak berupaya untuk memenuhi kehendak majikan dari segi kemahiran
insaniah dan kebolehkerjaan. Menurut MPEN (2010) kekurangan kemahiran berserta rungutan
tentang kurangnya kreativiti dan kemahiran berbahasa Inggeris secara konsistennya adalah rintangan
utama yang dihadapi oleh firma (MPEN, 2010). Isu lambakan siswazah dalam pasaran buruh bukan
sahaja disebabkan oleh faktor siswazah kekurangan dari segi kemahiran insaniah dan kebolehkerjaan,
tetapi turut berkaitan dengan struktur guna tenaga di negara ini yang lebih banyak tertumpu dalam
jenis pekerjaan yang tidak memerlukan lulusan pada peringkat tertiari.

Jadual 1: Penawaran dan Permintaan dalam Pasaran Buruh di Malaysia, 2002 – Jun 2012

Penawaran Permintaan Kadar


Pengeluaran Pelajar Peringkat Bil. Guna Pengangguran
Tahun Ijazah Tenaga Tenaga
Awam Swasta Jumlah Buruh
(ribu) (ribu) (ribu) (ribu)
(ribu)
2002 36.8 20.3 57.1 9,886.2 9,542.6 3.5
2003 50.2 17.8 68.0 10,239.6 9,869.7 3.6
2004 43.8 18.4 62.2 10,346.2 9,979.5 3.5
2005 51.8 20.3 72.1 10,413.4 10,045.4 3.5
2006 55.5 27.2 82.7 10,628.9 10,275.4 3.3
2007 59.5 23.6 83.1 10,889.5 10,538.1 3.2
2008 59.8 26.6 86.4 11,028.1 10,659.6 3.3
2009 65.8 40.5 106.3 11,315.3 10,897.3 3.7
2010 66.4 80.6 147.0 11,517.2 11,102.6 3.4
2011 66.3 54.3 120.6 12,825.9 12,440.3 3.0
Sehingga
Jun 2012 12,912.6 12,524.0 3.0
Sumber: Ubah Suai daripada Data Pelbagai Tahun Perangkaan Pengajian Tinggi dan Perangkaan Malaysia,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006 - 2012 dan Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011& 2012.

Kebelakangan ini isu kebolehpasaran siswazah telah kerap dibincangkan dan perkara ini bukan
merupakan satu isu yang baru. Mereka merupakan tenaga buruh yang akan menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Namun, golongan ini sering kali terbelenggu dengan permasalahan
yang berlaku dalam pasaran buruh seperti masalah pengangguran yang tinggi dalam kalangan mereka.
Berdasarkan statistik, kadar pengangguran di negara ini meningkat saban tahun terutamanya bagi
lepasan pengajian tinggi. Sehingga tahun 2009, kadar pengangguran di negara ini adalah pada kadar
46
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

3.7 peratus berbanding pada tahun 1996 yang hanya 2.5 peratus sahaja (Jabatan Perangkaan Malaysia,
2011). Peningkatan kadar pengangguran ini dikaitkan dengan pengeluaran pelajar dari institut
pengajian tinggi yang semakin meningkat saban tahun berikutan pertambahan bilangan universiti
sama ada awam mahupun swasta di negara ini. Bilangan pengeluaran pelajar dari institusi pengajian
tinggi di Malaysia sehingga tahun 2009 adalah seramai 104,870 orang bagi pelajar institut pengajian
tinggi awam (IPTA) sementara bagi institut pengajian tinggi swasta (IPTS) seramai 97,333 orang
(Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011). Bilangan ini adalah sangat besar berbanding tahun-
tahun 1980-an dan 1990-an.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Menurut Saterfiel dan Maclarty (1995) (dalam Litisha dan Surina, 2010), kebolehpasaran siswazah
merujuk kepada kemahiran yang diperlukan oleh siswazah untuk mendapatkan dan mengekalkan
pekerjaan melalui pembelajaran kemahiran-kemahiran baru untuk fungsi yang berbeza yang
diperlukan oleh majikan atau industri (Koo et al., 2009). Sementara menurut Hillage dan Pollard
(1998), kebolehpasaran adalah memiliki keupayaan untuk memperoleh pekerjaan pertama,
mengekalkan dan memperoleh pekerjaan baru sekiranya diminta. Harvey (1999) pula mendefinisikan
kebolehpasaran siswazah sebagai keupayaan siswazah untuk mempamerkan sifat-sifat yang
diperlukan oleh majikan untuk keperluan masa depan organisasi. Kerjaya dan kemahiran
kebolehkerjaan merangkumi kemahiran dalam pengurusan sumber, komunikasi dan kemahiran
interpersonal, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah (Zinser, 2003). Menurut definisi yang
dikemukakan oleh ESECT (2004), kemahiran kebolehpasaran adalah satu set pencapaian, pemahaman
dan sifat peribadi yang menjadikan seseorang individu lebih berpotensi untuk memperoleh pekerjaan
dan berjaya dalam pemilihan kerjaya. Pada amnya, kemahiran kebolehpasaran adalah kemahiran yang
perlu ada pada pelajar dalam mempersiapkan diri mereka bagi memenuhi keperluan dalam pelbagai
pekerjaan dalam pasaran buruh selepas tamat pengajian.

Kebolehpasaran individu siswazah merujuk kepada keupayaan individu siswazah untuk memiliki,
mempersembahkan dan menentukan segala kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan. Kebolehpasaran
siswazah diukur berdasarkan kadar kebolehkerjaan mereka (Harvey, 2001). Dalam pasaran buruh,
majikan memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran berbahasa terutamanya bahasa Inggeris,
pengetahuan umum dan semasa, mampu membuat pembentangan yang baik, mempunyai pengetahuan
asas ICT dan mempunyai pengalaman kerja (Koo et al., 2009). Petunjuk kebolehpasaran siswazah
adalah berdasarkan kadar pengangguran siswazah. Pelbagai faktor yang mempengaruhi
kebolehpasaran siswazah yang telah dikenal pasti dalam kajian-kajian lepas ditunjukkan dalam Rajah
1.

Kajian yang dijalankan oleh Daria et al. (2010) ke atas graduan Itali menemukan bahawa terdapat dua
kunci utama kepada kebolehpasaran siswazah iaitu lokasi geografi dan kualiti universiti yang akan
menentukan kebolehpasaran siswazah muda di wilayah tersebut selain faktor bidang pengajian dan
perbezaan keluasan wilayah. Kualiti dan reputasi universiti sebagai penentu kepada kebolehpasaran
siswazah turut diakui dalam kajian yang dijalankan oleh Giorgio dan Cappellari (2008). Walau
bagaimanapun, kajian McGuiness (2003) (dalam Daria et al., 2010) ke atas pasaran buruh siswazah
UK menunjukkan faktor penentu kepada kebolehpasaran siswazah di negara tersebut adalah
pemilihan subjek pengajian dan jenis ijazah yang diperoleh lebih utama berbanding universiti yang
dihadiri. Selain itu, menurut Beatrice et al. (2008) dan Sharifah Md Nor dan Bahaman Abu Samah
(2009), faktor sosioekonomi termasuk latar belakang keluarga juga dikatakan sebagai faktor penentu
kebolehpasaran siswazah.

47
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Rajah 1: Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpasaran Siswazah

Di Malaysia, kajian oleh Chang (2004) dan Kementerian Pengajian Tinggi (2009) menemukan faktor
graduan menganggur adalah disebabkan tidak memiliki ijazah yang betul selain tidak menguasai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diikuti mereka. Kajian lain mendapati kelemahan
dalam kemahiran berkomunikasi terutamanya bahasa Inggeris merupakan penyumbang kepada
peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah (IPPTN, 2003; KPT, 2009). Gurvinder
dan Sharan (2008) turut mendapati kemahiran kebolehkerjaan penting untuk memastikan
kebolehpasaran siswazah. Kepentingan terhadap kemahiran kebolehkerjaan diakui oleh graduan dan
majikan dalam kajian ini walaupun terdapat perbezaan persepsi terhadap faktor kebolehkerjaan antara
mereka. Menurut Filer et al. (1996), kepentingan soft skill seperti penguasaan bahasa, kemahiran
menyelesaikan masalah dan kepimpinan tidak dapat dinafikan lagi untuk memastikan kebolehpasaran
siswazah dan kadar pengangguran lebih rendah dalam kalangan mereka yang lebih berkemahiran.
Selain itu, majikan memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan sifat peribadi
yang baik dan berpengetahuan dalam bidang ICT (IPPTN, 2007a; 2007b).

Globalisasi menyebabkan permintaan terhadap pendidikan dan kemahiran telah berubah. Dalam hal
ini Lall (2000) telah mengkaji peranan kemahiran yang diperlukan untuk menggerakkan teknologi
dalam negara membangun dan mereka perlu menjadi lebih efektif untuk mempromosikan eksport
pembuatan. Tambah beliau lagi, bagi meningkatkan kebolehsaingan, negara membangun memerlukan
kemahiran baru yang lebih maju, terkini dan pelbagai agar dapat memenuhi tuntutan pasaran yang
bersifat dinamik. Malah, dalam aktiviti ekonomi yang menggunakan teknologi yang rendah juga
memerlukan pembaharuan dan peningkatan dari segi kemahiran teknikal, pengurusan, mereka bentuk
dan tidak kurang juga kemahiran berkomunikasi. Ini menjelaskan bahawa globalisasi menuntut
perubahan dalam segala aspek kemahiran dan pengetahuan kerana corak persaingan pada masa ini
telah berubah. Bagi memastikan kebolehpasaran siswazah, penawaran program akademik di universiti
perlu juga mengambil kira permintaan pasaran yang mengutamakan keperluan guna tenaga semasa
untuk negara.

48
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Bidang kritikal harus diberikan keutamaan bukan sahaja dari aspek penawaran malah dari aspek
kerjaya bakal siswazah. Stewart (1996) dalam kajiannya menyentuh tentang implikasi globalisasi ke
atas pendidikan dan seterusnya mengaitkannya dengan keupayaan sesebuah negara untuk bersaing
dalam ekonomi global. Beliau berpendapat pendidikan merupakan satu elemen penting dalam
menggerakkan ekonomi sesebuah negara dan pembangunan sosial. Walaupun infrastruktur dan
peraturan juga merupakan faktor yang menentukan kejayaan sesebuah negara dalam ekonomi global,
namun pendidikan adalah lebih kritikal. Ini kerana pendidikan berupaya untuk memperkaya
kehidupan manusia, mengupayakan manusia dan meningkatkan kualiti kehidupan yang sejahtera.
Pendidikan merupakan faktor yang sangat kritikal kesan daripada globalisasi. Pendidikan bukan
sahaja memberi kesan ke atas produktiviti dan keupayaan negara untuk bersaing dalam pasaran
antarabangsa, tetapi pendidikan sangat diperlukan untuk menarik modal antarabangsa termasuk
pelaburan langsung asing (PLA). Secara umumnya, modal manusia yang terhasil daripada pendidikan
merupakan mekanisme penting yang diperlukan dalam pembangunan secara keseluruhannya.

OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN

Perkembangan pendidikan tinggi di negara ini telah menunjukkan peningkatan yang sangat
memberangsangkan. Bilangan institusi pendidikan tinggi telah bertambah dengan hebatnya, selain
daripada kemunculan institusi pendidikan tinggi swasta yang turut memainkan peranan penting dalam
peningkatan output graduan di pasaran buruh. Namun demikian, peningkatan bilangan graduan dalam
pasaran buruh telah menimbulkan isu yang lebih penting terutamanya isu pengangguran dan
kebolehpasaran graduan. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk membincangkan persepsi
pelajar prasiswazah di USM terhadap usaha dan tindakan universiti dalam pembangunan kemahiran
kebolehpasaran semasa pengajian mereka di universiti. Kajian ini melibatkan pengumpulan data
primer daripada graduan tahun akhir di universiti tersebut. Pensampelan responden [pelajar
prasiswazah] pada awalnya dibuat berdasarkan fakulti/pusat pengajian menggunakan kaedah
pensampelan sistematik dalam mendapatkan bilangan responden yang mencukupi untuk keperluan
kajian. Namun demikian, saiz sampel yang ditentukan agak sukar dicapai kerana penyelidik
bergantung kepada respons daripada pelajar untuk melengkapkan dan mengembalikan borang soal-
selidik yang diedarkan kepada mereka. Penyelidik menggunakan pelbagai kaedah untuk mengedar
borang soal selidik iaitu melalui lawatan penyelidik ke kampus, melalui pihak desasiswa dan juga
edaran melalui atas talian serta pos. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan ditunjukkan
melalui jadual dan rajah dalam membincangkan hasil dapatan kajian.

TAHAP KEBOLEHPASARAN DAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBOLEHPASARAN


GRADUAN USM

USM merupakan universiti kedua tertua di Malaysia selepas Universiti Malaya yang ditubuhkan pada
tahun 1969. Pada masa penubuhannya, USM dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Kemudiannya
ditukarkan kepada Universiti Sains Malaysia pada April 1972 bagi mencerminkan kepentingan bidang
sains dan teknologi dalam pembangunan guna tenaga negara. Pada peringkat awal, USM bermula
dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains. Sejak itu, USM membangun dengan pesatnya
dan kini USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi
kepada lebih 20,000 orang pelajar. Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam
mahupun di luar negara. Sejak penubuhannya, USM melaksanakan sistem pusat pengajian yang agak
berbeza dengan sistem fakulti yang lazimnya diamalkan. Uniknya sistem ini adalah pelajar setiap
pusat pengajian dapat memenuhi keperluan pengijazahan khusus di dalam bidang yang dipilih dan
pada masa yang sama pelajar berpeluang mengikuti bidang pengajian dalam disiplin lain yang
ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain. USM merupakan universiti pertama yang mengamalkan
pendekatan antara bidang ini. Melalui pendekatan ini, USM dapat memastikan bahawa graduan yang
dihasilkannya terlatih dan serba boleh.

49
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

USM telah diiktiraf sebagai Universiti berintensifkan Penyelidikan oleh Kementerian Pendidikan
Tinggi pada 11 Oktober 2006, turut menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar
dan staf. Satu daripada elemen utama dalam pembangunan kecemerlangan akademik di USM adalah
penubuhan pusat dan unit penyelidikan. Hal ini selaras dengan hakikat bahawa universiti
sememangnya sedar akan keperluan bidang penyelidikan dan pendidikan yang harus sentiasa terbuka
terhadap permintaan masyarakat. Penubuhan pusat dan unit ini telah membuka peluang yang lebih
baik ke arah penyepaduan dan pembentukan jaringan. Pada September 2008 pula USM dipilih sebagai
satu-satunya universiti di Malaysia untuk Program Pemacuan Kecemerlangan (Accelerated
Programme for Excellence - APEX) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Di bawah
agenda APEX, USM telah mencorakkan satu kerangka khas untuk memasukkan aspek nilai dalam
pembangunannya iaitu melalui konsep Insaniversiti – Menginsankan Universiti.

Jadual 2 menunjukkan bilangan kemasukan, enrolment dan pengeluaran pelajar ijazah sarjana muda di
USM sejak tahun 1990-2011. Jelas dilihat pada tahun 1990an, bilangan kemasukan dan enrolment
pelajar meningkat secara konsisten dan mencapai tahap tertinggi pada tahun 2000/2001. Pengambilan
pelajar ijazah sarjana muda mula menurun sejak tahun 2001/02 mungkin disebabkan oleh perubahan
dasar pengajian dan kemunculan banyak institusi pengajian tinggi yang baru dengan program
pengajian yang lebih berorientasikan pasaran pekerjaan semasa.

Jadual 2: Kemasukan, Enrolment dan Pengeluaran Pelajar Ijazah Sarjana Muda USM mengikut
Sidang Akademik 1990/91- 2010/2011

Sidang Akademik Kemasukan Enrolment Pengeluaran


1990/91 1,818 8,303 1,908
1991/92 2,002 8,611 2,236
1992/93 2,162 8,829 2,303
1993/94 2,385 9,193 2,382
1994/95 2,483 9,640 2,382
1995/96 2,656 10,246 2,391
1996/97 3,160 10,960 2,557
1997/98 3,800 12,244 2,534
1998/99 4,139 13,901 3,331
1999/2000 5,272 14,139 5,645
2000/01 5,620 17,188 5,030
2001/02 4,576 16,468 4,826
2002/03 5,024 16,725 5,610
2003/04 5,237 17,497 5,526
2004/05 5,135 18,145 5,249
2005/06 5,160 18,541 5,499
2006/07 4,749 17,940 6,237
2007/08 3,912 16,444 6,468
2008/09 3,588 15,088 6,279
2009/10 3,284 13,494 6,069
2010/11 2,934 12,087 5,436
2011/12 5,635 18,659 4,471
Sumber: Unit Kemasukan dan Pengeluaran Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik,
USM (2011) & Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012)

Pemberian taraf universiti penyelidikan juga turut memberikan kesan terhadap kejatuhan pengambilan
pelajar ijazah sarjana muda kerana orientasi universiti telah mula beralih ke arah universiti yang
menekankan penyelidikan dan inovasi. Sementara Jadual 3 menunjukkan syer USM dalam
pengeluaran pelajar ijazah sarjana muda di Malaysia berbanding dengan universiti awam yang lain.

50
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Syer USM dalam pengeluaran pelajar telah mengalami kejatuhan yang konsisten sejak tahun 2007
kepada hanya 5.7 peratus pada tahun 2011.

Jadual 3: Peratusan Pengeluaran Pelajar Mengikut IPTA di Malaysia, 2005 -2011

Universiti 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 Jumlah


Universiti Malaya (UM) 7.8 8.3 7.6 7.7 6.8 6.7 7.5 7.4
Universiti Sains Malaysia (USM) 7.3 8.7 8.4 7.4 6.9 5.8 5.7 7.1
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 8.6 8.0 8.0 7.1 6.5 5.8 6.5 7.1
Universiti Putra Malaysia (UPM) 13.0 8.7 9.3 8.4 7.2 6.7 6.7 8.3
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 7.8 7.8 9.8 9.7 7.1 6.6 5.0 7.6
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 3.7 4.5 4.4 7.6 6.3 7.2 4.1 5.5
(UIAM)
Universiti Utara Malaysia (UUM) 7.7 7.1 5.0 4.3 7.5 8.1 7.7 6.8
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 1.7 1.5 1.8 1.7 1.5 1.6 1.5 1.6
Universiti Malaysia Sabah (UMS) 3.3 4.5 4.9 3.5 3.8 4.2 3.5 3.9
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2.2 4.5 4.4 4.4 4.1 5.2 4.1 4.2
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 0.5 0.7 0.7 0.3 0.6 0.8 1.6 0.8
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 31.3 30.1 29.0 29.0 33.4 33.3 36.7 32.1
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 1.4 1.6 1.8 1.7 1.5 1.4 1.7 1.6
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn 2.9 1.7 1.8 2.1 2.3 1.9 2.2 2.1
Malaysia (UTHM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka 0.6 1.2 1.6 1.3 1.3 1.4 1.4 1.3
(UTeM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP) 0.1 0.2 0.8 0.9 0.9 0.9 0.9 0.7
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) 0.1 0.7 0.7 1.0 1.1 1.2 0.7
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 0.8 1.5 1.0 0.8 1.1 0.8
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - 0.3 0.04
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 0.4 0.3 0.4 0.7 0.3
(UPNM)
Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0
Sumber: Ubahsuai daripada Data Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia, 2005-2011. Malaysia. 2005 – 2011.
Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia 2005 - 2010. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan IPT yang dijalankan oleh KPT menunjukkan bahawa kadar
pengangguran siswazah USM ternyata agak rendah dalam kalangan lima universiti berstatus universiti
penyelidikan (UM, UKM, UTM dan UPM) (Jadual 4). Kelima-lima Universiti ini merupakan antara
universiti terawal yang ditubuhkan dan telah membina reputasi yang baik pada peringkat nasional dan
antarabangsa. Malahan USM juga merupakan satu-satunya universiti yang diberi taraf universiti
APEX di Malaysia yang bermatlamatkan menjadi satu institusi mercu dan pusat akademik negara
yang unggul dan berkelas dunia serta menekankan kepentingan kecemerlangan dari segi
pembangunan kualiti pelajar. Sebaliknya bagi kebanyakan universiti yang agak baru, mencatatkan
kadar pengangguran siswazah yang agak tinggi seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniZA),
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Terengganu(UMT) dan Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM).

Bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini adalah
berikutan bertambahnya bilangan institusi pengajian tinggi di negara ini yang menghasilkan bilangan
siswazah yang semakin ramai saban tahun. Bilangan siswazah yang memasuki pasaran buruh pada
tahun 1982 hanya 231,800 orang berbanding 2.10 juta orang pada tahun 2010. Trend yang sama dapat
dilihat bagi guna tenaga siswazah yang meningkat daripada 228,100 orang kepada 2.03 juta orang
dalam tempoh yang sama (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011). Jadual 5 pula menunjukkan status
pekerjaan graduan ijazah pertama bagi setiap IPTA di Malaysia bagi tahun 2010, didapati hanya
51
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

51.1% daripada graduan USM yang memperoleh pekerjaan sebaik tamat pengajian. Sementara Jadual
6 menunjukkan status pekerjaan graduan USM bagi tempoh 2006-2010 yang menunjukkan
peningkatan tahap graduan yang tidak mendapat pekerjaan setelah enam bulan tamat pengajian,
walaupun USM telah diberi taraf universiti APEX pada tahun 2007.

Jadual 4: Kadar Pengangguran Siswazah Ijazah Pertama Mengikut IPTA di Malaysia,


2006 -2010 (%)

IPTA 2006 2007 2008 2009 2010


UM 41.5 26.0 28.6 28.6 31.7
UKM 49.6 37.4 33.0 32.6 29.9
UPM 30.4 26.5 15.9 23.7 20.3
UIAM 31.7 22.0 18.2 22.3 23.7
UiTM 33.4 26.2 21.3 27.0 24.6
USM 34.7 25.6 23.7 24.8 25.3
UTM 22.1 28.9 19.6 23.0 20.6
UUM 52.1 38.3 29.5 35.1 32.6
UNIMAS 55.2 53.0 43.3 41.2 40.9
UMS 58.3 54.0 51.7 44.4 40.9
UPSI 1.6 3.2 3.4 3.9 4.9
UTHM 31.9 27.7 31.9 37.1 27.2
UMT 60.2 51.5 64.1 50.9 49.9
UTeM 49.4 45.8 33.5 29.2 35.8
USIM 56.2 45.8 32.2 58.6 48.0
UMP 31.7 16.8 19.6 36.4 33.6
UniMAP 67.9 55.7 44.7 49.9 54.9
UnisZA 64.0 58.6
MALAYSIA 37.3 30.3 26.2 29.1 27.6
Sumber: Kajian Pengesanan Graduan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011

Jadual 5: Status Pekerjaan Graduan Ijazah Pertama bagi Setiap IPTA di Malaysia, 2010

IPTA Melanjutkan Meningkatkan Menunggu


Bekerja
Pengajian Kemahiran Penempatan
UM 44.9 5.9 2.9 14.6
UKM 50.2 6.7 2.3 10.9
UPM 61.6 7.9 0.7 9.5
UIAM 53.5 8.2 10.3 4.3
UiTM 62.3 5.8 2.5 4.8
USM 51.1 7.3 1.0 15.3
UTM 56.8 11.4 1.4 9.8
UUM 56 1.6 2.4 7.4
UNIMAS 47.7 3.9 2.4 5.1
UMS 42 2.6 0.7 13.8
UPSI 17.2 0.2 0.1 77.6
UTHM 48.5 5.9 1.2 17.2
UMT 34.1 7.3 2.1 6.6
UTeM 48.8 5 3.9 6.5
USIM 45 1.4 2.7 2.9
UMP 57.3 2.7 1.6 4.8
UniMAP 28.8 9.5 2.2 4.6
UnisZA 23.5 9 0.9 8.0
UPNM 80.3 5.4 3.4 10.9
Sumber: Ubah Suai Data Kajian Pengesanan Graduan IPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011
52
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Jadual 6: Status Graduan USM Selepas Tamat Pengajian, 2006-2010

Menunggu Belum
Jumlah
Bekerja Melanjutkan Meningkatkan Penempatan Bekerja
(%) Pelajaran (%) Kemahiran (%)
(orang)
(%) (%)
2006 49.6 5.1 0.8 9.8 34.7 5,635
2007 58.3 5.9 0.8 9.4 25.6 5,601
2008 55.2 7.0 0.8 13.4 23.6 5,405
2009 47.8 9.4 2.1 16.0 24.7 5,402
2010 51.1 7.3 1.0 15.3 25.3 4,727
Sumber: Ubah Suai Data Kajian Pengesanan Graduan IPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011)

Rajah 2 pula menunjukkan secara perbandingan peratusan graduan yang berjaya mendapat pekerjaan
dengan yang belum bekerja selepas tamat pengajian. Ini menunjukkan lebih kurang 25 peratus
graduan USM tidak memperoleh pekerjaan setelah tamat pengajian.

Peratus (%)
70

60 58.3
55.2
51.1
49.6 47.8
50

40

30 34.7

20 25.6 24.7 25.3


23.6

10

0
2006 2007 2008 2009 2010
Tahun

Bekerja (%) Menganggur (%)

Sumber: Ubah Suai Data Kajian Pengesanan Graduan IPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(2010)

Rajah 2: Status Pekerjaan Graduan Ijazah Pertama USM sebaik Tamat Pengajian, 2006-2010

USM telah menubuhkan Pusat Penempatan Graduan, Kerjaya & Kaunseling (PPGKK), Bahagian Hal
Ehwal dan Pembangunan Pelajar yang beroperasi secara rasmi pada 1 Mac 2013. Tujuannya adalah
untuk menggalakkan pelajar datang sendiri ke unit ini untuk mendapatkan maklumat dan bantuan
berkaitan dengan kerjaya dan pekerjaan serta pentingnya melengkapkan diri dengan kemahiran
kebolehkerjaan. Pusat ini merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab merancang dan
melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berlandaskan pendekatan kaunseling kerjaya yang
merangkumi aspek pembangunan, intervensi, pencegahan dan pemulihan. Pusat ini juga memberi
53
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara profesional kepada semua pelajar bagi membantu
usaha universiti melahirkan tenaga kerja profesional yang seimbang dari aspek tingkah laku,
pemikiran, keterampilan fizikal dan kemahiran insaniah yang dikehendaki oleh bakal majikan.
Terdapat beberapa program dan khidmat nasihat yang disediakan oleh pusat ini bagi membantu
pelajar dalam mengukuhkan kemahiran kebolehpasaran seperti dalam Jadual 7.

Dalam usaha memberi perkhidmatan yang berkesan, telah diwujudkan cluster dalam kalangan
pensyarah yang diketuai oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) yang turut memainkan peranan
dalam membantu dalam meningkatkan kemahiran kebolepasaran pelajar. Pusat ini juga menyediakan
lebih daripada 1,000 direktori syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan yang selaras dengan
kelulusan akademik pelajar. Berdasarkan temu bual yang dijalankan dengan pegawai di PPGKK
didapati bahawa walaupun PPGKK telah menyediakan modul dan mengadakan program serta
khidmat nasihat kepada pelajar namun sambutan daripada pelajar kurang memuaskan. Hanya
sebilangan kecil pelajar yang datang ke pusat ini dan terlibat dalam aktiviti atau program yang
berkaitan kerjaya (contoh: expo kerjaya, career talk). Malahan tidak ramai yang menggunakan
khidmat nasihat unit kerjaya dalam membantu merancang matlamat kerjaya yang diingini. Selain itu,
Pusat kaunseling dan kerjaya di USM hanya boleh memberikan maklumat dan penerangan yang
bersifat umum sahaja kerana pengetahuan mengenai skop kerja yang bersesuaian dengan bidang
pengajian yang pelbagai adalah terhad. Oleh itu, pusat ini mengharapkan kerjasama daripada pusat
pengajian untuk membantu dalam hal ini kerana pensyarah dirasakan lebih mengetahui prospek
pekerjaan dan kerjaya yang sesuai dengan bidang masing-masing. Jadual 8 menunjukkan beberapa
bentuk bantuan dan khidmat nasihat yang ditawarkan oleh PPGKK kepada pelajar dalam usaha
menangani permasalahan dan kekurangan kemahiran yang dihadapi oleh pelajar dalam memenuhi
keperluan pasaran pekerjaan.

Jadual 7: Perkhidmatan dan Program yang disediakan oleh Pusat Penempatan


Graduan, Kerjaya dan Kaunseling USM

PERKHIDMATAN DAN PROGRAM


Perkhidmatan

 Penasihatan dan bimbingan kaunseling kerjaya


 Ujian-ujian psikologi dan minat kerjaya
 Perkhidmatan kebajikan pelajar dan OKU
 Khidmat nasihat ‘Cuti Dengan Kebenaran’
 ‘Career one stop center’ bagi maklumat berkaitan industri dan bakal majikan
 Tatacara penulisan resume dan temu duga
 Menyelaras Kajian Pengesanan Graduan serta Kajian Tahap Kemudahan dan Perkhidmatan
Universiti
 Pendaftaran ‘student profile’
 Penempatan ‘part time & full time job’

Program & Aktiviti

 Ekspo Kerjaya & Pendidikan


 Program Kebolehpasaran Graduan
 Seminar Ujian Personaliti: Kenali Minat Kerjaya
 Bengkel Mentor Rakan Siswa
 ‘Student Profile’
 Seminar/ bengkel/ ceramah kerjaya
 Penganjuran temu duga terbuka

Sumber: Pusat Penempatan Graduan, Kerjaya & Kaunseling USM (2013)

54
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Jadual 8: Bentuk-bentuk Bantuan yang diberikan bagi Menyelesaikan Masalah


yang dihadapi oleh Pelajar

KEKURANGAN/MASALAH PENYELESAIAN
1. Kurang maklumat tentang kerjaya Temu janji bersama kaunselor kerjaya
Dapatkan maklumat bakal majikan
2. Kabur tentang hala tuju kerjaya Jalani ujian minat kerjaya
Sertai program “Career Development Module”
3. Etika alam pekerjaan Bimbingan penulisan resume dan cover letter
Temu janji untuk latihan temu duga
4. Promosi diri kepada majikan Kemas kini ‘student profile’
Sertai ‘part-time job’
5. Perkhidmatan lain yang ditawarkan ‘Career One Stop Center’
Ujian Psikometrik
Bengkel pembangunan kerjaya dan kaunseling

Sumber: Pusat Penempatan Graduan, Kerjaya & Kaunseling USM (2013)

PERSEPSI PELAJAR PRASISWAZAH TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN


KEMAHIRAN KEBOLEHPASARAN DI USM

Profil responden yang terlibat dalam kajian yang dijalankan ditunjukkan dalam Jadual 9. Sebahagian
besar responden terdiri daripada pelajar perempuan mewakili lebih daripada 70 peratus dan tidak
kurang daripada 76 peratus merupakan pelajar berbangsa Melayu. Rata-rata responden mempunyai
PGNK antara 2.50-3.49. Sementara pelajar daripada bidang sains mewakili 41.6 peratus dan diikuti
oleh pelajar sastera sebanyak 31.7 peratus.

Berdasarkan persepsi responden terhadap usaha meningkatkan kemahiran kebolehpasaran semasa


pengajian mereka di USM, didapati hampir 55 peratus daripada responden menyatakan mereka
menghadapi masalah/kekangan dalam mengikuti program/kursus yang dianjurkan melainkan
kemahiran yang diperoleh melalui program pengajian yang diikuti sahaja. Kekangan ini disebabkan
oleh beberapa faktor seperti faktor kekangan masa, kos dan program latihan, masalah kekurangan
informasi serta faktor sikap pelajar sendiri (Jadual 10). Didapati bahawa faktor masa merupakan
kekangan utama yang dihadapi oleh pelajar dalam meningkatkan kemahiran kebolehpasaran mereka
khususnya disebabkan oleh bebanan tugasan dan kuliah yang agak padat. Ini diikuti oleh faktor
kurangnya informasi berkaitan dengan program latihan/kursus yang dianjurkan oleh pihak universiti,
selain daripada masalah kesukaran untuk mengikuti kursus/latihan di luar universiti kerana faktor
kewangan.

55
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Jadual 9: Profil Responden Kajian Universiti Sains Malaysia


Jumlah Keseluruhan Responden = 303

PROFIL BIL. %
JANTINA
Lelaki 86 28.4
Perempuan 217 71.6

ETNIK
Melayu 231 76.5
Cina 58 19.2
India 6 2.0
Lain-lain 7 2.3

UMUR
19 – 22 tahun 162 53.5
23 – 26 tahun 135 44.6
27 tahun dan ke atas 3 1.0

BIDANG PENGAJIAN
Hybrid 35 11.6
Sains 126 41.6
Sastera 96 31.7
Kejuruteraan 46 15.2

PNGK
Kurang daripada 2.00 1 0.3
2.00 – 2.49 31 10.3
2.50 – 2.99 110 36.7
3.00 – 3.49 119 39.7
3.50 – 4.00 39 13.0

Majoriti responden melihat faktor sikap bukan merupakan faktor yang boleh mempengaruhi usaha
meningkatkan kemahiran kebolehpasaran masing-masing tetapi yang lebih penting adalah faktor
luaran khususnya peranan yang dimainkan oleh pihak universiti. Tempoh program pengajian selama
tiga tahun turut memainkan mempengaruhi bebanan tugasan dan kursus pengajian yang perlu diikuti
bagi setiap semester. Keadaan ini menyebabkan pelajar sukar untuk mengambil peluang mengikuti
program latihan atau kursus pembangunan kemahiran kebolehpasaran sama ada yang dianjurkan oleh
pihak universiti atau pihak luar. Pelajar lebih banyak bergantung kepada pembangunan kemahiran
melalui program pengajian yang diikuti. Oleh yang demikian, adalah penting sekiranya kemahiran
kebolehpasaran diintegrasikan dalam program pengajian dan diajar secara berkesan kepada pelajar
kerana ianya menjadi satu saluran utama pembangunan kemahiran ini kepada pelajar. Program
pengajian yang lebih menekankan kepada amalan (praktikal) dan pendedahan kepada persekitaran
kerja sebenar perlu ditingkatkan selain daripada menggalakkan pelajar terlibat dalam aktiviti luar
universiti sama ada terlibat sama dengan industri ataupun komuniti.

56
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Jadual 10: Faktor Kekangan dalam Meningkatkan Kemahiran Kebolehpasaran

FAKTOR KEKANGAN Bil. Peratus


Faktor Masa
Kesibukan dan bebanan tugasan (assignment) dan kelas/kuliah 120 86.3
Sering berlaku pertindihan masa kursus/ latihan dengan waktu kuliah 81 58.3
Bebanan memenuhi keperluan kursus untuk pengijazahan 81 58.3
Faktor Kos dan Program
Sukar untuk mengikuti kursus di luar universiti dengan pembiayaan 89 64.0
sendiri kerana kekangan kewangan
Kurang keyakinan terhadap kredibiliti penyedia kursus/latihan swasta 34 24.5
Tiada/Tidak banyak program latihan kemahiran kebolehkerjaan yang
dianjurkan oleh universiti/pusat pengajian 56 40.3
Kebanyakan kursus/latihan yang ditawarkan di universiti tidak
menimbulkan minat untuk disertai oleh pelajar 51 36.7
Tiada/ kekurangan peluang untuk mengikuti program latihan yang
dianjurkan oleh pihak universiti/ pusat pengajian 76 54.7
Faktor Informasi
Kurang maklumat/ info tentang latihan/kursus yang dianjurkan 98 70.5
Maklumat/ info tentang peluang latihan/ kursus yang tidak meluas 73 52.5
Tiada sumber rujukan untuk mengetahui kesesuaian latihan/ kursus
dengan program pengajian 68 48.9
Tidak tahu untuk mencari maklumat berkaitan latihan yang sesuai 67 48.2
Faktor Sikap
Tidak berminat untuk terlibat dengan aktiviti/kursus di luar bidang 33 23.7
pengajian
Kurang suka mengikuti latihan/ kursus dalam kelompok yang pelbagai 37 26.6
Latihan kemahiran kebolehkerjaan tidak perlu, memadai dengan program
pengajian untuk mendapatkan pekerjaan 22 15.8

Selain itu, responden kajian juga menyatakan bahawa unit kaunseling dan khidmat nasihat kerjaya
juga kurang berjaya memainkan peranan secara berkesan dalam membantu pelajar untuk menentukan
haluan kerjaya selepas tamat pengajian (Jadual 11). Sebahagian besar responden berharap unit ini
dapat memperbanyakkan lagi aktiviti bersama pelajar serta meningkatkan maklumat, sebaran
maklumat dan promosi berkaitan dengan program atau kursus pembangunan kemahiran
kebolehpasaran dengan lebih giat lagi. Ini kerana 41.2 peratus daripada responden menghadapi
masalah dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan pekerjaan dan pasaran kerja. Didapati 72.3
peratus daripada responden mendapatkan maklumat berkaitan dengan pekerjaan daripada laman
sesawang berbanding dengan medium yang lain seperti unit kerjaya universiti, alumni atau ekspo
kerjaya yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Jadual 11: Keberkesanan Unit Kaunseling dan Kerjaya Universiti dalam


Membantu pelajar Menentukan Haluan Kerjaya

Frekuensi Peratus
Sangat berkesan 18 7.3
Berkesan 100 40.3
Sederhana 111 44.8
Tidak berkesan 16 6.5
Sangat tidak berkesan 3 1.2
Jumlah 248 100.0

57
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Sementara dari segi mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat berkaitan dengan kerjaya dan
prospek pekerjaan, sebilangan besar responden merujuk kepada pensyarah dan Penasihat Akademik
mereka sebagai pihak yang dianggap lebih mengetahui tentang prospek kerjaya dan kemahiran yang
diperlukan alam pekerjaan (Jadual 12). Sementara unit kaunseling dan kerjaya universiti hanya hanya
menjadi rujukan sebilangan kecil pelajar (26.6%).

Jadual 12: Khidmat Kaunseling dan Kerjaya

Frekuensi Peratus
Unit kaunseling dan kerjaya universiti 76 26.6
Penasihat Akademik 138 48.3
Pensyarah 197 68.9
Unit kerjaya luar IPT 73 25.5
Individu[rakan/kenalan/saudara] 150 52.4
Lain-lain 9 3.1

Malahan pelajar lebih banyak mendapatkan pandangan dari individu lain (rakan/kenalan/saudara)
dalam hal ini berbanding dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti. Dalam konteks
ini, pensyarah pada masa ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan dengan prospek
kerjaya program pengajian yang ditawarkan serta juga pengetahuan berkaitan dengan keperluan
pasaran pekerjaan dari segi kemahiran kebolehkerjaaan yang sangat dikehendaki oleh majikan pada
masa ini. Tugas sebagai pensyarah pada masa ini semakin mencabar kerana perlu memainkan peranan
penting dalam menjayakan agenda pembangunan kebolehpasaran siswazah di universiti masing-
masing. Oleh hal yang demikian, para pensyarah juga perlu didedahkan kepada program/kursus
pembangunan kebolehpasaran agar mereka dapat memainkan peranan secara berkesan.

USM pada umumnya telah menyediakan peluang yang banyak kepada pelajar sama ada dari segi
peranan institusi tertentu dalam memberi khidmat nasihat mahupun dari segi menganjur dan
mengadakan program/kursus yang sesuai dengan keperluan pelajar. Namun selain daripada itu hasil
temu bual yang dijalankan dengan piha PPGKK juga mendapati bahawa sebilangan besar pelajar tidak
tahu kepentingan kemahiran kebolehpasaran dan ini menyebabkan ramai yang tidak mengambil
peluang mengikuti program/kursus yang dianjurkan oleh pihak universiti. Ini mungkin disebabkan
oleh program/kursus ini bukan merupakan sebahagian daripada program pengajian yang penting
untuk pengijazahan serta tidak diwajibkan kepada pelajar untuk terlibat. Oleh yang demikian, untuk
menjayakan agenda kebolehpasaran siswazah semua pihak khususnya pelajar sendiri perlu mengambil
inisiatif dan tindakan proaktif dalam mempersiapkan diri masing-masing bagi menghadapi persaingan
dalam pasaran pekerjaan.

KESIMPULAN

Isu kebolehpasaran siswazah merupakan satu isu yang perlu diberikan perhatian yang serius bukan
sahaja oleh graduan yang masih belajar di institusi pengajian tinggi tetapi juga oleh pihak universiti.
Universiti sebagai penghasil sumber modal insan yang penting harus mengambil langkah proaktif
dalam mengukuhkan kebolehpasaran graduan masing-masing. Hasil kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa USM telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan menubuhkan pusat
sehenti (PPGKK) yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar dari segi memberi
khidmat nasihat, penyebaran maklumat dan juga melaksanakan program serta kursus yang sesuai
untuk mengukuhkan kelebihan daya saing dan seterusnya kebolehpasaran graduannya. Namun
demikian, dalam kalangan pelajar prasiswazah yang terlibat dalam kajian mendapati bahawa
58
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

wujudnya kekangan yang menghadkan mereka untuk mengambil peluang mengikuti program dan
kursus yang dianjurkan disebabkan oleh masalah bebanan tugasan dan kuliah. Selain dari itu, masalah
kekurangan maklumat dan promosi juga merupakan antara penyebab ramai kalangan responden tidak
menjadikan PPGKK sebagai pusat rujukan dalam membantu pelajar. Sebaliknya, pensyarah dan
penasihat akademik lebih banyak dijadikan sebagai rujukan dalam mendapatkan khidmat nasihat
berkaitan dengan prospek kerjaya. Oleh hal yang demikian, pensyarah dan penasihat akademik di
universiti bukan sahaja perlu pakar dalam bidang akademik masing-masing tetapi juga perlu
menambah pengetahuan berkaitan dengan bidang kerjaya, prospek pekerjaan serta keperluan
kemahiran kebolehkerjaan yang penting dalam pasaran buruh.

PENGHARGAAN

Makalah ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan di bawah Geran Universiti Penyelidikan (RU-
USM) [1001/PHUMANITI/816167] dan Geran Jangka Pendek USM [304/PHUMANITI/6312063].

BIBILIOGRAFI

Beatrice, D., Tarantola, S., & Nijlen, D.V. (2008). Labour Market Performance of University Graduates:
Evidence from Italy. JRC Scientific and Technical Report. CRELL. European Commission. Ispra.

Chang, M. (2004). Why Some Graduate are More Marketable than Others: Employer’s Perspective. Kertas
Kerja Dibentangkan dalam Workshop on Enhancing Graduate Employability in a Globalised Economy.
Unit Perancang Ekonomi Malaysia.

Daria, C., & Alessandro, M. (2010). Does University Choice Drive Graduate’s Employability? Munich Personel
RePEc Arvhive.

ESECT. (2004). Enhancing Student Employability Co-ordination Team. Diakses pada 20 Ogos 2011 daripada
http://www.hefce.ac.uk/learning/tinits/esect/

Faggian, A. & McCann, P. (2009). Universities, agglomerations and graduate human capital mobility.
Tijdschrift voor Economische eb Sociale Geografie, 100(2), 210-223.

Filer, R., Hamermesh, D.S., & Rees, A.E. (1996). Economics of work and pay. New York: Harper Collins.

Florida, R. (2000). The Economic Geography of Talent. Pittsburgh PA: Carnegie Mellon University.

Giorgio, B., & Cappellari, L. (2008). The Labour Market Effect of Alma Mater: Evidence from Italy. Economic
of Education Review, 27(5), 564-574.

Gurvinder Kaur, Gurcharan Singh, & Sharan Kaur Garib Singh (2008). Malaysian graduates’ employability
skills. UNITAR E-Jornal, 4(1), 44-44.

Harvey, L. (1999). Employability: Developing the Relationship between Higher Education and Employment.
Pembentangan di Seminar Kelima Quality in Higher Education 24-Hour, 28 Oktober, Scarman House,
Warwick University.

Harvey, L. (2001). Defining and Measuring Employability. Quality in Higher Education, 7(2), 97-109. DOI:
10.1080/13538320120059990.

Hillage, J., & Pollard, E. (1998). Employability: Developing a Framework for Policy Analysis. EfEE Research
Briefing. No. 85.

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) (2003). Laporan Akhir Kajian Masalah Pengangguran
di Kalangan Graduan. Pulau Pinang: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN).

59
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) (2007a). University Education Curricula and
Workplace Literacy. Pulau Pinang: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN).

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) (2007b). Enhancing the Effectiveness of the Industrial
Training of Undergraduate Students: Input from Industries and Organization. Pulau Pinang: Institut
Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN).

Jabatan Perangkaan Malaysia (2011). Data siri masa penyiasatan tenaga buruh, 1982-2010. Jabatan Perangkaan
Malaysia. Diakses pada 27 September 2011 daripada http://www.statistics.gov.my

Jabatan Perangkaan Malaysia (2011). Perangkaan tenaga buruh siswazah: Penyiasatan tenaga buruh. Jabatan
Perangkaan Malaysia. Diakses pada 10 September 2012 daripada http://www.statistics.gov.my

Jabatan Perangkaan Malaysia (2011). Buku tahunan perangkaan Malaysia 2010. Putrajaya: Jabatan Perangkaan
Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2012). Siaran bulanan: Perangkaan tenaga buruh, Malaysia, Jun 2012. Jabatan
Perangkaan Malaysia. Diakses pada 10 September 2012 daripada http://www.statistics.gov.my

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2005. Putrajaya:
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2006. Putrajaya:
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2008). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2007. Putrajaya:
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2009). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2008. Putrajaya:
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2009. Putrajaya:
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011). Kajian Pengesanan Graduan IPT. Putrajaya: Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi (2011). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2010. Putrajaya: Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012). Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2011. Putrajaya:
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Knight, P. T. dan Yorke, M. (2003) Employability and Good Learning in Higher Education. Teaching in Higher
Education, 8(1), 3-16. DOI: 10.1080/1356251032000052294.

Koo, Y.L., Vincent, P., & Fadhil Mansur (2009). Employer perception on graduate literacy’s in higher
education in relation to the workplace. Diakses pada 28 April 2011 daripada http://www.esp-
world.info/Articles_20/DOC/Koo_vp_employer_Journal18Oct09.pdf

Lall, S. (2000). FDI and Development: Research Issues in the Emerging Context. Policy Discussion Paper 20.
Centre for International Economic Studies, University of Adelaide.

Litisha Asmaak Shafie, & Surina Nayan (2010). Employability Awareness among Malaysian Undergraduates
International Journal of Business and Management, 5(8), 119-123.

Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) (2010). Model Baru Ekonomi untuk Malaysia. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional.
60
Yusof et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2013, 1 (1), 43-61

Norain Mat Lazim dan Nooriah Yusof (2012). Pelaburan Langsung Asing di Kedah dan Daya Tarikan Taman
Teknologi Tinggi Kulim. AKADEMIKA [Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara], 82(1),
31-48.

Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) (2007). Education at a Glance: OECD
Indicators 2007. Paris: OECD.

Pusat Penempatan Graduan, Kerjaya & Kaunseling USM (2013). Universiti Sains Malaysia.

Sharifah Md Nor & Bahaman Abu Samah (2009) Socioeconomic Factor and First-Degree Graduate
Employability: The Malaysian Scenario. International Journal of Diversity in Organisations,
Communities and Nations, 9(3), 87-102.

Stewart, F. (1996). Globalisation and Education. International Journal Educational Development, 16(4), 327-
333.

Unit Kemasukan dan Pengeluaran Pelajar (2011). Bahagian Pengurusan Akademik USM.

Venhorst, V., Dijk, J. V. & Wissen, L. V. 2010. Do The Best Graduates Leave the Peripheral Areas of the
Netherlands? Tijdschrift voor Economische en Social Geografie, 521–537.

Zinser, R. (2003). Developing Career and Employability Skills: A US Case Study. Diakses pada 13 September
2008. Daripada
http://www.google.com.my/search?hl=ms&q=Developing+career+and+Employability+Skills%3A+a+
US+case+study%2C+zinser&meta.

61

View publication stats

You might also like