Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 9 / TAHUN 2020

Tarikh : 06 Julai 2020 (Jumaat)


Masa : 10:30 pagi – 2:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKDO
Pengerusi : PN. HJH SALINA BINTI SHAARI

Kehadiran 1. PN. HJH SALINA BINTI SHAARI


2. PN. EDAHWATI BT ABD HALIM
3. PN. NORASLINA BT MOHD ZAININ
4. PN. RUSNANI BT SIRANG
5. PN. FARIDAH BT. MOHD SIAM
6. PN. ONG OOI LENG
7. PN. MARIANA BT ABDUL GHAFAR
8. PN. MAU YIK WAH
9. PN. NADIA BT MAT NAWAI
10. PN. NORHAPIZA BT MD ZAIN
11. PN. MONALISA CHARLES ALIDIN
12. PN. SITI KHATIJAH BT GHAZALI

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat
pengurusan Bil. 8 Tahun 2020.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh akhir mencerap adalah pada 15 Ogos
2020.

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Pn. Norhapiza akan mengambil alih tempat
Pn. Noor Faezah sehingga adanya pengganti. Manakala Pn. Pirema akan
mengambil alih tugas Pn. Norhapiza.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat Bil. 8/2020 dicadangkan pengesahannya oleh Pn. Ong Ooi
Lai dan disokong oleh Pn. Mau Yik Wah.

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengetua memaklumkan sesi pembukaan sekolah bagi semua pelajar


peralihan dan Tingkatan 1 – 4 ialah pada 15 Julai 2020. SMK Dato’ Onn telah
mengesahkan untuk menggunakan model 2 kerana SMK Dato’ Onn tidak ada

1
masalah untuk memuatkan 25 meja kerusi. Tambahan pula, semua kelas
tingkatan tidak melebihi 20 orang murid hanya ada satu kelas sahaja 22 orang
murid.

3.2 Untuk persiapan sesi pembukaan kelas, semua guru kelas perlu mengatur
meja kelas sendiri. Bagi kelas yang digunakan oleh pelajar pagi dan petang,
guru kelas tingkatan masing-masing perlu bekerjasama untuk menyusun dan
mengatur meja murid dan menampal semua info peringatan. Selain itu,
semua penyelaras tingkatan kena sediakan semua nama murid.
3.3 Pelan kelas kena ada dengan nama murid.
Tindakan: Semua guru kelas

3.4 Murid kena duduk di meja yang sama dan tidak dibenarkan untuk berubah-
ubah kerana semua meja akan dilekatkan dengan nama murid pagi dan
petang. Murid sesi pagi sebelah kiri dan sesi petang sebelah kanan.

3.5 Pengerusi menyatakan agar gotong-royong boleh diadakan pada hari Sabtu
iaitu pada 11 Julai 2020.

3.6 Pengerusi juga membincangkan mengenai guru kelas, guru yang berada di
sesi pagi dan di sesi petang. Setakat ini guru petang yang dibawa ke sesi pagi
ialah Pn. Jenny (mengajar BI) dan En. Eng (mengajar Matematik) akan
mengajar dua sesi (pagi dan petang). Pn. Alfilail juga akan dibawa ke sesi pagi
dan Cik Najihah dan En Afiq akan berada di sesi petang.

3.7 Pn. Ong Ooi Lai melaporkan bahawa beliau telah pun menyiapkan jadual
waktu baharu guru-guru untuk sesi pembukaan sekolah pada 15 Julai 2020.
Pn. Ong Ooi Lai mengatakan kebanyakan guru biasa mempunyai 21 waktu
dan namun ada juga guru yang mempunyai 24, 28 dan 30 waktu mengajar.
Tindakan: Pn. Ong Ooi Lai

3.8 Pn. Edahwati menyatakan jumlah guru pada masa sekarang ialah 69 orang.
Sekolah kita kekurangan 9 orang guru. Data menunjukkan sekolah
memerlukan 3 orang guru BM, 1 orang guru BI, 1 orang guru Sejarah, 1 orang
guru Pendidikan Islam, 1 orang guru Geografi, dan 2 orang guru Matematik.

3.9 Pengusaha kantin tidak lagi akan menghantar makanan ke dalam kelas tetapi
murid-murid akan turun ke kantin untuk membeli makanan dan makan di
dalam kelas.
Tindakan: Semua guru

3.10 Pn. Noraslina mencadangkan agar setiap masa rehat tingkatan diasingkan
agar semua murid sempat rehat. Tingkatan 3 pada jam 9:30 – 10:00 pagi,
Tingkatan 4 pada jam 10:00 – 10:30 pagi dan Tingkatan 5 pada jam 10:30 –
11:00 pagi.

3.11 Pn. Rusnani menyatakan tentang pengisian masa relief di mana guru-guru
yang masuk untuk ganti kelas tersebut perlu diisi sebaik mungkin agar waktu
tidak terbuang begitu sahaja.

2
3.12 Pengetua mencadangkan agar ketua panitia boleh memaklumkan kepada
guru-guru subjek untuk menyediakan modul / bahan yang boleh digunakan
semasa kelas relief. Tindakan: Ketua panitia

3.13 Modul relief / modul kecemasan akan diletakkan di bilik guru supaya guru
yang masuk kelas relief boleh ambil untuk pengisian kelas tersebut.

3.14 Pengetua menyatakan tentang penjarakkan sosial di bilik guru dan bilik-bilik
khas. Guru-guru sudah boleh kembali ke bilik guru dan sudah tidak perlu
duduk di bilik-bilik khas.

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN

4.1 LAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PN EDAHWATI)

4.1.1 Penyerahan Modul 2 kepada ibu bapa / penjaga akan diadakan pada
hari esok, 7 Julai 2020 (Rabu) bermula pada pukul 8:00 pagi.

4.1.2 Mohon kepada semua penyelaras untuk menyediakan Modul 2 bagi


setiap tingkatan.

4.1.3 Bertanya tentang cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha sama
ada sekolah akan memohon cuti peristiwa atau sebaliknya.

4.1.4 Pengetua mengatakan bahawa sekolah tidak memohon cuti peristiwa


sempena Hari Raya Aidiladha.

4.1.5 Selepas sesi pembukaan sekolah, guru-guru akan masuk sebelum 7:15
pagi dan boleh balik pada pukul 2:00 petang.

4.2 LAPORAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (PN NORASLINA)

4.2.1 Puan Noraslina menyentuh semula tentang sesi pembukaan sekolah


pada 15 Julai 2020, guru-guru perlu menyiapkan kelas dan bilik-bilik
khas yang belum disempurnakan seperti penjarakkan sosial, info-info
SOP dan sebagainya.

4.2.2 Puan Noraslina juga menyatakan tentang penyusunan meja murid


untuk semua kelas peralihan hingga kelas Tingkatan 5 dan begitu juga
dengan penampalan info-info dalam kelas.
Tindakan: Semua guru kelas

4.2.3 Info-info SOP di bahagian tandas akan dibuat oleh Puan Jenny dan
Puan Azzyati. Seterusnya, pelabelan setiap aras daripada Blok D
sehingga Blok E masih ada yang belum dilakukan. Guru-guru lelaki
akan membantu untuk membuat pelabelan tersebut.

4.2.4 Manakala pelabelan penjarakkan sosial di Dataran Jeya dan foyer


akan dibantu oleh Pn. Letchumy dan anggota pembersihan sekolah
yang lain.

3
4.2.5 Jadual guru bertugas juga akan disediakan mengikut seperti yang
dibuat oleh Pn. Edahwati atau mengikut keadaan yang sesuai.

4.2.6 Penerangan bagi tugas-tugas guru dan PIBG akan dibuat sebelum
gotong-royong bermula. Antara pengisian gotong-royong ialah
menyediakan sinki, paip solat, mengecat bilik-bilik khas,
mencantikkan dan membersihkan taman angkat, membersihkan bilik-
bilik khas dan sebagainya.

4.2.7 Sarapan pagi akan disediakan oleh pihak kantin, Puan Liza.

4.3 LAPORAN GURU-GURU KANAN

4.3.1 Puan Norhapiza melaporkan sebelum PKP telah merancang membuat


“Speaker Corner” dan sudut tersebut sudah pun ada, cuma aktiviti
sama ada diteruskan atau sebaliknya.

4.3.2 Pengetua mengatakan buat masa ini aktiviti ditangguhkan dahulu.


Hanya perlu teruskan untuk “one word a day”.

4.4 LAPORAN GURU BIMBINGAN & KAUNSELING (PN. MONALISA)

4.4.1 Puan Monalisa melaporkan “Bantuan Yayasan Wilayah RM 5” telah


mula diberikan kepada murid yang memerlukan sejak sekolah dibuka
pada 24 Jun 2020.

4.4.2 Senarai Semak Keperluan Murid Dalam Kebiasaan Baharu sudah


dibuat kepada semua murid Tingkatan 5. Sekiranya ada murid yang
mendapat skor tinggi (5 ke atas) dalam Senarai Semak Keperluan
Murid Dalam Kebiasaan Baharu, maka murid akan menjalani Ujian
Whooley. Ujian Whooley adalah bertujuan untuk melihat sejauh
mana mereka terganggu / terkesan abikat tempoh PKP / PKPB dan
seterusnya intervensi / sesi kaunseling akan dijalankan.

4.4.3 Data murid bagi yang bekerja sambilan dan mod datang ke sekolah
sudah diperolehi melalui borang soal selidik dan interview dengan
murid.

4.4.4 Semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan


Pergerakan Bersyarat (PKP/PKPB), terdapat beberapa ibu bapa murid
yang bertanya melalui e-talian WeCare untuk memohon bantuan
kerana tanggungan yang berat / kematian suami / anak ramai.

4.4.5 Pentaksiran Psikometrik Inventori Minat Kerjaya (IMK), Inventori


Kematangan Kerjaya (IKK) akan dijalankan pada masa yang sesuai
dalam tempoh dua – tiga minggu selepas sekolah dibuka.

4
4.4.6 Pn. Monalisa juga melaporkan semasa tempoh PKP dan PKPB, info-
info/maklumat daripada UBK dikirim ke group WeCare hampir setiap
hari. Adakah ia perlu diteruskan atau sebaliknya.

4.4.7 Pengetua mengatakan info WeCare diteruskan sehingga pada 14 Julai


2020 sahaja. Boleh terus menggunakan group Whatsapp tersebut
untuk mengirim info dan berhubung dengan ibu bapa murid. Selain
itu, pengetua juga menyatakan bahawa semua aktiviti dan program
seperti Mento-Mentee, Friday Prayer, dan sebagainya ditangguhkan
buat masa ini sehingga dimaklumkan.

4.5 LAPORAN KERANI KEWANGAN (PN SITI KHATIJAH)

4.5.1 Puan Khatijah melaporkan tentang agihan perkapita sekolah. (sila


rujuk lampiran)

4.5.2 Beliau juga memaklumkan tentang pembelian harta modal untuk;

i) menggantikan PA sistem pejabat


ii) visualiser pusat sumber - 2 unit
iii) LCD bagi Pendidikan Geografi - 1 unit
iv) LCD bagi Pendidikan PSV – 1 unit

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengetua mohon agar pelaksanaan dan pelaporan Program #3A (Sedar, Peka,
Tindak) tersebut diteruskan. Program #3A tersebut sudah berjalan sejak
bulan September 2019.
Tindakan: Guru Kaunseling

5.2 Pengetua memaklumkan bahawa 10% dari peruntukkan kewangan PCG


masing-masing akan digunakan untuk tujuan membeli kertas A4.

6 PENUTUP

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua ahli- ahli yang hadir.

7 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:10 petang.

Disediakan oleh,

(PN.MONALISA CHARLES ALIDIN)


Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Dato’Onn, Kuala Lumpur.

You might also like