Minit Mesyuarat P. Seni Kali Pertama Tahun 2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin,

32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan.
_______ABA8252______________________________________________________________________________ Tel/fax : 05-3711632

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI PERTAMA


TAHUN 2023

Tarikh : 13 April 2023


Hari : Khamis
Masa : 1. 30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK. Felcra Nasaruddin
Kehadiran :-
1. En. Faizal b baharim ( Guru Besar SKFN)
2. En. Nooramirruddie Bin Taib ( Penolong Kanan Pentadbiran )
3. Pn. Noorazlina Binti Youb Din ( Penolong Kanan Kokurikulum )
4. Pn. Hjh Noorhafizah bt Harun
5. Pn.Norhaili bt Omar
6. En. Khaizul Nazrim b Abd Salim
7. En. Mohd Shahril bin Abdul Latiff
8. Pn. Nazimah bt Abu Samah

Agenda 1
Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberi salam dan mengucapkan terima
kasih kepada semua guru di atas kehadiran dalam mesyuarat pada hari ini. Mesyuarat
dimulakan dengan bacaan Al- Fatihah.

1.2 Pengerusi berharap mendapat kerjasama sepenuhnya daripada jawatankuasa panitia


PSV bagi menjayakan program panitia.

Tindakan – semua jawatankuasa

Agenda 2
Ucapan Penasihat

2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat
Panitia Pendidikan Seni Visual.

2.2 Mesyuarat Panitia perlu dibuat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan dibuat selepas
mesyuarat kurikulum dijalankan.

2.3 Guru Besar mengingatkan 14 perkara yang perlu ada dalam Fail Pengurusan Panitia

2.4 Pengurusan Fail perlu di kemaskini bermula tahun 2021 dan maklumat bagi tahun
sebelumnya boleh disimpan dalam fail arkib sebagai rujukan

Tindakan – Makluman

1
Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan.
_______ABA8252______________________________________________________________________________ Tel/fax : 05-3711632

Agenda 3
Agihan Tugasan Ahli Panitia
Guru yang mengajar mata pelajaran PSV bagi setiap kelas:
 Tahun 1 Cemerlang – Pn. Nazimah bt Abu Samah
 Tahun 1 Gemilang – Pn. Hjh Noorhafizah bt Harun
 Tahun 2 Cemerlang – Pn.Hjh Noorhafizah bt Harun
 Tahun 2 Gemilang – En. Mohd Shahril bin Abdul Latiff
 Tahun 3 Cemerlang – Pn. Noorhafizah bt Harun
 Tahun 3 Gemilang - Pn. Norhaili bt Omar
 Tahun 4 Cemerlang – Pn. Noorazlina Binti Youb Din
 Tahun 4 Gemilang – En. Khaizul Nazrim b Abd Salim
 Tahun 5 Cemerlang – En. Nooramirruddie Bin Taib
 Tahun 6 Cemerlang– En. Faizal b Baharim

Tindakan: Makluman

Agenda 4
Agihan Belanja mengurus/Kewangan Panitia

4.1 Guru Besar meminta panitia dapat membincangkan mengenai pembelian barangan bagi
keperluan panitia

4.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

4.3 Merancang dan membuat perbelanjaan Panitia berdasarkan peruntukkan dan keperluan
Panitia

4.4 Senaraikan barang-barang yang hendak dibeli dan serahkan kepada Ketua Panitia.

4.5 Prosedur pembelian adalah seperti berikut:


a) Pengisian borang nota minta
b) Kerani kewangan menyemak nota minta
c) Mendapatkan sokongan daripada Penolong Kanan
d) Guru Besar memberi kelulusan
e) Kerani kewangan membuat pembayaran.

Tindakan: ketua panitia, guru mata pelajaran

2
Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan.
_______ABA8252______________________________________________________________________________ Tel/fax : 05-3711632

Agenda 5
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)/ PBS

5.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdPc bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan
murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan
5.2 Penilaian Bilik Darjah PBD perlu dicatatkan di dalam borang transit bagi setiap orang
murid.
5.3 Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM).
5.4 Tahap 1 tidak ada peperiksaan tetapi pentaksiran akan dijalankan.
5.5 PBD perlu dibuat secara berterusan dan Analisa akan dibuat 2 kali setahun.
5.6 Analisis PBD terkini boleh rujuk dalam Fail Induk Panitia.

Tindakan: Makluman

Agenda 6
Perancangan Strategik Panitia

6.1 Panitia perlu Merancang dan mengadakan program peningkatan murid secara menyeluruh
iaitu murid prasekolah, murid tahap 1 dan murid tahap 2 untuk semua mata pelajaran.
6.2 Perancangan Strategik Panitia yang telah siap perlu di hantar kepada pentadbir untuk
diseragamkan dan perlu ada dalam simpanan fail panitia masing-masing.

Agenda 7
Penggubalan RPT
7.1 Guru Besar meminta semua guru yang mengajar dapat memberi satu DSKP untuk
disimpan dalam fail panitia.

7.2 Guru Besar juga berharap agar semua guru yang mengajar Pendidikan Seni mempunyai
DSKP mengikut tahun bagi memudahkan guru-guru menyediakan dan merancang aktiviti
PdP.

7.3 Semua DSKP dan RPT PSV terkini yang telah diprint perlu disahkan oleh pentadbir dan
difailkan untuk rujukan dan pemantauan

Agenda 8
Buku Rekod mengajar/ CIDS

8.1 Semua guru sains telah menggunakan CIDS sepenuhnya


8.2 Semua e-RPH perlu di sediakan dan dihantar sehari sebelum Pdpc berlangsung.

3
Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan.
_______ABA8252______________________________________________________________________________ Tel/fax : 05-3711632
Tindakan: semua guru

Agenda 9
Penetapan Jumlah Buku Latihan

9.1 Untuk mata pelajaran DSV/PSV menggunakan buku lakaran/buku lukisan

Agenda 10
Agihan Latihan

10.1 Pemberian jumlah Latihan/aktiviti bergantung kepada kesesuaian dan keperluan murid
dan ianya jangan terlalu membebankan murid.
10.2 Bagi setiap tajuk boleh dijalankan dalam tempoh 1-2 minggu

Agenda 11
Semakan Latihan dan Buku Latihan

11.1 Guru mata pelajaran perlu menghantar sekurang-kurangnya 5 buah buku kepada
Guru Besar atau Penolong Kanan untuk semakan.
11.2 Jadual penghantaran buku latihan akan di beritahu dari semasa ke semasa untuk
mengelakkan lambakan.
11.3 Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi
memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi.
.

Agenda 12
Penggubalan Soalan Peperiksaan / ujian
12.1 Peperiksaan dan penilaian akan dijalankan sebanyak dua kali setahun iaitu setengah
tahun dan akhir tahun yang melibatkan murid Tahap 2 sahaja.
12.2 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) melibatkan semua mata pelajaran.
12.3 Pentaksiran murid akan dilaksanakan secara PBD dan UASA.

Agenda 13
Pencerapan

13.1 Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan diselia
dan dipantau sekurang-kurangnya dua kali setiap orang guru dalam setahun iaitu penggal
pertama dan kedua.

Agenda 14
PLC / Peningkatan Profesionalisme Guru dalam Panitia

14.1 Perancangan pelaksanaan PLC perlu dibincangkan dan dibuat berdasarkan keperluan
setiap panitia.
14.2 Panitia boleh melakukan PLC (Profesional Learning Community)
( satu kitaran lengkap merangkumi 4 kali PLC ) barulah dapat 20 mata kredit.

4
Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan.
_______ABA8252______________________________________________________________________________ Tel/fax : 05-3711632
14.3 Guru-guru perlu membudayakan PLC di sekolah.
Agenda 15
Hal-hal Lain

15.1 PBPPP – Penolong Kanan ( Guru Besar Penilai Pertama, PPD Penilai kedua)
- Guru (Penolong Kanan Penilai Pertama, Guru Besar Penilai kedua)
Guru- guru boleh mula mengisi dan menulis keberhasilan mengikut KPI semasa.
15.2 e-Operasi telah selesai dikemaskini. Guru-guru perlu meletakkan gambar terkini pada
pautan e-Operasi.
15.3 Guru yang ingin memohon cuti CRK atau CTR perlu membuat permohonan dan
memaklumkan kepada pentadbir terlebih dahulu untuk tujuan sokongan.
15.4 Sekiranya mendapatkan rawatan di hospital atau klinik perlu dapatkan sijil cuti sakit
atau sekiranya doctor beri time slip perlu maklumkan kepada pembantu tadbir untuk
tujuan rekod.
15.5 Perlaksanaan jadual waktu 2023/2024 berjalan dengan baik.
15.6 Guru-guru perlu tanda tangan buku jadual ganti sebaik sahaja menerima jadual ganti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli
jawatankuasa. Beliau juga berharap agar semua ahli akan terus memberi komitmen terhadap
tugas yang diamanahkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………. …………………………………
( PN. NAZIMAH BT ABU SAMAH ) (PN. NORHAILI BT OMAR)
Setiausaha Panitia PSV Ketua Panitia PSV
SK Felcra Nasaruddin SK Felcra Nasaruddin

5
Sekolah Kebangsaan Felcra Nasaruddin,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan.
_______ABA8252______________________________________________________________________________ Tel/fax : 05-3711632

You might also like