Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

(1216746-P)

WADAH
KEUSAHAWANAN
BERINTEGRASI
Product Development & Brand Strategy

Creative Communication & Networking

Training, Seminar & Event Management


Beautyfest Sdn Bhd. ialah sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi di Subang Bestari, Shah Alam.
Diterajui oleh sekumpulan usahawan dan profesional yang pakar dalam bidang masing-masing, sentiasa
berfikiran positif, berkeyakinan terhadap kemampuan diri, melakukan tugasan dengan sepenuh jiwa
dan bersemangat, itulah sebenarnya yang memberi kelainan yang amat ketara terhadap perkhidmatan
yang kami sediakan.

Kami menyediakan perkhidmatan penyelesaian sehenti atau ‘One Stop Centre’ kepada pemilik
perniagaan yang juga dikenali sebagai ‘Business Owners’. Kami menawarkan perkhidmatan seperti
konsultasi produk, pembangunan produk dan jenama, penjenamaan, pemasaran, pengiklanan,
dan pengurusan acara. Sentiasa berfikir di luar kotak, idea dan konsep yang terbaik dan di luar jangkaan,
unik, kreatif, inovatif dan sentiasa positif menjadi matlamat utama kami di Beautyfest Sdn Bhd.

Selain itu, sesuai dengan tagline kami “ Wadah Keusahawanan Berintegrasi” kami turut bekerjasama
dengan agensi kerajaan dan swasta mengadakan seminar dan kursus yang berperanan sebagai
penyediaan tenaga profesional. Ramai diantara alumni telah menjadi insan kreatif yang berjaya dalam
kerjaya mereka serta ada yang telah mampu memberi peluang pekerjaan kepada yang lain.
OUR TEAM.
Honesty and Integrity
from the top down.
Nur Cahaya @ Rose JR
Pengarah Urusan Beautyfest Sdn Bhd

Mendapat pendidikan awal dalam solekan di Martina Berto Akademi


di Indonesia dan Ally & Cats Academy di Kuala Lumpur. Berada
dalam dunia make up artis lebih dari 20 tahun dan pernah bekerja
dengan pereka fesyen dan sudah menyolek ramai artis antaranya
Yuna, Intan Ladyana, Lisa Surihani, Intan Sarafina dan hasil kerja
beliau kerap menghiasi majalah dan akhbar tempatan seperti Harian
Metro, Utusan, Majalah Inspirasi Perkahwinan dan banyak lagi.

Setakat ini, hasil sentuhan solekan Rose JR sudah ditonjolkan


menerusi beberapa program TV seperti kemuncak Akademi
Al-Quran (2010,2011) Final Mentor (2010, 2011) Sarjan Saji,
Ewah-Ewah lagi, Sejuta Impian, Inilah Kisahku dan Kalamullah.
Kini, beliau yang mencintai dunia perniagaan telah menerajui
beberapa syarikat selain Beautyfest seperti NCT Global
Sdn Bhd, TBR Sdn.Bhd, Beautyfest Sdn.Bhd, Teratak Nur
De Couture dan Nur Design Exclusive.

Beliau merupakan Presiden Malaysian Bumiputera


Make Up Artist Association (MBMUAA) dan juga
Naib Ketua Wanita Persatuan Pedagang dan Pengusaha
Melayu Malaysia (Perdasama) Bahagian Putrajaya kini
bergerak aktif mengadakan bengkel solekan dan imej diri serta
seminar keusahawanan. Selain itu beliau turut terlibat sebagai
“Supporting Partner” berganding bahu dengan penganjur
Ekspo Kecantikan Antarabangsa seperti BeautyExpo (UBM),
International Beauty Expo (Elite Expo) dan Beauty Business
Malaysia (Asia Trade Exhibition).
Fattrin Kartikasari
Pengarah Eksekutif Beautyfest Sdn Bhd

Menerima pendedahan awal di dalam bidang penerbitan,


percetakan dan pengurusan acara sewaktu bekerja di Kumpulan
Media Karangkraf. Beliau dianugerahkan Pereka Grafik Terbaik
(2007) dan dilantik Pengarah Seni termuda dengan berbekalkan
hanya lima tahun pengalaman. Dengan pencapaian tertinggi dengan
melonjakkan prestasi majalah Pesona Pengantin dengan pulangan
pengiklanan sebanyak RM 1.2 juta, beliau diberi tanggungjawab
untuk memperbaharui konsep dan RND untuk lebih
38 majalah-majalah lain terbitan syarikat.

Menubuhkan syarikat penerbitan pada 2013 iaitu Tricasa Creative


Resources yang menjalankan perniagaan di dalam bidang penerbitan
majalah dan buku, fotografi, dan pengacaraan majlis. Majalah
bulanan terbitan syarikat beliau berjudul Inspirasi Perkahwinan,
Ratna, Bola Kampung, Koleksi Buku Resipi dan Koleksi Khas
Hantaran. Syarikatnya turut menerbitkan buku kanak-kanak
berunsur islamik dan juga terbitan berkala. Antara pelanggan beliau
adalah dari syarikat korporat dan agensi kerajaan seperti JPS, MITI,
HALFEST, SECURIFORCE, MYCC, SSM, RISDA dan FAMA.

Kini, dengan pengalaman bekerja lebih 16 tahun,


beliau melebarkan sayap di bawah syarikat Beautyfest Sdn Bhd
dengan memberikan pelbagai perkhidmatan untuk usahawan yang
memerlukan khidmat konsultasi dari segi label, pembungkusan dan
penjenamaan produk. Selain itu beliau juga sering dijemput sebagai
panel penilai luar bagi pelajar tahun akhir peringkat Ijazah Sarjana
Muda Seni Lukis dan Seni Reka Grafik, Universiti Teknologi MARA.
GALERI
BEAUTYFEST
BEAUTY EXPO ‘18
5-8 Oktober 2018, Kuala Lumpur Convention Centre
BEAUTY EXPO ‘17
6-9 Oktober 2016, Kuala Lumpur Convention Centre
BEAUTY EXPO ‘17
Seminar & Make Up Demonstration
BEAUTY EXPO ‘16
14-17 Oktober 2016, Kuala Lumpur Convention Centre
BEAUTY BUSINESS MALAYSIA
& BEAUTY PROFESSIONAL
PHILIPPINES 2018
26-29 march 2018, PWTC & “Fanny Serrano’s Cinematique
Touche Competition 2018” Beauty Professional Philippines 2018,
SMX Convention Center, Manila, Philippines
INTERNATIONAL BEAUTY EXPO ‘17
Opening Ceremony, 6-9 May 2017, Kuala Lumpur Convention Centre
INTERNATIONAL BEAUTY EXPO ‘17
Avant Garde Heritage Make Up Show & Product Launching
INTERNATIONAL BEAUTY EXPO ‘18
Opening Ceremony, 5-8 May 2018, Kuala Lumpur
LAUNCHING OF MBMUAA
7 Mei 2016, Shereton Imperial Hotel
PROGRAM KASIH AIDILFITRI
2 Julai 2016, Bersama Rumah Baitul Qaseh Rawang
ANNUAL DINNER MBMUAA
6 Januari 2018, Premiera Hotel, Kuala Lumpur
KURSUS HOME MOBILE BEAUTY
Anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan MARA
KURSUS BEAUTY IN BUSINESS
Anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan MARA
MAKE UP CHARITY
Ramadan 2018 - NuSentral
Hubung kami
C-39-G,
Star Avenue +603.7859-6406
Commercial Centre, beautyprenuer@gmail.com
Jalan Zuhal U5/178,
Seksyen U5, 40150, beautyfest.my
Shah Alam, Selangor.

You might also like