Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SHUQRI HADHARI BIN SHAMRUL 2 ISKANDAR

Jawapan:
1(a)Kedudukan Sarawak di sebelah barat daya Pulau
Borneo.Kedudukan dan tempat tinggal masyarakat di
Sarawak mempengaruhu kegiatan harian mereka.Bentuk
muka bumi di Sarawak ini boleh dibahagikan kepada tiga
kawasan iaitu,pesisir pantai,muara sungai atau Lembah
Sungai dan pedalaman.

1(b)Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan


pedalam Sarawak ialah kegiatan mengutip hasil
hutan,memburu haiwan liar dan menanam padi.

1(c)Pada pendapat saya,generasi muda pada hari ini


perlulah berpengetahuan luas seperti sewaktu
pendedahan idea nasionalisme ketika menuntut ilmu di
luar negara.Selain itu,mereka perlulah mempunyai
kebolehan memimpin dengan mempunyai asas
pendidikan dan kepimpinan.Di samping itu,mereka juga
perlulah sentiasa memastikan ekonomi negara dalam
keadaan stabil kerana kejatuhan ekonomi sesebuah
negara boleh menyebabkan sesebuah institusi negara itu
rosak.Akhir sekali,generasi muda pada hari ini bolehlah
belajar dan kaji tentang bagaimana ingin sentiasa
memastikan ekonomi negara makmur iaitu seperti
sentiasa menghasilkan produk yang berkualiti untuk
diimport keluar negara.
2(a) Masyarakat di Sarawak mempunyai pelbagai
perayaan yang berdasarkan kaum.Kaum iban,Bidayuh
dan Orang ulu merayakan Pesta Menuai atau Gawai
Dayak.Bagi masyarakat iban pula,upacara Mirinh
diadakan semasa Gawai Dayak.Dalam pada itu,salah satu
perayaan yang unik dalam masyarakat Sabah iailah Pesta
Kaamatan,perayaan ini diraikan oleh penduduk
Kadazandusun dan Murut.Upacara kesyukuran kepada
semangat padi ini dijalankan oleh Bobohizan/Bobolian.

2(b)Upacara Miring dilakukan untuk menyatakan rasa


terima kasih kepada petara atau tuhan.Upacara
kesyukuran pula dilakukan kerana penduduk berharap
agar tahun hadapan mereka akan mendapat lebih banyak
hasil tuaian padi.

2(c)Rakyat Malaysia sangat istimewa kerana walaupun


terdapat pelbagai bangsa dan agama, kita bukan sahaja
mampu mengekalkan keamanan, malah boleh turut
merayakan perayaan kaum lain bersama-sama.
Realitinya, setiap perayaan utama kaum dikongsi bersama
seolah-olah ia adalah perayaan kebangsaan. Kita juga
dapat melihat bahawa rakyat di Malaysia telah berjaya
mengatasi semangat induvidualistik, mengetepikan
kepentingan peribadi kaum masing-masinguntuk
mencapai keamanan. Hal ini didorong lagi oleh pelbagai
keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan pada
perayaan tersebut seperti pemberian cuti umum, bonus
kepada kakitangan kerajaan dan rumah terbuka.Perayaan
sebenarnya telah menjadi platform terbaik bagi
menyuburkan semangat perpaduan. Ia mampu
mengeratkan tali silaturahim sesama rakyat melalui
budaya kunjung-mengunjung yang selalunya berlaku
semasa rumah terbuka. Kita juga dapat melihat bahawa
masyarakat pelbagai etnik bukan sahaja bertolak ansur
dengan budaya etnik lain semasa perayaan mereka malah
ada juga budaya-budaya tersebut yang mereka ambil dan
olah mengiku tkesesuaian agama yang mereka anuti.
Perkara ini dapat dilihat dari perspektif upacara
perayaan,makanan dan juga pakaian.

3(a)(i)Rumah panjang
(ii)Rumah tinggi
(iii)Rumah baruk

3(b)Rumah panjang merupakan seni bina kaum


Iban,Bidayuh, dan Orang Ulu.Rumah panjang dibina untuk
tujuan keselamatan dan pertahanan serta mewujudkan
kerjasama dalam kalangan penduduk di rumah
panjang.Selain menjadi tempat tinggal,rumah panjang ini
merupakan tempat berinteraksi dan mengadakan acara-
acara perayaan.
3(c)Antara nilai-nilai yang boleh dicontohi dalam seni bina
yang terdapat di Sarawak adalah nilai di mana mereka
berusaha bersama-sama untuk memastikan keselamatan
dan pertahanan dalam kalangan penduduk.Selain
itu,mereka juga memastikan bahawa binaan mereka tidak
menjejaskan alam sekitar iaitu seperti menggunakan kayu
dan daun rumbia.Di samping itu,mereka semua
memastikan setiap kaum menggunakan kebijaksanaan
masing-masing dalam membentuk seni bina yang
tersendiri.Akhir sekali,seni bina yang mereka bina ini juga
berfungsi sebagai tempat berinteraksi dan mengadakan
acara-acara perayaan, justeru itu mereka dapat
memastikan bahawa mereka sentiasa meneruskan adat.

You might also like