Orang Kota Bharu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Cerpen “Orang Kota Bharu” merupakan hasil penulisan daripada sasterawan negara yang

tersohor iaitu Syed Othman Kelantan. Cerpen “Orang Kota Bharu” banyak mengisahkan
pelbagai ragam kehidupan manusia Kota Bharu yang terdiri daripada pelbagai golongan
para peniaga beras-kertas, para peraih ikan dan sayu-mayur, pengatih teksi. Dalam cerpen
tersebut penulis banyak menceritakan kawasan-kawasan dan budaya yang banyak
diterapkan di Kelantan. Semuanya memberi nafas kepada Kota Bharu yang harmoni dan
damai dengan air Sungai Kelantannya, sekali gus memercikkan riak dan ruas
kegelisahan, kemeriahan dan kehiruk-pikukan penghuninya di pasar, di gudang, di
pengkalan motor, di stesen bas dan kereta api. Di samping itu, terdapat pelbagai tempat-
tempat menarik yang boleh dijadikan sejarah telah diceritakan di dalam cerpen ini.
Antaranya ialah, Taman Syurgawi yang memfokuskan tentang sistem pondok di
Kelantan, melalui beberapa watak iaitu penulis cuba menggambarkan sebolehnya tentang
sistem pondok serta suasana penuntut agama. Contohnya terdapat watak lelaki gedebe
(samseng) yang telah insaf serta cuba memperbaiki diri, watak lelaki yang mahu mencari
seberapa banyak ilmu buat bekalan hari tua dan sebagainya. Dalam cerpen ini telah
menunjukkan bahawa elemen pendidikan melalui ajaran agama Islam telah menjadi salah
satu faktor pancingan kepada karya kesusasteraan pelancongan.
Selain itu, tempat menarik yang diceritakan di dalam cerpen ini ialah kewujudan
Biarritz Park juga menjadikan faktor pancingan kepada karya kesusasteraan pelancongan.
S.Othman Kelantan menulis tentang suasana dunia hiburan di Kota Bahru melalui
kewujudan Biarritz Park kerana Biarritz Park pernah mendapat jolokan Paris Malaya.
Tatkala pemerintahan Sultan Ibrahim, Kelantan menjadi sangat terkenal sebagai “Paris of
Malaya” seperti yang pernah dilaporkan oleh The Straits Times bertarikh 15 April 1959
(di halaman 5). Biarritz Park bertempat di Dabong, Kelantan yang banyak
memperkenalkan pelbagai jenis hiburan iaitu nyanyian, joget dan beberapa persembahan
yang bersifat tradisional seperti wayang kulit turut diadakan. Di Biarritz Park, aktiviti
hiburan ini tidak termasuk aktiviti kurang sihat lain yang berlansung sama ada di situ juga
di beberapa tempat lain termasuk di rumah-rumah rakit di pinggir Sungai Kelantan.
Norma Buloh Perindu, Siti Ainun Kacip Mas, Habibah Tahi Lalat, Cik Yam Batil, Cik
Putih Sulur dan Salbiah Kuning Manis adalah antara primadona yang menghiasi Biarritz
Park. Mereka ini telah menjalankan aktiviti kurang sihat dan mendapat bantahan daripada
masyarakat dan para ulama tetapi kerajaan dengan nasihat pegawai British tetap
mendirikannya. Menurut Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan
Pelancongan Kelantan, Datuk Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman, Kelantan menyasarkan
sejuta pelancong dari dalam dan luar negara akan berkunjung ke negeri itu sepanjang
tahun 2022 dan salah satu tempat yang menjadikan peratusan tersebut berhasil adalah
daripada Biarritz Park. Walau bagaimanapun, kerajaan Kelantan memutuskan untuk
menutup taman hiburan Biarritz Park tersebut dan menyatakan “kami akan tetap
memutuskan untuk menghapuskan ma’asiat dalam Taman Hiboran Biaritz itu”. Hal ini
demikian kerana, aktiviti di Biarritz Park sangat bertentangan dengan hukum syarak yang
telah dinyatakan dalam Islam.

RUJUKAN
https://www.malaysiakini.com/columns/468909
Orang Kota Bharu
 Orang Kota Bharu adalah sebuah novel S.Othman Kelantan
 Mengisahkan pelbagai ragam kehidupan manusia Kota Bharu yang terdiri daripada
pelbagai golongan para peniaga beras-kertas, para peraih ikan dan sayu-mayur, pengatih
teksi.
 Semuanya memberi nafas kepada Kota Bharu yang harmoni dan damai dengan air Sungai
Kelantannya, sekali gus memercikkan riak dan ruas kegelisahan, kemeriahan dan
kehiruk-pikukan penghuninya di pasar, di gudang, di pengkalan motor, di stesen bas dan
kereta api.
 Taman Syurgawi yang memfokuskan tentang sistem pondok di Kelantan, melalui
beberapa watak iaitu penulis cuba menggambarkan sebolehnya tentang sistem pondok
serta suasana penuntut agama.
 Terdapat watak lelaki gedebe (samseng) yang telah insaf serta cuba memperbaiki diri,
watak lelaki yang mahu mencari seberapa banyak ilmu buat bekalan hari tua dan
sebagainya.
 Penulis juga memasukkan banyak unsur agama dan dakwah yang diungkapkan melalui
pengajian oleh beberapa ustaz atau tuan guru sama ada melalui kitab-kitab tertentu atau
melalui kuliah secara umum.
 Penulis turut menulis tentang suasana dunia hiburan di Kota Bahru melalui kewujudan
Biarritz Park kerana Biarritz Park pernah mendapat jolokan Paris Malaya.
 Biarritz Park memperkenalkan pelbagai jenis hiburan iaitu nyanyian, joget dab beberapa
persembahan yang bersifat tradisional seperti wayang kulit turut diadakan.
 Aktiviti hiburan ini tidak termasuk aktiviti kurang sihat lain yang berlansung sama ada di
situ juga di beberapa tempat lain termasuk di rumah-rumah rakit di pinggir Sungai
Kelantan.
 Seperti Norma Buloh Perindu, Siti Ainun Kacip Mas, Habibah Tahi Lalat, Cik Yam Batil,
Cik Putih Sulur dan Salbiah Kuning Manis adalah antara primadona yang menghiasi
Biarritz Park. Mereka ini telah menjalankan aktiviti kurang sihat dan mendapat bantahan
daripada masyarakat dan para ulama tetapi kerajaan dengan nasihat pegawai British tetap
mendirikannya.
 Penulis juga turut mengisahkan tentang kehidupan petani-petani kecil yang berkebun di
atas ‘pulau-pulau’ yang ada di atas sungai Kelantan serta masalah yang mereka hadapi
seperti bah dan harga rendah yang diambil oleh peraih.
 Mengenai politik boleh dikatakan antara pengkisahan yang Panjang di dalam buku ini. Ia
bermula dari sebelum merdeka hinggalah pertengahan 70an. Dan apabila membicarakan
twntang politik di Kelantan pastinya tidak akan lari daripada kisah UMNO dan PAS.

You might also like