Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

VERSI BAHASA MELAYU

Terma dan Syarat Langganan Ezbiz Online SSM menurut


seksyen 22A(2) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

Nota:

• Sila baca perjanjian ini dengan teliti.

▪ Ia mengawal terma-terma dan syarat-syarat EzBiz Online


SSM ("Langganan" anda) dan mengandungi had liabiliti di
pihak SSM.

• Dengan mengklik “I accept”, anda memasuki kontrak


dengan SSM dan bersetuju dengan terma dan syarat yang
dinyatakan di bawah.

• Istilah “anda” merujuk kepada diri anda sebagai pelanggan


(“Pelanggan”).

1. Peruntukan Langganan

1.1 Langganan EzBiz Online disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat


Malaysia (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) (“SSM”). Anda akan
mendapat akses kepada EzBiz Online setelah pembayaran fi (“Fi
Langganan”) atau sebaliknya seperti yang ditetapkan oleh SSM.

1.2 Anda mengakui bahawa anda telah memberikan maklumat


pendaftaran yang tepat dan lengkap dan bahawa adalah menjadi
tanggungjawab anda untuk mengemas kini sebarang perubahan
kepada maklumat yang termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat
emel anda.

1.3 Anda hendaklah menyimpan dengan selamat dan merahsiakan


nama pengguna dan kata laluan anda ("ID"). Anda
bertanggungjawab bagi semua penggunaan Langganan termasuk
pencegahan penggunaan tanpa kebenaran ID anda.

2. Fi

2.1 Fi Langganan tahunan adalah RM5.00 dan fi Langganan ini telah


diketepikan.

1
2.2 Anda hendaklah membayar kepada SSM semua fi yang dikenakan
menurut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (“APP 1956”) dan
semua peraturan yang dibuat menurut APP 1956 berkaitan serah
simpan dokumen kepada SSM melalui EzBiz Online.

2.3 Dengan tidak membayar fi yang dikenakan dalam keadaan apa pun
akan menjadikan dokumen yang diserah simpan melalui EzBiz
Online dianggap sebagai tidak diserah simpan sehingga fi itu
dibayar sepenuhnya.

3. Had liabiliti

3.1 SSM akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan


dalam Langganan selama tempoh Langganan. Sekiranya SSM
melanggar perjanjian ini, anda bersetuju bahawa liabiliti anda atas
kerugian yang anda alami akan dihadkan kepada jumlah yang
setara dengan Fi Langganan yang dibayar (jika berkenaan) atau
jika tidak, anda boleh memilih untuk penamatan Langganan.

3.2 SSM tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangan


seperti kehilangan data, kehilangan keuntungan atau gangguan
perniagaan yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan
untuk menggunakan Langganan atau daripada apa-apa tindakan
yang diambil (atau dihalang daripada diambil tindakan) akibat
daripada menggunakan Langganan.

4. Penamatan/Penggantungan

4.1 SSM mempunyai hak mengikut budi bicaranya dan tanpa notis
bertulis terlebih dahulu untuk menamatkan Langganan atau
menggantung ketersediaan Langganan dan akan memberitahu
anda secara bertulis tentang penamatan atau penggantungan itu.

4.2 SSM hendaklah mempunyai hak untuk menamatkan atau


menggantung Langganan jika:

i. anda gagal untuk membuat pembayaran apabila perlu


berkaitan Langganan, Perkhidmatan atau mana-mana akaun
atau urusan dengan SSM;

ii. anda telah membenarkan penggunaan Langganan dengan


membenarkan pihak ketiga yang tidak dibenarkan untuk
melaksanakan mana-mana aktiviti serah simpan dengan
SSM;

2
iii. anda telah mengeksploitasi secara komersial Langganan
dengan menggunakan EzBiz Online bagi maksud
keuntungan. "Mengeksploitasi secara komersial" termasuk
apabila anda melakukan transaksi untuk pembaharuan
pendaftaran perniagaan walhal anda bukan rakan perniagaan
atau orang yang bertanggungjawab untuk perniagaan itu;
atau

iv. suatu perintah interim dibuat atau perkiraan sukarela


diluluskan atau petisyen untuk mendapatkan perintah
kebankrapan dikemukakan atau perintah kebankrapan
dibuat terhadap anda atau jika seorang penerima atau
pemegang amanah dilantik untuk harta anda atau perkiraan
sukarela diluluskan atau perintah pentadbiran dibuat, atau
penerima atau penerima pentadbiran dilantik untuk mana-
mana aset atau aku janji anda atau ketetapan atau petisyen
untuk menggulung syarikat anda diluluskan atau
dikemukakan atau jika terdapat keadaan yang memberi hak
kepada Mahkamah atau pemiutang untuk melantik
penerima, pentadbir atau mengemukakan petisyen
penggulungan atau membuat perintah penggulungan.

4.3 Apa-apa pelaksanaan SSM berhubung haknya berkaitan


penggantungan tidak mengecualikan haknya kemudian untuk
menamatkan Langganan.

4.4 Anda boleh menamatkan perjanjian ini dengan memaklumkan SSM


secara bertulis.

4.5 Selepas penamatan atau penggantungan Langganan walau


bagaimana pun timbul peruntukan-peruntukan berikut hendaklah
terpakai:

i. penamatan atau penggantungan tidak boleh menjejaskan


apa-apa hak atau tindakan atau remedi yang telah terakru
atau hendaklah selepas itu terakru kepada anda atau SSM;
ii. semua bayaran tertunggak yang belum dibayar sebelum atau
selepas penamatan atau penggantungan berhubung dengan
Langganan hendaklah terus dibayar kepada mana-mana
pihak yang mana berkenaan.

5. Perubahan perjanjian

5.1 SSM boleh mengubah perjanjian ini dan jika SSM menghantar versi
yang disemak semula untuk perjanjian ini bersama notis

3
menyatakan bila terma-terma disemak semula berkuat kuasa dan
anda terus menggunakan Langganan selepas tarikh tersebut, anda
dianggap telah menerima terma-terma yang disemak semula
berkuat kuasa mulai tarikh tersebut.

6. Notis

6.1 Apa-apa notis yang dikehendaki untuk disampaikan di bawah


perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah
disifatkan telah disampaikan dengan sempurna jika dihantar secara
peribadi dengan tangan atau dihantar melalui pos berdaftar atau
dihantar melalui bentuk elektronik atau faks ke alamat terakhir
yang diketahui berdasarkan maklumat yang dikekalkan oleh SSM
atau bahawa anda telah memberitahu kepada SSM secara bertulis,
atau tempat kediaman atau perniagaan anda yang biasa atau
terakhir diketahui atau, jika anda adalah syarikat berhad, di pejabat
berdaftar.

6.2 Apa-apa notis yang disampaikan kepada SSM di bawah perjanjian


ini hendaklah dialamatkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif SSM di
ibu pejabat semasa dan/atau alamat seperti yang diberitahu oleh
SSM kepada anda untuk tujuan tersebut.

6.3 Apa-apa notis tersebut hendaklah telah diterima dengan


sewajarnya dalam hal suatu notis yang diserahkan dengan tangan,
selepas menerimanya, jika melalui pos pada hari yang notis itu
akan dihantar melalui pos berdaftar, jika dalam bentuk elektronik
dengan bukti masa penghantaran atau jika melalui faksimili pada
hari yang sama dengan bukti penghantaran faksimili

7. Umum

7.1 Anda tidak boleh memindahkan atau menyerahkan mana-mana hak


atau kewajiban anda berdasarkan perjanjian ini tanpa persetujuan
SSM secara bertulis.

7.2 Tiada apa-apa dalam perjanjian ini yang akan memberikan hak
anda kepada orang lain kecuali yang dinyatakan dalam perjanjian
ini.

7.3 Jika anda melanggar perjanjian ini, SSM berhak untuk mengambil
apa-apa tindakan dan meneruskan apa-apa hak undang-undang
disediakan untuk SSM pada masa akan datang atau dalam mana-
mana keadaan lain di mana anda melanggar perjanjian ini.

4
7.4 Perjanjian ini, dan apa-apa syarat tambahan lain yang ditetapkan
pada Langganan yang akan dimaklumkan oleh SSM dari semasa ke
semasa, mewakili keseluruhan terma yang dipersetujui antara
pihak-pihak yang berkaitan dengan hal perkaranya dan hanya boleh
dipinda dengan persetujuan SSM secara bertulis.

7.5 SSM akan berusaha untuk menyelesaikan apa-apa perselisihan


secara baik dan berkesan.

7.6 Perjanjian ini hendaklah dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut


undang-undang Malaysia dan setiap pihak bersetuju untuk
mematuhi bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.

7.7 Sebagai Pelanggan untuk Langganan, anda setuju untuk mematuhi


parameter seperti yang diperuntukkan di bawah Protokol untuk
Penyerahsimpanan Elektronik bagi tujuan menyampaikan dan
mengirimkan dokumen elektronik dan/atau maklumat lain kepada
Pendaftar.

(Versi Disemak Semula: 30 Ogos 2021)

5
ENGLISH VERSION

SSM’s Ezbiz Online Terms and Conditions of Subscription


pursuant to section 22A(2) of the Registration of Businesses Act
1956

Note:

• Please read this agreement carefully.

▪ It governs the terms and conditions of SSM’s EzBiz Online


(your “Subscription”) and and contains limitation of liability
on SSM’s part.

• By clicking “I accept”, you are entering into a contract with


SSM and agreeing to the terms and conditions which are
stated below.

• The terms “you” and “your” refer to yourself as the


subscriber (“Subscriber”).

1. Provision of Subscription

1.1 The Subscription to the EzBiz Online is provided by Suruhanjaya


Syarikat Malaysia (Companies Commission of Malaysia) (“SSM”).
You will receive access to the EzBiz Online following the payment of
the fee (“Subscription Fee”) or otherwise as may be stipulated by
SSM.

1.2 You acknowledge that you have provided accurate and complete
registration information and that it shall be your responsibility to
update any changes to that information including but not limited to
your email address.

1.3 You must keep secure and keep confidential of your username and
password (“ID”). You are responsible for all the use of the
Subscription including the prevention of unauthorized use of your
ID.

2. Fees

2.1 The annual Subscription fee is RM5.00 and the Subscription fee has
been waived.
6
2.2 You shall pay to SSM all applicable fees pursuant to the Registration
of Businesses Act 1956 (“ROBA 1956”) and all regulations made
pursuant to the ROBA 1956 in respect of submission of documents
to SSM through the EzBiz Online.

2.3 Non-payment of the applicable fees in any circumstances will render


the documents lodged through the EzBiz Online to be deemed not
to have been lodged until the fees have been fully paid.

3. Limitation of liability

3.1 SSM will use its reasonable endeavours to remedy faults in the
Subscription during the term of the Subscription. If SSM is in
breach of this agreement, you agree that your liability for damages
that you have incurred shall be limited to an amount equivalent to
the Subscription Fee paid (where applicable) or otherwise you may
opt for a termination of the Subscription.

3.2 SSM will not be liable for any losses such as loss of data, loss of
profits or business interruptions arising from the use or inability to
use the Subscription or from any action taken (or refrained from
being taken) as a result of using the Subscription.

4. Termination/Suspension

4.1 SSM reserves the right at its discretion and without prior written
notice to terminate the Subscription or suspend availability of the
Subscription and will notify you in writing of any such termination
or suspension.

4.2 SSM shall have the right to forthwith terminate or suspend the
Subscription if:

i. you fail to make a payment when it becomes due in relation


to the Subscription, the Service or any other account or
arrangement with SSM;

ii. you have permitted the use of the Subscription by allowing


an unauthorised third party to execute any of the lodgement
activities with SSM;

iii. you have commercially exploited the Subscription by utilising


the EzBiz Online for the purposes of gain. “Commercially
exploited” includes when you conduct transactions for
renewals of business registration when you are not an

7
associate of the business or a person responsible for the
business; or

iv. an interim order is made or a voluntary arrangement


approved or a petition for a bankruptcy order is presented or
a bankruptcy order is made against you or if a receiver or
trustee is appointed to your estate or a voluntary
arrangement is approved or an administration order is made,
or a receiver or administrative receiver is appointed of any of
your assets or undertakings or a resolution or a petition to
wind up your company is passed or presented or if any
circumstances arise which entitle a Court or a creditor to
appoint a receiver, administrator or present a winding up
petition or make a winding up order.

4.3 Any exercise by SSM of its right of suspension shall not exclude its
rights subsequently to terminate the Subscription.

4.4 You may terminate this agreement by notifying SSM in writing.

4.5 Upon termination or suspension of the Subscription howsoever


arising the following provisions shall apply:

i. termination or suspension shall not prejudice or affect any


right or action or remedy which shall have accrued or shall
thereafter accrue to you or SSM;
ii. all outstanding payment unpaid before or after the
termination or suspension in relation to the Subscription shall
continue to be paid to either party where applicable.

5. Variation of the agreement

5.1 SSM may vary this agreement and if SSM delivers to you a revised
version of this agreement together with a notice stating when such
revised terms will come into force and you continue to use the
Subscription after such date, you shall be deemed to have accepted
such revised terms with effect from such date.

6. Notices

6.1 Any notice required to be served under this agreement shall be in


writing and shall be deemed to have been sufficiently served if
delivered personally by hand or sent by registered post or sent via
electronic form or facsimile to last known address based on
information that is maintained by SSM or that you have notified to

8
SSM in writing, or your usual or last known place of residence or
business or, if you are a limited company, at the registered office.

6.2 Any notice to be served to SSM under this agreement shall be


addressed to the Chief Executive Officer of SSM at the current
headquarters of SSM and/or such address as SSM may inform you
for that purpose.

6.3 Any such notice shall be deemed to have been duly received in the
case of a notice delivered by hand, upon receipt thereof, if by post
on the day on which the notice would be sent by registered post, if
in electronic form with the proof of the transmission time or if by
facsimile on the same day with proof of the facsimile transmission.

7. General

7.1 You shall not transfer or assign any of your rights or obligations
under this agreement without SSM’s consent in writing.

7.2 Nothing in this agreement shall confer your rights on any other
person except as otherwise stipulated in this agreement.

7.3 If you breach this agreement, SSM reserves the right to take any
actions and pursue any legal rights available to SSM at a later date
or in any other situation where you breach this agreement.

7.4 This agreement, and any other additional terms prescribed on the
Subscription that may be notified by SSM from time to time,
represents the entire terms agreed between the parties in relation
to its subject matter and may be amended only by SSM’s agreement
in writing.

7.5 SSM will try to resolve any disagreements amicably and efficiently.

7.6 This agreement shall be governed by and construed in accordance


with the laws of Malaysia and each party agrees to submit to the
exclusive jurisdiction of the Courts of Malaysia.

7.7 As a Subscriber to the Subscription, you agree to adhere to the


parameters as provided for under the Protocol for Electronic
Lodgement for the purposes of communicating and transmitting
electronic documents and/or other information to the Registrar.

(Revised version: 30 August 2021)

9
VERSI BAHASA MELAYU

PROTOKOL UNTUK PENYERAHSIMPANAN


ELEKTRONIK (PPE)
(PERKHIDMATAN DALAM TALIAN EZBIZ)
(DIKELUARKAN MENURUT SEKSYEN 22A(4) AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN
1956)

KANDUNGAN

• Mukadimah

• Objektif

• Definisi

• Protokol Serah Simpan

• Tandatangan Elektronik

• Kategori Dokumen

• Kebergantungan kepada Penghantaran Data atau Dokumen Elektronik

• Akses yang Tidak Dibenarkan kepada Rekod/Maklumat Perniagaan

• Fi dan Kaedah Bayaran

• Kerahsiaan dan Keselamatan

• Had Liabiliti SSM

1
1. MUKADIMAH

1.1 Protokol Penyerahsimpanan Elektronik (PPE) menjelaskan parameter untuk


pemakaian Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz (seperti ditafsirkan selepas
ini) dan cara komunikasi atau penghantaran dokumen yang diluluskan oleh
Pendaftar menurut seksyen 22A(4) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bagi
membolehkan penyerahsimpanan dokumen secara elektronik dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

1.2 Bagi tujuan dokumen ini, apa-apa rujukan kepada suatu tindakan atau
kelulusan oleh Pendaftar atau penyerahsimpanan dokumen kepada
Pendaftar bagi tujuan Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz hendaklah juga
bermaksud suatu tindakan atau kelulusan oleh SSM atau
penyerahsimpanan dokumen dengan SSM.

1.3 Pelanggan adalah mana-mana individu yang, sama ada semata-mata atau
kepada tahap yang substansial, bertanggungjawab dengan pengurusan
perniagaan.

1.4 Bagi tujuan menyerah simpan dokumen dengan SSM, Pelanggan hendaklah
mematuhi PPE.

1.5 SSM boleh mengubah PPE pada bila-bila masa dengan mengeluarkan notis
perubahan di laman sesawang SSM.

2. OBJEKTIF

2.1 PPE mentadbir parameter Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz dan berfungsi
sebagai panduan mengenai bagaimana dokumen hendak disampaikan dan
dihantar kepada Pendaftar untuk tujuan serah simpan secara elektronik.

3. DEFINISI

3.1 ‘Penghantaran Data’ bermaksud satu atau lebih dokumen elektronik


dan/atau maklumat lain yang dihimpunkan ke dalam satu mesej yang
dihantar kepada SSM oleh Pelanggan.

3.2 ‘Dokumen Elektronik’ bermaksud borang yang ditetapkan yang


diperuntukkan di bawah Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz.

3.3 ‘Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz’ bermaksud perkhidmatan yang


disediakan oleh SSM menurut seksyen 22A(1) Akta Pendaftaran Perniagaan
1956 untuk penyerahsimpanan dokumen secara elektronik dengan
Pendaftar.

3.4 ‘Tandatangan Elektronik’ bermaksud cara yang digunakan dan


ditetapkan oleh SSM untuk mengenalpasti seseorang dan untuk
2
menunjukkan persetujuan orang itu mengenai maklumat bagi tujuan
Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz.

3.5 ‘Pengenalan Peribadi’ bermaksud pengenalan peribadi Pelanggan


termasuk Nombor Kad Pengenalan Baru (NKPB) dan cap ibu jari.

3.6 ‘Protokol untuk Penyerahsimpanan Elektronik’ (PPE) bermaksud


dokumen ini atau apa-apa pindaan kepadanya yang berkuat kuasa dari
masa ke semasa.

3.7 “Pelanggan” bermaksud seseorang yang melanggan Perkhidmatan Dalam


Talian Ezbiz dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Langganan Ezbiz
Online sebagaimana ditentukan oleh Pendaftar menurut seksyen 22A(2)
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

4. JADUAL PERKHIDMATAN

4.1 Perkhidmatan berikut disediakan kepada Pelanggan menurut Fasal 1.3:

Perkhidmatan disediakan oleh Dokumen Tarikh mula


Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz Yang Terlibat perkhidmatan

Permohonan untuk pendaftaran Borang A 01 Ogos 2016


perniagaan baru

Permohonan untuk perubahan Borang B 01 Mac 2017


maklumat perniagaan

Permohonan untuk pembaharuan Borang A1 15 September 2015


pendaftaran perniagaan

Permohonan untuk penamatan Borang C 15 Oktober 2017


pendaftaran perniagaan

4.2 Apabila Pelanggan menyerah simpan dokumen secara elektronik kepada


SSM yang mempunyai fi seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua
Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan (KPP) 1957, Pelanggan hendaklah
membayar fi tersebut melalui salah satu kaedah pembayaran yang
dinyatakan oleh SSM.

5. TANDATANGAN ELEKTRONIK

5.1 SSM boleh menentukan teknologi yang digunakan untuk Tandatangan


Elektronik. Pelanggan hendaklah hanya menggunakan Tandatangan
Elektronik yang ditentukan dan diluluskan oleh SSM.

3
5.2 Bagi tujuan menyerah simpan dokumen secara elektronik dengan SSM
melalui Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz, SSM mengiktiraf NKPB dan cap
ibu jari Pelanggan.

5.3 Jika SSM membuat penentuan dalam budi bicara mutlaknya, yang ia akan
mengubah teknologi Tandatangan Elektronik yang boleh diterima, SSM
boleh memberikan notis minimum selama satu (1) bulan sebelum
keputusan tersebut berkuat kuasa.

6. KATEGORI DOKUMEN

6.1 Dokumen termasuk borang yang ditetapkan yang diwartakan oleh


Pendaftar bagi tujuan Perkhidmatan Penyerahsimpanan secara Elektronik,
dan jika perlu, termasuk apa-apa lampiran yang dikehendaki untuk diserah
simpan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan/atau
peraturannya.

6.2 Dokumen yang diserah simpan secara elektronik dengan SSM melalui
Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz hendaklah dianggap sebagai dokumen
asal yang mana ia adalah mencukupi untuk dokumen itu ditandatangani
oleh Pelanggan sebagaimana dikehendaki oleh Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 dan/atau peraturannya.

7. KEBERGANTUNGAN KEPADA PENGHANTARAN DATA ATAU DOKUMEN


ELEKTRONIK

7.1 SSM berhak untuk bertindak dan bergantung kepada Penghantaran Data
atau Dokumen Elektronik yang dikemukakan oleh Pelanggan.

8. AKSES YANG TIDAK DIBENARKAN KEPADA REKOD/MAKLUAMT


PERNIAGAAN

8.1 Tiada apa-apa dalam PPE dianggap sebagai memberi apa-apa kemudahan,
kuasa atau kelulusan kepada Pelanggan untuk menyerah simpan dokumen
berkaitan perniagaan yang mana Pelanggan tidak dibenarkan untuk
bertindak.

8.2 SSM berhak untuk memantau penggunaan Perkhidmatan Dalam Talian


Ezbiz dan jika ia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai
bahawa Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz telah digunakan secara tidak
wajar oleh Pelanggan, mengeluarkan notis untuk menggantung akses
Pelanggan untuk Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz sehingga perkara
tersebut diselesaikan dengan SSM berpuas hati.

4
9. FI DAN KAEDAH BAYARAN

9.1 Fi dan caj yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Kaedah-Kaedah


Pendaftaran Perniagaan 1957 hendaklah dibayar berkenaan dokumen-
dokumen yang diserah simpan secara elektronik.

9.2 Sekiranya fi dibayar untuk perkara yang melibatkan tindakan oleh SSM,
SSM tidak akan bertindak sehingga fi dibayar.

9.3 Setelah penyerahsimpanan suatu Dokumen Elektronik di mana fi yang


ditetapkan telah diperuntukkan di bawah Jadual Kedua Kaedah-Kaedah
Pendaftaran Perniagaan 1957, Pelanggan hendaklah membayar fi yang
berkaitan melalui salah satu daripada kaedah bayaran berikut:

a. kad debit;
b. kad kredit;
c. perbankan dalam talian (FPX); atau
d. melalui kaunter (tunai).

10. KERAHSIAAN DAN KESELAMATAN

10.1 Pelanggan hendaklah menjaga kerahsiaan dan memastikan Pengenalan


Peribadinya selamat dan pada bila-bila masa Pelanggan hendaklah tidak
mendedahkan Pengenalan Peribadi mereka kepada orang lain.

10.2 Pelanggan hendaklah mematuhi mana-mana undang-undang lain yang


mungkin terpakai berhubung kerahsiaan maklumat yang dipegang atau
diakses oleh Pelanggan.

10.3 Pelanggan tidak boleh mengeksploitasi secara komersial atau


menggunakan maklumat perniagaan yang dibekalkan atau disediakan
kepada Pelanggan, selain untuk tujuan penghantaran ke SSM.

10A. LARANGAN EKSPLOITASI KOMERSIAL

10A.1 Pelanggan tidak boleh mengeksploitasi secara komersial Perkhidmatan


Dalam Talian Ezbiz. Eksploitasi komersial termasuk apabila Pelanggan
melakukan transaksi untuk pembaharuan pendaftaran perniagaan bagi
tujuan keuntungan. Untuk mengelakkan keraguan, Pelanggan dianggap
melakukan transaksi bagi tujuan keuntungan apabila dia bukan rakan
perniagaan atau orang yang bertanggungjawab untuk perniagaan
tersebut.

10A.2 SSM dan Pendaftar mempunyai hak untuk menamatkan langganan


Pelanggan jika ia dapat dibuktikan bahawa Pelanggan telah

5
mengeksploitasi secara komersial Perkhidmatan Dalam Talian Ezbiz atau
melanggar mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan dalam Terma
dan Syarat Langganan Ezbiz Online SSM bertarikh 30 Ogos 2021.

11. PENGECUALIAN LIABILITI

11.1 SSM dan Pendaftar tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangan atau
kerugian yang dialami oleh Pelanggan, perniagaan yang diwakili atau
mana-mana orang lain berikutan penggunaan Perkhidmatan Dalam Talian
Ezbiz oleh sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam apa-apa sifat
atau bagaimanapun ianya timbul.

Dengan kelulusan PENDAFTAR PERNIAGAAN

30 Ogos 2021

6
ENGLISH VERSION

PROTOCOL FOR ELECTRONIC LODGEMENT (PEL)


(EZBIZ ONLINE SERVICES)
(ISSUED PURSUANT TO SECTION 22A(4) OF THE REGISTRATION OF BUSINESSES
ACT 1956)

CONTENTS

• Preamble

• Objectives

• Definitions

• Lodgement Protocols

• Electronic Signature

• Categories of Documents

• Reliance on Data Transmission or Electronic Document

• Unauthorised Access to Business Records/Information

• Fees and Methods of Payment

• Confidentiality and Security

• Limitation of SSM’s Liability

7
1. PREAMBLE

1.1 The Protocol For Electronic Lodgement (PEL) explains the parameters for
the application of Ezbiz Online Service (as defined hereinafter) and the
manner of communication or transmission of documents approved by the
Registrar pursuant to section 22A(4) of the Registration of Businesses Act
1956 to enable the lodgement of documents electronically with the
Companies Commission of Malaysia (SSM).

1.2 For the purpose of this document, any reference to an act or approval by
the Registrar or lodgement of documents with the Registrar for the purpose
of Ezbiz Online Service shall also mean an act or approval by SSM or
lodgement of documents with SSM.

1.3 Subscribers shall be any individual who, either solely or to a substantial


extent, responsible with the management of a business.

1.4 In order to lodge documents electronically with SSM, a Subscriber shall


comply with the PEL.

1.5 SSM may vary the PEL at any time by publishing notice of the variation on
SSM’s website.

2. OBJECTIVES

2.1 PEL governs the parameters of the Ezbiz Online Service and serves as a
guide on how documents are to be communicated and transmitted to the
Registrar for the purpose of e-lodgement.

3. DEFINITIONS

3.1 ‘Data Transmission’ means one or more electronic documents and/or


other information assembled into a single message sent or transmitted to
SSM by the Subscriber.

3.2 ‘Electronic Document’ means the prescribed forms provided under the
Ezbiz Online Service.

3.3 ‘Ezbiz Online Service’ means a service provided by SSM pursuant to


section 22A(1) of the Registration of Businesses Act 1956 for the electronic
lodgement of documents with the Registrar.

3.4 ‘Electronic Signature’ means a method used and prescribed by SSM to


identify a person and to indicate that person’s approval of the information
for the purpose of Ezbiz Online Service.

8
3.5 ‘Personal Identification’ means the personal identification of the
Subscriber which includes the New Registration Card Number (NRIC) and
his thumb print.

3.6 ‘Protocol For E-Lodgement’ (PEL) means this document or any


amendments to it as in force from time to time.

3.7 “Subscriber” means a person who has subscribed to the Ezbiz Online
Services and subject to the Ezbiz Online Terms and Conditions of
Subscription as determined by the Registrar pursuant to section 22A(2) of
the Registration of Businesses Act 1956.

4. TABLE OF SERVICES

4.1 The following services are available to a Subscriber pursuant to Clause 1.3:

Service provided by the Ezbiz Online Documents Date of commencement


Service involved of service

Application for registration of new Form A 01 August 2016


business

Application for change of business Form B 01 March 2017


particulars

Application for renewal of business Form A1 15 September 2015


registration

Application for termination of business Form C 15 October 2017


registration

4.2 Where the Subscriber lodges a document electronically with SSM which
attracts a fee as set out in the Second Schedule of the Registration of
Businesses Rules (RBR) 1957, the Subscriber shall pay such fee by one of
the payment methods indicated by SSM.

5. ELECTRONIC SIGNATURE

5.1 SSM may determine the technology to be used as Electronic Signature. The
Subscriber shall use only the Electronic Signature as determined and
approved by SSM.

5.2 For the purpose of lodging document electronically with SSM through the
Ezbiz Online Service, SSM recognises the NRIC and the thumb print of the
Subscriber.

9
5.3 Should SSM determine in its absolute discretion, that it will vary the
technology of acceptable Electronic Signature, SSM may give a minimum
of one (1) month notice before such decision becomes effective.

6. CATEGORIES OF DOCUMENTS

6.1 A document includes the prescribed forms gazetted by the Registrar for the
purposes of the E-Lodgement Service, and if required, includes any
attachment required to be lodged under the Registration of Businesses Act
1956 and/or its regulations.

6.2 A document lodged electronically with SSM through the Ezbiz Online Service
shall be deemed to be the original document where it is sufficient for the
document to be signed and lodged by the Subscriber as required by the
Registration of Businesses Act 1956 and/or its regulations.

7. RELIANCE ON DATA TRANSMISSION OR ELECTRONIC DOCUMENT

7.1 SSM is entitled to act and rely on a Data Transmission or Electronic


Document submitted by the Subscriber.

8. UNAUTHORISED ACCESS TO BUSINESS RECORDS/INFORMATION

8.1 Nothing in the PEL is to be taken as extending any facility, power or


approval to the Subscriber to lodge documents in respect of businesses for
which the Subscriber is not authorised to act.

8.2 SSM reserves the right to monitor the use of its Ezbiz Online Service and if
it has a reasonable cause to believe that the Ezbiz Online Service has been
improperly used by the Subscriber, issue a notice to suspend the
Subscriber’s access to the Ezbiz Online Service until the matter is resolved
to the satisfaction of SSM.

9. FEES AND METHODS OF PAYMENT

9.1 The fees and charges set out in the Second Schedule of the Registration of
Businesses Rules 1957 shall be payable in respect of documents lodged
electronically.

9.2 Where a fee is payable for a matter involving the doing of an act by SSM,
SSM shall not do such act until the fee is paid.

10
9.3 Upon lodgement of an Electronic Document which prescribed fee is provided
for under Second Schedule of the Registration of Businesses Rules 1957,
the Subscriber shall pay the relevant fee via one of the following payment
methods:

a. debit card;
b. credit card;
c. online banking (FPX); or
d. over the counter (cash).

10. CONFIDENTIALITY AND SECURITY

10.1 The Subscriber shall keep confidential and secure his/her Personal
Identification and at no time shall the Subscriber reveal his/her Personal
Identification to other person(s).

10.2 The Subscriber shall comply with any laws that may apply in relation to the
privacy of information that the Subscriber holds or accesses.

10.3 The Subscriber must not commercially exploit or otherwise use any
information of a business supplied or made available to the Subscriber,
other than for the purpose of transmission to SSM.

10A. PROHIBITION OF COMMERCIAL EXPLOITATION

10A.1 The Subscriber shall not commercially exploit the Ezbiz Online Services.
Commercial exploitation includes when the Subscriber conducts
transactions for renewals of business registration for the purpose of gain.
For avoidance of doubt, a Subscriber is deemed to be conducting
transactions for purposes of gain when he is not an associate of the
business or a person responsible for the business.

10A.2 SSM and the Registrar has the right to terminate the subscription of the
Subscriber if it is established that the Subscriber has commercially
exploited the Ezbiz Online Service or breach any of the terms and
conditions stated in SSM’s Ezbiz Online Terms and Conditions of
Subscription dated 30 August 2021.

11. EXCLUSION OF LIABILITY

11.1 SSM and the Registrar shall not be liable for any loss or damage suffered
by the Subscriber, the business represented or any other person pursuant
to the use of the Ezbiz Online Service by reason of any error or omission of
any nature or however arising.
11
By approval of the REGISTRAR OF BUSINESSES

30 August 2021

12

You might also like