Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1. Kemakmuran dan kestabilan negara kita telah menarik kedatangan pelbagai kuasa Barat.

Mereka bersaing dan menggunakan pelbagai strategi untuk mendapatkan tanah jajahan. (ms.2)

(a) Huraikan faktor-faktor kedatangan kuasa Barat di negara kita pada abad ke-20? (6 markah)
(b) Jelaskan strategi Belanda untuk menguasai negara kita? (6 markah)
(c) Huraikan kepentingan bekerjasama dalam menjamin kemakmuran negara. (8 markah)
c) KAEDAH SUPER

Kepentingan bekerjasama dalam menjamin kemakmuran negara ialah untuk kesejahteraan hidup.
Hal ini kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, kerjasama amat
penting untuk menjamin keharmonian. Contohnya, masyarakat berbilang kaum hidup berjiran di
satu taman perumahan.Kesimpulannya, perpaduan membawa kehidupan yang lebih aman

Kedua, kepentingan bekerjasama ialah meningkatkan keunggulan hidup. Hal ini kerana
masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, ia dapat menikmati kualiti
hidup. Contohnya, masyarakat bebas menjalankan aktiviti seharian bersama-
sama.Kesimpulannya, perpaduan menjadikan masyarakat hidup gembira.

Ketiga, kepentingan bekerjasama kepada rakyat Malaysia ialah mewujudkan politik yang
stabil. Hal ini kerana perpaduan menjadikan sistem politik lebih sistematik. Oleh itu, pemimpin
akan mudah mentadbir. Contohnya, pemimpin terdiri daripada pelbagai kaum. Kesimpulannya,
perpaduan amat penting untuk mewujudkan politik yang teratur.

Keempat, kepentingan bekerjasama kepada rakyat Malaysia ialah meningkatkan


ekonomi. Hal ini kerana perpaduan dapat mewujudkan kerjasama ekonomi antara kaum. Oleh
itu, ekonomi akan berkembang.Contohnya, sektor perindustrian dijalankan oleh usahawan
berbeza kaum. Kesimpulannya, perpaduan dapat memajukan ekonomi negara.

Kelima, kepentingan bekerjasama kepada rakyat Malaysia ialah pengukuhan kuasa raja.
Hal ini kerana semua rakyat taat kepada raja. Oleh itu,kedaulatan negara dapat dikekalkan.
Contohnya,semua rakyat perlu taat kepada Yang Di Pertuan Agong. Kesimpulannya,semua
rakyat bersatu padu dan dinaungi oleh seorang raja.

You might also like